CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24566|Reply: 183

Jom vote! Apa jenis darah korang?

[Copy link]
Post time 28-3-2016 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bangang4 at 29-3-2016 08:00 PM

Yo, saje nak tanya siket ringkas dan straight to the point... darah manusia ada 4 jenis, A,B,O dan AB. pada korang yg tahu jenis darah korang, boleh x kita  share sama2 ? Tapi poll tidak termasuk Rh Factor positif dan negatif. TQ

Sedikit Info menarik... BM  aku mungkin tak bagus nak karang dan kalau boleh dgn info ni korang tak payah nak serius sangatlah. dah nama pun utk suka2:

Jenis O Positif
Seseorang dengan darah Jenis O positif, dikatakan lebih kreatif, yakin dan agak popular, mereka gembira jika mendapat perhatian orang ramai. Jenis O positif juga peramah dan sangat sosial, walau pun begitu, mereka selalunya sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang mereka sedang lakukan. Mereka cenderung untuk menyerah kalah dan ini boleh membawa masalah kepada diri mereka sendiri, personaliti yang mempunyai kecenderungan untuk mengalami ketagihan, di mana dadah dan alkohol boleh menjadi masalah sekiranya tidak dikawal.


Jenis O Negatif
Seseorang dengan darah jenis O negatif, dikatakan sangat kreatif, juga gemar menyendiri apabila mereka rasa perlu, tetapi seorang yang sangat berterus terang apabila ghairah tentang sesuatu hal. Mereka-mereka dengan jenis darah O negatif dilahirkan berjiwa pemimpin, mereka bijak jika dibandingkan daripada semua kumpulan darah yang lain dengan kepandaian yang tinggi, pencipta, usahawan, secara rohani dan berjiwa seni. Sering dikagumi oleh rakan-rakannya yang lain kerana  berpengetahuan tinggi dan bijaksana, tetapi seringkali dibenci dan dipandang rendah oleh orang-orang yang dengki. Jika tidak berhati-hati mereka yang darah jenis O negatif boleh bertukar menjadi seorang yang sangat menyendiri, kerana mereka cenderung tidak mampu menghadapi rakan-rakan mereka yang kurang dari segi mental dan rohani.


Jenis A Positif
Seseorang dengan darah jenis A positif, dikatakan penuh kepercayaan, jujur dan teliti dengan kesilapan diri. Jenis A positif juga dipercayai sebagai seorang yang dahagakan kesempurnaan, secara zahirnya mereka mungkin kelihatan tenang tetapi cenderung untuk memendam. Jenis A juga berjiwa seni dan kadang-kadang pemalu dan sensitif sifatnya. A positif adalah pekerja yang baik, yang selalu menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, tetapi cenderung untuk merasa diri lebih hebat dari orang lain, ini boleh membawa kepada perebutan kuasa dan ketamakan. Sentiasalah berhati-hati.



Jenis A Negatif
Seseorang dengan darah jenis A negatif, dikatakan berfikiran terbuka, jujur dan sangat peramah. Jenis A negatif juga dikenali sebagai seorang yang sangat professional dalam sebarang urusan, mereka kelihatan lebih tenang, dan fikiran yang tidak mudah terganggu walaupun sedang memendam, mereka cenderung untuk menunjukkan rasa marah secara halus dan tidak secara zahir. Jenis A negatif kadang-kadang sangat berbakat di dalam bidang mereka sendiri dan berdaya saing, mereka hidup untuk menakluki sesiapa sahaja dalam bidang yang sama dan kemudian menjatuhkan mereka. Jika dilihat secara luaran, mereka kelihatan sangat popular, tetapi cuba perhatikan sekali lagi dan anda akan faham bahawa persahabatan mereka sebenarnya tidak jujur, kerana terlalu banyak orang telah merasakan bahawa diri mereka telah 'ditikam dari belakang' oleh rakannya sendiri. Jika anda dalam golongan darah jenis ini, cuber ler untuk tidak begitu kejam dalam urusan-urusan anda, dan anda akan lebih gembira dalam hidup.


Jenis B Positif
Seseorang dengan darah jenis B positif, adalah berkemahuan tinggi, hidup berorientasikan matlamat, mereka sentiasa menyelesaikan apa yang mereka sedang lakukan dalam masa yang tepat dan sesuai.  Mereka-mereka yang darah jenis B positif ini dilihat sentiasa mencari jalan hidup mereka sendiri dalam kehidupan. Tidak mengharapkan orang lain, mereka bergantung hidup atas kemampuan diri mereka sendiri dan apa yang mereka boleh dapat daripada orang lain. Jika mereka tidak berhati-hati, mereka cenderung untuk menggunakan perkara-perkara seperti agama untuk mengawal orang lain (memang aku... hahah!). Sekali sekala cubalah fikirkan orang lain juga, dan kadang-kadang ini boleh membantu anda untuk merasakan ketenangan dalam hidup.


