CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 3bidadara

1001 kisah kami 3bidadara. #Update Kisah Bidadara 1- MIMPI [After 3 year tak up

  [Copy link]
 Author| Post time 16-8-2016 04:17 PM | Show all posts
BONDAFAD replied at 9-8-2016 04:57 PM
Bila nak sambung cite lagi b1 b2 b3...

tengah bizi closing la BONDAFAD huhuhu

nanti kami da abis closing kami update naaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2016 09:35 AM | Show all posts
Cerita Pendek - short update sebab kebizian melanda


Semalam 16/8/16 salah seorang rakan sekerja aku telah meninggal dunia setelah sekian lama menanggung sakit yang dirahsiakan.. (Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat).


Sekitar bulan puasa yang lepas, aku dimaklumkan melalui e-mail bahawa terdapat seorang pekerja yang sedang dirawat di salah sebuah hospital besar di selatan tanah air. Sejujurnya kalau sekadar baca pada nama saje aku memang tak boleh cam mana satu tuan badan sebab tempat kerja aku ni kilang dan punya beratus ratus pekerja mana mungkin aku boleh hafal semua muka diorang kan..

Dipendekkan cerita yang tak berapa pendek ni, lepas aku turun kantin beli sarap ngan si B2 kami ni tercengang cengang sebab nampak sekumpulan pekerja macam panic beramai ramai depan pintu jamban! kami pikir ada staff yang pitam ke ape kan so kami pon tanya la ape ke masalahnya korang ni?? salah sorang dari mereka bagi tau :"KAK ADE BUDAK DEPARTMENT ***** MENINGGAL PAGI TADI!"

Aku ngan B2 sibuk la tanya siapa yang meninggal budak local ke budak foreigner? bila? kat mana? siapa yang bagitau korang ni?? diorang ni pulak dapat info dari kawan baik si arwah ni dan sekarang budak tu dalam perjalanan balik ke kampung arwah. Pulaknye dahh dalam pada masa sama officemate kami cuba call ketua section department tersebut. Bila dah selidik baru lah kami dapat tau rupanya yang meninggal dunia adalah pekerja yang sedang dirawat di hospital tersebut tu..meninggal dunia sebelum masuk waktu subuh di hospital. Serta merta pulak bulu roma aku ngan B2 merinding tak memasal sebab macam baru je baca surat dari hospital kat email tu kan..

Tak bertunggu lagi aku ngan B2 cari personal file arwah untuk mendapatkan nombor telefon waris arwah tadi ni selak punya selak ternampak la copy ic arwah..ADE GAMBAR KAN?? aku terus terinjak sikit ke belakang lepas B2 ngan aku serentak cakap "haaaaa dia niiii rupanya????" aku serta merta sejuk jari tangan ngan kaki bagai rasa macam nak muntah pun ade pening pon ade bak kata pelbagai rasa lah!

KENAPA AKU RASA BEGITU? KENAPA AKU TERINJAK KEBELAKANG? KENAPA??


SEBAB...




Sebab aku baru nampak arwah ni semalam!!! (15/8/16)  YES! AKU NAMPAK DIA SEMALAM! AKU NAMPAK DIA WEH!! dia duduk kat meja kantin dengan kawan kawan dia tapi dia nye duduk diam je tak merancak berbual dengan kawan lain dan muka dia pucat! aku tak memikir apa masa tu sebab sejujurnya aku tak tau nama dia siapa until aku nampak ic dia dalam personal file!


ARGHHH!! until now aku masih belum dapat hilangkan apa yang aku nampak tu masih bermain main kat kotak fikiran aku!kenapa mesti aku??

-Bidadara 1-
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:47 PM | Show all posts
best....tt nanti update lagi. banyaknye pengalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:20 PM | Show all posts
kisah ni best tp aku rasa agak berterabur.. pastu sebab 2org guna nick ni jadi kick penceritaan tu dah berbeza2..

apapun keep it up.. aku suka jugak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 10:00 PM | Show all posts
3bidadara replied at 17-8-2016 08:35 AM
Cerita Pendek - short update sebab kebizian melanda

oh kiranya budak tu masih terlantar kat spital la masa korang nampak dia kat kantin tu?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 08:28 AM | Show all posts
ainsinchan replied at 18-8-2016 02:47 PM
best....tt nanti update lagi. banyaknye pengalaman.

terima kasih awakkk...Insyaallah ada lagi cerita coming soon
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2016 08:29 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 18-8-2016 04:20 PM
kisah ni best tp aku rasa agak berterabur.. pastu sebab 2org guna nick ni jadi kick penceritaan tu d ...

will improve Insyaallah..thanks
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2016 08:33 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-8-2016 10:00 PM
oh kiranya budak tu masih terlantar kat spital la masa korang nampak dia kat kantin tu?

Betul tu Ipo!

