CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9517|Reply: 35

10 sebab kenapa India adalah lesen bacpackers dunia! :)

  [Copy link]
Post time 7-4-2016 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Princess_Na at 7-4-2016 05:24 PM

Jika Krabi sinonim sebagai lesen backpackers bagi rakyat Malaysia, tidak keterlaluan kami mengatakan India adalah lesen backpackers sedunia. Setelah beberapa kali ber-backpacking ke India dan beberapa negara lain, berikut sebab mengapa kami meletakkan India sebagai lesen backpackers dunia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2016 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
1) India adalah dunia

Anda ingin mengembara ke seluruh pelosok dunia ? Tetapi tidak bersedia membelanjakan wang yang banyak. Anda ingin bermain ski hari ini, kemudian keesokan hari mengembara di padang pasir, dan seterusnya mendaki gunung hijau ? Tetapi tidak bersedia terbang ke negara berlainan ?

Anda hanya perlu ke India.

Anda tidak perlu ke Switzerland untuk melihat pergunungan Alps. India menawarkan pergunungan Himalaya yang indah di Kashmir. Anda tidak perlu ke Dubai untuk desert safari, padang pasir di Rajasthan juga tidak kurang hebatnya. Niagara Falls di Canada atau USA ? Chitrakote Waterfalls di Chhattisgarh sudah cukup memukau mata.

Persediaan pertama untuk mengelilingi dunia adalah dengan melawat India !

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
2) Murah dan jimat

Antara ciri para backpackers adalah ingin mengembara jimat dan semurah mungkin. Kita mencari jalan dan menyusun strategi kreatif bagi mengurangkan kos ringgit yang dikeluarkan. Dan semua itu boleh kita dapati di India.

Hotel penginapannya murah, makanannya murah, pengangkutannya murah, tiket keretapi, pakaian, fabrik, cenderahati; segalanya murah di India. Anda seakan menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Murah dan berbaloi itu dua perkataan yang berbeza makna. Boleh jadi sesuatu itu murah, tetapi tidak berbaloi. Dan boleh jadi sesuatu itu berbaloi, tetapi harganya tidaklah murah. Ini membawa kepada hujah ketiga kami tentang mengapa India adalah ‘lesen’ backpackers sedunia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
3)  Destinasi pelancongan yang berbaloi

‘To travel is to discover that everyone is wrong about other countries’ - Aldous Huxley

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa bayaran kepada sesuatu yang murah adalah ketidak-sempurnaan, perkhidmatan yang teruk, dan kekotoran.

Tanggapan pertama kebanyakan orang sebaik sahaja mendengar negara India adalah hotel murah yang kotor, jalan yang dipenuhi najis haiwan, makanan tepi jalan yang tidak bersih dan mayat manusia hanyut di sungai.

Helloo..Kita bukan di zaman 80an atau 90an lagi. Kita di zaman segalanya bergerak membangun dengan laju. India juga tidak terlepas dari pembangunan dunia dan kemajuannya.

Disebabkan pelacongan menjadi salah satu daripada sumber pendapatan rakyat India, maka mereka cuba memberi yang terbaik kepada kita. Sejak kebelakangan ini, hotel-hotel murah yang sebelum ini kotor dan tidak terurus terpaksa bersaing dan mengikut arus kemodenan dan ketamadunan.

Persaingan yang semakin hebat menyebabkan harga pasaran semakin murah dan perkhidmatan yang diberikan bertambah baik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
4) Syurga para Foodpackers

Siapa itu foodpackers ?

Foodpackers adalah gabungan perkataan ‘food’ dan ‘backpackers’. Ianya sebuah konsep mengembara yang baru diperkenalkan dan semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Secara umumnya mereka ini adalah golongan yang mengembara untuk merasa makanan tempatan sesebuah negara.  Mereka sentiasa percaya bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk mendalami budaya sesebuah negara adalah melalui makanannya.

