CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4307|Reply: 5

Senjata paling canggih di dunia dimiliki oleh orang Islam

[Copy link]
Post time 29-3-2016 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .

Suatu ketika, sekumpulan mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira 200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.




Melihat keadaan yang sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah. Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi pasukan musuh.


Mungkin bagi kebanyakan orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang kalah.


Tanpa disangka, dengan lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.


Akhirnya, kemenangan berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.


Inilah kekuatan doa, di mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah senjata yang amat canggih. Di tengah pesatnya perkembangan teknologi ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang beriman. Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik melalui doa.


Sejarah telah membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul. Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun. Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran. Semua itu boleh berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.


Buku: Adzakarul Jihad wad Du'a ' alal Kuffar ash Shahihah , karya Wa'il bin Ali as Saduqi


*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com


http://detikislam.blogspot.my










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 10:19 PM | Show all posts
Siapa yang menguasai senjata nuklear di dunia?

Apakah Afghanistan menang perang itu? Sampai hari ini, negara itu masih dalam cengkaman kemunduran.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
reinloch replied at 20-4-2016 10:19 PM
Siapa yang menguasai senjata nuklear di dunia?

Apakah Afghanistan menang perang itu? Sampai hari  ...

Pakistan pun hebat kan senjata nuklear nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 12:07 PM | Show all posts
Menang bersorak, kg tergadai.... ini la hakikat negara islam sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 10:02 AM | Show all posts
tempur replied at 16-10-2016 12:07 PM
Menang bersorak, kg tergadai.... ini la hakikat negara islam sekarang...

Bodoh. Mana ada negara Islam menang sorak ? Kampung tergadai pun berapa kerat saja negara Islam kena
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 10:17 AM | Show all posts
Tak payah mendabik dada dengan senjata nuklear yang tak rumit mana nak dibuat tuh. Perang dunia di masa hadapan pasti akan guna senjata baru yang lebih dahsyat. Setakat ada senjata nuklear saja...jadi lauk la
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.456743 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list