CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20852|Reply: 227

Bermula Minggu Depan, Pengguna Maxis Mendapat 3GB Data Percuma

[Copy link]
Post time 8-4-2016 05:18 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : Dean BZ










Beberapa hari lepas, seorang pengguna Maxis berkongsi rasa marah dan kecewa di media sosial mengenai data internet yang dilanggan di syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis.


Lelaki itu mendakwa terdapat dua harga berbeza untuk data plan yang sama dan beliau mendapat harga yang lebih mahal. Luahan rasa tidak puas hati lelaki itu mula menjadi viral dan membuatkan pengguna setia Maxis menjadi marah apabila mengetahui perkara itu.


Terdapat ura-ura gerakan ingin memboikot Maxis walaupun perkara sebenar telah dijelaskan oleh pihak Maxis di facebook rasmi mereka. Namun pengguna tetap tidak dapat menerima alasan itu.





Memandangkan perkara itu semakin serius, melalui laman Facebook rasmi Maxis jam 3 petang tadi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Morten Lundal dan Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, Dushyanthan Vaithiyanathan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu. Kata mereka, pelanggan MaxisOne dengan plan 1GB akan dinaiktaraf kepada 5GB dan yang melanggan data 3GB pula akan dinaikkan kepada 8GB.


"Semua pelanggan MaxisONE plan kami akan menikmati data percuma bermula minggu hadapan", kata Dushyanthan.


"Akhir-akhir ini pusat panggilan kami dan media sosial sering tersebar banyak pandangan negatif kepada Maxis. Sudah tentu ia berkenaan kami, "katanya lagi.


Mereka juga memohon maaf kerana lambat bertindak menjawab isu ini. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 05:23 PM | Show all posts
kecewalah. tetap mahal juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:30 PM | Show all posts
kecewalah. tetap mahal juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:30 PM | Show all posts
tetap kalah dgn CELCOM first gold
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:32 PM | Show all posts
kakak memang dah plan habis kontrat nak tukar ke celcom gold.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:33 PM | Show all posts
Taknak tertipu dgn maxis lg. nak tukar celcom lepas ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 05:34 PM | Show all posts
maxis ada zerolution ke apa tah

berbaloi ke amik
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
untungleeeeeeeeeeeeerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 8-4-2016 05:30 PM
tetap kalah dgn CELCOM first gold

Celcom first gold mcm mana tu bam??
Wana guna xpax jah..
Lebih murah ker??
Postpaid??
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:38 PM | Show all posts
baik amik celcom beruk

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:40 PM | Show all posts
lagi berbaloi amik celcom gold..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:40 PM | Show all posts
wana89 replied at 8-4-2016 05:38 PM
Celcom first gold mcm mana tu bam??
Wana guna xpax jah..
Lebih murah ker??

tiap bulan rm80...unlimited calls..nak gayut dgn bf 100 jam sebulan pun takpe...internet 5GB + 5GB weekend
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:40 PM | Show all posts
teruknya penulisan  reporter cari reput...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:40 PM | Show all posts
bukan orang kata celcom line teruk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:41 PM | Show all posts
wana89 replied at 8-4-2016 05:38 PM
Celcom first gold mcm mana tu bam??
Wana guna xpax jah..
Lebih murah ker??

xpax tu apedia wana
meh join akak dgn digi

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
maxis mahal kot..korang boikot ja...kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 8-4-2016 05:41 PM
xpax tu apedia wana
meh join akak dgn digi

Celcom xpax kaka
Wana memang Ada numb digi dulu..
Tapi terminate kaka sebab handphone hilang..
Sejak handphone baru ni, guna satu numb jer.. Xboleh buat perangai giler sangat.. Numb ni sayang sikit.. Sejak matrik guna
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:45 PM | Show all posts
wana89 replied at 8-4-2016 05:43 PM
Celcom xpax kaka
Wana memang Ada numb digi dulu..
Tapi terminate kaka  sebab handphon ...

bukan number tu boleh pakai jugak ke walaupun tukar telco

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:46 PM | Show all posts
Voyagers replied at 8-4-2016 05:34 PM
maxis ada zerolution ke apa tah

berbaloi ke amik

zerolution ni kena amik phone ngan dorang..
tapi bulan2 kena bayor plan yg ko amik.. 128 ke 158 ke..
plus 'sewa' bulanan tepon tu.. sebab lepas setahun ko kene tukar tepon lain..
kira tiap2 setahun tukar tepon laa..
apa2 hal tepon tu kena gi maxis balik, xleh pandai2 anto kedai sendirik..

atau

ko bayor duit tepon, which is murah dari biasa lah.. tapi..
kena ikat kontrak 2 thn xsilap aku dgn plan yg ko dah pilih..128 ke 158 ke..
tepon kira hak milik tetap ko laaa...



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 8-4-2016 05:45 PM
bukan number tu boleh pakai jugak ke walaupun tukar telco

Boleh.. Dulu sebab xtukar, plan tu upax.. Murah sikit rate

P/s: Nak tengah bulan.. Nak rempah harumanis boleh kaka??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.291457 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list