CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 3bidadara

1001 kisah kami 3bidadara. #Update Kisah Bidadara 1- MIMPI [After 3 year tak up

  [Copy link]
 Author| Post time 2-8-2016 04:11 PM | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 03:46 PM
Misterinya sang puteri kebaya kuning...
Mcm citer zaman dahulukala

ahahh pada zaman dahuluuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2016 04:32 PM | Show all posts
Okay since aku da habis closing ni boleh la aku update cerita ni..1st of all aku nak ucapkan terima kasih kat Bidadara 2 sebab up cerita ni semalam..aku rasa nak penumbuk je muka B2 sebab asik bertanya tak renti dah la aku busy buat report

Lepas je kami turun dari bilik tu dah sampai bawah duduk la berbual dengan parents aku until lepas tahlil Asar tu takde la jadik apa..Malam tu lepas Isya' kami teruskan majlis tahlil bersama ahli keluarga yang baru sampai dan juga kawan kawan arwah..

Masa ni aku duduk kat anak tangga ke 3 dan adik aku pulak sibuk ngan anak dia so dia duduk berdepan ngan aku tapi mengadap ke ruang tamu. Waktu bacaan Yassin di mulakan aku dah perasan "somebody" dok menjengah dari tangga atas bila aku toleh je dia hilang! aku biarkan je la as long as dia tak buat kacau majlis kan..dalam pada aku mendiamkan tu aku keep nampak dari ekor mata aku ni (tak focus aku nak baca Yassin) "somebody" tu macam mundar mandir macam gelisah macam menggelatat bak kata bahasa kasar nye! kat tangga atas tu kiranya kat walkway antara bilik ke bilik nak turun ke tangga bawah.

Aku ni bagi signal kat adik aku yang adik aku lak blur ke ape tah asik tanya ape? ape? tak paham lah! ape? nak je aku jotoskan sekali! kang aku jerit cakap ade entiti mau orang semua cabut lari kan! hahahhahaha

Malam tu adik aku tido rumah aku. Kami sampai rumah around 12am cam tu lah lebih kurang sebab singgah beli burger kat kedai depan. So balik tu yang laki aku kemain meriah bukak pintu bukak tingkap dapur macam ko lah kenduri! yang aku ni baru lepas mandi dah siap lah pakai baju pergi depan nak tutup pintu rumah kang ade hantu kepala hitam lak yang muncul! tengah aku nak tutup tu ehhh tak semena macam angin ribut tampar tampar muka aku menderu nak masuk rumah! wahhh main kasar eh kakak! aku hempas pintu rumah cepat cepat!

Kami (aku, laki aku & adik & laki dia) lepak kat depan tv kat dapur...kan aku cakap laki aku seronok bukak pintu & tingkap dapur kannn haih! bijik mata aku merimas nampak "somebody" tu dok tawaf umah aku nak masuk dengan emosi dia yang tak stabil senang cerita marah lah! aku masa tu tak pasti sebab ape die marah ehh tu lantak kau lah kan aku lapar ni nak makan burger ayam double perghhh!!

Dek kerana letih sebab dari pagi mengluruskan hal jenazah dan tahlil aku pun masuk la bilik mata tekedip kedip nak tidur..dalam hati aku dah niat malam ni kalau "siapa siapa" pun datang sila bagi salam kat laki aku! keadaan aku dalam masa seminggu sebelum pemergian arwah adalah sakit badan bahagian kanan (belikat, pinggang, lutut, kaki). Amalan yang aku tak tinggalkan sebelum tidur adalah pagar diri dan bukak bacaan Ruqyah sampai la aku tertido. Al kisah masa aku tidur yang laki aku pulak tak boleh tidur! sebabnya die dengar bunyi macam lembu kena sembelih kroooookkkkhhhh kkkkkkrrroookhhhhhh bih kurang cam tu lah tak reti aku nak gayakan pulak! dia ingat aku berdengkur tapi mana mungkin kan!

Sambung esok aci tak???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 04:41 PM | Show all posts

RE: 1001 kisah kami 3bidadara.#Update! Update! Misteri Penjaga Keris!

nape eh aku edit tittle tadi tapi macam hilang pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bergentayangan dekat sini lah. Rumah aku tak seseram dari rumah kau kak 3bidadara!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 05:08 PM | Show all posts
meh la dekkk lepak sinii akak tengah makan conflakes madu hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 06:04 PM | Show all posts
3bidadara replied at 2-8-2016 04:32 PM
Okay since aku da habis closing ni  boleh la aku update cerita ni..1st of all aku nak ucapk ...

sambung plissss....

selingan..3 bidadara ni semua perempuan ek?aku igt lelaki hehehehe...menarik sgt citer korang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-8-2016 06:17 PM | Show all posts
andaman replied at 2-8-2016 06:04 PM
sambung plissss....

selingan..3 bidadara ni semua perempuan ek?aku igt lelaki hehehehe...menari ...

