CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 4

Asam Pedas Ekor Dengan Limau Mangga

[Copy link]
Post time 8-4-2016 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Asam pedas merupakan hidangan sinonim dan cukup popular di Malaysia khususnya di Melaka dan Pulau Pinang.


Kebiasaannya masakan ini menggunakan ikan patin, ikan parang, mayong dan pari sebagai bahan utama.


Selain Pulau Pinang dan Melaka, Kedah juga antara negeri turut popular tetapi dengan cara yang berbeza dari segi bahan dan kaedah penyediaannya.


Asam pedas Kedah direbus dan menggunakan sedikit belacan manakala asam pedas Johor dan Melaka pula ditumis menggunakan halba.





sumber foto: http://static.blog4ever.com/



Persamaan dalam semua jenis asam pedas ialah menggunakan daun kesum dan bunga kantan menaikkan aroma.


Bahan lain seperti cili kering, bawang putih, bawang merah, belacan kisar dan serai menjadikan ia lengkap sebagai hidangan istimewa yang penuh menyelerakan.


Bagaimanapun, untuk menikmati kelainan asam pedas ini, kita boleh tampil dengan cara masakan berbeza iaitu menggunakan bahagian ekor lembu dengan limau mangga.







sumber foto: www.kongsiresepi.com



Berikut adalah cara penyediaan asam pedas ekor lembu dengan limau mangga untuk hidangan kira-kira 3 orang :


Bahannya:
* 50 gram (gm) – bawang merah
* 30 gm – bawang putih
* 10 gm – halia
* 40 gm – cili kering
* 20 gm – cili boh
* 40 gm – jus asam jawa
* 5gm – belacan
* 1 biji – bunga kantan (keping)
* 3 batang – serai (diketuk )
* 5 gm – daun kesum
* 3 helai – daun limau
* Minyak masak


Bahan tambahan:
* 3 keping – limau mangga
* 2 sudu – jus tomato
* 2 sudu jus – limau nipis
* 1 kilogram (kg) – bahagian ekor lembu (direbus empuk )











sumber info: www.kongsiresepi.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 05:35 PM | Show all posts
limau mangga tu macamna rupa dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2016 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Limau ke mangga
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 10:12 PM | Show all posts
nampak macam mangga jeruk je yg digunakan dalam resepi ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 08:38 AM | Show all posts
apekah sebenarnya limau mangga tu??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list