Edited by 3bidadara at 9-6-2016 03:42 PM
Sambungan : Ular Kuil India 2
Tibalah hari untuk aku pergi berubat. Malam tu ibu dgn ayah bawak aku pergi ke rumah pakcik sedara ayah aku yg letaknya agak jauh sikit dari rumah kami. Pakcik sedara ayah aku ni aku panggil dia, Wak Parman (WP). Memang kalau da datang rumah sedara2 ni mesti nak ngobrol2 dulu kata org jawa. Tapi dalam pd dorg tengah borak tu, aku terperasan mata WP ni sekali dua dia ada tengok ke arah aku dan tersenyum mcm dia rasekan sesuatu. Habis je borak, dia panggil aku duduk sebelah dia. Maka bermulalah sesi untuk merawat aku.
Firstly, WP tanya aku keadaan ular hitam masa memula aku nampak tu sama ada ‘dia’ tengah melingkar kat satu tempat atau sedang menyeberang jalan?. So aku pun terangkan la ape semua yg aku nampak tu. Ular tu memang statik kat satu tempat je (line kanan highway kat tengah2 jalan. Bole fhm tak? ). Dan kepala ular tu memang tegak berdiri sambil kembang2 kepala dia. Tau kan ular kuil mcm mne?. Yg ade corak belakang kepala ular. Org panggil “KING COBRA” ae?. Tapi yg peliknya takde pulak aku rase mcm terlanggar atau terase benda keras yg hentam kat bumper depan kete aku tu.
Lepas dari aku terangkan tu, WP tersenyum sambil terangguk-angguk phm dan bagitau :-
Dan bermulalah bacaan ayatul Qursi dan 3 Qul. WP letakkan ibu jari tangan kat bawah telinga dan jari telunjuk tangan pula ditekan kat lubang telinga. Ini adalah di bahagian kanan telinga aku ye. Dalam pada WP tengah baca potongan ayat suci Al Quran, kepala aku dah mula sakit. Telinga makin berdesing kuat. Sakit bisa tu, Allah je tahu mcm mne rasenya. Da takde dengar ape2 suara dari luar da. Tak tau nak explain macam mane. Ibarat mcm org cakap dgn kita, tapi suara org tu melantun lantun kt dalam gegendang telinga. Dia punya rasa mase kena tekan ibu jari tu, fuhhhh.. Panas bakhangggg . Tak lama pastu, aku rase mcm ade sesuatu yg bergerak gerak dari leher naik ke bawah telinga aku. Sakit !!. Dan penghabisan nya, WP mcm tarik sesuatu keluar dan terus hembus kt telinga aku. Dia bacakan ayat yg aku da tak bape nk ingat, pastu ditiup kat ibu jari dia & terus tekan kat lubang telinga untuk ‘tutup lubang’ yg benda tu da masuk. Barulaaaa aku lega & rase ringan.
Selesai saje merawat, WP pun bagitau la ape yg da jadi pd organ pendengaran aku. Difahamkan, ‘benda’ tu da pn sebesar ibu jari tgn org tua & da block kat urat leher kanan aku ni. Bentuknya mcm ‘ekor ular’. Dan WP bgtau lagi, nasib baik aku di bawak cepat berubat sebab benda tu bole memudaratkan aku sendiri. Ape yg mudarat tu, tak pulak diterangkan. Ular tu memang asal nye kat situ. Mungkin dulu situ ade bekas kuil lama sebelum tempat tu dijadikan highway baru. Wallahualam.. Alhamdulillah segala sakit urat sendi aku kat leher & kepala pn da hilang.. Yg penting aku tak pekak lagi & tak rase tongong bile org borak dgn aku. Hahaha
Tapiiii….tak habis takat sini je pasal ‘ular hitam’ ni.. Ade hal lagi…. Ade kesan dari kejadian ni. Tunggu pasni ade sambungan sebab rawatan kedua aku di Darussyifa'.
-By Bidadara 2-
|