CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4082|Reply: 25

[Dunia] Gajah naik minyak,sekeluarga maut dipijak

[Copy link]
Post time 7-4-2016 08:33 AM | Show all posts |Read mode




ASSAM, INDIA 6 April  -  Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan berusia sembilan hari, terbunuh akibat dipijak oleh seekor gajah yang mengamuk di sebuah perkampu­ngan terpencil di Behali, timur laut India, pagi semalam.
                  
Mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak mereka termasuk bayi perempuan berkenaan mati dipijak, semasa mereka sedang tidur dalam pondok yang terletak dalam hutan Behali kira-kira 258 kilometer dari Guwahati, ibu negeri Assam.

Namun, seorang lagi anak pe­rempuan mangsa berusia tiga tahun terselamat dan kini dirawat di hospital akibat mengalami ce­dera ringan.
Menurut laporan Dailymail.com, pegawai perhutanan daerah, Rajiv Chaudhary berkata, gajah ber­kenaan dipercayai terpisah daripada kumpulannya semasa merempuh pondok berkenaan dan mening­galkan tempat kejadian selepas insiden itu.

Menurut pakar hidupan liar, kemalangan melibatkan manusia dan haiwan semakin meningkat di kawasan pedalaman India akibat pemusnahan habitat haiwan terlibat.

Pada bulan lalu, sekumpulan gajah liar naik minyak selama sejam di Bengal Barat menyebabkan lima orang terkorban dan beberapa rumah serta kenderaan rosak.
Haiwan berkenaan berjaya di­tenangkan setelah ditembak de­ngan ubat pelali.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.eaYC11zU.dpuf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya baby tu, baru lg lahir.

Besar kemain ye gajah kt india, dh mcm dinosor plak.
Takutnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:37 AM | Show all posts
kesian gajah tu..mcm tekanan perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:41 AM | Show all posts
rospinki replied at 7-4-2016 08:37 AM
kesian gajah tu..mcm tekanan perasaan

Kau ingat manusia je ada masalah rumahtangga? Gajah takda?

Aku budget ni pasti gajah betina...ngamuk dgn lakinya tak kasi nafkah........jadi luahkan perasaan marah kat tempat lain.....gajah bukan reti masuk forum luahkan perasaan  khennn?


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:51 AM | Show all posts
iyer stnger..

gajah punya perasaan yg paling sensitif...apabila gajah stress..sedih dan mengalami tekanan perasaan selalunya ahli kumpulan/keluarga bersama2 menenangkan gajah tersebut..tapi dlm kes gajah naik minyak ni mebi tiada lagi keluarga dia semua sudah terkorban oleh tindakan rakus manusia..jiwa yg sepi itu memberontak akhirnya..

fakta: manusia juga stress tapi dia tulis kt tred luahan so dia tk ngamok mcm gajah.

@stinger3.0
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:52 AM | Show all posts
ape2 pon gajah tu x salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian family tu
Kat gajah tu pun kesian ...panik & stress terpisah dgn family dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerosakan di muka bumi adalah disebabkan oleh manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 09:05 AM | Show all posts
kesiannya..baby baru tgk dunia bbrpa hari..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:15 AM | Show all posts
besarnya gajah kat india.... gajah kat Malaysia dgn thailand comel2 je saiznya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 7-4-2016 08:51 AM
iyer stnger..

gajah punya perasaan yg paling sensitif...apabila gajah stress..sedih dan mengalami ...

cia cia cia.Aku baru tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciannyaa gajah tu.... isk isk..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh ajela gajah nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:46 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2016 08:35 AM
Siannya baby tu, baru lg lahir.

Besar kemain ye gajah kt india, dh mcm dinosor plak.

baby yg terselamat tu lg kesian. 5 ahli kluarga mati, tinggal dia sebatang kara.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:50 AM | Show all posts
macam saiz gajah afrika
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya horkeh!


Haiwan is very unpredictable, jangankan gajah, kucing makcik pun sama kadang kadang mental naik minyak juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 10:04 AM | Show all posts

Itu bezanya manusia DAN haiwan...while both dikurniakan dgn otak...Tapi manusia, being sebaik baik ciptaan, dikurniakan otak yang diembeddedkan dgn akal yang seharusnya dapat berfikir....sedangkan haiwan punyai otak Dengan hanya apa yang dipanggil INSTINCT....react to about everything and anything....
Paham nie?




Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:06 AM | Show all posts
ade yg cuba mencabul gajah ni. tu yg naik minyak tuh. donia donia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
stinger3.0 replied at 7-4-2016 10:04 AM
Itu bezanya manusia DAN haiwan...while both dikurniakan dgn otak...Tapi manusia, being sebaik baik ...

Pahammmmmm cikguuuuuu stinger3.0!


Terima kasihhhh cikguuuuuuu stinger3.0!


Cikgu dah makan ker cikgu? Saya lapar, jom makan dulu jom! Karang sambung horkeh!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:09 AM | Show all posts
blackwidowbae replied at 7-4-2016 10:06 AM
Pahammmmmm cikguuuuuu stinger3.0!

Posa Senin khamis....sorry....


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.209258 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list