CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38391|Reply: 273

Janna Nick buat hal dgn pengacara popular? Dato AC kah? #updated

[Copy link]
Post time 20-4-2016 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by bini_fl at 26-4-2016 09:54 AM

JANNA NICK BUAT HAL DENGAN PENGACARA POPULAR?
20 April 2016. 4.45 PM
1370
Hiburan
748
Miss KGossip
Janna Nick Buat Hal Dengan Pengacara Popular

Sebelum ini, Miss K pernah dengar cerita mengenai pelakon Janna Nick cari pasal dengan seorang pengacara wanita di sebuah stesen TV, tetapi Miss K pejamkan sahaja mata.

Sebab bagi Miss K, mungkin Janna terlalu baru ketika itu dan belum mahir untuk ‘handle the situation’...Lagipun Janna dah bagi kenyataan kepada media tentang perkara tersebut.

Tetapi baru kejap tadi seorang teman Miss K datang menyampaikan tentang perangai ‘diva’ pelakon yang sedang meningkat naik ini.

Urut dada Miss K dengar. Iyalah, kata teman Miss K tu, Janna cari pasal dengan seorang pengacara popular berpangkat Datuk ketika berada di sebuah negeri di Selatan tanah air baru-baru ini.

Dengar cerita, pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu bersikap acuh tak acuh ketika dijemput untuk menjayakan sebuah program terbaru yang dihoskan oleh pengacara berpangkat Datuk tersebut.

Teman Miss K kata, cerita bermula apabila mereka menawarkan Janna untuk menyertai program bual bicara tersebut tetapi pihak Janna telah menolak tawaran tersebut.

Bagaimanapun, disebabkan produksi tempat teman Miss K bekerja tu terlalu ‘hadapkan’ Janna, mereka sanggup ke hotel penginapan Janna untuk berbincang lebih lanjut mengenai pelawaan untuk menyertai program tersebut.

Tetapi perbincangan yang sepatutnya lebih bersifat profesional telah ‘diayam-ayamkan’ oleh pihak Janna sehingga pengacara popular tadi terpaksa tunggu Janna selama satu jam di lobi hotel.

Pengacara tersebut sanggup menangguh makan tengaharinya untuk menjalankan penggambaran bersama Janna, kerana pada peringkat awal Janna dah berjanji untuk  beri kerjasama yang sepenuhnya kepada hos dan pihak produksi yang terlibat.

Last sekali, pengacara terkenal itu terpaksa pulang dengan muka yang merah padam akibat menahan perasaan marah.

Hello dik! Siapa awak untuk buat pengacara yang dah berpuluh tahun dalam industri tu tunggu awak?

Lebih panas, sumber terdekat Miss K turut mendakwa sewaktu membuat perjanjian dengan pihak produksi, Janna minta bayaran yang tinggi! Setimpal dengan popularitinya yang sedang mencanak naik. Katanyaaaaaa…

Kalau gitulah perkhabarannya, tak hairanlah...Sebab sebelum-sebelum ini pun ada teman Miss K mengadu Janna pernah buat hal ketika photoshoot.

Janna, Miss K sebenarnya tak suka nak menuduh tak tentu pasal sebab Miss K pun bukanlah sesempurna mana, cuma kalau dah ramai sangat bercerita buruk mengenai awak, rasanya dah boleh bermuhasabah diri.

Lagipun Janna seorang pelakon yang berbakat besar dan mampu pergi jauh, diharap dapat perbaiki kelemahan diri dan berubahlah demi kebaikan sendiri.

Jangan bila populariti dah merudum,  baru nak sedar diri dan berubah. Bertindak sebelum terlambat ye!




Update respon JN:


Soalan Berbaur Lucah Pengacara TV Punca Janna Nick Berang



[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 1:37 PM

[size=0.688em]Oleh: KEMALIA OTHMAN
kamelia@thestar.com.my




[size=0.75em]Janna Nick rasa diri dipermainkan dalam program baharu.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick mendedahkan dia bersikap acuh tak acuh dalam program terbitan sebuah stesen televisyen disebabkan berasa kesal dengan sikap pengacara rancangan itu yang banyak bertanyakan soalan berbaur lucah.



