CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44250|Reply: 138

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

  [Copy link]
Post time 25-4-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by elia201 at 6-12-2016 04:08 AM

Hi..

Lama rasa tak menulis..

Terimalah hasil tangan terbaru dan dalam masa yang sama tengah nak menghabiskan cerpen Lady Boss.

Sebarang kritikan membina amat dihargai.

Cerpen ini berkisarkan kecurangan. Mungkin tak sesuai dengan realiti masyarakat Melayu yang agak sensitif.

Apapun kita layan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2016 10:46 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-4-2016 11:20 PM



SELAMAT tinggal Hatta ku sayang...

Air mata mengalir laju dipipi gebu Raisya. Pantas jari jemari mengesat kasar titisan jernih yang berjuraian jatuh. Jelas robek hati. 10 tahun menyemai kasih akhirnya Raisya sedar dirinya bukan lagi penghuni di hati sang suami. Siapa sangka cinta dan kesetiaan diri dikhianati. Didepan mata sendiri, Hatta tega bersandiwara dengan wanita itu. Wanita yang memang Raisya kenali sejak dulu. Sedih bagai dihiris sembilu saat melihat Hatta dan Nisa berdakapan tanpa seurat benang..

"Apa salah Rai? Kenapa abang buat Rai macam ni?!!  Rai mengandung !! Anak kita!!!"

Serentak itu, stereng kereta dihentak kuat. Kaki Raisya menekan pedal minyak semahu hati. Kereta kiri kanan tidak diendahkan. Seluruh jiwa dan raga Raisya hancur lebur tatkala mengenang peristiwa tadi.



HATTA mundar mandir. Resah gelisah.

Buntu memikirkan ke mana hala tuju Raisya. Bimbang bala menimpa isteri yang hingga kini masih dicintainya. Segala panggilan telefon dan pesanan ringkas tidak berjawab.

Tambah risau tatkala memikir kemahiran memandu Raisya. Isterinya itu bukan pandai mengendali kenderaan. Selama ini Hatta saja menjadi pemandu jika Raisya mahu ke mana mana. Raisya seorang yang paranoid jika diminta membawa kereta.

Sehingga hari ini, Raisya tidak pernah memiliki lesen memandu. Hatta panik bilamana Raisya terus mencapai kunci kereta miliknya lantas memecut pergi tanpa menoleh lagi. Nekad benar tindakan Raisya sehingga enggan mendengar langsung penjelasan dari Hatta.

Deringan telefon bimbit kedengaran.

Hatta terus saja menjawab tanpa mempedulikan Nisa yang masih setia disisi. Keutaamaan adalah untuk memastikan keselamatan Raisya.

Hampir saja luruh jantung Hatta sebaik mendengar suara cemas ditalian. Telefon tangan hampir terlepas dari genggaman.

"Rai !!!"

Raungan kuat kedengaran. Hatta terus terjelepok jatuh. Lutut lemah longlai. Pujukan Nisa terbiar sepi..  


Imbas kembali 6 bulan lebih awal.....

Raisya bersendirian lagi malam ini. Alah bisa tegal biasa. Hatta mungkin hanya akan pulang usai subuh menjelma. Sibuk dengan tugasan dan pelanggan. Perutnya yang masih belum nampak diusap, lembut.

"Daddy belum balik lagi. Nampaknya Mommy dengan baby berdua lagilah malam ni..."

Berbicara sendirian dengan bayi dalam kandungannya. Baru berusia 2 bulan. Raisya terhibur sejenak. Siapa sangka penantian selama 2 tahun pernikahan mereka setelah bercinta dari zaman kolej membenihkan zuriat.

Syukur Raisya dengan kurniaan ini. Terlepas telinga dari sindiran pedas Mama mertua dan soalan cepumas insan sekeliling.

Malah Raisya yakin Hatta juga berbahagia dengan kehadiran tanda cinta mereka berdua.

Namun adakala tingkah Hatta sukar diduga. Kebelakangan ini kerap kali Hatta melayan dingin Raisya. Tekanan dan masalah kewangan barangkali. Pernah juga Raisya ditengking hanya kerana hal kecil. Hati Raisya menangis walau riak wajah bersahaja. Layanan manja yang diharapkan dari suami ketika berbadan dua hanya mimpi belaka.

