View: 4400|Reply: 4
|
Pernahkah Anak-anak Anda Makan Pengat Ubi Kayu?
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Ubi Kayu merupakan makanan tradisional utama masyarakat Melayu ketika negara kita dibawah penjajahan British.
Sudah tentu makanan ini semakin dilupakan lebih-lebih lagi dikalangan masyarakat bandar. Kenalkah anak anda dengan pengat ubi kayu? Pernahkah mereka makan? Jika belum eloklah masak dan bagi mereka rasa.
Dulu, ubi kayu direbus dan dimakan bersama kelapa parut. Kini, masyarakat telah "menaiktaraf" resepi ubi kayu menjadi pengat iaitu berkuah. Rasanya sedikit manis, nama pun pengat kan..tak kan nak masam pula.
Cara membuat pengat ubi kayu tidaklah susah, lebih kurang sama dengan cara membuat pengat pisang. Jom cuba!
kredit foto : najlaaimi.blogspot.com
Bahan-bahan:
400 gm ubi kayu yang direbus empuk
1 cawan santan pekat
3/4 air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir
Cara membuat:
1.Masukkan air dalam periuk.
2.Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan air tadi dan tambahkan sedikit garam.
3.Biarkan mendidih hingga empuk dan toskan ubi kayu telah empuk.
4.Masukkan santan , gula melaka , daun pandan , ubi kayu yang telah di rebuskan dan gula kedalam periuk.
5.Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.
6.Siap dan hidangkan
Sangat sedap dimakan ketika masih panas. Nak lagi sedap makan ketika hari hujan, jangan lupa bancuh kopi-o panas satu teko! - CARI Infonet.
Resepi oleh : dapurmalaysia.com
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap wei pengat ubi kayu
satu lagi, kuih tepung boko
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
X der anak lom kwen
Pernah mkn sedap, nak try lah |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nya......dah lama tak makan....tapi nak buat kang saya aje yang makan... |
|
|
|
|
|
|
|
prefer pengat pisang...
oh! psl anak2 ke?....well..i pun anak org jgk..so bleh komen...ahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|