CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4868|Reply: 25

[Tempatan] Update: CEO Rayani Air pengsan x bole pegi inkuiri !!!

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2016 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mixed at 12-5-2016 05:38 PM

AirAsia Tawar Diskaun Tambang Untuk Penumpang Rayani Air
Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 6:44 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=15.008px]KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan AirAsia kini menawarkan tambang pada potongan harga 50 peratus untuk penumpang Rayani Air yang terjejas berikutan penggantungan operasi syarikat berkenaan.

[size=15.008px]Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat tambang rendah itu berkata tawaran berkenaan melibatkan penerbangan bagi destinasi ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Baharu, Kuching serta Kota Kinabalu untuk tempoh perjalanan mulai hari ini hingga 27 April 2016.


[size=15.008px]Ia bagaimanapun khusus untuk semua penumpang Rayani Air yang memiliki tempahan penerbangan yang sudah disahkan.

[size=15.008px]Penumpang terbabit boleh mengemukakan tempahan itu di Pusat Perjalanan dan Perkhidmatan AirAsia di klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Baharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.


[size=15.008px]



[size=15.008px]"Kami amat bersimpati dengan kesemua penumpang Rayani Air yang terjejas ini.
[size=15.008px]Kami berharap pemberian diskaun ini dapat membantu mereka membuat urusan perjalanan baharu, terutamanya menerusi kekerapan penerbangan kami di semua destinasi terlibat," kata Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee.

[size=15.008px]AirAsia mengendalikan sejumlah 11 penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Langkawi serta Kuala Lumpur ke Kuching; lapan penerbangan sehari masing-masing dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu serta tiga penerbangan sehari dari Kota Kinabalu ke Kuching.
[size=15.008px]




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2016 11:47 PM | Show all posts

update:CEO Rayani Air Pengsan x hadir inkuiri

Edited by mixed at 12-5-2016 05:37 PM

Malaysia Airlines Tawar Pilihan Perjalanan Kepada Penumpang Rayani Air
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 4:48 PM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penumpang yang memegang tiket perjalanan Rayani Air boleh menempah semula penerbangan mereka yang telah dibatalkan melalui Malaysia Airlines.
[size=0.98em]Syarikat penerbangan nasional itu kini menawarkan harga tambang dengan diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan operasi syarikat berkenaan.
[size=0.98em]Tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April, 2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai, 2016, menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
[size=0.98em]Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata sebagai syarikat penerbangan nasional dan atas rasa mengambil berat terhadap rakyat Malaysia, adalah menjadi  tanggungjawab syarikat itu untuk memberi sebarang bantuan bagi mengurangkan beban yang menjejaskan penumpang Rayani Air.



[size=0.98em]"Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. Kami berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi penumpang," katanya.
[size=0.98em]Bagi menikmati tambang istimewa ini, penumpang yang terjejas perlu mengemukakan emel mereka berkenaan bukti tempahan perjalanan dengan Rayani Air.
[size=0.98em]Mereka boleh menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara.


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti Rayani air sewa route depa ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:32 AM | Show all posts

agenda halus 2 airlines diterajui kapir lahnat kayu api nuraka, dengan pompuan tulanjang bogel bergelumang arak najees utk menjahanamkan ummah isle...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 10:04 AM | Show all posts
semoga membantu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-5-2016 05:36 PM | Show all posts
update


CEO Rayani Air Pengsan, Tidak Hadir Inkuiri
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 4:15 PM



[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran yang kini berhadapan tekanan selepas operasi syarikat penerbangan itu digantung tidak dapat hadir ke proses inkuiri Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Khamis.

Ravi yang mengendalikan syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu berkata dia pengsan akibat tekanan darah tinggi.

"Ya, tekanan tinggi," katanya ketika dihubungi.

Walau bagaimanapun, isterinya Datuk Karthiyani Govindan menghadiri siasatan berkenaan.

Karthiyani adalah pengasas bersama Rayani Air.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini memberi amaran bahawa syarikat itu berhadapan risiko kehilangan Sijil Pengendalian Udara (AOC) jika DCA tidak berpuas hati dengan penjelasan mereka.