Yes... Kami semua ladies..
Cerita bakal bersambung oleh Bidadara 1.
Aku pun da nak balik sebab tinggal sesorang kat opis ni.
Terima kasih ye singgah teratak bidadara.



-Bidadara 2-
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 2-8-2016 04:41 PM
nape eh aku edit tittle tadi tapi macam hilang pulak!

awak update title kt post yg prtama je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2016 08:40 AM | Show all posts
hasniey replied at 2-8-2016 07:28 PM
awak update title kt post yg prtama je

Ok. Terima kasih awak...
Done..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2016 01:42 PM | Show all posts
Sambungan...

Al kisah masa aku tidur yang laki aku pulak tak boleh tidur! sebabnya die dengar bunyi macam lembu kena sembelih kroooookkkkhhhh kkkkkkrrroookhhhhhh bih kurang cam tu lah tak reti aku nak gayakan pulak! dia ingat aku berdengkur tapi mana mungkin kan!

Laki aku masa ni tidur kat bawah ngan anak aku yang sulung & kedua..kedudukan laki aku masa ni kepala betul2 bawah tingkap, kaki terjulur tepi katil aku mengadap ke pintu bilik. Bila laki aku cek sorang ke sorang nak pastikan bunyi krrroookkkkhhh tu datang dari kami ke bukan dan of coz la bukan! dia cari dari arah mana datangnya bunyi tu exactly dan ianya datang dari luar tingkap bilik kami

Tingkap bilik tu aku pasangkan langsir tapi singkat jadiknye bila kena angin dari kipas terselak selak lah langsir tadi tu kan. Si laki aku cuba pegang hujung langsir tu supaya tak terselak.. automatic pulak bunyi krooookkkkhhh tu hilang! bila die lepaskan langsir tu automatic jugak jelas bunyi tadi tu kedengaran semula ade la dekat 3 ke 4 kali die test buat macam tu until die decided untuk  mengesahkan bunyi tu dari luar rumah (aku bayangkan kat garage kereta la tempat die menggelatat tu).

Laki aku masih tak puas hati maybe jugak die  geram sebab die nak tidur tak dapat dek gangguan bunyi lembu kena sembelih tu (ingat tak aku cakap sebelum tidur aku da niat "siapa siapa" pun yang datang malam ni sila bagi salam kat laki aku) laki aku dari bilik pegi buat spot check bukak pintu rumah suluh sana sini until die puas hati tak tau la apa die buat memang aku tak sedar pun sebab dah totally hilang energy (tidur ke pitam tak pasti) laki aku tidur tanpa mempedulikan bunyi tersebut lepas tu. Pagi subuh aku bangun siap siap mandi & nak hantar anak pergi sekolah kan aku tengok laki aku tak bangun2 kejut punya kejut amboiii kemain liat ko yeee! (aku mana tau apa yang terjadi malam tu kan) dalam pada meliat tu bangun jugak la bersiap..aku ni dok perhati nape muka mamat ni semacam je ngan mata merah badan melemau takkan tak sihat pulak die ni? until kami pergi UTC untuk settlekan hal berkenaan arwah dalam kereta tu aku bisik kat adik aku "weh cuba tengok nape abang ipo uols tu lemau je?" adik aku jawab "tah tah malam tadi ade pape kejadian tak? cuba la tanya" hmmmmmm aku kalau tanya mamat ni tah nak jawab ke tidak!


Di pendekkan cerita, laki aku cerita ngan adik aku kejadian malam tu sebab aku malas nak bertanya so adik aku  yang tanya (adik aku ngan laki aku ni memang rapat sebab dulu before dia kawen dia dok ngan kiteorang dan kami ni 2 beradik perempuan je atau in total of adik beradik kami 3 orang jek termasuk arwah..Al Fatihah untuk arwah).

Masa lunch time adik aku bukak cerita..masa die teman aku membuang kat bilik arwah tu die nampak keris dan penjaga keris tu sekali dan yang memeranjatkan aku yer betul memang puteri bersanggul yang muncul dalam screen mata aku ni dan jugak "somebody" yang berupa lelaki!!

