CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7148|Reply: 28

Gadis Baik Jejaka Jahat ( U )

[Copy link]
Post time 21-4-2016 08:04 PM | Show all posts |Read mode
EPILOG

“BETUL awak nak kahwin dengan saya?”soal lelaki itu dengan tenang . Dia memang tenang orangnya . Semua orang yang mengenalinya akan berkata begitu . Bukan kerana dia jenis yang lambat memberi respons , tetapi dia memang tenang . Dia teringat suatu peristiwa dahulu , di mana dia dan rakan – rakan serumahnya lewat kerana menonton bola sehingga ke subuh , kemudian tertidur dan sedar – sedar sahaja jam sudah menunjukkan pukul 9.00 pagi . Kesemua kawan – kawannya itu kalut , dan ada yang terus ke kelas tanpa mandi , sama juga seperti dirinya . Tetapi dia tenang sahaja , sedangkan kawan – kawannya yang lain sudah berpeluh – peluh dan siap berdoa lagi didalam kereta . Mana tidaknya , mereka semua ada kuiz hari itu , dan kuiz tersebut membawa sebanyak 5 markah .

5 markah nampak macam sikit , tetapi 5 markah itulah yang menjadi penentu samada mereka grad ataupun tidak .

Dan ketenangannya itu menyebabkan kawan – kawannya yang lain berasa jengkel . Yelah..semua orang dah cemas tapi dia masih lagi boleh selamba siap kunyah chewing gum lagi . Kawan – kawannya tuduh dia bajet cool , sedangkan daripada kecik lagi dia sudah dilatih untuk tenang menghadapi situasi . Dia tahu , kalau dia kalut – kalut pun , masa tetap akan berjalan , dan kereta yang mereka naiki tetap tidak akan bergerak disebabkan kesesakan di kawasan universiti .

Akhirnya mereka tiba di kelas tepat pada pukul 9.30 pagi . Dan yang lebih memeranjatkan lagi apabila ada notis di luar pintu yang menulis ;

KELAS JUE300 BATAL . KUIZ AKAN DIJALANKAN PADA MINGGU HADAPAN .

Semua orang di situ menjadi kaku seketika , sebelum masing – masing akhirnya bersuara , riuh . Dan dia masih ingat lagi respons dan kata – kata kawan – kawannya ;

“Kau ini memang cool sungguhlah .”

“Buat penat aje kita gelabah . Kelas batal rupanya.”

“Macam mana kau boleh rileks sangat ni weh ? Kau tak rasa kecut perut ke tadi?”

Tapi sebenarnya , semua orang tak tahu bahawa dia memang dah tahu kelas JUE 300 batal . Macam mana dia tahu ? Itu rahsia .

“Saya tak tahu”jawab wanita itu perlahan . Lamunannya tersentak . Dia terasa ditarik balik ke dalam food court Jusco . Suasana riuh – rendah dan bising menjadi halwa telinganya .

Dia menarik nafas panjang . Wajah wanita itu dipandangnya . Dia tak kenal wanita itu . Maksudnya , tak kenal secara mendalam . Yang dia tahu nama penuh wanita itu adalah Khaira Khalid . Berumur 29 tahun . Bekerja sebagai setiusaha disebuah syarikat swasta . Anak pertama daripada tiga adik – beradik .

Khaira adalah gadis yang dicalonkan untuk menjadi isteri pilihannya . Dia bukanlah anak dato – dato , atau lelaki yang mempunyai lima buah syarikat perniagaan yang terbesar di Malaysia . Dia cuma seorang  pembantu perubatan yang terlalu sibuk dengan kerjanya dan tak menyangka bahawa usianya sudah pun berumur ke 32 tahun dan masih lagi belum berkahwin . Kerana kesibukannya itu , emak kesayangannya sudah mengambil keputusan untuk mengenalkan dia dengan anak kepada kawan emaknya sendiri .

Dan sekarang , di sinilah dia sekarang .

Dengan wanita yang dia tahu sedikit sahaja latar belakangnya .

“Aira..”panggilnya lembut . Wanita itu tersentak menyebabkan kata – kata yang sudah disusun terus mati .

“Saya boleh panggil awak Aira kan?”soalnya .

Khaira menganggukkan kepalanya .

