View: 4422|Reply: 33
|
[Tempatan]
Fakut Hantu Leteww:Penduduk Suruh Robohkan Highland Tower
[Copy link]
|
|
Tolong Robohkan Highland Towers - Penduduk
Diterbitkan: Sabtu, 23 April 2016 9:39 AM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Hillview dan Taman Sri Ukay, di sini mahu dua blok kondominium terbiar Highland Towers dirobohkan selepas ia menjadi sarang penjenayah dan penagih dadah.
Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay Hillview Datuk Siti Hendon Chik, yang mewakili lebih daripada 1,000 penghuni di kedua-dua taman perumahan itu berkata, penduduk sebulat suara mahukan dua blok 12 tingkat berkenaan dirobohkan selepas satu bloknya runtuh 23 tahun lepas.
Selagi bangunan kosong itu dibiarkan, ia menjadi lokasi terbaik untuk penjenayah dan penagih dadah bersembunyi, katanya.
Beliau turut memberi amaran penduduk akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah kerana enggan merobohkan bangunan itu bagi memastikan keselamatan penghuni di situ berikutan terdapat kemungkinan masih ada penjenayah bersembunyi di sana.
"Tolong lakukan sesuatu..." rayunya ketika ditemui Bernama di kediamannya.
Kira-kira 23 tahun lepas, satu daripada tiga blok Highland Towers runtuh, dan penghuni dua blok lain dipindahkan dan dikosongkan sehingga kini dan telah menjadi persembunyian penjenayah dan penagih dadah.
Pada 12 April lalu, polis menembak mati tiga daripada enam penjenayah yang dipercayai perompak, dalam serbuan yang dilakukan di satu daripada blok kondominium itu.
Insiden itu menambahkan kebimbangan penduduk di kawasan sekitarnya.
Apa yang lebih meresahkan adalah tiga daripada penjenayah berkenaan berjaya meloloskan diri daripada serbuan itu.
Siti Hendon berkata insiden tembakan itu mencetuskan rasa takut dalam kalangan penduduk di situ.
Katanya, beliau juga hampir menjadi mangsa penjenayah apabila beberapa perompak cuba memasuki rumahnya dua tahun lepas.
"Mujur, pengawal keselamatan saya nampak dua lelaki sedang mengintai di beranda. Perompak itu kemudian melarikan diri," katanya.
Sementara itu, Datuk Dr Mohinder Singh, 78, yang rumahnya terletak hampir dengan pintu masuk utama ke kondominium berkenaan, turut bersependapat dengan Siti Hendon, dan meminta pemilik tanah berkenaan merobohkan baki dua blok tersebut.
Katanya, dua blok terbiar itu mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk berhampiran dan berharap pemilik tanah berkenaan dapat mengambil tindakan pantas untuk merobohkannya.
"Tempat itu adalah satu gangguan untuk kami kerana ia menarik perhatian penagih dadah dan perompak. Bagaimana kami boleh rasa selamat?
"Sudah 23 tahun sejak insiden itu (bangunan runtuh). Mereka mahu runtuhkan baki blok yang ada tapi sehingga ke hari ini, bangunan itu masih ada," katanya.
Presiden Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Abd Hamid Hussain berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan bank yang memiliki tanah itu untuk membincangkan isu berkenaan.
Katanya mesyuarat dijangka diadakan minggu ini dan berharap dapat mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan penduduk sekitar.
Ditanya sama ada MPAJ akan memaksa pemilik tanah merobohkan bangunan itu, Abd Hamid berkata ia tidak mungkin dilakukan kecuali ada bukti kukuh bangunan tersebut tidak selamat dan mungkin roboh.
Beliau meminta penduduk untuk bersabar sehingga pemilik tanah mencapai keputusan sama ada untuk merobohkan bangunan itu atau sebaliknya.
Usaha Bernama mendapatkan bank itu sejak Khamis lepas ternyata sia-sia.
Tinjauan Bernama di tapak lokasi mendapati orang ramai bebas menceroboh kawasan Highland Towers. Pagar hadapannya sudah rosak dan dipotong seakan menjadi pintu kecil untuk dilalui sesiapa sahaja.
Selain itu, bangunan di situ juga tidak mempunyai pagar, menjadikannya lebih mudah diceroboh terutama melalui kawasan hutan dan belukar.
Kira-kira 500 meter dari bangunan itu terdapat kawasan perumahan yang menjadikannya sasaran mudah oleh penjenayah yang bersembunyi di sana.
S
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlu kecoh byk hantu..sekali,penjenayah lg hantu,hantu pon dah xnk dok sini agknye |
|
|
|
|
|
|
|
Wow a perfect place for criminal |
|
|
|
|
|
|
|
Hey abam ghost boleh JD konsetan halau family sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
dah cuba tapi tak berjaya jeri
|
|
|
|
|
|
|
|
Konpomlah penjenayah duduk situ....hantu nak buat apa duduk kat situ...blok yg masih tersergam tu bukan blok yg dah collapse, nobody mati kat situ...semua selamat....yg mungkin berhantu tapak blok A la....situlah hantu patut ade kan? Kan? Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Penuh ngn mat indon, bangla.. Penagih.. Eiii benci betol |
|
|
|
|
|
|
|
takut ooo jadik polis nak gi serbu sini memalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-4-2016 11:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
spankee_fili replied at 23-4-2016 03:56 PM
takut ooo jadik polis nak gi serbu sini memalam...
Banyak drug addict derang kata berkampung dalam tu.hantu semua ngadu kat iols nak lepak pun xsenang |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-4-2016 11:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
AbukRokok replied at 23-4-2016 05:23 AM
fakut? faggot? fak?
Faggot fovesas fentaii |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 23-4-2016 01:23 PM
fakut? faggot? fak?
ini rofl....... |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 23-4-2016 11:57 PM
Banyak drug addict derang kata berkampung dalam tu.hantu semua ngadu kat iols nak lepak pun xsenan ...
alahai..sian pulak kat kekawan abam ghost..
takpela besar pahala abam ghost jadik pendengar masalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-4-2016 12:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
spankee_fili replied at 23-4-2016 04:01 PM
alahai..sian pulak kat kekawan abam ghost..
takpela besar pahala abam ghost jadik pendengar masal ...
Bamgost dah suruh semua bertenggek kat tingkap ko je malam ni spankee hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking replied at 24-4-2016 12:03 AM
Bamgost dah suruh semua bertenggek kat tingkap ko je malam ni spankee hihihi
nasib baik meols kat kedai nasik kandar ni nengok bola..
ingat nak tidur sini jek sampai subuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia jahat lg berbahaya dari hantu. |
|
|
|
|
|
|
|
silap2 jadi perkampungan indon dan bangla..
nanti zul jatuh miskin trisna pun menumpang sekaki |
|
|
|
|
|
|
|
"Nasib Baek Gua Sempat Buat Filem. Ngeh3.."
|
|
|
|
|
|
|
Masalah litigation gamaknya...
Problem Ownership bagai...nak runtuhkan tu satu kos jugak. Saper nak bear the cost?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|