CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1729|Reply: 3

Si katak hijau dah harga yang kita bayar

[Copy link]
Post time 1-4-2016 07:21 PM | Show all posts |Read mode


  

Pada 5 May 2006 saya telah menulis tentang Katak Hijau. Tulisan ini telah tersiar dalam beberapa portal berita termasuk RiceCooker. Ini berlaku sepuluh tahun dahulu.
Dalam tulisan itu saya menulis tentang zaman saya membesar di Jelebu. Di zaman itu di mana sahaja ada sawah, lubuk atau paya pasti ada katak hijau. Katak hijau ini akan meloncat mengambur ketika saya memancing atau memasang tajur.
Kadang kala saya terperanjat apabila dengan tetiba sang katak ini melompat ke dalam lubok. Ketika itu saya anggap si katak hijau ini menggangu saya.
Empat puluh tahun kemudian saya menulis tentang katak hijau ini bukan sebagai haiwan yang mengganggu tetapi sebagai metafora terhadap iklim dunia dan perubahan cuaca di Malaysia.
Semenjak pulang ke tanah air setelah dua puluh tahun berkelana saya tidak lagi dapat bertemu dengan katak hijau.Malah di Jelebu sawah padi telah tidak wujud. Sawah padi dan katak hijau yang menjadi latar zaman kanak-kanak saya telah hilang untuk selama-lamanya.
Iklim dan cuaca dunia telah berubah. Berubah dengan pantas. Perubahan inilah yang bertanggung jawab menghilangkan sawah dan katak hijau.
Bermalam di rumah pusaka
Bulan dulu saya telah pulang ke Jelebu untuk bermalam di rumah pusaka. Pelajar ilmu alam akan diberitahu bahawa wilayah Jelebu berlawanan dengan wilayah Taiping. Jelebu ialah daerah yang paling kering di Malaysia manakala Taiping yang paling basah.
Bayangkan apakah agaknya cuaca di Jelebu pada bulan Febuari 2016. Siangnya amat-amat kering lagi panas. Di waktu malam cuaca berubah menjadi amat-amat sejuk. Ini kesejukan malam yang berjaya membangunkan saya.
Dalam gelap saya meraba-raba mencari kain selimut yang tebal. Lalu tercapai hamparan toto. Ketika dalam toto yang membaluti badan, saya teringat kembali malam-malam miskin tanpa alat pemanas ketika berkelana di Eropah.
Justeru, saya tidak perlu menjadi pakar kaji cuaca atau ahli sains dengan ijazah yang berjela-jela untuk merumuskan bahawa cuaca dunia sedang berubah dan malapetaka sedang menunggu di tepi pintu. Hilangnya sawah dan katak hijau di Jelebu adalah panduan saya.
Pada satu ketika dahulu saya kagum dengan moderniti. Saya bersama merayakan moderniti. Malah saya menulis dan memberi pencerahan agar kita sesama menyambut dan merayakan moderniti. Sekarang semuanya telah beralih. Pencerahan telah sampai kepada saya.
Anak muda hippie
Pada tahun 60’an di era Perang Vietnam. Di zaman zaman rock n roll. Di zaman John Lennon dan Mick Jagger - telah muncul satu kumpulan anak muda yang menimbulkan perbincangan dan debat tentang alam sekitar. Anak-anak muda ini telah memecah ruyung untuk membuka wacana tentang gaya hidup moden.
Anak anak muda ini mengajukan satu gaya hidup alternatif. Mereka mengkritik gaya hidup konsumer moden. Mereka menolak hidup yang berasaskan harta benda. Justeru gaya dan falsafah hidup mereka berlawanan dengan gaya hidup masyarakat borjuis dalam arus perdana. Justeru mereka dihina, dijadikan bahan lawak dan diperlekah. Mereka diistilahkan sebagai Hippie.
Satu ketika dahulu dalam tahun 1976 dalam kota Melbourne Australia saya ternampak satu grafiti ditembok bangunan Drummond Street. Terpampang tulisan : Pedal Power. Dalam bahasa Melayu bermakna kuasa kayuh. Pada ketika itu saya tidak faham apa makna grafiti ini.
