CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1262|Reply: 0

IPhone6 Jadi Ukuran Sama Ada Memiliki Kaki Cantik Atau Tidak

[Copy link]
Post time 1-4-2016 03:55 PM | Show all posts |Read mode
TERDAHULU, media sosial di China heboh dengan trend pinggang ramping selebar kertas A4, kini muncul pula trend baharu iaitu ukur kaki menggunakan gajet iPhone6.



Malah ia turut menjadi kegilaan ramai gadis cuba mempraktikannya untuk mengetahui sama ada mereka memiliki kaki yang sempurna atau sebaliknya.

Untuk mengetahui sama ada kaki anda cantik dan sempurna atau tidak, ini langkah-langkahnya:

Anda hanya perlu rapatkan kedua-dua lutut anda dan ukur dengan menggunakan iPhone6.

Jika lutut anda terlindung oleh telefon pintar tersebut, bermakna anda seorang yang cantik. Tahniah kerana mempunyai kecantikan yang ideal atau standard.

Cabaran ini telah menjadi topik hangat di laman sosial dikenali sebagai Weibo, ditonton lebih 67 juta dan mendapat komen sebanyak 50,000 lapor portal Shanghaiist.

Selain trend di atas, terdapat juga trend-trend lain yang popular dalam kalangan netizen di China, antaranya;  mermaid line, vest line dan bikini bridge serta pergelangan tangan selebar note wang kertas 50 RMB.

Menurut laman sosial tempatan Weibo, tidak semua netizen di China setuju dengantrend kecantikan yang melanda negara itu.

Rata-rata menyuarakan pandangan tentang masalah kesihatan yang akan timbul seperti gangguan pemakanan.

Statistik menunjukkan 95 peratus orang-orang yang menderita masalah ini adalah gadis-gadis yang taksub untuk menghilangkan berat badan untuk memenuhi ‘kecantikan yang sempurna’. – MYNEWSHUB.CC


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.419699 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list