Sebagai negara besar yang mempunyai 28 buah negeri, India menyimpan 1001 jenis makanan untuk dirasa. Setiap negeri menawarkan makanan yang berbeza, rasa yang tersendiri dan kaedah masakan yang pelbagai.

Makanan India juga turut berevolusi hasil pengaruh jajahan kuasa-kuasa besar. India pernah dijajah hampir 7 kuasa besar dunia; Portugis, Belanda, British, France, Dano-Norwegian, Sepanyol dan Jepun. Setiap kuasa besar ini meninggalkan pengaruh tersendiri terhadap makanan India.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts

5) Indian Hospitality

Pepatah India ada mengatakan ‘ Athithi Devo Bhava’ yang membawa maksud ‘ tetamu adalah tuhan’.

Memang benar di bandar-bandar pelancongan, hospitality sering kali disalah anggap dan dieksploitasi. Kebanyakan penduduk tempatan mengambil kesempatan dengan menawarkan bantuan ‘percuma’, tetapi meminta upah yang tinggi selepas itu. Perkara itu tidak dapat kita nafikan. Tetapi sangat tidak adil kita memukul rata semua penduduk tempatan begitu. Masih ada jiwa-jiwa yang ikhlas memberi bantuan.

Ketika di Srinagar Kashmir, saya pernah mengikut kenalan India tempatan ke sebuah kuil hindu di atas bukit. Walaupun berlainan agama, mereka tetap memberi layanan yang sangat baik. Kami dijamu hidangan nasi putih dan kuah kacang hijau yang dipanggil ‘Langgar’. Kemudian kami ke sebuah masjid berdekatan dan dijamu pula teh susu panas dan kuih-muih. Kami juga pernah menumpang lori penduduk tempatan secara percuma ketika susah mendapatkan teksi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
6) Perspektif baharu dalam kehidupan

‘Life begins at the end of your comfort zone’ - Neale Donald Walsch
   
Setiap orang wajib ke India paling kurang sekali seumur hidup. Kita akan melihat betapa kesusahan dan kemiskinan itu akan melahirkan jiwa yang besar dan kreatif.

Kemiskinan yang menghimpit menyebabkan mereka terpaksa mencipta ruang dan peluang pekerjaan sendiri. Di Mumbai kita akan melihat sistem Dabbawala yang menghantar beribu bekalan makan tengah hari kepada rakyat India. Di pasar-pasar besar seluruh India kita dapat lihat bagaimana sistem ‘trust and credit’ berjalan tanpa peralatan elektronik yang canggih.

Sepanjang hidup di Malaysia, belum pernah kita lihat kesusahan dan kemiskinan seteruk di India. Ya memang ada kes-kes kemiskinan yang teruk di Malaysia, tetapi secara umumnya di India lebih hebat.

Kita akan lebih bersyukur dengan apa yang ada di tangan kita. Kita akan lebih menyayangi insan-insan yang ada disekeliling dan lebih menghargai apa yang ada di negara sendiri.

Setelah pulang dari India, mustahil kita masih lagi kita yang sama.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
7) Kepelbagaian Budaya

Secara umum, India menerima pengaruh dari dua tamadun tertua dunia. Pertamanya tamadun Indus yang merupakan tamadun kedua tertua di dunia. Dan yang kedua ialah tamadun parsi.

Hujah ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa India memiliki kebudayaan yang pelbagai. Kebudayaan dari segi spritual agama, makanan, pakaian, seni dan reka bentuk bangunan. Kebudayaan ini bukannya sekadar ratusan tahun, malah ribuan tahun.

Populasi penduduk yang padat juga mempengaruhi kepelbagaian budaya dan bahasa. Di Malaysia kita memiliki kurang lebih dari 100 dialek bahasa. Manakala di India sahaja terdapat lebih dari 700 dialek bahasa yang dipertuturkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
8) Syurga Shopaholic

Murah. Pelbagai. Asli.