“Saya dah 32 tahun ,  dan ramai orang cakap usia macam saya ini sepatutnya dah berkahwin . Saya  setuju , tapi saya tak nak sebuah perkahwinan yang dimulakan dengan perasaan paksa dan sebagainya . Ini realiti , dan saya tak percaya pada perkahwinan kahwin paksa . Kalau awak nak jadi isteri saya , saya yakin Insha-Allah saya boleh terima awak , sebab dalam hati saya sekarang ini , memang tak ada sesiapa . Dan tak pernah ada sesiapa . Kalau awak sudi , awaklah orang pertama yang duduk dalam hati saya Aira.”

Khaira diam .

“Tapi awak , boleh ke ikhlas menerima saya?”

Soalan itu tidak berjawab .

“Awak dah ada calon istimewa?”

Khaira mengangkat pandangannya . Mata mereka berdua bertentang , dan dia tahu jawapan kepada renungan tersebut . Bertambah yakin apabila dia melihat Khaira menganggukkan kepalanya .

“Siapa?”soalnya .

“Adam…”



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2016 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2016 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Princess_Na replied at 21-4-2016 09:40 PM
Sambung2..

Terima kasih sebab sudi baca..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 09:35 AM | Show all posts
permulaan yg menarik...dan tajuknya juga..
sila sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:03 AM | Show all posts
sambung lg TT
epilog nampak menarik
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tt,aku tanok kuajo tt.harap syg tk sentap.
ni.psl jntan kotor  jtuhcinta dgn gadis suci ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2016 08:04 PM | Show all posts
Edited by blahbla at 22-4-2016 08:24 PM

BAB 1

BUNYI paluan kompang menambahkan lagi suasana kemeriahan majlis perkahwinan di kawasan perumahan tersebut . Sebanyak lima buah khemah telah dipasang , dan hampir kesemua khemah sudah penuh dengan kunjungan tetamu . Rata – rata tetamu kelihatan sedang menjamu selera , dan ada juga sesetengah daripada mereka sengaja mengambil kesempatan untuk melihat – lihat di dalam rumah si pengantin . Sepasang suami isteri yang mengenakan pakaian sedondon berwarna biru muda kelihatan riang menyambut kedatangan tetamu dengan senyuman yang tidak lekang – lekang di bibir . Pekerja catering yang ditempah pula sibuk ke hulu dan ke hilir             untuk memastikan makanan dan minuman sentiasa cukup.

Bunyi kompang semakin kuat , diikuti dengan lagu Selamat Pengantin Baru yang dipasang oleh deejay yang             diupah . Pengumuman dibuat mengatakan bahawa pasangan pengantin yang ditunggu – tunggu telah pun tiba . Bagi mereka yang sedang menjamu selera , kebanyakannya berhenti makan seketika untuk mencuri pandang pasangan pengantin yang sedang berarak untuk menuju ke pelamin . Daripada jauh sudah boleh dilihat pasangan pengantin yang kelihatan berseri – seri dengan baju pengantin berwarna biru laut .

Adam melirikkan senyuman kepada mereka – mereka yang memandangnya . Dia tahu pengantin perempuan yang berjalan bersebelahan dengannya turut melakukan perkara yang sama . Terasa rangkulan lembut pada lengannya . Perlahan – lahan mereka berdua melangkah , bagaikan manusia yang baru sahaja hendak belajar berjalan . Penuh sopan dan tertib langkah berdua diatur , sehinggalah mereka tiba di hadapan pelamin . Adam membiarkan pengantin perempuan yang duduk terlebih     dahulu , dan dia mengambil tempat disebelahnya . Peluh yang terbit dihidung pantas dilap oleh    pengapitnya , iaitu Daud  merangkap teman serumahnya sendiri . Dia tidak tahu samada Daud ikhlas ataupun tidak menjadi pengapitnya , namun setakat ini tiada lagi tanda – tanda penzaliman yang dilakukan Daud kepadanya . Hidungnya masih lagi terletak elok pada tempatnya , tidak ada             tanda – tanda hendak kemek meskipun sudah lebih dua puluh kali hidungnya dilap .

Senyuman lebar diukirkan semanis mungkin . Biarlah..biarlah kali ini bibirnya koyak disebabkan senyum tidak henti – henti . Dia tidak peduli . Impiannya untuk berkahwin dengan kekasih hati telah tercapai . Dia bahagia . Ira yang berada disebelahnya dikerling dengan pandangan manja . Isterinya itu kelihatan cukup jelita hari ini . Lain daripada hari – hari biasa . Hampir sahaja dia tidak kenal dengan Ira tadi , sewaktu mereka berdua bertentang  mata .