Arwah ni dah warded since bulan puasa lagi..tapi kami ni kadang kadang nama staff memang kenal tapi wajah nye tak kenal...kadang kadang tu wajah kenal tapi namanya tak kenal...bahahhahahaa saje bagi Ipo pening
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt nanti update lagi ye. Besh2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 03:03 PM | Show all posts
kt sini di ceritakan oleh 3 org ke?
b1
b2
b3
org yg berbeza? ade kaitan x satu sama lain
maaf hanya bertanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2016 02:08 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 19-8-2016 03:03 PM
kt sini di ceritakan oleh 3 org ke?
b1
b2

3 Bidadara ni adelah 3 orang sahabat sejati..
Buat masa ni yang active kat forum cuma B1 & B2

Kat thread ni kebanyakan cerita akan di update oleh B1 manakalah B2 mempunyai thread bertajuk Maksud mimpi aku lepas pindah rumah? #Update : Berek angker?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2016 02:58 PM | Show all posts
Edited by 3bidadara at 26-8-2016 03:05 PM

Assalamuaikum semua...

Harini aku nak update 1 cerita yang berkaitan dengan kisah Cerita Pendek aku hari tu *refer 62#

Hampir lebih seminggu setelah pemergian arwah rakan sekerja aku..Semoga beliau tenang di sana..

Beberapa hari yang lepas, Ibu & adik arwah telah datang ke office untuk menyerahkan beberapa dokumen berkaitan tuntutan insurans dan juga urusan yang berkaitan. Alhamdulillah..dari penceritaan mereka tentang urusan pengebumian arwah haritu nampaknya semua dipermudahkan..sambil itu aku bertanyakan khabar anak tunggal arwah yang berumur 6 tahun macam mana keaadannya setelah pemergian ibu tercinta? menitis air mata aku dan officemate termasuk B2 tatkala mendengar anak kecil itu yang ditinggalkan bapa sedari usia beberapa bulan amat tabah menerima takdir bahawa dia sudah tak punya ibu..ini adalah petikan dialog yg diceritakan oleh adik arwah bersama anaknya ketika berada di rumah mayat:

p/s: bukan nama sebenar

Ani: Faiz...Faiz tau tak kenapa dengan mama?
Faiz: Faiz tau...mama dah tak ada kan? mama dah meninggal..tadi tu diorang dah mandikan mama..
Ani: Auntie tengok Faiz tak nangis pun? Faiz sedih ke tak mama dah tak de ni?
Faiz: Faiz sedih lah auntie...tadi Faiz dah nangis tapi orang tak nampak..sebab Faiz nangis sorang2 jek kat sana tuu *tunjuk ke arah 1 sudut di tempat menunggu jenazah
Ani: Faiz anak yang soleh, Faiz sayang mama..mama pun sayang sangat Faiz..Faiz jangan sedih ye nak..auntie & nenek ade sentiasa dengan Faiz..auntie akan jaga Faiz ye sayang..
**Faiz memeluk erat tubuh Ani**

Aku ni mudah tersentuh..merembes rembes la air mata aku dengar si Ani bercerita huhuhuh...lepas tu aku ni tergerak nak tanya kemana hilang bapak si Faiz ni? memang die tak pernah balik jengah anak ke lepas bercerai dengan arwah? kate mak arwah *aku panggil makcik siti je lah ye..okay..kata makcik siti, lepas arwah dan suaminya bercerai masa tu umur faiz dalam 2 - 3 bulan lebih kurang..suaminye jarang sekali datang jengah anak ade dalam 6 - 8 bulan sekali ade jugak pernah setahun sekali sampaikan faiz sendiri tak kenal ayahnye masa kali terakhir ayahnye datang dalam bulan Feb atau Mac tahun ni..tapi pulak budak faiz ni memang seorang anak yang hatinya terang dan tulus..bila makcik siti kenalkan bahawa ini lah ayah faiz..terus terus je faiz lari ke dalam ambil beg & buku buku sekolahnya duduk dengan ayah tunjuk apa yang die belajar di sekolah..yang si ayah hanya duduk memandang muka si anak.. entah ape lah yang difikir si ayah tak pasti pulak makcik siti..

Ada jugak makcik siti & ani bercerita serba sedikit tentang punca keretakan rumahtangga arwah dan suaminya yang dipercayai anak emak tu..makcik siti tak dapat bagi tau pada bekas suami arwah disebabkan takde simpan nombor telefon dia even dalam contact list arwah pun takde nombor terlefon bekas suaminya yang baru..dalam dok bercerita tiba tiba aku terdiam sejenak! sebabnya cerita yang disampaikan makcik siti tu seakan aku dah pernah dengar dari seorang makcik yang lain yang mempunyai anak lelaki dan juga bermasalah dalam rumah tangga! ahhh sudahhhhh!!! aku mintak nak tengok surat cerai arwah...TERNYATA! nama si suami tu sangat lah aku KENAL! allahuakhbar...terkedu lagi sekali hati aku...terbayang bayang muka arwah masa aku "nampak" beliau duduk di kantin tempohari...dan juga..terjawab persoalan KENAPA MESTI AKU yang "nampak" beliau!

