|
|

Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan penceramah ulung antarabangsa, Dr Zakir Naik serta lebih 20,000 orang, sebentar tadi.
Senkiran Dharma, 24, melafazkan kalimah suci itu selepas menerima penerangan jelas mengenai persoalannya mengenai Islam daripada Zakir.
Beliau yang sebelum ini menganut agama Hindu berkata, tindakannya itu dilakukan secara rela hati tanpa paksaan mana-mana pihak.
"Saya sudah mempelajari Islam sejak lebih tiga tahun lalu, namun selepas menunggu selama 24 tahun, saya akhirnya menerima hidayah untuk memeluk Islam," katanya ketika ditemui sebentar tadi.
Sejurus mengucap dua kalimah syahadah, Senkiran menerima senaskah al-Quran daripada Zakir sambil diiringi laungan takbir.
Turut menyaksikan 'kejutan' itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.- CARI Infonet
berita selanjutnya: bharian.com.my/ |
|