3 perkataan ringkas yang dapat menggambarkan dunia membeli-belah di India. Berikut antara cadangan barangan yang anda patut beli di India.

*Pashmina Shawl. Bagi penggemar pashmina, selamat datang ke tempat asal kelahiran pashmina, Kashmir. Benang pashmina yang asli berasal dari bulu kambing biri-biri pergunungan Himalaya yang tinggal di ketinggian 12 000 kaki dari aras laut.

*Tekstile. India terkenal dengan pakaian dari kapas dan sutera, sari yang meriah warnanya, kain alas meja, cadar tilam dan lain-lain.

*Spices, jewelry, tea, arts and crafts dan lain-lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
9) Belajar Scam

Dunia backpackers pasti tidak terlepas dari scam dan penipuan. Walaupun sudah beratus kali kita baca langkah berjaga-jaga daripada ditipu, tetapi seperti suatu sumpahan, paling kurang sekali kita akan tertipu juga.

Kita hanya akan ingat kelicikan penipuan ini setelah berkali-kali ditipu. Tidak cukup sekadar membaca, kita akan lebih mengingatinya melalui pengalaman sendiri. Kombinasi sebagai negara miskin dan pusat pelancongan, mereka semakin licik dan kreatif mencipta ruang-ruang penipuan.

Yang menariknya walaupun kita ditipu berkali-kali, tetapi kita seakan tidak merasa ditipu. Ini berpunca dari faktor matawang yang rendah. Jika di Eropah kita ditipu ratusan ringgit, di India hanya puluhan ringgit sahaja kita ditipu. Semakin kerap kita ditipu, semakin matang dan cekap kita membuat pilihan daripada ditipu.

Buat mereka yang tidak ingin ditipu, kami nasihatkan ambil agen pelancongan. Mereka lebih arif tentang selok belok India. Harga pasaran agen pelancongan sekitar RM 2000 hingga RM 2500 sahaja. Jangan bayar harga yang lebih mahal daripada itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
10) Sebab klise yang tidak membosankan

*Taj Mahal. Tidak perlu diperincikan disini tentang keindahan dan kecantikannya. Senibina romantis yang melambangkan cinta.

*Akshardham Temple.Guiness World Records - World’s Largest Comprehensive Hindu Temple.

*Gulmarg Gondola. World’s second highest operating cable car. Tempat bermain ski dan snowboard di pergunungan Himalaya.
Dan lain-lain.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 06:01 PM | Show all posts
Masih tak minat nak ke India sejak banyak kes pemerkosaan terhadap backpackers wanita
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:33 AM | Show all posts
baru balik kahmir-delhi-Agra next nak ke jaipur tapi x tau bila
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 06:35 AM | Show all posts
Dah gi 3 years ago:

1. Taj mahal-indah&mengagumkan

2. New delhi-bandar kotor jantan sane sume kencing bersepah

3. Agra fort- hebat

4. Kashmir- pemandangan yg sgt cantik

Dr segi food ns beryani mmg superb
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 07:36 AM | Show all posts
nak fefeeling ke india..aku gi brickfield jer..x pon klang
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:05 AM | Show all posts
teringin nak gi tapi takut sebab kes rogol dorg tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 09:14 AM | Show all posts
saladin780 replied at 7-4-2016 11:36 PM
nak fefeeling ke india..aku gi brickfield jer..x pon klang


india sangat!

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:54 AM | Show all posts
singgah laa minum2 air sungai di sungai gangga

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:09 AM | Show all posts
saladin780 replied at 8-4-2016 07:36 AM
nak fefeeling ke india..aku gi brickfield jer..x pon klang

kannn !!
dari jauh kembang kempis hidung bau "india"


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:32 PM | Show all posts
saladin780 replied at 8-4-2016 07:36 AM
nak fefeeling ke india..aku gi brickfield jer..x pon klang

batu caves jgn tinggal...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.156649 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list