NEW YORK 13 April – Seorang wanita Texas dikehendaki polis apabila ge­lagatnya mencuri sebentuk cincin daripada mayat seorang wanita yang berada di dalam sebuah keranda berjaya dirakam pihak pengurusan rumah mayat, baru-baru ini.
Menurut polis, suspek itu ma­sih bebas selepas dia datang ke Rumah Mayat dan Taman Pe­ringatan Sunset di Odessa, Texas, petang Sabtu lalu. Portal ABC News melaporkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah mayat itu, suspek menghampiri sebuah keranda yang mengandungi mayat seorang nenek berusia 88 tahun.
Wanita itu kemudian me­nyandarkan badannya pada ke­randa berkenaan sebelum dilihat memegang tangan mendiang. Menurut polis, suspek yang berjaya mendapatkan cincin itu bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta.
Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, cincin yang diambil da­ripada mayat itu adalah perhiasan yang diperbuat daripada plastik dan hanya bernilai kira-kira AS$10 (RM38).
Sementara itu, polis Texas masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes itu dan menganggap insiden tersebut sebagai satu jenayah serius. Polis Texas memuat naik gambar suspek pada akaun Facebook rasminya dengan harapan orang ramai dapat membantu mengenal pasti wanita berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.6JxQgiD8.dpuf
|