CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4653|Reply: 4

AS pamer kekuatan di Filipina.. china senyum je ke?

[Copy link]
Post time 15-4-2016 11:21 AM | Show all posts |Read mode



CAPAS, Filipina – Amerika Syarikat (AS) semalam menguji sistem peluru berpandu jarak jauh di ruang udara Filipina dalam satu latihan tentera bagi mengukuhkan pakatan ketenteraan Washington-Manila selepas Beijing dilihat semakin agresif di Laut China Selatan.
Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) menjadi tumpuan simulasi perang oleh seramai 5,500 askar AS dan Filipina itu dengan enam peluru berpandu itu dilancarkan dari sebatang sungai yang kering, terletak kira-kira tiga jam pemanduan dari Manila.
Sasaran ujian peluru berpandu itu tidak dinyatakan.
Latihan tentera itu dibayangi pertikaian antara Filipina dan gergasi serantau, China berhubung tuntutan sebilangan pulau, terumbu dan perairan di Laut China Selatan.
“Kami (AS dan Filipina) adalah sekutu dan sebagai sekutu, kami perlu bekerjasama.
“Pada hemat saya, kami lebih daripada gembira kerana dapat berkongsi,” kata Komander Kor Marin Pasifik AS, Leftenan Jeneral John Toolan apabila ditanya sama ada AS akan menghantar peluru berpandu HIMARS ke Filipina sekiranya konflik bersenjata tercetus di Laut China Selatan.
Katanya, peluru berpandu itu memiliki jarak sasaran 300 kilometer sekali gus dapat mengenai kapal yang berada jauh di Laut China Selatan.
China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan termasuk perairan dan batu berdekatan perairan beberapa jirannya.
Walaupun AS tidak memihak dalam isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan, Washington secara jelas menentang usaha Beijing menuntut perairan tersebut dan mahukan kebebasan belayar di laluan perkapalan utama dunia itu. – AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2016 04:34 PM | Show all posts
training & dalam masa yg sama bantu pinoy dlm ops abu sayyaf..
kasi sapu bersih la lanun2 tu..
& dont forget bring back our malaysian!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2016 05:35 PM | Show all posts
himars tu rocket.
mcm MLRS. bukannya peluru berpandu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 06:17 PM | Show all posts
itu roket lah..bukan peluru berpandu jarak jauh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 11:45 AM | Show all posts
china senyum jer tgok himars tu..lain lah patriot ker..tomahawk ker..baru tercirit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.078251 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list