View: 2458|Reply: 1
|
Wanita Kuat Tidur, Rupanya Ada Sebab Ilmiah!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Ada kajian mendapati kaum wanita cenderung untuk memerlukan waktu tidur lebih lama daripada lelaki.
Memetik laman CNN, wanita memerlukan waktu 20 minit lebih lama berbanding lelaki kerana otak wanita bekerja lebih keras pada waktu siang.
Pengkaji tersebut, Jim Horne berkata jumlah tidur yang diperlukan ini antara lain, bergantung kepada bagaimana kompleksnya aktiviti otak selama satu hari penuh.
Wanita memang diketahui melakukan banyak pekerjaan sekaligus. Bagaimana menguruskan anak, hal rumah tangga, memasak, hal kerja dan sebagainya.
Dalam pada itu, lelaki yang bekerja dalam lingkungan kerja yang kompleks juga memerlukan tidur lebih banyak dari lelaki biasa.
Ini penting kerana mana-mana individu yang kekurangan waktu tidur akan mengalami masalah seperti tertekan, depresi dan mudah marah. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
alu rsa semua org thu tidur lurang blh jejas,x kira jntan ke betina |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|