Seboleh mungkin Raisya cuba berfikiran positif. Menjadi pendengar setia masalah Hatta. Rela berhabisan wang ringgit demi memastikan perniagaan Hatta berjalan lancar. Segala barang kemas dan simpanan Raisya habis bagi memajukan syarikat milik Hatta. Janji Hatta untuk membayar semula hanya tinggal janji. Raisya tidak kisah. Hutang piutang Hatta dihalalkan saja.

Malah nafkah dirinya jua tidak pernah sesen diberikan oleh Hatta. Pandai pandailah Raisya mengurus perbelanjaan sendiri.

Untung nasib Raisya memiliki pekerjaan stabil dan berpendapatan agak lumayan. Maka Raisya redha berkorban asal Hatta bahagia.

Malam kian larut. Diari coretan hati dibuka. Hanya inilah peneman Raisya saat Hatta tiada disisi.

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:10 PM | Show all posts
permulaan yang menarik..

kes curang ni ...biasa pada semua kaum..bukan melayu saja..

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 25-4-2016 10:46 PM
SELAMAT tinggal Hatta ku sayang...

Air mata mengalir laju dipipi gebu Raisya. Pantas jari j ...

Sambung2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik 1st time mar jejak bod ni..sbb karma..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2016 11:36 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-8-2016 01:01 AM

BOSAN menanti Hatta pulang membuatkan Raisya mengambil keputusan menghubungi teksi lalu terus ke mari.

Hampir patah jari jemari mendail nombor telefon Hatta namun Hatta kekal menyepi. Tiada pilihan lain Raisya hanya meninggalkan pesanan ringkas. Bimbang pula Hatta mencari bila mendapati Raisya tidak berada dirumah.

Selesai membayar tambang teksi, Raisya terus keluar sambil berlari anak menuju ke arah Subway. Tekak mengidam biskut double chocolate.

Raisya menelan liur membayangkan keenakan biskut kegemarannya.

Cuaca panas terik membuatkan kepala Raisya pusing tak semena. Cuba bertahan namun pandangan mata semakin kelam.

Nafas pula menjadi sesak. Tubuh Raisya terhuyung hayang. Gagal mengawal imbangan badan, Raisya terus rebah tidak sedarkan diri dipinggir jalan.




RAI tau tak abang busy?!"

Nada suara Hatta meninggi.

Kehadiran Mama dan doktor muda disisi langsung tidak diambil peduli. Marah dengan sikap Raisya yang sesuka hati keluar rumah tanpa pengetahuannya.

Nyaris gugur jantung Hatta apabila mendapat panggilan telefon dari hospital mengatakan Raisya ditemui terlantar tidak sedarkan diri oleh orang awam.

Mujur, Raisya dan bayi dalam kandungan selamat. Sekurang kurangnya Hatta dapat menarik nafas lega.

Rosma yang baru muncul tersentak mendengar anak perempuannya ditengking oleh suami sedang diri berbadan dua. Cuba bersembunyi disebalik pintu. Kehadiran diri tidak disedari oleh besan dan menantunya.

"Rai lapar..  Teringin nak makan biskut Subway.."
Kedengaran sayu suara Raisya menjawab.

Naluri keibuan Rosma tersentuh menangkap nada suara anak sulungnya. Yakin Raisya sedang dalam kesedihan.

"Kalau lapar,  masak.. Takkan sampai dah nak ada anak kita asyik makan diluar saja.."

Hatta membidas balik. Sedikitpun tidak terkesan dengan wajah suram isterinya.

"Mama dah pernah bagitahu Umi Rai.. Ajar Rai masak.. Dah bertahun kahwin pun Rai masih tak pandai memasak.. Rai ni isteri, tapi tak pandai jaga perut suami.. Jangan sampai Hatta cari lain... Ingat tu !"  

Giliran Aina memberi kesedaran kepada Raisya. Menantunya itu kadang dilihat erlalu pemalas. Kerja rumah sering diabaikan.

Tutur berbisa mama mertuanya membuatkan Raisya tersentak. Riak wajah bertambah keruh. Sipi air mata mengalir.

"Mama...Please !"

Giliran Hatta pula termangu melihat genangan jernih dimata Raisya. Serasa kata kata Mama agak melampau. Walau dirinya sendiri yang membuka peluang untuk Mama berkata begitu.

