CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2111|Reply: 0

Asyik Dal Mamak Je! Kuah Dal Stail Melayu Pula

[Copy link]
Post time 1-4-2016 04:51 PM | Show all posts |Read mode








Oleh Fyruz Hanna


Kuah Dal ini memang pelengkap dimakan dengan roti canai atau roti nan. Ada yang menggemari kuah dal yang dimasak oleh mamak dan ramai juga peminat dal melayu.
Asyik kuah dal mamak je kan, mari belajar stail melayu pula:


Bahan-Bahan


100g kacang dal 4 cawan air.


1/4 sudu makan kunyit 1 biji bawang besar -dipotong potong 1 biji carrot


1 biji terung hijau bulat - dipotong potong


1 biji tomato- dipotong baji


2 cili besar hijau - dipotong


½ cawan santan atau susu lembu


1 sudu kecil garam sedikit perahan asam jawa


1/2 cawan air 3 sudu besar minyak masak


1/2 sudu kecil biji sawi (Mustard seeds)


1/2 sudu kecil jintan manis


1 tangkai daun kari


3 bj. lada kering (dipotong potong)


3 bj bawang merah - dipotong halus


3 bj bawang putih - dipotong halus.


Cara-cara:


1.Kacang dal di rebus dengan 4 cawan air ,masukan kunyit,masaklah hingga ianya mendidih dan lembut.Kemudian masukkan bawang, carrot, terung dan tomato. Masak lagi selama 20 minit. , atau sehingga sayuran di dalamnya agak lembut.


2. Masukkan santan atau susu lembu serta garam. Tambah air asam jawa. Masak sehingga mendidih lagi sekali, kemudian perlahankan api apabila ramuan nampak agak mesra dan perlahankan api dan masukan cili hijau dan padamkan api selepas 5 minit dan asingkan


3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang berasingan, goreng biji sawi dan jintan putih (dalam 30 saat). Masukkan daun kari, lada kering, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga berbau wangi dan bawang bertukar warna keperangan. Kemudian masukkan semua gorengan ini ke dalam kuah kacang dal di periuk yang lagi satu. Panaskan api semula, kacau mesra, biarkan selama lebih kurang 5-10 minit - tutup atas periuk dan padamkan api.


-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.225177 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list