[size=0.98em]Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 21, berkata, dia berasa seperti dipermainkan dengan soalan-soalan yang turut menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

"Mereka menyuruh saya terlibat dalam satu 'game' yang agak pelik untuk program itu dan secara tidak langsung ia berunsur lucah dan boleh menjatuhkan martabat seorang perempuan.

"Soalan-soalan yang ditanya oleh pengacara pula bukannya berlandaskan kerjaya saya sebaliknya terdapat soalan yang bertujuan merendahkan kedudukan saya selain berbentuk provokasi untuk menjadikan ia kontroversi.

"Saya pelik kenapa soalan itu yang ditanyakan dan pengacara pula tidak profesional," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.

Janna berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip bahawa dia bersikap acuh tidak acuh dalam sebuah program baharu yang dikendalikan oleh seorang pengacara berpengalaman.

Dalam pada itu, Janna menjelaskan bahawa penampilannya dalam program tersebut hanyalah sebagai bidan terjun iaitu diminta menggantikan tetamu lain yang sepatutnya hadir bagi sesi rakaman berkenaan.
[size=0.75em]Janna Nick kini berada di Korea kerana sedang menjalani penggambaran filem berjudul Kimci Untuk Awak.

[size=0.98em]Dia juga kesal, niat untuk memudahkan produksi program itu akhirnya memberi kesan negatif kepada dirinya apabila dia dikatakan bersikap diva.

"Kejadian ini berlaku ketika saya terlibat dalam penggambaran di Johor Baru, saya diminta untuk terlibat dalam program itu pada saat-saat akhir kerana tetamu yang sepatutnya muncul tidak hadir. Biarpun saya menolak, mereka tetap datang ke set penggambaran saya dan merayu agar saya terlibat.

"Bayangkan ketika itu jadual saya terlalu padat kerana saya perlu menghabiskan 35 adegan untuk drama lakonan saya. Akhirnya pihak produksi drama saya membenarkan saya menyertai rakaman stesen TV itu selama tiga jam disebabkan tidak mahu mereka kerugian.

Tambah Janna, selepas gosip itu keluar, dia juga faham mengapa dia dipermain-mainkan begitu dalam program tersebut.

"Saya baru faham mengapa mereka seperti mempermain-mainkan saya ketika rakaman program itu, mungkin mereka rasa saya beri masalah dan buat mereka tunggu lama untuk mulakan rakaman.

"Ia bukan salah saya, mereka datang secara tiba-tiba ke set penggambaran saya tanpa sebarang temujanji. Jadi... memang mereka kena tunggu saya habiskan beberapa babak dahululah," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai tuduhan dia menuntut bayaran yang tinggi, Janna berkata, jumlah berkenaan ditetapkan oleh syarikat produksi drama lakonannya disebabkan mereka menanggung rugi kerana melepaskan dia untuk menyertai rakaman TV berkenaan.

Katanya, ia merupakan ganti rugi yang difikirkan oleh pihak produksi drama kerana mengganggu penggambaran yang sedang berlangsung selain dia sendiri tidak berminat untuk terlibat dengan rakaman televisyen tersebut akibat jadual yang padat.

Dalam perkembangan lain, Janna Nick adalah calon finalis untuk Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) dalam kategori Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars


RESPON MISS K:


Wuuhaiiii… dari minggu lepas nama Miss K jadi bualan dan kritikan ramai kerana dedah perangai sebenar pelakon wanita yang sedang meningkat naik.

Mana tidaknya, semua orang menuduh kononnya Miss K sengaja 'buka pekung’ pelakon tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bukan sengaja nak mereka cerita uolsss… Tapi memang dah itu yang sampai ke telinga Miss K. Bukan dari satu sumber, tetapi ramai yamg menyampai...Mana tak  panas telinga Miss K ni.

Apa yang pelik, bila Miss K dedahkan kisah pengacara terkenal tanah air seperti “diayam-ayamkan” pendatang baru, boleh pulak pelakon wanita ni meroyan di media sosial.

Lebih mengejutkan, apabila si pelakon wanita ini beri kenyataan kepada media untuk menutup kesalahan sendiri dengan mendedahkan nama dan memburuk-burukkan si pengacara. Choii!!

Helloooo, Miss K tak sebut pun siapa pengacara yang dimaksudkan, tiba-tiba tanpa kaji selidik si pelakon wanita ini membuat kenyataan yang  menjatuhkan kredibiliti pengacara tersebut!