"Rai nak ke bilik air kejap.."

Raisya bingkas bangun dari pembaringan. Namun bukan tandas yang dituju, kaki terus melangkah laju keluar dari bilik wad.

Cukuplah selama ini hati tercalar. Kesabaran makin terhakis.Raisya hanya ingin bersendirian saat ini.



MONYOK dan pendiam.

Itulah keadaan Raisya sejak dibenarkan keluar dari hospital. Hatta mati kutu. Sepatah yang ditanya sepatah juga dijawab oleh Raisya. Rasa bersalah kerana terlanjur menyakiti hati isterinya tempoh hari. Belum pernah Raisya berperangai pelik sebegini. Selalu Raisya akan memaafkan segala kekasaran dan salah laku Hatta dengan mudah. Kemudian, Raisya akan melayaninya dengan penuh kelembutan. Gelak tawa mereka akan bergema. Alangkah bahagia hidup tika itu. Dunia bagai milik berdua.

Jujur Hatta rindukan Raisya. Kepingin memeluk erat dan mencium pipi isterinya namun Raisya kerap kali mengelak. Ada juga Hatta cuba mengambil hati Raisya dengan membelikan coklat dan memasak masakan kesukaan Raisya namun usaha Hatta sia sia. Raisya kekal dingin.

Hatta mengeluh diluar sedarnya. Timbul kekesalan tatkala memikir tentang Raisya.

"Kau ni kenapa bro? Aku tengok macam ada masalah saja.. Business tak bagus ke?"


Zarul, teman baik Hatta menegur. Pelik mendengar keluhan Hatta.

Setahunya perniagaan Hatta kini sedang berkembang. Menang tender besar dari perbadanan Putrajaya. Sebagai sahabat karib, Zarul tumpang gembira. Suka melihat kejayaan Hatta.

"Aku stress dengan Rai.."

Tiada rahsia antara mereka. Hatta memang gemar meluah isi hati kepada Zarul. Hanya Zarul teman yang paling dipercayainya.

"Kenapa?"

Entah mengapa Zarul berdebar tak semena. Memandangkan Zarul juga mengenali Raisya, hati bimbang jika rumahtangga Hatta dan Raisya ditimpa badai.

"Rai dah berubah.. Kuat merajuk.. Sensitif..

Aku rasa bosan bila balik rumah.. Rai tak nak bercakap dengan aku.. Asal nampak aku muka dia monyok.. Pemalas pula makin menjadi jadi. Aku bosanlah ada isteri tapi macam tak ada isteri.. Baju aku pun kena gosok sendiri.. Makan minum aku semua 'tapau' kedai.. Aku dah jelak.."

Spontan Hatta bercerita tekanan yang membelengu hidupnya. Perubahan drastik Raisya membuatkan Hatta serabut.

"Rai kan mengandung.. Biasalah.. Sabar sikit boleh tak? Dalam perut dia tu anak kau tau .. Bukan orang lain.."

Zarul cuma ingin Hatta sedar. Raisya sedang berbadan dua. Sepatutnya Hatta cuba memahami Raisya. Bukan hanya tahu mencari salah sahaja. Barangkali alahan atau pembawakan budak menjadikan Raisya begitu.

"Itu semua mindset lah.. Isteri orang lain mengandung elok saja..Boleh buat kerja rumah macam biasa.."

Hatta tak mahu kalah. Baginya memang sejak dulu Raisya culas dalam menjalankan tanggungjawab rumahtangga. Jarang Hatta dapat merasa air tangan Raisya. Alasan Raisya penat setelah pulang bekerja.

"Ingat Hatta.. Rai banyak berkorban untuk kau.. Siapa yang tolong kau masa kau susah? Dia jugakkan? Kalau Rai tak bantu kau dulu, kau takkan berjaya hari ini..Jangan sampai Rai dah pergi dari kau, baru kau nak menyesal.. Masa tu kesal dah tak berguna.."

Zarul sekadar mengingatkan.

Sedar Raisya adalah tunggak utama dalam hidup Hatta. Tanpa Raisya, mungkin perniagaan Hatta sudah lama berkubur.

"Ala mana sangat lah Rai tu boleh pergi.. Bawa kereta pun tak pandai.."

