CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3332|Reply: 1

Resipi Nasi Ayam Simple

[Copy link]
Post time 18-4-2016 03:06 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna






Bahan-Bahan




Bahan-bahan nasi:


1. 2 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 2 helai daun pandan
5. 1 kiub pati ayam
6.  2 - 3 sudu Sedikit butter




Bahan2 untuk ditumis:


1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Butter




Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak masak
2. Cairkan butter
3. Masukkan bahan2 tadi - tumis sehingga bertukar warna
4. Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning
5. Setelah bahan2 tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak




Bahan2 untuk sambal:


1. 1 cili besar
2. 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)
3. 1 biji tomato
4. 3 senduk air rebusan ayam




Cara Buat Sambal


1. Potong bahan2 sebelum dimasukkan dalam blender
2. Masukkan 3 senduk air rebusan ayam
3. Blender sehingga sebati & hancur
4.1. Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur
2. Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka
3. Season to taste
4. Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api



Bahan-bahan untuk perap ayam:


1. Kicap manis
2. Sos tiram
3. Madu


1. Gaul semua bahan2 di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak2 je. Sorry memang tak reti nak sukat2 ni tongue emoticon


2. Bila dh sebati perap selama 1 jam. Kadang2 bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best grin emoticon


3. Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti


4. Panaskan minyak sehingga betul2 panas. Slowkan api then masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 - 5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko angkat lah ia nanti hangit pulak kalau lama2..




Sup ayam:


1. Air rebusan ayam tadi
2. Sup Bunjut
3. 1 kiub ayam
4. Sedikit garam
5. Season to taste


1. Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.




-CARI Infonet.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
resepi mak iols pulak, bahan2 nasi tu pakai air rebusan ayam sikit utk tanak nasi, make sure tapis dulu la.. bahan2 tumis sama je mcm di atas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.053998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list