Hati ‘besi’ Miss K ni tiba-tiba jadi runtun sebab pengacara terkenal ni seorang yang sangat profesional bila bab bekerja.

Senang cerita,beliau sendiri dah melalui pelbagai kisah pahit manis dalam dunia hiburan tanah air sampai dah bergelar jutawan pun.

Awak tu baru setahun jagung dalam industri, baru kena jentik  sekali dah melenting, macam mana nak bertahan lagi 10 atau  20 tahun akan datang?

Lagi satu, Miss K nak cakap ni, ruangan ini bukan hanya mencari kesalahan atau memburuk-burukkan nama-nama artis tempatan. Sekadar berkongsi cerita dan memberi teguran supaya ianya menjadi pengajaran dan tidak melakukan kesilapan yang sama!

Miss K pun bukan seorang yang sempurna untuk mencari kesalahan orang lain, tapi kalau betul ada melakukan kesalahan lebih baik kita bermaaf-maafan dari cuba membesar-besarkan keadaan.

Orang kata, kalau nak jadi individu yang berjaya jangan tanam sifat dendam dalam diri. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan berada di tahap yang sama sahaja. Tak gituuuu????

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my janna
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 05:55 PM | Show all posts
dato ac or dato fakenil
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
xkn la datuk tu g interview direct...bkn tnya pa artis dlu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 06:01 PM | Show all posts
memang tak suka lakonan dia.. sorree..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AC kot. Shooting teh tarik dia kat jb.
Btw, maybe sebab dia dah refuse memula, so sebab hadap jugak nak dia, tu yang AC turun padang sendiri kot. Bagi menunjukkan kesungguhan gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2016 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape skrg semue buat kat jb? Konsert2 pon kat jb....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pehal lately janna gitula, janna ginila
Ada org dengki ke mmg diva
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 06:32 PM | Show all posts
janna tgh dating ng gua wktu tu, gua xbg lepas, nusyuz nnti
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah suka janna ni..

Bercakap menganga mulut.
Bila ketawa lagilah.
Macam nak terkeluar anak tekak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 06:39 PM | Show all posts
sheols cantik masa rambut panjang dlm JODOH musim 1 ke 2 lupa..
lepas tu rambut pendek hodoh dgn muka tembam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg x bkenan ngn jana ni.die ni buget lakonan die tbaik.kalau gitu lakonan nk menang award pelakon tbaik mmg jauh no la.dah la blakon jerit2.ko tengok erra ko tgok maya karin tu.x pyh jauh sgt la ko tgok elizad je cukup la.jauh benor ngn lakonan ko yg acah2 tbaik kate fans ko la hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:33 PM | Show all posts
PocongTerbang replied at 20-4-2016 07:20 PM
Kena lagi janna..hrmmm...haritu masa shoot stc sheolls sempat update yg sheolss kena habiskan baki 3 ...

TMJ? tak tahu cite pun.. patutnya tmj ke jadi undangan sembang teh tarik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu sheols tu..sheols nyanyi mcm nk mengawan..music best dah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
311gurl replied at 20-4-2016 07:33 PM
TMJ? tak tahu cite pun.. patutnya tmj ke jadi undangan sembang teh tarik?

Iolls baca gitu la..kalau btol,berani ke astrok nak lahar TMJ?? janna kata nk buat pc..dgr cite team production stc dah mengamuk psl kena tuduh cmni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:09 PM | Show all posts
Whattt tmj pon ada gak ke.. wow
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lah. padan muka ac mizal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by misspolarisz at 20-4-2016 08:14 PM

bertabahlah janna. maybe ni hanya salah fhm kot?

baru bleh hadam lakonan dia dlm stc, byk plak kes dia dis week. kesian gak budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lately ni macam banyak pula gosip yang tak enak pasal dak Janna ni. Lepas satu, satu. Maka dgn ini, bergumbira la AJ
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Postur muka dia bukan dalam idaman mata macik..macik suka muka macam elizad..entah kenapa rasa sukar sgt nak suka muka janna..sbb tilikan macik..mulut2 jenis nganga ni mmg jenis celupar..kepala diameter besar gini selalunya bajet bagus2...hew hew hew

Macik cakap hasil tilikan..sape kecam macik dia babunssss ekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.457240 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list