CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10733|Reply: 79

Wanita berkerjaya 'first class' kritik sesama Melayu tapi cakap BI

[Copy link]
Post time 13-4-2016 03:05 AM | Show all posts |Read mode

ISU penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Melayu bukan sekali dua dimainkan.

Kali ini, seorang wanita yang mendakwa dirinya mempunyai kerjaya first class, ditegur netizen kerana kelantangannya mengkritik golongan masyarakat Melayu yang gemar menggunakan bahasa Inggeris sesama sendiri.


Apa yang menjadi isu adalah wanita terbabit seolah-olah mengarahkan kritikan tersebut kepada golongan guru. Katanya, dia tidak faham mengapa bahasa Inggeris digunakan khususnya di laman sosial, sedangkan mereka berbangsa Melayu.

Tambahnya lagi, dia berbangga dengan kelompok rakan-rakannya, yang walaupun punya kerjaya yang hebat seperti doktor dan jurutera, namun tetap memilih loghat tempatan dalam berkomunikasi.

Kritikan itu dilihat netizen sebagai sangat tidak munasabah, kerana penggunaan bahasa adalah bergantung kepada pilihan dan keselesaan seseorang individu.

PENDIDIKAN

Malah ada juga yang memilih untuk menggunakan bahasa Inggeris atas tujuan pendidikan, memandangkan penulisan dan percakapan harian adalah penyumbang paling besar kepada keberkesanan pendidikan bahasa.

Kritikan yang dibuat wanita tersebut, kata majoriti netizen, boleh menjadi sebab mengapa mereka yang baru mahu mula belajar, berhenti separuh jalan.

Netizen juga berpendapat, sebagai seorang yang berpendidikan dan berkerjaya hebat, wanita tersebut sepatutnya lebih bijak dalam mengeluarkan pendapat dan tidak sesuka hati menjatuhkan hukuman.

PERMOHONAN MAAF
Namun dalam reaksi balas di Facebook, wanita tersebut meminta maaf dan menjelaskan bahawa kritikan itu dilontarkan berdasarkan pengalamannya sendiri.

Malah katanya, dia tidak berniat merendahkan golongan suri rumah, seperti mana yang ditafsir ramai.

Dia juga mengaku menulis status itu ketika sedang berada dalam keadaan marah dan beremosi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 03:28 AM | Show all posts
Amboi..

Sikit2 nak petik suri rumah,asal nak tunjuk low class duk main petik suri rumah..

Sabarr je la dgn mentality mcm gini..

Sehina2 suri rumah,hina lg kamu yg konon first class career tp look down on others yg tidak punya career..mcm kan bodoh sgt wanita x de career ni smpi kan part sembang dorang pon konon ala2 low class mcm suri rumah..

Mungkin dia ingat suri rumah zaman sekarang ni miskin hina agaknya..

Mcm ni punya org pun ada ke?

Siapa lah dia ni agaknya,besar sgt ke sumbangan dia kepada negara smpi menghina golongan tertentu?saddest part,dia yg perempuan menghina kaum perempuan sendiri..

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
"It sound stupid if ai spik malay"
Sh.Amani
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe laa acik .. saya pun suri rumah jugak .. xde keje high class .. tp saya ddk kt luar negara .. jumpa kwn2 senegara mmg ckp melayu je .. saya phm .. xde class laa acik ckp kan .. suri rumah katakan m.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hebat sgt ke bila dpt ckp omputeh
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 05:25 AM | Show all posts
cakap english pun nak kondem

inilah sebenarnya yang low class
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2016 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian suri rumah tangga sepenuh masa.. Selalu dijadikan contoh untuk perkara2 yang tak best..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang cakap mandarin dgn kekawan tu caner? Kalau tak omputih tak Kelas ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia kutuk pasal up status in english kat fb kan
Buka minda la skit
Org tu pya friends bkn melayu sj
Dia tulis nak kasi ramai yg paham...lantak dia la nak tulis in english ke apa
Xboleh la nak samakan org lain dgn dr dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:30 AM | Show all posts
Biaq pi lah depa nak cakap bahasa apa2 pun. Janji depa paham sesama sendiri dan berkomunikasi.

Nak cakap bahasa melayu ker, bahasa inggeris ker, bahasa arab ker, bahasa cina ker, bahasa tamil ker, itu tak jadi issue. Asalkan apa yg nak disampaikan kpd pendengar tu sampai.

Isy, isy, isy... benda camni pun jadi isu.

Cubalah pikiaq benda2 yg lebih bermunafaat kpd diri sendiri & org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Suri rumah duit berkepok kepok kalah beliau beliau tahu ker tidakkk jangan pandang orang sebelah mata horkeh!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:53 AM | Show all posts
org yang bijak tidak akan memberi komen dengan menghina orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 13-4-2016 06:44 AM
Suri rumah duit berkepok kepok kalah beliau beliau tahu ker tidakkk jangan pandang orang sebelah m ...

Haha....jgn tak tau...silap haribulan kalu dia tau nikmat jadi full time housewife Ni dah tentu dia nak berenti kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nour2001 replied at 13-4-2016 06:55 AM
Haha....jgn tak tau...silap haribulan kalu dia tau nikmat jadi full time housewife Ni dah tentu di ...

Dia sebenarnyerr jealous ler tuu, tau sangat taktik kotor spisis gini, uhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 07:00 AM | Show all posts
nak mengata cikgu tapi terhentam sama suri rumahtangga.. nasib la labu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 07:23 AM | Show all posts
I wan to spik mat salleh tapi tak berapa tau nak spik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 07:26 AM | Show all posts
kenapa bangsa melayu/bumi tak boleh bersaing mcm cina, yendia, korea, jepun, indong?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kalu ckp Arab, terus elevate Naik level Hannah gitu..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.764388 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list