View: 2914|Reply: 6
|
Hukuman Mandikan Mayat Menanti Pemandu Mabuk Di Thailand
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Sepertimana yang kita ketahui dan diakui ramai, kerajaan Thailand sering mempunyai idea-idea yang cukup kreatif melalui iklan-iklan kemasyarakatan yang bertujuan memberi kesedaran buat orang awam mengenai pelbagai gejala sosial yang kurang sihat seperti merokok, minum alkohol, buang sampah merata, ambil dadah, bazir makanan dan sebagainya.
Terbaru, kerajaan Thailand dalam usaha untuk membasmi serta mengurangkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, mereka yang bersalah berkemungkinan akan dijatuhkan hukuman bertugas dalam bilik mayat.
Arahan tegas itu dikeluarkan selepas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk merupakan sebab kedua tertinggi nahas jalan raya berlaku di negara Gajah Putih itu.
Hukumannya, pesalah trafik itu perlu membantu staf hospital memandikan mayat serta mencuci dan menjaga bilik mayat bagi memberi kesedaran kepada mereka.
“Mereka perlu diberi kesedaran supaya ia dapat memberi mereka nilai kehidupan yang lebih baik agar lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini,” kata seorang pegawai kesihatan di sana.
Jenis hukuman itu dibentangkan sejurus selepas sambutan pesta Songkran baru-baru ini yang mana telah menyebabkan lebih 160 orang cedera dan dua orang mati dalam setiap jam.
Ini semua gara-gara pemanduan dalam keadaan mabuk yang semakin berleluasa lebih-lebih lagi pada hari keraian. - CARI Infonet
sumber info: huffingtonpost.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga boleh mendatangkan keinsafan |
|
|
|
|
|
|
|
hukuman yang bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lepas ni tak sedar lagi tak tahu la. |
|
|
|
|
|
|
|
mengadapla ko basuh2 mayat yg mati kena langgar ke apa ke |
|
|
|
|
|
|
|
bagus kerajaan thai ni...ada critical thinking. kalai dkt malaysia kene pikir sentiviti plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|