Jenis B Negatif
Seseorang dengan darah jenis B Negatif, adalah berkemahuan tinggi, boleh memikirkan banyak matlamat hidup tetapi sering tidak dapat menyelesaikan apa yang mereka sedang lakukan, dan pada masa-masa tertentu, ini boleh menyebabkan mereka berasa seperti seorang yang sentiasa gagal. Mereka-mereka yang mempunyai darah jenis B negatif cenderung untuk menjauhkan diri daripada mendapat perhatian orang ramai, namun apabila mereka bersemangat tentang sesuatu perkara, mereka sanggup memilih untuk mendapat perhatian ramai dan akan berjuang untuk apa yang mereka percaya. Kedegilan diri mereka sendiri selalunya lebih banyak mendatangkan bahaya daripada kebaikan, dan pada masa-masa tertentu mereka haruslah mengakui bahawa mereka adalah salah.


Jenis AB Positif
Seseorang dengan Jenis darah AB positif, menyukai banyak perkara, walaupun mereka seorang yang boleh dipercayai dan jujur, namun mereka seolah-olah mempunyai personaliti yang berbeza-beza! Jenis kumpulan darah AB ini gemar membantu orang lain, mereka peramah dan mempunyai keyakinan diri tetapi mereka juga boleh menjadi seorang yang pemalu. Kadang-kadang tamak, kadang kala seorang pekerja yang bagus. Kumpulan ini adalah sukar untuk dinilai.


Jenis AB Negatif
Seseorang dengan Jenis darah AB negatif, seperti mereka yang darah jenis AB positif juga, menyukai banyak perkara, dan mereka juga mempunyai beberapa ciri-ciri negatif. Walaupun mereka boleh dipercayai dan jujur, mereka dikatakan seolah-olah mempunyai personaliti diri yang juga berbeza-beza! Jenis kumpulan darah AB gemar membantu orang laen, mereka peramah dan mempunyai keyakinan diri tetapi mereka juga boleh menjadi seorang yang pemalu. Mereka sering mempunyai fikiran yang sangat bercelaru, yang kadang-kadang boleh menimbulkan konflik diri sendiri.


Single Polls, Total 152 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 09:30 PM | Show all posts
saye B+

ade la betul sikit2...contohnye memang selalu buat sendiri pun, tak susahkan orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2016 09:48 PM | Show all posts
lil_honey replied at 28-3-2016 09:30 PM
saye B+

ade la betul sikit2...contohnye memang selalu buat sendiri pun, tak susahkan orang.

TQ               
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 10:31 AM | Show all posts
A+

memendam , sensitif
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 07:58 PM | Show all posts
adui...benang ni sepatutnya Sekarang dah banyak views, tapi smlm xkluar dlm snarai Latest Thread...  pelik betul la...

apa2 pun teruskan vote semua. aku nk tahu jenis darah majoriti rakyat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 08:27 PM | Show all posts
aku b

tapi tak tau la b+ tau b-
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
O+

         
               
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 04:41 PM | Show all posts
ai darah O. tapi tak tahu positif negatif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2016 07:46 AM | Show all posts
cpixie replied at 31-3-2016 04:41 PM
ai darah O. tapi tak tahu positif negatif

vote la kat poll tu sayang oi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 09:27 AM | Show all posts
saya darah B+
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:06 AM | Show all posts
SY berdarah B stands for bugis, ade pertalian dgn phlawan bugis
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:35 PM | Show all posts
bangang4 replied at 1-4-2016 07:46 AM
vote la kat poll tu sayang oi...

voted. lupa nak vote la, biasa komen ja
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 05:03 PM | Show all posts
Darah jenis o+... darah o ni penderma universal, tp blh terima darah jenis o jer... jd org darah o ni biasanya pemurah n x kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
seeriesagain replied at 2-4-2016 05:03 PM
Darah jenis o+... darah o ni penderma universal, tp blh terima darah jenis o jer... jd org darah o n ...

Yg ni sy sokong sbb my husband drh o..pmurah..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Darah O+
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 03:33 PM | Show all posts
O tapi x pasti +ve ke -ve
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 03:58 PM | Show all posts
aku B+..ciri2 tu ada la sikit.. macam suka buat benda sendiri aka berdikari...

tapi ada gak ciri O- kat aku.. so aku assume darah aku BO la bukan BB..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 10:11 PM | Show all posts
sipendiam replied at 12-4-2016 03:58 PM
aku B+..ciri2 tu ada la sikit.. macam suka buat benda sendiri aka berdikari...

tapi ada gak ciri ...

campur siket2 tu mmg biasa... cara didikan pn byk beri pengaruh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
penderma universal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2016 07:10 PM | Show all posts
UP! teruskan vote semua. TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.171692 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list