Aku tak ceritakan pada makcik siti dan ani yang aku kenal dengan bekas suami dan keluarga mentua arwah..terzip mulut aku nak bagi tau pun..balik tu aku cepat cepat confirmkan dengan suami aku nama bekas suami arwah iaitu FARID BIN ABDUL MUTALIB *bukan nama sebenar*. Suami aku pun tak sangka dengan cerita yang aku sampaikan tu..tak berlengah die terus capai hp dan call adik kepada farid untuk sampaikan berita yang arwah bekas isterinya sudah meninggal dunia. Kami tiada niat lain..kami hanya kesiankan Faiz..anak bijak yang tabah itu..lagipun seharusnya ayah lah yang bertanggungjawab menyediakan makan minum serta kelengkapan pelajaran untuk anaknya..Ape pun yang terjadi di antara arwah dan farid jangan lah sampai faiz yang menjadi mangsa..

Ape pun aku lega sangat sekarang ni sebab aku rasa seperti ape yang arwah mintak tolong tu dah dapat aku sampaikan..Insyaallah aku, suami, B2 & suami serta B3 akan menziarah faiz dan kami dah janji nak belikan faiz barang sekolah sebab tahun depan faiz akan memulakan pengajian di darjah 1. semoga faiz menjadi pelajar yang cemerlang hendaknya...

-Tamat-

B1

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 04:35 PM | Show all posts
Best....
Nak citer lagi tt......
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 06:27 PM | Show all posts
sedih teruk lah pasal anak arwah tu.
tapi cerita dah mcm ghost whisperer pulak.
roh datang mintak tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 09:40 AM | Show all posts
3bidadara replied at 26-8-2016 02:08 PM
3 Bidadara ni adelah 3 orang sahabat sejati..
Buat masa ni yang active kat forum cuma B1 & B2

ok sis nnti iols baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:48 AM | Show all posts
Assalam TT. Takde update lg kee ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2016 12:50 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua forumer MPS..

Ya Allah bersawang rumah aku ni dahhh!!

ampun! bizi bebeno aku beberapa kebelakangan ni sampai tak terjengah kat MPS ni katekau!!

Sementara aku jengah ni aku nak bagi cerita pendek yang terlintas kat kotak ingatan aku ni lahh..

CERITA DALAM PANTANG

Pada April 2014, selepas balik dari hospital setelah melahirkan anak ke 3 aku decide untuk berpantang di rumah sendiri.

Mak aku cuma boleh datang jaga aku pada hari 3 lepas aku bersalin kerana beberapa urusan yang tak dapat nak dielakkan. Sementara tu cuma suami aku lah yang jaga aku selama 2 hari tu, anak sulung & kedua kami mintak tolong adik ipar jagakan.

So, lepas aku sampai kat umah dalam lebih kurang jam 2pm camtu, aku bersihkan diri salin baju, salin ape yang patut lah..dok ulit2 baby baru kan..ok x de ape pon yang berlaku waktu ni..hik hik..

Malam tidur aku berkeadaan begini: Aku - baby - suami kat atas katil. Kite dalam pantang ni memang berkain batik dan pakai stokin la kan tidur pon xde la lena tidur tidur chicken chop je..lebih kurang agak dah tengah malam aku rasa macam aku mimpi ke aku mamai ke macam dua dua belah kaki aku ni terangkat ke atas (macam posisi terkangkang nak beranak tu tapi kaki nye terangkat atau di angkat ke atas) dan aku rasa aku x mimpi memang nyata sebab aku alihkan bantal nak tengok sape yg tolak kaki aku tu!

Aku gagahkan diri untuk bangun tapi macam ditekan2 pulak badan aku ni x di bagi bangun..ishhh main kasar ko eh! Sekuat hati aku kumpul tenaga lawan balik aku jerit Allahuakhbar berkali2 baca ayatul qursi dan aku rapatkan balik kaki aku! Lebih kurang 3 kali jugak aku cuba sampai lah terlepas dan rasa ringan kaki aku ni! berpeluh2 aku dibuatnya...yang pelik tu laki aku tak sedar langsung! dia tersedar masa aku nak turun katil nak pergi toilet basuh muka sambil mengucap tak henti henti..gile ko sape tak takut & panic!

Allahuakhbar...sampai sekarang aku tak boleh lupa peristiwa tu...aku tak pasti rupe bentuk syaiton yang buat kerja tu sebab aku focus on jerit Allahuakhbar dan kepit kaki aku masa tu..tapi seimbas mata aku ni bentuknye mmg mengerikan! mintak maaf aku ni hijab tak begitu terbuka so kebanyakan yang aku nampak adalah hitam tapi berbentuk...aku tak nak tengok dengan jelas sebab aku penakut! huhuhu

Sekian cerita pendek yang tak pasti lah pendek ke tak dan seram ke tak!
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bidadari dah muncul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2016 05:28 PM | Show all posts

tenggelam timbul bidadari ni ha bonda...dimamah kesibukan kerja huuu sedihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.423716 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list