Hari ini tahun 2016 saya telah mendapat pencerahan. Saya telah memiliki kefahaman tentang makna grafiti itu. Bila saya teringat akan grafiti itu saya bertanya pada diri saya sendiri apakah kita semua telah terlambat?
Dalam hati kecil saya bertanya jika pada tahun 1975 umat manusia ini berhenti sebentar dan melihat dan memahami grafiti yang saya terbaca di Melbourne - apakah katak hijau dan sawah padi akan kekal di Jelebu? Saya tidak memiliki jawapan kepada soalan ini.
Gaya hidup moden
Yang dapat saya jawab ialah pada tahun 2016 saya bukan lagi anak muda. Saya juga tidak menjadi seorang hippie. Tetapi semenjak tahun 60’an lagi anak-anak muda hippie ini telah menerangkan bahawa gaya hidup moden kita ini sedang membawa malapetaka. Mereka melaungkan perkara ini ke hulu ke hilir. Mereka bersuara sambil mencakar dinding dengan grafiti.
Ramai menjadi vegeterian makan sayur dan menolak memakan apa sahaja bentuk daging dan hidupan. Mereka menubuhkan NGO Greenpeace. Mereka berdemo membantah kewujudan Mc Donald. Mereka membantah pembunuhan ikan paus. Mereka melawan pembalakan yang menghancurkan alam. Mereka bangun melawan pembinaan empangan yang membunuh perjalanan air. Mereka mengajukan - pedal power - kayuh basikal sebagai cara bergerak.
Anak anak muda hippie ini secara jujur telah telah memberi ingatan kepada anak semua bangsa kita bahawa alam bumi manusia ini dalam bahaya. Ingatan ini telah diberi lebih dari 50 tahun dahulu. Amaran ini muncul sebelum kelahiran Siti Nurhaliza, Mawi atau Kugiran Bangsart. Ini di zaman Kampung Pantai Dalam masih dipanggil Pantai Dalam dan bukan Bangsar South.
Anak muda ini telah membuat tunjuk perassan. Mereka berdemo menentang siapa dan apa sahaja yang dianggap pemusnah alam. Kilang, pabrik dan loji yang mencemar alam menjadi sasaran. Syarikat yang rakus memusnahkan alam sekitar dilawan. Negara pemilik kompeni pengotor alam diumumkan kepada dunia untuk diboikot.
Ramai anak muda ini ditangkap dan dipenjara kerana mahu menyelamat alam sekitar. Pada 10 Julai 1985 kapal Rainbow Worrior milik NGO Greenpeace telah diletupkan di pelabuhan Auckland New Zealand. Kapal ini membawa aktivis Greenpeace yang menentang percubaan peledakan bom nuklear Perancis di Laut Teduh. Greenpeace berpendapat ledakan bom nuklear ini akan mencemarkan laut dan bumi milik anak semua negara. Maka mereka berhak untuk membantah.
Hasilnya - seorang jurugambar anak muda keturunan Belanda-Sepanyol gugur menjadi mangsa. Kapal Rainbow Worrior telah disabotaj. Hari ini fakta membuktikan kerajaan Perancis bertanggung jawab melakukan pengkhianatan ini.
Memperhambakan alam
Di tanah air kita sendiri seorang aktivis alam sekitar hilang. Anak kelahiran Swiss yang membantu pejuang bangsa Penan di Sarawak telah dilaporkan hilang pada 10 March 2005 yang lalu. Hingga ke hari ini kita tidak mengetahui bagaimana anak muda ini ‘dihilangkan dan siapa yang menghilangkan’ Bruno Manser.
Semua yang berlaku ini membuka mata hati saya untuk melihat kembali apa itu moderniti.
Dari pemahaman saya - moderniti mengajukan falsafah bahawa manusia dengan fikrahnya boleh menundukkan alam. Mengikut falsafah ini manusia hanya perlu mengkaji dan memahami hukum-hukum dan fitrah alam.