Hatta yakin Raisya takkan pernah tega meninggalkannya. Mereka pernah menempuh banyak onak duri berdua.

Tambah pula Raisya adalah isterinya. Hak mutlak Hatta sebagai suami. Mustahil Raisya dapat lari dari Hatta. Kuasa talak ada ditangan seorang lelaki.

Zarul hanya terdiam mendengar kata kata Hatta. Memprotes didalam hati.


BAU kopi harum semerbak. Aroma nasi goreng membangkitkan selera Hatta. Sempat terkejut melihat dari jauh sarapan pagi terhidang kemas di atas meja sebelum mata menangkap kelibat Raisya sedang menatang dulang berisi cucur lemak manis kesukaannya. Hatta bagai terpesona melihat senyuman ceria isterinya hari ini.

Sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan mereka berpatah arang berkerat rotan. Hatta sendiri terlupa bila kali terakhir melihat kegembiraan serupa yang terlakar diwajah isterinya sekarang.

"Rai rasa macam alahan makin kurang..Mungkin baby dah besar kot.. Sebab tu Rai boleh masak untuk abang..Abang makanlah.. Hari ini abang ada appointment tak?"

Raisya sekadar bertanya.

Setahu Raisya, suaminya kerap bertemu pelanggan pada hujung minggu. Kadang dari pagi ke malam.

"Tak ada.."


Hatta menjawab ringkas. Tergamam melihat reaksi positif Raisya,  spontan Hatta memeluk erat tubuh isterinya.

"Abang rindukan Rai.. Dah lama Rai tak bercakap macam ini dengan Abang.."

Terluah jua kerinduan yang terpendam dihati Hatta selama Raisya bersikap dingin dan meminggir diri. Kesibukan kerja turut menjarakkan mereka.

Pelukan Hatta berbalas. Raisya memaut lengan suaminya menuju ke meja makan.  



HARI ISNIN.

Waktu untuk memerah keringat bekerja.

"Happy nampak Encik Hatta.."

Nisa tersenyum cantik sambil merenung ke arah wajah ceria Hatta yang baru masuk ke pejabat. Sejak kelmarin jenuh Nisa mencuba menghubungi Hatta untuk tujuan yang Nisa sendiri tidak pasti. Sayang, semua panggilan Nisa berakhir dengan peti simpanan suara.

Malah, Hatta tidak pula menghubunginya semula sedangkan Nisa berharap dapat meluangkan hujung minggu bersama Hatta.

Hatta hanya tersenyum. Masih terbayang hujung minggu indah yang dihabiskan bersama isteri tersayang. Lantaran inginkan ruang untuk berdua, Hatta rela menutup telefon bimbitnya. Enggan menerima sebarang gangguan.

Tambah pula Hatta sedar dirinya kerap kali mengabaikan Raisya. Kerja dan pelanggan jadi keutamaan bukan isteri yang sedang mengandungkan zuriatnya.

Teruja melihat perut Raisya kian membesar,

Hatta jadi tidak sabar menanti kelahiran anak sulung mereka. Anugerah terindah dari Allah.

"Encik Hatta, nak kopi tak? Saya buatkan.."

Nisa mengalih topik perbualan apabila melihat Hatta hanya diam membisu.

Hatta tersentak seketika. Baru tersedar Nisa masih lagi disisi.

"Erm tak apalah.. Saya dah minum tadi.. Isteri saya buatkan.."

Spontan bibir Hatta mengukir senyuman lebar.

Sejak kebelakangan ini, Raisya rajin memasak dan menyiapkan keperluan Hatta tanpa diminta. Diri rasa dihargai sebagai suami.

Manakala telinga Nisa berdesing mendengar perkataan isteri dari mulut Hatta. Cemburu membayangkan Raisya disisi Hatta.

Lantas Nisa mengambil keputusan berlalu menuju ke pantry. Hati sebal.



SUDAH acapkali wajah jelita yang sedang berjalan kaki itu ditatap tanpa jemu. Sekadar memerhati dari jauh. Cuma kali ini Hairy nekad untuk berhadapan. Sedar bunga yang dipuja sudah dimiliki, entah kenapa Hairy tetap berdegil untuk mencuba nasib. Walau cinta ini adalah cinta terlarang.

"You..I dah lama perhatikan you..May be kita boleh chit chat sekejap?"