Sungguh ! Bangga terasa didalam hati melihat kejelitaan Ira . Dan dia juga tidak boleh menafikan bahawa dia juga tidak kurang kacaknya .

Namun senyuman lebar                 perlahan – lahan padam apabila Adam melihat orang ramai dihadapannya mula berbisik – bisik sesama sendiri . Senyuman  kagum diwajah tetamu mula hilang dan diganti dengan wajah pelik .

Adam mula cuak ! Dia tahu bahawa bukan lagi kata – kata pujian yang sedang berlegar – legar di bibir tetamu pada ketika itu . Dan rasa cuaknya semakin bertambah apabila tetamu tiba – tiba bangkit secara mengejut . Adam   kaget . Bertambah kaget apabila melihat tetamu mula menuding jari ke  arahnya . Adam menoleh ke belakang . Manalah tahu kalau – kalau hiasan pelamin hendak runtuh . Namun pelamin tetap utuh berdiri dan tiada apa-apa yang pelik di belakangnya .

Belum sempat Adam hendak memandang kembali ke hadapan , dia tersentak apabila melihat Ira disebelahnya perlahan  - lahan   mencair . Wajah jelita Ira bertukar menjadi lendir – lendir air yang perlahan – lahan meleleh – leleh dan jatuh ke lantai . Adam terkejut . Dia segera bangkit daripada duduknya . Ketika dia melemparkan pandangan ke hadapan , sekali lagi dia terkejut apabila para tetamu juga sudah mula bertukar menjadi cecair . Adam terasa jantungnya berdegup dengan laju . Terasa ada peluh – peluh kecik sudah terbit di wajahnya . Dia menoleh memandang Daud , dan kali ini dia terus terjatuh apabila melihat Daud  juga sudah mula mencair . Sahabatnya itu tersengih kepadanya , dan senyuman itu kelihatan senget dan menggerunkan . Sebelah muka Daud sudah mencair dengan hebat , dan sahabatnya itu sudah mengatur langkah ke arahnya . Langkah yang diatur seperti zombie itu membuatkan degupan jantung Adam semakin berdegup dengan laju . Dia tahu dia harus lari . Dia tahu dia harus buat sesuatu . Tetapi entah kenapa kakinya terasa tidak boleh bergerak . Seperti ada yang mengenggam erat kedua – dua belah kakinya . Adam menunduk ke bawah . Tersentak dia apabila melihat sepasang tangan sedang memegang erat kedua – dua kakinya . Adam   meronta – ronta namun pegangan tersebut semakin erat . Daud pula sudah semakin hampir ke arahnya . Dan Adam terasa wajahnya sejuk , kerana terkena cairan wajah Daud yang semakin mendekatkan mukanya dengan Adam .

“Hoi hoi….”

Adam terpingga – pingga . Dia terasa wajahnya seperti direnjis – renjis . Teragak – agak dia membuka mata . Daud yang sedang berdiri berhadapan dengannya sambil bercekak pinggang dengan sebelah lagi tangan memegang spray seterika baju . Wajah Daud kelihatan cuba mengawal ketawanya .

“Daud…?”

“Ha amenda?”soal Daud . “Mimpi apa sampai tergedik – gedik badan kau mengalahkan ikan  keli ? Tidur lagi waktu Maghrib . Kan dah kena kacau dengan setan.”

“Aku…”Adam meraup kedua – dua belah wajahnya . “Astaghfirullahalazim…Aku mimpi ke? Tadi aku mimpi aku kahwin.”

Daud mencebik .

“Mimpi kahwin konon … Dahlah ! Bangun , pergi mandi . Maghrib dah masuk dekat lima belas minit dah . Pergi mandi cepat!”arahnya .

Adam menarik nafas panjang , dan melepaskannya sekaligus . Dipandangnya Daud yang sudah melangkah masuk ke dalam biliknya , pasti hendak membaca al-Quran . Sahabat serumahnya itu memang sudah terbiasa duduk di atas tikar sejadah sehinggalah ke waktu Isyak . Sementara menunggu waktu Isyak itu , pasti akan kedengaran alunan bacaan Al-Quran . Tak hairanlah kalau dalam setahun , sahabatnya itu boleh khatam al-Quran sebanyak tiga kali .

Kau pulak ?

