KAMI menerima gambar daripada pembaca yang menyatakan ini adalah Proton Perdana 2016.
Selepas melihat gambar ini, ya ini adalah wajah sebenar Proton Perdana 2016 seperti mana yang kami lihat secara 'live' sebelum ini.
Berdasarkan rekaan rim, kami jangkakan ini adalah Proton Perdana yang dijana unit enjin bersesaran 2.0L.
Untuk makluman, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian iaitu 2.0L dan 2.4L. Kesemua varian Perdana 2016 buat masa ini akan menggunakan enjin Honda Accord. Manakala penggunaan enjin baharu pula dijangka akan dipasang pada 2017.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, Proton Perdana 2016 akan dilancarkan pada bulan ini. Rasa makin tak sabar pula mahu lihat model ini bergerak di jalan raya.
SUMBER: Pandulaju.com.my
|