View: 2647|Reply: 17
|
[Dunia]
Dubai bina menara lebih tinggi daripada Burj Khalifa
[Copy link]
|
|
DUBAI: Dubai merancang membina sebuah menara yang lebih tinggi daripada Burj Khalifa, yang kini adalah bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, kata pemaju hartanah, Emaar.
Pembinaan menara tinjau itu akan membabitkan kos sekitar AS$1 bilion (RM3.89 bilion) dan akan 'setakuk' lebih tinggi daripada Burj Khalifa, kata Pengerusi Emaar, Mohamed Alabbar dalam sidang media.
Namun, beliau berkata, ketinggian muktamad bangunan itu akan diumumkan apabila pembinaannya siap, sambil menambah bahawa syarikatnya ingin mempersembahkan menara itu sebagai 'hadiah' kepada bandar raya itu sebelum 2020, iaitu tahun Dubai menjadi tuan rumah pameran Ekspo perdagangan dunia.
Direka oleh arkitek Sepanyol-Swiss, Santiago Calatrava Valls, menara itu akan mempunyai dek pemerhatian, sebagai tambahan kepada 18 hingga 20 tingkat bercampur yang akan menyediakan restoran dan sebuah hotel butik, kata Alabbar. Burj Khalifa adalah 828 meter (2,700 kaki) dan ia membabitkan kos pembinaan AS$1.5 bilion (RM5.84 bilion). Bangunan itu telah dibuka pada Januari 2010.
Alabbar menyifatkan struktur baru itu sebagai 'tugu elegan' yang akan menambah nilai kepada hartanah yang dibangunkan oleh syarikat itu di sepanjang persisiran sungai di bandar raya itu. "Ramai ingin mempunyai pemandangan apabila mempertimbangkan untuk membeli hartanah," katanya. Menara itu akan berbentuk langsing, menyerupai imej menara, dan akan ditambat ke tanah dengan kabel kukuh, kata Emaar.
Dubai telah terkenal dengan reputasi membina berpuluh-puluh bangunan pencakar langit futuristik, yang telah mengubah latar langit bandar raya itu. Kingdom Holding Arab Saudi sedang membina sebuah menara di Jeddah yang dirancang untuk mengatasi ketinggian Burj Khalifa, dengan ketinggian bangunan lebih dari satu kilometer. - AFP
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142749
|
|
|
|
|
|
|
|
pastikan pasukan bomba ada dalam bangunan |
|
|
|
|
|
|
|
Yg amik gambar tu lagi tinggi kamera dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar tiang yang ada 20 tingkat ? |
|
|
|
|
|
|
|
kecut perut lah dok atas sekali
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam KL Tower nak lawan Petronas Towers gak la....
KL Tower buat atas bukit ; P
|
|
|
|
|
|
|
|
islam akhir jamang....pada hal ...manyak lagi fakir miskin asnaf yg perlukan bantuan, tmasuk Negara islam yg di kancah peperangan, yg perlukan perubatan hak asasi kehidupan (mknn, tmpat plndungan etc.)
benar seperti apa yg tcatat dlm hadis nabi...umat ku d akhir jamang....
|
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 pernah terbaca burj khalifa tu ada 2@3 waktu maghrib berbeza, bangunan baru ni tak tau brp waktu berbeza xtau |
|
|
|
|
|
|
|
pesal takde org buat bangunan terdalam didunia .. |
|
|
|
|
|
|
|
MMMMMMMMMMMMMMMM,MEMBAZIR JE |
|
|
|
|
|
|
|
Biaq la duit dia sndiri..rakyat mewah gomen mewah..bukan mcm negara tu..rakyat ikat perut..gomen sibuk bazir duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat mewah sampai 85% membazir katanya.... diorg takde istilah saving... istilah belanja je...
mmg takde ciri2 islam..... yela klau kite pun berada kat tmpt diorg jd gitu gak..... takde la bajet bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 12-4-2016 12:14 PM
rakyat mewah sampai 85% membazir katanya.... diorg takde istilah saving... istilah belanja je... ; ...
mmg xde norg miskin ke kt sana...kayanya geng arab ni ye..patutla blh derma smpai berbillion.
donia..donia.. |
|
|
|
|
|
|
|
manusia mana pernah puas...no wonder...tp ygh duduk atas tu nanti tak takut ke kena sambar petir? |
|
|
|
|
|
|
|
bijan punya bangunan 100 tingkat bila nak start?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm cntik design nya tu, simple tp tampak menawan |
|
|
|
|
|
|
| |
|