Adam tak hendak menjawab soalan hatinya sendiri . Dia sudah tahu jawapannya . Perlahan – lahan dia bangkit daripada duduknya . Bayangan mimpi tadi masih terbayang – bayang di ruang mata . Memang lepas ini dia takkan tidur waktu Maghrib . Menakutkan ! Terasa seram sejuk tubuh badannya . Inilah kali pertama dia mendapat mimpi yang begitu ngeri sekali.

Selalunya dapat mimpi gatal aje kan ?

Syuhhh diam.

Dia melangkah masuk ke dalam biliknya . Handphone sempat dicapai dengan tangan kiri , manakala tangan kanan mengambil pula kain tuala yang tergantung di belakang pintu bilik . Adam melihat handphone . Terdapat dua panggilan yang tidak dijawab . Dia melihat nama pemanggil tersebut .

Ira .

Pasti gadis itu hendak tahu samada dia sudah sampai ke rumah ataupun tidak . Memang tadi mereka berdua ada keluar berdua , dan selepas dia menghantar Ira balik dia terus pulang ke rumah . Sampai sahaja di rumah , dia terus landing di atas sofa dan terus tertidur . Walaupun keluar tidak sampailah sehari suntuk , tetapi penatnya mengalahkan keluar selama tiga hari . Mungkin sebab kerana tersekat didalam kesesakan lalu – lintas yang memakan masa sejam setengah , perjalanan ke rumah yang biasanya memakan masa setengah jam terus terasa penat dan meletihkan .

“Tak mandi lagi?”soal Daud yang terjenggul di pintu bilik . Adam tersentak . Hampir terlepas handphone ditangan .

“Maghrib dah nak habis dah . Kau nak tunggu apa ? Bidadari datang jemput bentang red karpet?”sindir Daud .
Adam mengetap bibir . Sindiran Daud memang dia telah lali . Itulah untungnya duduk serumah dengan Daud . Paling tidak , lelaki itu akan menegurnya mengenai sikapnya yang suka melewat – lewatkan waktu solat . Walaupun kadang – kadang ayat sindiran Daud menikam sampai ke hulu hati , Adam tak kisah .

Dia dah tua bangka , kalau kata – kata pedas aje yang boleh digunakan untuk buat dia tunduk kepada Allah , letaklah berapa kilo cili pun , dia redha sahaja .

“Aku nak mandilah ini.”

“Haa cepat mandi . Lepas tu solat . Jangan nak ponteng pulak . Macam mana nak kahwin kalau solat pun tak cukup lagi?”

“Yelah yelah..Membebel aje kau ini.”

“Membebel untuk kebaikan kau jugak”balas Daud selamba .

Adam mencebik , tetapi dia terus keluar daripada bilik . Handphone diletakkan kembali ke atas meja . Lepas Isyaklah baru dia Whatsap Ira .

“Cepat sikit mandi tu . Jangan kau tidur pulak dalam bilik air!”jerit Daud .

“Aku tahulah!”Dia turut menjerit sama .

Pintu bilik air ditutup , dan tidak lama selepas itu yang kedengaran hanyalah bunyi simbahan air yang jatuh ke lantai .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga replied at 22-4-2016 09:35 AM
permulaan yg menarik...dan tajuknya juga..
sila sambung...

Dah sambung...
Terima kasih sebab sudi baca.:-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2016 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
fatehana replied at 22-4-2016 11:03 AM
sambung lg TT
epilog nampak menarik

Dah sambung..
Terima kasih sebab sudi baca..:-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 22-4-2016 06:22 PM
tt,aku tanok kuajo tt.harap syg tk sentap.
ni.psl jntan kotor  jtuhcinta dgn gadis suci ke?

Hahahaha..tak sentap pun Es...
Errr...klau suruh tunggu dan lihat nmpak klise sangat kan alasan..
Jawapannya tak.;-)
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2016 01:24 PM | Show all posts
Best
Sila Sambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarizu replied at 23-4-2016 01:24 PM
Best
Sila Sambung...

Terima kasih sebab sudi baca...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 02:46 PM | Show all posts
blahbla replied at 22-4-2016 08:18 PM
Dah sambung..
Terima kasih sebab sudi baca..:-)

dah brp hnie bila nk mskkan new entry
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 03:55 PM | Show all posts
cerita best
sedap membacanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 04:14 PM | Show all posts
blahbla replied at 22-4-2016 08:17 PM
Dah sambung...
Terima kasih sebab sudi baca.:-)

lamanya mandi

dh 3hari xkluar2 dr bilik air lagi....
tau lah musim panas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2016 08:01 PM | Show all posts
BAB 2

“SEMALAM
ada orang date dengan pakwe . Tengok wayanglah tu..”usik Shima selamba . Kerusi di hadapan Ira terus ditarik , dan dia terus duduk di situ sambil siap menongkat dagu . Shima tersenyum nakal , melihat pipi Ira yang sudah memerah .