Lancar lidah Hairy bertutur. Berharap bidadari ini sudi menerima pelawaan ikhlas dari Hairy.

"Sorry, kita kenal ke? I rush nak balik. Husband I tengah tunggu dekat rumah.."

Tanpa mengendahkan kemunculan Hairy, wanita tadi terus berjalan laju menjauhi Hairy.

Hairy terpaksa mempercepatkan langkah demi menyaingi pujaan hatinya.

"You may not know me.. But I know you ! Please ! I takkan apa apa kan you.. I cuma nak berbual dengan you, Raisya.."


Raisya tersentak mendengar lelaki itu menyebut namanya. Mata beralih pandang ke arah wajah Hairy. Keraguan mula terbit dalam hati.

"Tak manis rasanya kalau you nak berborak dengan I. I isteri orang ! Lagipun I betul betul penat nak balik ni.."

Raisya memberi alasan. Enggan mempercayai secara membuta tuli walau pada hematnya, perwatakan Hairy tidak melambangkan dirinya sebagai seorang penjahat. Berpakaian kemas dan memiliki wajah agak tampan.

Ah apa ada pada rupa ! Desis hati Raisya.

"Ok fine.. I tak nak paksa you.. But in case, you need anything just give me a call..I akan tunggu call you.."

Hairy menghulurkan kad nama ke arah Raisya. Mata bersinar, mengharap.

"Whatever.."

Raisya malas melayan. Endah tak endah kad nama di ambil sebelum melangkah pergi.

Barangkali lelaki tadi gila. Tidak nampakkah perut Raisya yang sedang membesar, masih mahu mengganggu? Dunia sekarang memang pelik ! Wanita mengandung juga tidak lari dari menjadi mangsa lelaki gatal.

Hanya mampu membentak dalam hati. Raisya berharap mereka tidak akan bersua lagi. Cukuplah sekali ini.



"TUAN, Pak Ali rasa Tuan boleh dapat lebih baik dari dia.. Lupakan dia.. Dahlah isteri orang, sedang mengandung pula tu.."

Kadang Pak Ali pelik dengan Hairy. Terlalu obses dengan wanita bernama Raisya itu. Sedangkan Hairy sendiri memiliki ramai teman wanita yang jauh lebih jelita dari Raisya.

"Hairy cintakan dia, Pak Ali ! Perasaan ini Hairy tak pernah rasa dengan mana mana perempuan lain.."

Hairy meraup wajah dengan tangan. Sejak kali pertama terpandangkan Raisya hati terus terpaut.

Justeru, Hairy sanggup mengupah penyiasat untuk mengetahui latar belakang Raisya. Semua maklumat tentang Raisya ada dalam genggaman Hairy.

Malah, Hairy sudah sedia maklum bahawa Raisya adalah isteri sah kepada seorang lelaki bernama Syed Hatta.

Lantaran sukar untuk melupakan bayang Raisya, Hairy rela mengenepikan status Raisya sebagai isteri orang dan bakal bergelar ibu.

Hajat hati untuk melamar Raisya sebagai 'kekasih rahsia' terbantut apabila melihat reaksi dingin wanita itu tadi. Hairy dapat merasakan Raisya bukan mudah untuk 'ditawan'. Mustahil Hairy dapat menjadikan Raisya peneman seperti wanita lain.



TUBUH Nisa menggeletar tiba tiba. Hatta jadi panik. Niat untuk pulang tergendala. Lantaran risaukan keadaan Nisa, Hatta menawarkan pertolongan untuk menghantar Nisa ke klinik.

Pucuk dicita ulam mendatang, Nisa terus saja bersetuju. Terhuyung hayang berjalan sambil dipimpin oleh Hatta.

Deringan telefon bimbit Hatta kedengaran.

Baru Hatta teringat janji untuk mengambil Raisya ditempat kerja.

"Rai.. Abang ada hal penting sekarang.. Rai balik naik teksi boleh?"

Bukan Hatta sengaja untuk mengabaikan Raisya akan tetapi Hatta rasa bertanggungjawab ke atas keselamatan Nisa.

Kedengaran suara Raisya menjawab lemah ditalian. Merajuk barangkali. Hatta tiada pilihan lain. Hanya mengharap Raisya mengerti.



RAISYA menguis nasi dalam pinggan.

