Sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan dunia ini sebagain bukti kewujudanNya. Dalam Al-Quran, Allah Taala telah berfirman: “Dialah yang menjadikan segala yang di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikannya tujuh langit dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.
( al-Baqarah 2 : 29 ) Dunia ini telah Allah Taala jadikan sebagai bukti bahawa kewujudanNya. Keindahan alam semulajadi ini menjadi bukti bahawa Allah Taala adalah Tuhan Yang Maha Esa. Akan tetapi,masih ada manusia yang buta agama. Luasnya bumi ini sehingga terdapat pelbagai tempat yang aneh dan menarik. Pelbagai tempat yang menarik sering menjadi tempat tumpuan perlancongan.Terdapat beberapa tempat yang dikategorikan sebagai aneh di dunia ini. 1- Air terjun Guaira, Sempadan Brazil-Paraguay
Jika bercakap tentang air terjun, ramai yang mengatakan bahawa Air terjun Niagara adalah yang terbesar di dunia. Sebenarnya, fakta ini silap. Air terjun yang terbesar di dunia ialah Air Terjun Guaira. Ianya dikatakan air tejun yang terbesar di dunia dengan kira-kira 1750000 isipadu air mengalir setiap detik berbanding Air Terjun Niagara yang mengalirkan kira-kira 70000 isipadu per detik. Air Terjun Guaira terletak di sempadan Brazil-Paraguay yang dikenali dengan nama sungai Parana. Pada tahun 1982, Air Terjun Guaira telah menjadi empangan kedua yang terbesar di dunia dalam menghasilkan elektrik yang dikenali dengan nama Itaipu Dam selepas Gorges Gam. EmpanganItaipu Dam ini menghasilkan kira-kira 90 peratus elektrik ke Paraguay, dan 19 peratus ke Brazil. 2-Iceberg B-15, Antartika
Antartika sememangnya terkenal dengan kesejukannya. Di Antartika, gunung ais B-15 merupakan duning ais yang terbesar telah dicatatkan di dalam sejarah. Dengan keluasan yang mencapai 3100 km, ianya menjadikan keluasannya lebih luas dari Pulau Jamaica. Gunung Ais B-15 terjadi hasil daripada pepecahan Ross Ice Shelf pada Mac 2000. Pada tahun 2003, Gunung Ais B-15 pecah menjadi beberapa potongan ais dan salah satu darinya hanyut ke utara dan akhirnya hancur di dalam glasier dan dikatakan bongkah ais yang hanyut itu mencapai 8 km. Perkara ini mengakibatkan perubahan besar pada peta Antartika. Sebahagiannya hanyut ke pantai dan pada tahun 2006, ribut taufan telah melanda di Alaska selama 6 hari menyebabkan angin laut yang bertiup mencencah kelajuan 13.5 km. Setelah hampir satu dekad, pecahan-pecahan ais menjadi semakin banyak dan masih belum cair keseluruhannya. 3-Tasik Don Juan, Antartika
Kalau sebut tempat paling masin di dunia ini, ramai yang akan mengatakan Laut Mati adalah tempat yang paling masin. Sebenarnya, tempat yang paling masin bukanlah Laut Mati,tetapi tempat yang paling masin dan tinggi kandungan garamnya ialah Tasik Don Juan di Antartika. Laut Mati mengandungi garam yang sesuai untuk terapi kesihatan tetapi kemasinan dan ketinggian garam di Tasik Don Juan berbanding Laut Mati ialah 8 kali ganda. Jika dibandingkan dengan laut biasa, kemasinan Tasik Don Juan ini ialah 18 kali ganda lebih masin. Tasik ini ditemui oleh Lt Don ROe dan Lt John Hickey pada tahun 1961 ketika mereka berdua membuat penelitian di Antartika. Nama Tasik Don Juan diambil dari nama mereka berdua. Suhu tasik ini seperti kawasan biasa di Antartika, iaitu -30 darjah celcius. Namun, ianya tidak pernah membeku seperti tempat lain di Antartika kerana kandungan garamnya yang tinggi.
|