Edited by nada89 at 18-1-2017 02:59 PM
Baru-baru ni nada ada baca satu blog review filem, dan nada sangat berminat dengan komen yang ditulis oleh blogger tu.Walaupun dia review untuk filem Bhajrangi Bhaijan, tapi ulasan tu agak general dan boleh dikaitkan dalam pelbagai aspek.
Sebuah filem/drama yang berkualiti mempunyai banyak kekaguman dan kekuatan yang boleh diselongkar dan diperkatakan, ia bukan sekadar memberi keterharuan dalam diri penonton.
Dan bagi nada, JI adalah antara drama tersebut.Bila kita menonton ulang JI, pasti akan memberikan sesuatu yang baru lagi daripadanya. Baru-baru ni, selepas nada menonton ulang JI untuk kesekian kalinya, nada perasan penulis (Seo Sook-Hyang) bukan sahaja memilih isu cemburu, cinta segitiga, polyamory, dysfunctional families, asexuality sebagai perkembangan plot bagi drama ni. Tapi, penulis juga banyak memecahkan streotaip gender dalam kehidupan sosial masyarakat Korea khasnya, dan masyarakat dunia amnya.
Secara amnya, peranan lelaki dalam masyarakat dianggap penting kerana selain daripada menjadi ketua keluarga, mereka juga digambarkan sebagai orang yang mempunyai kuasa, kuat dan penyara hidup keluarga dalam sesebuah masyarakat. Lelaki juga distereotaipkan sebagai mempunyai kualiti kepimpinan, yakin membuat keputusan, mempunyai kemampuan berunding,berupaya membuat perancangan, berkeyakinan berhujah, bersedia untuk menyumbang ilmu pengetahuan dan idea-idea baru, sentiasa berinisiatif dan menghasilkan kerja yang terbaik serta senang berkomunikasi dalam masyarakat.
Kebolehan seperti ini akan menjamin kerjaya dan dipandang tinggi. Pembuatan keputusan sering diserahkan kepada lelaki kerana peranan mereka sebagai ketua keluarga. Tambahan pula, mentaliti masyarakat mengatakan bahawa lelaki mempunyai kuasa dominan daripada wanita. Ini kerana lelaki dianggap seorang yang logikal, rasional, berdikari, bersaing, memimpindan pembuat keputusan. - Tesis P.Pama -
Meskipun masyarakat Korea khasnya telah banyak mengalami pembaharuan dari segi ekonomi dan sosial, namun pemikiran stereotaip yang diwarisi daripada nenek moyang mereka masih tidak hilang dalam minda mereka.
|