“Bila kau nak kenalkan pakwe kau dekat aku?”soal Shima.

“Kenapa aku kena kenalkan dia dekat kau?”soal Ira balik .

“Eh eh ! Mestilah kena kenalkan . Aku ini kan bff kau . So , aku kenalah tengok samada pakwe kau tu berkualiti ke tidak . Kalau berkualiti , barulah boleh dapat cop  SHIMA.”

“Shima ke Sirim?”

“Kawan baik kau nama Shima ke Sirim?”soalnya sinis .

Ira ketawa kecil .

“So bila?”soalan itu kedengaran lagi .

Ira menarik nafas . Wajah teruja sahabatnya itu dipandang . Sejak bergelar tunangan orang ini , kawannya itu memang excited bab – bab berkahwin . Kalau boleh dia nak semua anak gadis didalam pejabat ini  turut          berkahwin . Katanya lagi ramai yang berkahwin lagi bagus . Meriah hidup . Siap nak rancang mengandung   sama – sama lagi . Kalau semua dah sepakat nak mengandung sama – sama , alamatnya kosonglah pejabat ini .        

“Pakwe kau tu nama siapa?”soal Shima tidak putus asa . Memang Iralah yang paling liat sekali hendak berkongsi cerita mengenai kekasih hatinya .  Semua pasangan kekasih didalam pejabat ini dia tahu , tetapi Ira…

Itu pun nasib baik semalam dia terserempak dengan mereka berdua . Waktu itu dia hendak turun  escalator , dan pasangan itu pula berada diseberang sana . Nampak macam nak tengok wayang , tapi tak tahulah samada betul ke tidak . Dipejam-celik , pejam-celikkan matanya , dan terima kasih kepada minuman kegemarannya carrot susu , dia boleh melihat dengan jelas bahawa memang sah Ira di sebelah sana .

Wahhh boleh tahan pasangannya . Patutlah tak mahu cerita , nak biarlah rahsia .

“Adam Zulkifli”jawab Ira malu – malu .

“Kerja apa?”soal Shima lagi .

“Sales Associate Cards.”

“Bank mana?”

Ira memandang Shima . Shima tersengih .

“Okay okay aku tahu aku over”ucapnya . “Sama umur dengan kau ke?”

Ira gelengkan kepalanya.

“Kitaorang sama uni dulu . Tapi dia senior aku junior.”

Shima terangguk – angguk .

“Kiranya dah kenal lamalah ini ?”

Ira tersenyum .

“Bila nak kahwin?”

Soalan itu bukan sahaja menyebabkan Ira tersentap , tetapi menyebabkan riak wajahnya berubah sehingga Shima berasa serba – salah .

“Sorry . Kau jangan marah aku tau . Aku tanya aje.”

Ira mengeluh . Bukannya dia tak tahu , soalan itu adalah soalan wajib ditanya , tambah – tambah apabila umurnya sudah mencapai ke umur 27 tahun , tetapi memang setiap kali soalan itu ditanya , Ira tidak dapat menyembunyikan riak wajahnya .

“Tak adalah . Tak salah pun kau tanya . Aku sendiri pun tak tahu bila aku nak kahwin”jawab Ira  perlahan . Raut wajahnya bertukar mendung . Siapa tak sedih kalau umur dah 27 tahun , dah ada kekasih , dan semua kenalan dalam facebook samada yang sekolah rendah , menengah ataupun universiti semuanya dah berkahwin . Tambah cemas kalau kawan – kawan baik pun turut sama mengikut jejak langkah yang sama .

“Kau tak tanya pakwe kau ke?”soal Shima .

Ira terdiam . Nak tanya Adam ? Alahai malunya…sedangkan kalau hendak diikutkan hati memang itulah soalan yang hendak sangat – sangat ditanya . Tapi nanti kalau ditanya nampak macam terhegeh – hegeh pula . Yang Adam pun satu , dia tak terasa ke yang dia tu dah makin tua , dan semua kawan – kawannya dah berkahwin dan beranak pinak ?

