CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3529|Reply: 1

Rawatan Mudah Bagi Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFMD)

[Copy link]
Post time 22-4-2016 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ni adalah salah satu penyakit jangkitan pada kanak2 yang berusia bawah 10 tahun. Kebiasaannya bayi atau kanak2 akan mempunyai lepuhan berisi air yang muncul di tangan, kaki dan mulut.

Dibahagian tekak dan tonsil akan membentuk ulser kecil, manakala kaki, tangan dan kawasan diaper (lampir) akan mengalami sedikit ruam dan lepuhan kecil.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak2 boleh dijangkiti. Tetapi kebiasaannya kanak2 di bawah 5 tahun paling mudah dijangkiti.

Tanda dan Gejala
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper. Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri2 kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
Komplikasi

Biasanya tidak serius, tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung.

Nasihat Kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibubapa / penjaga diminta mendapatkan nasihat rawatan daripada doktor secepatnya mungkin jiga anak2 mereka mendapat tanda2 HFMD.

Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak2 mereka seperti ketidakselesaan, mengantuk, lemah, tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan atau sering mengamuk. Segeralah membawa anak ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Ini kerana HFMD sangat mudah berjangkit.

Sentiasa sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Ahli keluarga perlu mematuhi amalan kebersihan yang sempurna, termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Cuci tangan secara konsisten
  • Menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis
  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk dan bersin
  • Elakkan berkongsi pakaian, tuala, mainan, perkakas makanan dan minuman
  • Ibubapa / penjaga perlu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka
  • Sentiasa bersihkan mainan, kerusi dan meja yang telah dicemari oleh air liur anak yang dijangkiti
  • Jauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat maina, pasar, penggangkutan awam, super market dan lain2) sekiranya mereka mempunyai tanda2 jangkitan HFMD
Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanayakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-cir unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak2 yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dariapda rawatan mengurankan gejala2. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak2 bawah 12 tahun semasa demam disebabkan oleh virud. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak2 sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Itu lah serba sedikit yang saya boleh sharekan bersama. Tapi bagaimana pula cara saya mengubati Qaireen? Ok ceritanya macam ni..

Semasa Demam – (Untuk Memberi Tenaga & Selera Makan)

Masa Qaireen tengah demam tu setiap hari saya bagi dia minum Mealshake. Sekurang2nya dia ada tenaga dan selera makan. Nasiblah dekat mulut dia tak de lepuhan, kalau tak lagi kesian tau.

Kebetulan dia tak lalu nak makan. So saya hanya bagi dia minum Milo + Mealshake pastu cicah roti. Alhamdulillah, berselera semula masa dia tengah sakit tu.


Kebaikkan Mealshake

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein dan tidak mengandungi laktosa. Bagus untuk kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

4. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. Memudarkan parut pada kulit kanak – kanak.

5. Detox
Kaya dengan serat yang membantu untuk masalah sembelit bagi kanak – kanak.


Testimoni Anak Yang Kurus Tak Suka Makan, Kini Setiap Hari Berselera Pula

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah :
  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk “tablet”
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti

Lepuhan – Nak Kasi Cepat Kering

Saya sapukan Herbal Bland Cream dekat semua tempat lepuhan tersebut setiap hari. 3 ke 4x sehari terutamannya selepas mandi dan sebelum tidur.

Apa yang best sangat tentang Herbal Blend Cream ni?

1) 100% semulajadi dan TIADA Paraben

2) Selamat untuk bayi dan semua golongan

3) 3 bahan yang superb hebat dalam cream tersebut. Iaitu :

Ekstrak Rosmary
  • Bertindak sebagai antibakteria untuk melawan jangkitan kuman
  • Meransang pembaharuan sel kulit
  • Memperbaiki kulit yang teruk dan sensitif
Ekstrak Chamomile
  • Digunakan secara tradisional sejak zaman dahulu lagi bagi meredakan keradangan
  • Anti keradangan pada kulit
Ekstrak Melissa
  • Menyokong imunisasi dan membantu meningkatkan ketahanan badan daripada sebarang ejen virus berjangkit
  • Mempercepatkan penyembuhan dan jangkitan tidak akan merebak secara rawak dan meluas

Qaireen sihat sepenuhnya tanpa ada parut pun ;)


Sekiranya bayi atau anak anda tengah menderita dengan kesakitan HFMD ni, nasihat  saya cepat2 dapatkan Herbal Blend Cream dan bagi mereka Mealshake. Qaireen tak sampai 1 minggu dah baik dan kering sepenuhnya.

Lagi satu yang bestnye cream ni, Lepuhan tu macam tak sempat nak berair. Mungkin sebab kerap letak, so lepuhan tu mmg cepat sangat kering. Alhamudulillah, tak lah cecair tu merebak di merata tempat kan?

Pastu Mealshake ni pula multivitamin dan protein, so lagi cepatlah anak kita sihat. Parut pun jadi cepat pudar.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Memula macam kongsi ilmu tapi last2 jadi promote produk pulak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.516918 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list