Siapa kata rambut 'messy' lelaki nampak selekeh dan comot? Sebenarnya jika ia dilakukan dengan tujuan tersebut dengan 'proper', anda boleh tampak lebih kacak daripada lelaki yang katanya kemas itu.
Malahan, menggayakan rambut messy dikatakan meningkatkan karakter seperti romantik, comel, agresif dan nakal. Yang pastinya ia boleh membuatkan gadis di luar sana cair dengan penampilan berbeza anda. Tak hairanlah ramai selebriti yang turut menggayakan rambut messy ini.
Jom lihat antara stail rambut messy yang lelaki boleh gayakan. Jangan sampai rambang mata pula. - CARI Infonet