“Sekarang ini peribahasa perigi cari timba dah tak relevan Ira . Sekarang ini kita guna paip air . Bukak  aje , air semua dah keluar . Jadi , tak payahlah kau nak malu tanya soalan itu dekat Adam . Kita orang perempuan ini mesti nakkan suatu benda yang pasti . Buat apa kita keluar dengan orang lelaki yang tak nak hargai kita ? Baik kita cabut lari dan cari lain aje”nasihat Shima .

“Aku ini pun , bukan main susah nak pujuk si Jalil tu . Kawan dah lama , ke hulu ke hilir sampai  orang – orang taman duk mengata . Akhir sekali mak aku buat keputusan , bertunang dulu dan kahwin hujung tahun ini . Kalau          tak , mak aku nak kahwinkan aku dengan orang lain . Apa lagi , menggelabahlah si Jalil tu . Barulah dia mengaku yang dia tak ada simpanan langsung . Kau bayangkan , kerja dah lebih daripada tiga tahun , tapi simpanan langsung tak ada . Duk perhabiskan dekat kereta dia tu.”

“Habis tu macam mana?”

“Mak aku kata mak aku bukannya letak hantaran puluh ribu . Bagi ajelah berapa yang dia mampu asalkan kami ini kahwin . Mak aku tak sukalah orang asyik mengata . Yang busuk nama mak aku jugak . Memanglah kami berdua ini tak buat apa-apa , tapi kita mana tahu , benda kalau dah nak jadi , jadi jugak . Aku ini pun nafsu bukannya boleh kawal sangat”selamba sahaja Shima mengata dirinya sendiri .

Ira anggukkan kepalanya . Betullah tu …betul apa-apa yang Shima tu cakap . Kalau dah selalu sangat keluar    berdua – duaan , tak mustahil boleh ada pihak yang ketiga . Alahhh..benda ini semua orang dah tahu . Altimet dengan Ana Raffali kan siap buat lagu .            

“Habis tu Jalil setuju ke nak bertunang?”

“Kalau tak setuju takkanlah aku ni digelar tunangan orang sayang ooi…”ucap Shima . “Sebab setujulah bulan lepas aku ini dah jadi tunang orang . Tapi kau jangan beritahu sesiapa tau . Senyap – senyap aje . Kalau tak jadi karang , malu aku.”

“Shima…aku tanya aje tau . Kalau tak jadi , apa kau nak buat?”soal Ira perlahan . Teragak – agak dan berhati – hati sekali nada soalannya , takut kalau Shima terguris hati . Siapa tak sentap kan kalau dikatanya tak jadi kahwin ? Nanti dituduhnya sengaja mendoakan benda yang tak baik .

Shima ketawa kecil .

“Kalau tak jadi aku nangis dulu . Lepas tu , aku redha ajelah.”

“Heh?”Ira tersentak . “Gitu aje?”

“Yelah..dah tu kau nak aku buat apa ? Letak parang dekat leher si Jalil tu suruh dia kahwin jugak dengan aku ? Aku ini memanglah nak kahwin , tapi kalau si Jalil tu tak ada usaha nak kahwin dengan aku , buat apa aku terhegeh – hegeh sorang – sorang . Impian kahwin aku nak perkahwinan yang grand – grand dahlah tak terlaksana , siap mak aku bagi diskaun lagi , itu pun kalau dia rasa dia tak mampu jugak , nak kahwin free aje , baik aku angkat kaki ajelah.”

“Tapi kan aku selalu baca dalam facebook , urusan kahwin ini boleh jadi mudah kalau pihak perempuan tak mintak benda – benda yang melampau.”

“Tahu . Tapi aku tak mintak pun benda – benda yang melampau . Kalau dia nak semuanya free , sedangkan duit dia tu banyak dihabiskan dekat kereta dia , aku rasa biar dia kahwin ajelah dengan kereta dia tu .”

Ira tersengih . Betul jugak tu . Orang perempuan ini kalau boleh hendaklah tengok sejauh mana pentingnya diri mereka tu dalam kehidupan orang lelaki . Kalau terasa dipinggirkan , memang tawar hatilah jadinya .

“Kiranya kalau memang tak jadi kau redha ajelah eh?”

“Aah . Tak nak menangis lama – lama . Aku nak cari pakwe baru . Masa tu kan emas.”