Okay macam mana aku nak terangkan kat sini yang adik aku ni die bukan nampak keris tu secara nyatanya di tempat keris tu berada tau die macam eee macam mana ek die macam aku jugak la keris tu maybe muncul depan mata dia tapi yg si puteri dan lelaki tu die nampak secara telus dan nyata dan die berinteraksi dengan makhluk2 tu..Yes adik aku terbukak HIJAB.

SAT LAGI SAMBUNG BANYAK PULAK GANGGUAN DALAM OFFICE NI! BISING YANG HAMAT!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 05:37 PM | Show all posts
Edited by 3bidadara at 4-8-2016 05:43 PM

Sambungan

Masa lunch time adik aku bukak cerita..masa die teman aku membuang kat bilik arwah tu die nampak keris dan penjaga keris tu sekali dan yang memeranjatkan aku yer betul memang puteri bersanggul yang muncul dalam screen mata aku ni dan jugak "somebody" yang berupa lelaki!!

Mengikut cerita adik aku, waktu die masuk bilik tu dengan aku pertama sekali yang die nampak adalah seorang lelaki duduk di birai katil..keadaannye diam dan tak berkata kata mahupun menoleh hanya duduk menundukkan kepala atau macam sedang bersedih maybe..so adik aku biarkan je dia..

Yang agak agresif adelah si puteri sanggul ni..keadaan die sangat gelisah, tak tentu hala dan seakan marah seakan takut seakan dendam bercampur baur! Bila adik aku tanya dia siapa dan ape kehendaknya si puteri ni merentan rentan cakap nakkan anak arwah yang sulung! maksudnya dia nak berdamping! anak buah sulung aku ni umurnye 9 tahun dan lelaki. Perwatakan sebenar dia adalah ceria tapi entah lah sejak bila dia suka menyendiri duduk sorang diri dalam bilik..pelik!

Adik aku bagi warning kat puteri supaya jangan ganggu kehidupan anak2 arwah mahupun kami yang tinggal 2 beradik ni sebabnya puteri ni membuatkan kami 2 orang sakit! kan aku ada mention yang keadaan aku seminggu before pemergian arwah adelah sakit2 sebelah kanan badan kan? yupp arwah dan jugak adik aku mengalami sakit yang sama jugak so kami 3 beradik sakit di bahagian yang sama!

Dalam pada masa yang sama adik aku tanya jugak kat aku apa yang aku nampak? so aku terangkan pertama sekali yang aku nampak memang Puteri Sanggul dan keduanya adalah imbasan selonggok batu batu cincin. Dalam imbasan ni jugak aku nampak 2 jenis keris iaitu bersize sedang dan jugak kecik..yang kecik macam dah tak berjaga macam ade karat kot aku tak pasti tapi yang sedang tu elok berbungkus kain kuning. Kedudukan keris dan batu cincin ni jugak aku nampak exactly berada dalam bilik master dan di atas display cabinet arwah. Yang lelaki tu aku memang tak nampak atau mungkin aku tak perasan tu tak pasti. (aku ni kadang pentol suka menidakkan apa yang melintas kat mata aku sebabnye malas nak amik pusing sangat korang tau je lah syaiton kan suka mengacau!).

Kami pun setuju untuk berjumpa pada perawat yang biasa kami refer..so dah set appointment malam kol 10pm datang ke rumah En. Rahmat (bukan nama sebenar)...in between nak tunggu ke jam 10pm tu sakit jugak la aku ngan adik kena attack ngan si meroyan ni! aku ni da la tak pandai nak ngelak ke ape lagipun sejujurnya aku cakap ini adalah kejadian pertama kali yang aku kena attack dan berlawan balik ngan entiti (dah macam cite ultraman lak ni) nasib baik adik aku ada so dia support aku and aku pun just tekad dan tawakal pada Allah aku cuma lawan dengan ayat dan surah dari Al-Quran sahaja..

Si peroyan aka Puteri Sanggul ni tak puas hati sangat sebab adik aku warning dia kan so die keep cari pasal ngan adik aku sampai kan masa adik aku keluar pegi kedai tayar (tolong tukarkan tayar kereta kak ipar kami) si peroyan ni kejar kejar die tak puas ati and keep cakap nak anak buah aku tu eeee pakkal je aku ni tak macam adik aku kalau tak mmg aku da carut puas puas! (mungkin ada hikmah la nape aku tak sama ngan adik aku kan sebab aku ni mulut kaki bangkang berbeza ngan adik aku die ade sikit berat mulut tapi jangan buat die berapi abis la ko!) si peroyan ni da tau agenda kami nak jumpe en.rahmat  so die adalah penggelibas tahap pak abas bawak bas terbabas! die takut die kena bunuh ape bagai! ek elehhhh kecoh sangat ko ni pompuann! Adik aku sound direct je kat die kalau ko tak nak kena bunuh ape kata ko balik je tempat asal ko takyah la nak kacau ke nak berdamping ape bagai ngan waris aku! ko tak sama macam kami dunia ko lain dunia kami lain so please go away! (gitu lah bih kurang but totally die berbual melayu kan)  

