Oleh Izzah Abbasy
Sesiapa sahaja pasti pernah terkena gegata, gatalnya diri sendiri sahaja yang tahu. Gegata juga dikenali sebagai sopak garam.
Ia sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal mencucuk-cucuk. Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.
Sebenarnya sopak garam adalah penyakit gangguan daripada jin. Orang-orang lama menyebutnya, sebagai "ludahan jin".
Dikatakan jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak. Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau jel kristal yang bergerak terbang perlahan-lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal. - CARI Infonet
Cara merawatnya ;
1. Sediakan air setimba yang bercampur kayu sintok atau kayu beluru dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.
2. Mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul.
3. Mulakan dengan mandian air garam. Jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. Biarkan kering seketika. Selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.
4. Mandi dengan air campuran sintok dan limau. Jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. Biarkan seketika sehingga kering tanpa dilap.
5. Kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.
Kredit : qismalay_blogspot |