Ira ketawa . Shima ini kan , memang selamba aje . Entah betul entah tidak cakapnya tu . Biasalah..orang perempuan ini kalau dah sekali sayang , memang susah nak lupa . Dia berharap , agar masjid yang hendak dibina oleh sahabatnya itu berjalan dengan lancar .

Dan dia pun berharap perkara yang sama jugak untuk dirinya .


-Terima kasih kepada suci baca dan maaf kalau cerita ini tak menarik . Idea dah tak ada-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2016 07:46 PM | Show all posts
BAB 2

Handphone
Samsungnya bergetar di atas meja , dan tanpa melihat nama pemanggil Adam terus menyambut panggilan . Sempat dia menghirup sedikit Nescafe panasnya .

“Assalamualaikum…”Dia memberi salam .

“Wualaikumsalam Adam . Papa ini”sahut suara di hujung talian .

Adam terasa hendak tercekik minuman yang baru sahaja dihirupnya tadi . Cepat – cepat dia menelan air liur , dan berdehem beberapa kali . Duduknya diperbetulkan sambil dia melihat jam di tangannya .
Baru menunjukkan pukul 1.25 tengahari .

“Adam sihat?”soal En.Zulkifli .

“Sihat Alhamdulillah…”jawab Adam . “Papa sihat?”

“Alhamdulillah..”En.Zulkifli menjawab . Suaranya kedengaran mesra sekali .  “Papa sebenarnya nak jumpa dengan Adam . Bila Adam free ?”

“Ada apa ya pa?”soal Adam . Soalan tersebut tidak dijawab .

“Papa ada hal nak bincang.”

Adam terdiam . Otaknya berfikir ligat jawapan yang perlu diberikan . Dia tahu sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan ayahnya sendiri .

“Adam free malam ini . Kita jumpa malam ini boleh?”

“Okey . Dekat tempat biasa ya . Papa tunggu Adam dekat sana . Assalamualaikum.”

Salam dijawab dan Adam terus meletakkan telefonnya . Dia menarik nafas panjang . Mee goreng yang masih banyak dipandang .

Kenapa papa nak jumpa dengan dia agaknya?

                                                                     ...........................

SORRY . SAYA on the way nak jumpa papa ini . Message nanti ?

Ira mengeluh . Alaaa Adam ada hal pulak . Bosanlah dia malam – malam ini . Selalunya malam – malam macam ini , dia akan berwhatsap dengan Adam . Walaupun mereka baru aje berjumpa minggu lepas , tapi biasalah kan…orang bercinta . Memang selalu nak kena bermessage dan bertelefon .

Sudah lebih daripada 5 tahun dia dan Adam menjadi kekasih . Dia tidak ingat tarikh sebenarnya mereka berdua menjadi pasangan kekasih , tetapi dia tahu dia yang memulakan langkah . Dia yang terlebih dahulu mengorat   Adam , menjadi stalker berjaya , dan menggunakan bermacam – macam teknik yang dipelajari di Google  semata – mata untuk mengambil hati lelaki itu .

Pada mulanya Adam jual mahal . Jual mahal sangat sampai dia tidak terbeli . Tapi mungkin kerana Allah kasihankan dirinya , Adam barulah bukak mata . Perasan akan kehadiran dirinya . Dan disebabkan satu peristiwa , dia dan Adam terus menjadi rapat .

Dan menjadi pasangan kekasih sehingga ke hari ini .

Kalaulah orang tanya betapa sayangnya dia pada Adam , dia akan membalas hanya Allah sahaja yang tahu .

Tapi kalaulah orang tanya samada dia yakin atau tidak Adam akan menjadi suami kepadanya , soalan itu akan dibalas dengan jawapan tidak tahu .

Dia tidak nampak mereka berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan . Dia tidak pernah terbayangkan dia dan Adam duduk bersanding berdua di atas pelamin , tersenyum melihat tetamu yang hadir , makan   bersuap – suapan menikmati juadah untuk meja pengantin , memulakan kehidupan di sebuah rumah teres yang tidak banyak perabot tetapi ruang kosong rumah itu akan dihiasi tahun demi tahun , dan mempunyai tiga orang anak yang terdiri daripada dua lelaki dan satu perempuan .

Dan dia dan Adam akan diapit oleh anak – anak mereka ketika hendak tidur , kerana hendak mendengar Adam bercerita kepada mereka . Hujung minggu pula mereka sekeluarga akan keluar bersiar – siar , tidak kira samada di taman permainan ataupun kompleks membeli – belah . Pada waktu malam pula , mereka sekeluarga akan solat berjemaah , dan selepas itu dia dan Adam akan mengawasi dan mengajar               anak – anak mereka mengaji .

