CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 5

Wanita Ini Tinggalkan Nota Kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan

[Copy link]
Post time 29-3-2016 01:17 PM | Show all posts |Read mode
KISAH NYATA KISAH BENAR | Wanita Ini Tinggalkan Nota kecil Yang Menyentuh Hati Sebelum Maut Kemalangan | SEREMBAN : Ayat tulisan tangan di atas sekeping nota kecil ditemui di tepi tangan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang maut dalam kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah cukup menyentuh hati.


Tuhanku ampunkan aku, sayangi aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah darjatku, berikan aku rezeki, berikan aku petunjuk.’

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 pagi, mangsa, Dina Shuhadah Ahmad Fariz berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 untuk ke sekolah hilang kawalan dan terjatuh, sebelum digilis sebuah treler.

Kejadian tersebut berlaku tidak sampai 2 kilometer dari sekolahnya, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar.

Menurut datuk mangsa, Osman Senara, 72, penemuan nota tersebut sangat menyentuh hatinya, lebih-lebih lagi ia dijumpai di tepi tangan kiri cucunya itu selepas kemalangan.

“Nota itu ada dengan saya. Bila saya membacanya, saya juga sangat sayu. Arwah anak kedua dari lima beradik dan seorang yang periang.

“Dia pelajar yang cemerlang dan bercita-cita nak jadi jurutera. Dia ada cakap nak belajar rajin-rajin supaya dapat semua A dalam SPM nanti macam kakak dia. Tapi tak sempat,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham ialah Sabtu lalu ketika mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah seorang bapa saudaranya di Taman Golf Height.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, siasatan awal mendapati, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan dan bergesel dengan sisi kiri sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun di lorong kanan.

“Akibatnya, mangsa terjatuh menyebabkan sebuah treler yang membawa muatan batu konkrit di sebelah kanan tidak sempat memberhentikan kenderaan dan melanggar mangsa,” katanya.

Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Allahyarham Dina Shuhadah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang.

sumber: Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 01:24 PM | Show all posts
cerita lama ni dekkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2016 01:24 PM | Show all posts

knp ketinggalan ek? mod katup la..sorry
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 01:33 PM | Show all posts
tu kn doa .....eh..cter lame ek...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 02:05 PM | Show all posts
erk..rsenya thread ni dh ade. lama dh ade..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2016 02:22 PM | Show all posts
thread lama ke? walau apa pun takziah dah al-fatihah buat arwah dan keluarga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.981050 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list