View: 3860|Reply: 1
|
Perut Buncit, Ketahui Punca & Cara Hindarinya.
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/
Bagi kaum lelaki, baik yang sudah berkeluarga mahupun yang masih bujang, masalah buncit pada bahagian perut sememangnya menjadi igauan. Bukan sahaja menjejaskan penampilan malah beberapa penyakit juga sebenarnya berselindung di sebalik perut buncit.
Lemak yang menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.
Kedua, lemak yang dismpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang dikenali sebagai lemak viseral.
Untuk mengurangkan kewujudan lemak-lemak tersebut, beberapa tips berikut bolehlah cuba amalkan :
1) Pastikan Saiz Hidangan Tidak Berlebihan
Kajian Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika mendapati jika sesorang memenuhi keinginnan badannya ketika lapar, dia lebih cenderung makan dalam kuantiti lebih sedikit dalam tenpoh tertentu. Apabila sesorang mengidam untuk makan burger keju, dia mungkin akan makan burger keju selama beberapa hari sebelum akhirnya tubuh akan berasa bosan dan mengurangkan keinginan terhadap makanan itu naumn pastikan saiz hidangannya tidak berlebihan.
2) Senaman bangkit tubi (Sit Up) Tidak Menghilangkan Lemak
Sebanyak mana pun anda melakukan senaman bankit tubi, ia tidak akan menyingkirkan lemak di perut. Ini kerana senaman ini hanya untuk menguatkan otot, namun lemak sukar terbakar hanya dengan senaman itu. Sebaliknya anda boleh melakukan senaman menyeluruh di bahaian otot besar yang lain seperti kaki, bahu dan dada supaya proses pembakaran lemak lebih optimum.
3) Hindari makanan bergoreng
Makanan bergoreng boleh melambatkan proses penghadaman sehingga membuatkan lemak berkumpul di dalam tubuh. Lemak yang bertimbun pada seluruh badan termasuk perut akan meningkat seiring dengan pertambahan berat badan serta pola pemakanan anda yang tidak sihat. Jika menggoreng, adalah dinasihati gantilah minyak biasa yang anda gunakan itu dengan minyak bunga matahari ataupun minyak zaitun. Selain itu, anda disarankan menumis masakan anda dengan nyalaan api yang sederhana.
4) Elakkan pengambilan garam
Elakkan pengambilan berlebihan garam, rempah yang masin serta makanan olahan mempunyai kandungan natrium yang tingi. Pengambilan makanan masin dalam jumlah yang banyak boleh membuatkan perut membuncit kerana garam dapat menarik air dalam jumlah yang besarsehingga menyebabkan retenssi air.
Antara punca-punca yang menyebabkan buncit :
1) USIA - Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan penambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut.
2) KETURUNAN - Ada sesetengah pihak berpendapat sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar.
3) Alkohol - Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisen dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
4) Hormon - Peningkatan stres dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan selkali gus meningkatkan penimbunan lemak perut.- CARI Infonet
sumber info: http://www.wom.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
tau dah... tp nak buat tu yg susah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|