Okey . Itu bohong .

Dia dah terbayangkan semuanya , siap sudah menyimpan nama untuk bakal anak – anak mereka .

Impian itu sudah lama tertanam di dalam hatinya . Bertambah dan makin bercambah impian itu apabila impian itu dulu hanyalah angan – angan dan mimpi indah sebelum dia tidur ketika dia hendak mengorat Adam dahulu . Kemudian , apabila dia dan Adam sudah melangkah semakin serius ke frasa    perhubungan , impian itu makin kerap menemaninya .

Tapi Ira sabarkan hati . Kalau hendak diikutkan , dia hendak mengajak Adam berkahwin selepas dia habis belajar .
Tak apa..walaupun pada ketika itu dia tahu Adam masih belum mendapat pekerjaan , dan lelaki itu sedang bertungkus – lumus mencari pekerjaan , memohon pelbagai jawatan dan menghantar beratus -  ratus resume , dia akan memberitahu bahawa dia akan menyuruh keluarganya tidak meletak harga yang terlalu tinggi . Keluarganya itu terlalu memahami . Mereka tidak pernah meletakkan hantaran dan harga yang kononnya menjadi trend pada zaman sekarang .

Tapi hajatnya itu tidak terkeluar . Bagaimana dia hendak menyatakan hasratnya sedangkan pada ketika itu Adam asyik mengeluh kerana masih lagi tidak mendapat pekerjaan ? Bagaimana hendak dia memberitahu keinginannya itu apabila mereka sudah jarang berjumpa selepas itu , kerana Adam melakukan dua jenis pekerjaan untuk menampung kehidupan tinggal di Kuala Lumpur . Hari bekerja , Adam akan menjadi delivery boy untuk sebuah syarikat swasta . Hari minggu , kadang – kadang Adam akan menjadi promoter sambilan di pusat membeli – belah .

Pendek kata , selagi tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya , Adam akan terus melakukan pelbagai jenis kerja .

Oleh kerana itu , hasratnya itu ditangguhkan . Dalam pada itu , dia juga sempat menghabiskan ijazahnya , dan sama seperti Adam dan beberapa ratus ribu pelajar yang lain , dia juga terpaksa menunggu untuk mendapat jawatan yang bersesuaian dengan ijazahnya  . Tidak lama kemudian  Adam pula mendapat pekerjaan yang bersesuai dengannya , meskipun Ira tahu bahawa pekerjaan Adam sekarang bukanlah pekerjaan yang diminati oleh lelaki itu manakala dia pula mendapat pekerjaan sebagai setiusaha di sebuah syarikat swasta . Biarpun jawatan yang dipegangnya sekarang adalah jauh bezanya dengan ijazahnya , tapi dia terus kekal dengan jawatan sebagai setiusaha .

Dan sekarang , sedar tak sedar , masa sudah terlalu jauh meninggalkan mereka . Kawan – kawan universiti mereka banyak yang sudah berkahwin . Kawan – kawan di zaman sekolah rendah dan menengahnya juga begitu . Ada yang sudah mempunyai anak seperti pasukan bola sepak , dan ada lagi yang masih berusaha . Ada juga yang sudah berkahwin dua tiga kali , tetapi ada juga yang setia , bertahan insya – Allah sampai mati . Facebook membuatkan dia boleh melihat perkembangan rakan – rakannya , dan dalam masa yang sama , Facebook juga merupakan tempat untuk rakan – rakan melihat akan  perkembangan dirinya .

Dan banyaklah soalan – soalan yang sangat kerap ditanya , iaitu ;

BILA KAU NAK KAHWIN ?

Sejujurnya , dia tidak ada jawapan kepada soalan itu .

Dia cuma ada impian dan angan – angan , sama seperti wanita lain , tetapi dia tidak pernah ada jawapan untuk soalan keramat itu .

Bila kau nak kahwin ?

Ira mengeluh . Kalau ikut hati , sekarang jugak dia nak kahwin .
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:55 PM | Show all posts
Cik Tt bila nk sambung
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 03:51 PM | Show all posts
Sepatutnya hari ni kena ada sambungan kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 10:09 AM | Show all posts
Adam lagi yeee.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.169044 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list