Tepat 10pm kami berlonggok la sampai depan rumah En.Rahmat..dah bertanya kabar ape bagai so kami mulakan mukadimah..kami cerita la apa yang terjadi dan apa yang kami nampak dan apa kehendak mereka2 tersebut..tak berlengah lagi En.Rahmat pun mulakan la dengan memanggil datang yang keris lelaki dulu..masuk masuk je yang lelaki tu die bukak bunga silat..ooh ye aku lupa nak bagi tau En.Rahmat ada assistance iaitu Kak Huda (bukan nama sebenar jugak) so Kak Huda adalah badan perantara semua entiti yang datang akan masuk melalui badan Kak Huda..ngikut kata En.Rahmat, penjaga keris yang lelaki ni adelah keris yang berbalut kain kuning dan asalnya adalah dari persilatan..yes arwah abang memang menuntut silat dari zaman sekolah dia dan aktif hingga la ke akhir hayatnye..sangat tak pasti dari mana die memiliki keris ni dan yang pasti bukan dari silsilah keturunan kami..si lelaki ni tak banyak karenah nye hanya menurut perintah supaya dia pulang ke asalnya..Alhamdulillah...lepas 1 perkara..

Lepas je tu En.Rahmat panggil si peroyan masuk pulak! amboi koooo bukan calang calang yee dia datang pun bukak bunga silat tapi agak pelik caranya..macam aku nak kata dia puteri siam ke puteri jawa ke jawa ke yang duduk kat belah bali sana tu? tangannye tu macam menyembah camtu...yang ni memang degil hamat! dan agresif..di suruh pulang eh tak mau di ugut bunuh eh takut! tapi ajak berlawan! berlawan la En.Rahmat ni dengan si peroyan tadi ni..yang depan mata aku hanyalah gerakan2 tangan dan badan En.Rahmat dan jugak Kak Huda yang dihuni oleh si peroyan tadi tu..lain pulak di mata adik aku yang magic tu! apa yang die nampak adelah senjata berupa Kalimah2 Allah dan jugak nenek tua kertu yang berbaju kebaya kuning dan senjatanya pulak  adelah 5 sanggul di kepala beliau! akhirnya dengan izin Allah SWT maka berakhir lah riwayat puteri tua tu..chehhhhhhh tuaa rupenya kooo yang aku nampak kemain lawa ko ye! (seb baik aku nampak yg cantik oiii mau pitam aku kalau nampak yang kertu!) ohhh yee memang betul yang laki aku dengar bunyi lembu kena sembelih tu adelah si peroyan tu yang cuba nak masuk rumah aku tapi tak lepas! menurut kata Kak Huda si peroyan tu emosinya masa dtg nak masuk dalam badan Kak Huda adelah seperti ada 1 perasaan yang berbuku yang amarah! ye lah mungkin sebab die nakkan anak buah aku tapi kena warning pulak ngan adik aku tu kan..

Menurut kata En.Rahmat, arwah ada memiliki lagi 1 senjata tapi tak berada dirumah mungkin pada kawan kawan nye tu tak pasti..yg penting akadnya ada meminjam bukan memberi..maksudnye ada lah antara kenalan arwah yang meminjam senjata tadi tu..aku syak memang keris jugak sebab arwah ni suka kumpul benda2 pelik eksotik macam tu..kata EnRahmat lagi yang 1 tu kalau dipulangkan bole mendatangkan masalah jugak..Wallahualam..so kami mintak nasihat dan pandangan En.Rahmat sekiranya boleh jika kenalan arwah tu nak memulangkan tapi kami cakap takpe lah kami ikhlas beri awak keris tersebut awak simpan lah dan jadi milik awak..kate En.Rahmat boleh..jadi yg menjaga keris tadi tu akan selamanya menetap di keris tersebut dan tak pulang kepada kita...aku harap jugak begitu dan ianya semua dari izin Allah SWT..jauhkanlah kami dari anasir2 yang tidak elok...Amin..