Dengan segala ilmu pengetahuan alam ini dapat ditunduk atau dijinakkan. Alam yang telah jinak boleh dikawal dan ditundukkan untuk menjamin keselesaan kehidupan umat manusia.
Inti falsafah moden ialah : Manusia moden bukan hidup bersama alam tetapi memperhambakan alam. Tujuan alam ditunduk dan dijinakkan ialah untuk keselesaan hidup umat manusia.
Bukan percuma, wajib dibayar
Falsafah moderniti dan ajaran moderniti ini cukup enak didengar. Malah selama lebih dari 200 tahun falsafah ini telah menjadi jurumudi dunia kita ini. Pada tahun 1781 James Watt di Birmingham England telah membakar arang batu untuk memasak air dan menimbulkan wap yang boleh mengerakkan enjin. Inilah permulaan Revolusi Industri. Dari sinilah bermula gaya hidup moden.
Tetapi hari lebih dari 200 tahun sesudah kelahiran kereta api kuasa wap hingga kemunculan LRT di Bangsar manusia moden sedang berhadapan dengan hutang piutang yang wajib dibayar kepada alam. Jelas moderniti yang kita rayakan selama ini bukan datang dengan percuma. Ia wajib dibayar. Alam bumi manusia ini sedang menuntut anak semua bangsa membayar hutang tersebut.
Pada 22 dan 23 March 2016 - untuk pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia sekolah di Kedah dan Perlis telah ditutup kerana panas. Malah Kementerian Pelajaran membuat arahan jika panas melintas 37 Celcius maka sekolah akan terus ditutup.
Pada tarikh yang sama juga cuaca alam yang panas ini telah menewaskan konstable Azizan Ayob - anak muda berumur 23 tahun. Anak muda ini telah meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat akibat Luar Biasa Strok Haba ( Heat Stroke).
Belum pernah berlaku
Cuaca panas seperti yang kita alami sekarang ini belum pernah terjadi di Malaysia. Malah suhu panas yang sedang melanda belum pernah berlaku di mana-mana dalam dunia ini.
Pada tahun 2015 di Karachi dan di wilayah Sind Pakistan lebih kurang 2000 warga telah tewas apabila suhu panas naik mencecah 49 Celcius. Binatang dalam zoo dan binatang ternakan telah mati terhampar kerana panas. Manakala di India lebih dari 2500 telah tewas bulan Mei 2015 yang sama.
Hari ini ketika saya menggarap tulisan ini cuaca di luar bilik saya amat panas. Kipas saya berputar. Seperti warga dari Chuping Perlis yang mandi tujuh kali sehari akibat kepanasan saya juga melakukan pekara yang sama. Saya memakai celana pendek dan tidak berbaju untuk menghadapi cuaca ini.
Minggu lalu saya terbaca satu tulisan tentang cuaca dari akbar The Guardian London. Mengikut laporan akhbar ini - dari kajian para ilmuan dan pakar cuaca pada bulan Februari yang lepas, jumlah karbon dalam alam kita ini paling tinggi semenjak 66 juta tahun.
Dari laporan National Oceanic and Atmospheric Administration NASA pula saya terbaca bahawa suhu kepanasan bumi dan laut telah naik sebanyak 2 darjah Fahrenheit. Ini satu rekod semenjak suhu dunia mula dicatat pada tahun 1880.
Bila saya membaca semua ini saya teringat kembali kepada si Katak Hijau. Katak Hijau di Jelebu telah menjadi petanda dan menjadi korban awal tentang kesampaian El-Nino
.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya celoteh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:54 PM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
2000 warga telah tewas apabila suhu panas naik mencecah 49 Celcius


gila panas..sini 37 pun rasa macam nak pensan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.455031 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list