CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1797|Reply: 1

Hakikat Puasa

[Copy link]
Post time 12-4-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Puasa mengikut tahap kesedaran akal serta kebersihan hati masing-masing.


* Puasa syariat adalah menahan diri dari makanan, minumam, dan bersetubuh di waktu siang.

* Puasa Tariqat adalah menahan seluruh anggota tubuh dari segala perbuatan yang diharamkan dan dilarang, juga perlu menjauhi sifat-sifat yang tercela seperti sifat ujub dan sebagainya lahir dan batin, siang mahupun malam. Bila melakukan hal-hal tersebut tadi, maka batallah puasa tariqatnya.

* Puasa Hakikat pula ialah menjaga hati dari selain Allah SWT dan menjaga rasa agar tidak menyintai selain Allah SWT.

Hadis Qudsi :"Manusia adalah rahsiaKu dan Aku rahsianya". Sir itu dari nur Allah, maka orang yang berada dalam tingkatan ini tidak akan cenderung kepada sesuatu selain Allah.

Tidak ada dicintai, diingini, dan dicari selain Allah di dunia mahupun akhirat. Bila hati terjatuh pada menyintai selain Allah, maka batallah puasa hakikatnya dan dia harus melakukan qadha dengan kembali menyintai Allah dan menemuiNya di dunia dan di akhirat, sesuai firman Allah:
"Puasa itu bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya".

Waktu

* Puasa Syariat mempunyai waktu-waktu tertentu, manakala Puasa Tariqat selama hidup.

* Nabi bersabda: "Banyak orang yang berpuasa hasilnya hanyalah lapar dan dahaga".  
Hadis lain nabi bersabda :" Banyak yang berpuasa , tapi berbuka.

Banyak pula yang berbuka tetapi berpuasa". Maksudnya, orang yang perutnya tidak berpuasa, tapi dia menjaga anggota tubuhnya dan perbuatan terlarang dan menyakiti orang lain.

Firman dan Hadis

* Firman Allah dalam hadis Qudsi: "Puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya".

*Hadis Rasul: " Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan. Pertama, iaitu ketika berbuka. Kedua, ketika melihat Allah. Semoga kita mendapatkannya".

*Pengertian hadis tersebut menurut syariat adalah kebahagiaan yang pertama ketika berbuka dengan memakan makanan di waktu maghrib. Kedua, ketika melihat bulan di malam lebaran petanda selesainya tugas puasa Ramadhan.

*Namun, dari segi tariqat, pengertian hadis tersebut bermaksud kebahagiaan yang pertama ketika masuk syurga menikmati kenikmatan syurga.

Semoga Allah memberinya kepada kita. Kedua, ru'yat iaitu melihat Allah pada hari Qiamat dengan rasa secara nyata.
Semoga kita mendapatkannya.

~~Sumber: Kitab Sirrul Asrar~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas perkongsian .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053208 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list