CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2616|Reply: 6

Saya Pelik Di Malaysia Asyik Tanya Pasal Hudud, Hudud, Hudud - Dr. Zakir Naik

[Copy link]
Post time 21-4-2016 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Kredit foto : WakeUp Malaya




Penceramah terkenal antarabangsa dari India, Dr Zakir Naik mengejutkan masyarakat apabila berjaya mengislamkan seorang gadis Kristian berusia 19 tahun yang mengikuti ceramahnya di Padang Astaka, Kemaman baru-baru ini.


Selepas sesi ceramah di Kemaman, Dr Zakir Naik telah menghadiri ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka atau UTeM pada 18 April lepas. Apa yang menarik kali ini apabila Dr. Zakir Naik menjawab soalan dari seorang lelaki Melayu ini.


Seperti biasa para tetamu bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan. Soalan-soalan dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang-orang berbangsa Melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan dengan politik. Paling hangat apabila seorang lelaki Melayu bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. Lalu ini kata-kata Dr Zakir;


“Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik-asyik tanya pasal hudud, hudud, hudud!” Keluh beliau.


Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Dan sepanjang 20 tahun ini, beliau tidak pernah jumpa mana-mana negara Islam di dunia ini yang mengamalkan undang-undang Syariah 100 peratus.


Kata beliau lagi, dakwah sebenarnya lebih utama berbanding sibuk nak laksanakan hudud. Lebih mudah jika masyarakat diIslamkan secara total, maka takda isu nak buat apa-apa pun. Sebab secara normal tiada muslim yang tak suka cara Islam dipraktikkan.


Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan.


Jawapan Dr. Zakir Naik sangat mendalam maksudnya dan mengajak kita semua berfikir tentang realiti sebenar yang melanda umat Islam ketika ini. - CARI Infonet.




Sumber - www.tv14.my








*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 01:06 PM | Show all posts

setepek atas muka
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 03:23 PM | Show all posts
yele...sibuk nak hudud. suruhan allah s.w.t yg simple pun x mau buat.

tu sbb mudah berpecah. walhal nama jer seagama se islam.

betullah kata dia. kalo semua boleh follow apa yg disuruh x payah nak risau dah nak fikir apa yg dilarang dah. sbbnya semua dah tahu dan takut apa balasannya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:53 AM | Show all posts
hmmm terpulang pada ahli agama di malaysia ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:00 AM | Show all posts
Puas hati jawapan dia!!! Terbaikkk!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara


sama dengan pandangan prof shamrahayu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 02:59 PM | Show all posts
Jelas jawapannya tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.105198 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list