CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7077|Reply: 32

[Tempatan] Snek Mamee kini sudah 45 tahun bertahan

[Copy link]
Post time 22-4-2016 10:05 AM | Show all posts |Read mode


MAMEE-DOUBLE Decker (M) Sdn Bhd (Mamee) merancang untuk mengeluarkan lebih banyak produk makanan dan minuman yang dikategorikan sebagai produk kesihatan, pada masa akan datang.

Pengarah Komersial, Pemasaran dan Jualannya, Chan Meng Yang berkata, ia bagi mempelbagaikan barisan produk keluaran syarikat itu dalam memenuhi kehendak pelanggan, selaras dengan usaha syarikat untuk mengembangkan perniagaan.

"Pada Mac lalu, Mamee mengeluarkan susu kultur jenama Nutrigen perasa asli untuk orang dewasa, dalam dua varian iaitu biasa dan kurang manis.

"Walaupun kami baru mengeluarkan susu kultur dalam satu perasa, namun sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan melebihi jangkaan kami," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kilangnya di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Meng Yang berkata, sempena ulang tahun Mamee ke-45 tahun ini, syarikat itu bakal mengeluarkan beberapa produk baharu sebagai penghargaan kepada pelanggannya, selain susu kultur dewasa.

Katanya, Mamee bakal mengeluarkan biskut kesihatan, diperkaya dengan pelbagai vitamin, yang disasarkan untuk kanak-kanak dan dewasa, pada suku ketiga tahun ini.

"Biskut mempunyai permintaan yang tinggi. Produk ini selari dengan hasrat syarikat yang mementingkan 4I iaitu inovasi (innovation), integriti (integrity), penglibatan (involvement) dan intensiti (intensity) dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

"Ia kini dalam proses akhir sebelum biskut ini dikeluarkan. Sebelum dilancarkan, kami melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) dengan pelanggan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Mamee turut memperkenalkan kerepek dan cip kentang Mister Potato varian baharu, keju madu, dalam bentuk tin dan paket, sekali gus melengkapkan tiga produk baharu Mamee pada tahun ini.

Sehingga kini, Mamee mempunyai lebih 200 produk makanan dan minuman di pasaran tempatan dan luar negara.

Jenama produk keluaran Mamee termasuklah Mamee Monster, Mister Potato, Mamee Chef, Perfecto, Double Decker, Corntoz, Lite-Yo, Mamee Cool Tea dan Nutrigen.

Selain mengeluarkan produk sendiri, Mamee turut menghasilkan produk untuk beberapa syarikat lain dari luar negara seperti Australia dan Arab Saudi, menerusi kontrak pengilangan (OEM).

Teroka pasaran Timur Tengah

Sejak ditubuhkan pada 1971, produk keluaran Mamee sudah dieksport ke hampir 100 negara antaranya Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Lubnan, Argentina, Thailand, Singapura dan lain-lain.

Mamee mempunyai dua kilang di Melaka, satu di Subang Jaya, Selangor, Kuantan, Pahang (1), selain Indonesia dan Myanmar.

Meng Yang berkata, syarikat itu menyasarkan negara Timur Tengah untuk meluaskan pasarannya kerana permintaan tinggi di negara berkenaan.

Dengan pembinaan kilang baharunya di Arab Saudi yang dijangka siap hujung tahun hadapan, katanya, ia dapat meningkatkan produktiviti syarikat, sekali gus mampu menampung permintaan di negara Timur Tengah.

"Bukan semua produk Mamee yang dijual di Malaysia boleh didapati di pasaran luar negara, sebaliknya, kami mengeluarkan produk mengikut cita rasa penduduk di kawasan yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu menyasarkan untuk mencapai sasaran jualan RM800 juta pada tahun ini, didorong oleh pelancaran sekurang-kurangnya tiga produk baharu.

"Pada tahun lalu, kami berjaya mencapai sasaran jualan ditetapkan iaitu RM700 juta, walaupun berdepan dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), yang menyebabkan orang ramai berhati-hati ketika berbelanja.