Okay something aku lupa nak mention ialah..si peroyan tu penjaga keris kecik yang dah tak berjaga..kemarahan dia dah lama dan mungkin berpunca dari arwah da mula malas mungkin nak menjaga keris dia dan jugak disatukan tempatnya dengan keris yang berpenjaga si lelaki tadi ini kerana yang lelaki itu menurut En.Rahmat adelah Islam manakala si peroyan ni bukan Islam..Wallahualam..dan dia memang mendatangkan kesakitan...yang batu batu cincin tu pulak kesemuanya mempunyai penjaga dan kesemuanya sudah dipulangkan ketempat asal masing masing..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..segalanya selesai...kami pun balik tu tidur lena dan terjaga pagi sangat fresh! legaaaa...cuma kaki aku ada kesan lebam sikit..dan jugak yang memeranjatkan akak ipar aku adelah sebekas cincin cincin batu yang arwah simpan dalam dispay cabinet die hilang lenyap! dah dia pulak takut nak masuk tidur dalam bilik dia huhuhuhu...cuma kami pujuk la cakap dah tak ape semua dah selesai..pandangan aku dan adik aku pada rumah arwah pun dah terang, bersih dan tenang.

Insyaallah ada masa nanti aku akan update ade beberapa lagi selingan cerita dalam cerita ni..

Terima kasih semua..

-B1-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 06:16 PM | Show all posts
3bidadara replied at 4-8-2016 04:37 PM
Sambungan

Masa lunch time adik aku bukak cerita..masa die teman aku membuang kat bilik arwah tu d ...

uwih..terasa berada di zaman dahulu kala
penjaga keris tu pakai baju melayu ada tengkolok tak?
ke macam mana ghupanya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 08:31 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-8-2016 06:16 PM
uwih..terasa berada di zaman dahulu kala
penjaga keris tu pakai baju melayu ada tengkolok tak?
k ...

yang lelaki tu ke? aku lupe nak tanya adik la Ipo..hahhahaha okey kang nanti adik aku online kat skype aku tanye die ehh
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 09:16 AM | Show all posts
uiii seram tu kalau malam2 dok dgr bunyi slipar jepun chot chet chot chet tuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2016 12:15 PM | Show all posts
Zaien replied at 5-8-2016 09:16 AM
uiii seram tu kalau malam2 dok dgr bunyi slipar jepun chot chet chot chet tuuu

haaa mau tak seram da dengar die chot chet chot chet tu dari tangga tetibe benti sebelah katil kite!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:43 PM | Show all posts
3bidadara replied at 4-8-2016 05:37 PM
Sambungan

Masa lunch time adik aku bukak cerita..masa die teman aku membuang kat bilik arwah tu d ...

org yg menuntut silat memang ada jaga benda2 ke? tenkiu for the update seronok baca di petang jumaat ni.ada sambungan lagi tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2016 04:52 PM | Show all posts
andaman replied at 5-8-2016 04:43 PM
org yg menuntut silat memang ada jaga benda2 ke? tenkiu for the update seronok baca di petang juma ...

aku tak pasti tentang ni..tapi untuk kes arwah abang aku ni keris yang dia simpan tu hanyalah untuk tujuan persilatan sahaja takde kegunaan atau tujuan selain tu lah..dan jugak sepanjang pengetahuan aku melalui orang orang yang lebih pakar tentang senjata atau barang2 purba ni memang mempunyai penjaga atau pemiliknya..wallahualam..
Selingan cerita lain ade..aku tengah recall ni ha cerita2 yg ade sebab busy sangat aritu terbawak pada keterlupaan aku hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:55 PM | Show all posts
3bidadara replied at 5-8-2016 04:52 PM
aku tak pasti tentang ni..tapi untuk kes arwah abang aku ni keris yang dia simpan tu hanyalah untu ...

lagi satu lupa nak tanya. si peroyan tu nakkan anak buah ko yg lelaki sulung.itu apa citer? kenapa nak anak lelaki sulung?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2016 11:31 AM | Show all posts
andaman replied at 5-8-2016 04:55 PM
lagi satu lupa nak tanya. si peroyan tu nakkan anak buah ko yg lelaki sulung.itu apa citer? kenapa ...

si peroyan tu dah kena bunuh sebab die degil & melawan...

ikot cite adik aku si peroyan memang dari dulu berkenan ngan anak sulung arwah sebab perwatakan dia..jenis budak yang calm tapi ade sikit pendiam tapi berisi cam tu..atau erti kata lain lebih kurang arwah bapak die jugak perwatakan anak sulung die ni..muka pun iras..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak sambung cite lagi b1 b2 b3...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.091360 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list