TOKYO – Seekor chimpanzee yang terlepas dari sebuah zoo di utara Jepun, berusaha mengelak daripada ditangkap dengan memanjat tiang elektrik dan bergayut di situ selama beberapa jam. Chimpanzee jantan bernama Chacha itu berada di atas tiang berkenaan selama dua jam selepas hilang dari Zoo Yagiyama di Sendai.
Siaran televisyen Jepun menunjukkan ia berada di puncak tiang sambil menyeringai dan menjerit kepada pekerja zoo di bawah. Pekerja zoo menembak ubat pelali yang mengenai belakangnya namun masih memerlukan masa yang agak lama sebelum ia terjatuh ke atas selimut yang dipegang pekerja di bawah. – AP/myMetro Online
|