"Namun, ketika GST dilaksanakan pada Mac dan April lalu, jualan kami memberangsangkan kerana promosi yang dijalankan. Kami tidak menaikkan harga barangan, sebaliknya menambah kuantiti produk yang dibeli pelanggan. Ini menyebabkan ramai membeli produk Mamee," katanya.

Menurutnya, Mamee merupakan pengeluar terbesar produk snek di Malaysia dari segi volum, dengan 40 peratus penguasaan pasaran.

"Portfolio syarikat terdiri daripada 60 peratus produk snek, 25 peratus mi dan 15 peratus minuman," katanya,

Sah halal, berkualiti

Semua produk keluaran Mamee termasuk barang yang dieksport ke luar negara, disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pengurus Hal Ehwal Islam dan Hubungan Kerajaan, Mamee, Ahmad Syukry Ibrahim berkata, syarikat itu amat menitikberatkan pengiktirafan halal dan kualiti dalam setiap pengeluaran produknya.

Katanya, pada 2020, nilai pasaran global perniagaan halal mencecah AS$4 trilion.

"Jadi, kami tidak boleh ketinggalan untuk mendapatkan pengiktirafan halal bagi semua produk kami untuk bersaing dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang beroperasi di Malaysia.

"Ia penting supaya produk Mamee terus mendapat kepercayaan ramai, tanpa diragui. Tambahan pula, halal ini bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi ia untuk semua orang kerana ia bukan saja berkaitan bahan yang digunakan, tetapi juga termasuk kebersihan, kualiti dan lain-lain," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Smkin hari smkin kecik
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mamee skrg dah x sedap cam mamee aku mkn kecik2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
yg susu kultur tu aku dh minum.sedap gak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:53 AM | Show all posts
makin sikit dan makin mahal

tapi yang tu jugak la yang saya dok hadap!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 10:57 AM | Show all posts
kalau maggi dengan mamee

mamee lagi sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 10:58 AM | Show all posts
dia punya mamee lagi sedap makan terus gitu

maggi tak sedap.. keras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2016 10:59 AM | Show all posts
snek wajib time
lucky draw
family day
door gift
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 11:00 AM | Show all posts
perencah dia sedap kasi tuang habis
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mameee...sedap..dl besar tp skrg cam cket je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:31 AM | Show all posts
pr3ttytw33ty replied at 22-4-2016 10:51 AM
mamee skrg dah x sedap cam mamee aku mkn kecik2 dulu

aku rasa la kan bkn psl tak sedap ke apa... psl dulu nk beli susah.... bkn ade duit nak beli time kecik....
skrg bleh beli bila2 masa nak....so feel tu takde... yg susah dpt baru ade feel.....
mcm aku kecik2 dulu.... bestnya mkn kfc... bestnya pizza hut..... skrg... dah takde menda nak mkn br g situ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Snek peveret gak nih
Ade yg baru hat pedas tu tp kureng lah plak rasa dia

Selalu kalo mkn mamee ni tak buh pun perencah. Mkn gituh jahh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:45 AM | Show all posts
Favourite masa kecik2 dulu.....rasa rangup + masin2 tuh yg sedap.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamee monster mmng stok mknan ringan i d rumah. Beli yg pek besar ada 11 pek kecil dlmnya. Perisa pedas yg baru tu sedap. Xyah buh perencah dia pun dah sedia sedap... nyumm..nyumm
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum korang ngan ngap tu mohon check kandungan natrium kat belakang
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:04 PM | Show all posts
Dulu rumah belakang kilang mamee... amik bau je pon dah kenyang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 12:04 PM | Show all posts
Juadah replied at 22-4-2016 11:58 AM
Mamee monster mmng stok mknan ringan i d rumah. Beli yg pek besar ada 11 pek kecil dlmnya. Perisa pe ...

Mamee monster ni favourite snek aku di ofis waktu petang




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Renyuk goncang makan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:13 PM | Show all posts
Jajan paling digemari kebanyakan rakyat Malaysia sebab rasa ok harga murah.  Satu je time makan kena tertip sikit kalau tak berterabur merata.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2016 12:27 PM | Show all posts
mamee suda klaim indunesya ...mari lempar tinja



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list