View: 2009|Reply: 3
|
6 Punca Wanita Kelihatan Cepat Tua
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://kendaripos.co.id/
Sebenarnya golongan wanita telah bersedia dan merancang persiapan untuk menghadapi saat tua, sehubungan itu tidak hairanlah belum pun usia 30 tahun, masing-masing sudah sibuk cari jalan untuk tidak nampak tua.
Wajah kelihatan tua sebelum usia seperti kulit berkedut, badan gempal, rambut gugur, wajah kerepot adalah bayangan yang menyeramkan bagi golongan wanita tetapi disebalik keghairahan, golongan ini cuba menggelak daripada fenomena yang pasti akan berlaku juga di masa hadapan, tanpa mereka sedar tabiat penyumbang kearah perkara yang tidak diingini itu.
Berikut adalah beberapa tabiat yang sering dilakukan oleh kebanyakan wanita antara penyumbang wajah mereka kelihatan tua sebelum usia.
(1) Tidur Lewat
Sel kulit pulih ketika kita tidur. Jadi, kita mesti tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk mengekalkan dinamik sel kulit.
(2) Selalu Terdedah kepada Sinar Matahari
Kulit kita akan menjadi gelap dan kasar sekiranya selalu terdedah kepada pancaran matahari yang kuat. Jadi, ketika keluar kita hendaklah selalu menggunakan krim pelindung matahari.
sumber foto: http://www.ladycarehealth.com/
(3) Merokok dan Minum Arak
Kita kelihatan 10 tahun lebih tua daripada orang yang sebaya dengan kita sekiranya kita selalu merokok. Minyak dalam kulit juga akan berkurang sehingga menyebabkan kekeringan sekiranya kita minum arak.
(4) Kurang Minum Air
Air amat penting bagi kesihatan kita. Untuk memenuhi keperluan air bagi kulit kita, kita mesti minum sekurang-kurangnya 6 atau 8 gelas air kosong setiap hari.
(5) Kurang Bersenam
Darah akan beredar dengan baik ke seluruh badan, sekiranya kita selalu bersenam. Tambahan lagi, kita akan berpeluh ketika kita bersenam, dan ini akan mengekalkan kesihatan kulit kita.
sumber foto: http://i.dailymail.co.uk/
(6) Makan Makanan Pedas dan Bergoreng Terlalu Banyak
Makanan yang pedas dan berminyak akan menjejaskan keseimbangan endokrin kulit. Jadi, lebih elok kita kurangkan makan makanan yang pedas dan bergoreng, dan makanlah buah-buahan dan sayur yang mengandungi vitamin.- CARI Infonet
sumber info: http://www.mysumber.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn pedas bagus utk.tak dok jerawat dan elak.kenser
Punca utama ialah berjemur.panas esp.time ultra biolet ray around noon, 12 sampai 3 petang ni waktu ultra ray paling kuat so jauhi le
Bnyakkan rehat orbtido awal mangun awal, minum air bnyk, mkn.raw vegies lot of salad donttttttt quit on.meat sebab woman need lot of iron intake, jgn masak.lama sangat sampai.abissssss NUTRIENTS tu sme
Be happy, redha, always giving n no string attached, ikhlassss , life is short n.ALLAH IS ETERNAL ,.ingat bnyk bnyk. Bukan ingat pakai.hati or qalbu , tp.dgn minda , fikiran, berfikir sejenak.lebih baik dari seribu solat sunat!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tidur kena cukup 8 jam...atau paling kurang 6 jam...
Husband aku dah tau dah...so, klu cuti sabtu ahad dia tak kan kejutkan aku...
that y aku Nampak muda...haha........ |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...stress pon boleh buat nmpk tua. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|