Katanya DCA akan menjalankan audit pentadbiran dan keselamatan untuk menentukan sama Rayani Air layak menerima AOC selepas menjalani penggantungan sementara.

Pada 11 April lalu, DCA menggantung sementara AOC Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pula.. They have tried.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 05:41 PM | Show all posts
hooi...ni isi x serupa tajuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:42 PM | Show all posts
Kesian. Bawa2 berehatlah bos. Utamakan kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:44 PM | Show all posts
insulin replied at 12-5-2016 05:42 PM
Kesian. Bawa2 berehatlah bos. Utamakan kesihatan.

vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight tu... jual segala menda pamoga... bedak sejuk......
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2la xpayah niaga airline, bukak restoran daun pisang lg untung,buat hotel ke, kesian uncle pegi temple la tua2 ni smbhyg byk2 kasi ubah itu nasib
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:47 PM | Show all posts
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...

Stress mendengar permintaan yang x berapa menakjubkan dari mek vida.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2016 05:48 PM | Show all posts
dino replied at 12-5-2016 05:44 PM
vida qu gemuk nak beli tu.... cuma syarat die kena allocate space utk bukak kiosk kat dlm flight t ...

x tau la sheol nk beli ke idok byk hutang kan

Rayani Air: "Saya Tak Nak Cuci Pinggan Kotor" - Vida
Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 9:31 AM
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
[email protected]

   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Jelas Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, beliau merasakan tidak berbaloi untuk menyelesaikan beban hutang sedia ada kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar.

Malah Vida berpendapat masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.

"Jika saya nak ambil alih, saya kena mulakan dengan buku baharu, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.

"Saya rasakan tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada.  Jadi pihak pengurusan Rayani Air perlu cari jalan untuk selesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Namun, Vida berkata kata putus mengenai hasratnya itu hanya akan diketahui selepas hasil perbincangan antara kedua-dua pihak yang dijadualkan di ibu negara dalam masa terdekat.

"Saya masih belum buat sebarang keputusan, sekarang masih diperingkat pertimbangan lagi. Jika tawaran membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak.

"Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasil perbincangan itu nanti. Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah," katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau berminat untuk membeli saham tersebut, Vida berkata beliau pernah bercita-cita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri sejak lebih setahun yang lalu.

"Saya pernah berhasrat nak beli pesawat persendirian sebelum ini tapi bila fikirkan semula kosnya agak mahal dan macam tak berbaloi.

"Jadi bila pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan nanti," katanya.

Rada Rabu,  usahawan tersebut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.

Menurut sumber Rayani Air, masih terlalu awal untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan pertemuan bersama pihak Vida masih belum dibuat.

“Ada banyak perkara yang perlu diteliti. Di pihak kami, sudah tentu perlu melihat tawaran Vida dan apakah pelan perniagaannya,” katanya.

mStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:49 PM | Show all posts
alolololo syian....

pengsan bila?

hari ni jugak eh?


alolololo syiannnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:51 PM | Show all posts
mixed replied at 12-5-2016 05:48 PM
x tau la sheol nk beli ke idok byk hutang kan

heran tu vida ni.... apa maksud die.... die nak jual share tu pun psl isu hutang tu seme,.... nak cari pelabur.....
ni ala2 melabur aku pegang duit... mcm kes kafa tuh hahah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2016 05:52 PM | Show all posts
kasibiman replied at 12-5-2016 05:49 PM
alolololo syian....

pengsan bila?

org sakit btul la..... btw india mmg byk drama..... mmg lakonan tak brp jd sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la org buat bisnes katerbang dia pun nak jugak. elok duk diam2 buat bisnes bas tu je...

bak kata pepatah..org tamak selalu rugi spt anjing dan bayang bayang. gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 06:08 PM | Show all posts
Bida gumok nak beli..tapi syaratnya..dia nak bawak sendiri ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya uncle..susah payah membina syarikat...ramai yg nak mengambil kesempatan dalam kesempitan...bukan nak menolong sgt pon...gagal sekali bukan bermakna akan terus gagal...dongibab uncle
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.064020 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list