Bersendirian menghadap makan malam. Jenuh menunggu Hatta pulang dari tadi. Entah hal penting apa yang sedang diuruskan. Puas cuba menghubungi Hatta namun hanya peti simpanan suara menjawab. Penyudahnya Raisya mengambil keputusan makan sendirian tanpa menunggu Hatta. Perut berkeroncong lapar minta di isi dari tadi.

"Kesian you makan seorang diri.. Nak I temankan ke?"

Seorang lelaki muncul mengejut.

Hampir terjojol biji mata Raisya melihat lelaki yang ditemui petang tadi kini berada dihadapannya. Didalam rumah Raisya sendiri.

Raisya bingkas bangun untuk melarikan diri. Bimbang diri dicelakakan. Sempat mencampak pinggan ke arah Hairy.

"Raisya please..  I tak ada niat jahat sikitpun terhadap you... I sayangkan you ! "

Hairy cuma ingin meluahkan perasaan terpendam. Lantaran mengikut kata hati yang gila bayang, Hairy tega menceroboh masuk ke sini.

"Tolong !!!! Ada penceroboh !!!"

Raisya menjerit sekuat hati sambil berlari menuju ke arah depan. Tangan menggigil bilamana cuba membuka pintu untuk keluar.


Namun Hairy bertindak lebih pantas. Menarik Raisya ke sisi sambil menekup mulut wanita itu dengan tangan. Memberi isyarat supaya Raisya bertenang.

"Syyhh..I cuma nak bercakap dengan you.. Calm down ok.."

Hairy memujuk lembut.

"I akan lepaskan you kalau you janji takkan lari atau menjerit.. Promise?"

Umpama anak kecil, Hairy menagih janji dari Raisya.

Tiada pilihan lain Raisya mengangguk, setuju.

Entah kenapa satu perasaan aneh meresap dalam hati tatkala memandang ke dalam anak mata Hairy. Terpana sejenak. Raisya hanya bertindak mengikut arahan.

"Kenapa you buat kerja gila ni ha? Kenapa you boleh ada disini? Macam mana you boleh masuk rumah I? You tau tak I boleh charge you menceroboh?!"

Bertalu talu soalan yang ditanyakan oleh Raisya. Geram dengan sikap Hairy. Berbuat sesuka hati tanpa mempedulikan kesan disebalik tindakannya. Kalaulah Hatta tiba tiba pulang...

"You terjatuhkan kunci rumah you tadi.. So I kutiplah.. Lain kali jangan careless okay.. Nasib baik I yang jumpa.. Kalau orang lain..."

Raisya hampir menepuk dahi. Padanlah kuncinya gagal ditemui sewaktu pulang tadi.

Mujur, Raisya ada kunci pendua yang memang diletak didalam pasu bunga di perkarangan rumah. Maka dapatlah Raisya masuk ke dalam rumah.

Hairy tersengih laksana kerang busuk. Sengaja dibiarkan kata katanya tergantung. Segugus kunci berada digenggaman manakala jari mencuit hidung Raisya.

'Macam mana you tahu I tinggal sini? You stalk I ke?!"

Raisya merampas kasar kunci ditangan Hairy. Rimas diperlakukan begitu. Lagipula Raisya sedar diri sebagai isteri orang.

"Terpulanglah you nak panggil I stalker ke apa.. Tapi I tahu pasal diri you lebih dari sesiapapun termasuklah Syed Hatta, suami kesayangan you tu.."

Hairy tidak ambil hati dengan kelakuan kasar Raisya.

"Oh really?! It's not funny ! By the way, I rasa better you balik sekarang.. I tak nak husband I fikir I bawa lelaki lain masuk rumah bila dia tak ada.."

Nada suara Raisya agak keras. Menghalau.


"Hatta takkan balik malam ini , Rai.. Dia lebih pentingkan orang lain dari you.. I tumpang simpati.."

Usai berkata begitu, Hairy terus membuka pintu keluar lalu meninggalkan Raisya termangu sendirian.

"Jaga diri you dan baby, Rai.. I takkan pergi jauh.. Kalau you perlukan something, just call me.. I akan selalu ada untuk you.. Trust me !"


Sempat lagi Hairy menitip pesan sebelum berlalu.



HATTA berat untuk meninggalkan Nisa sendirian dalam keadaan lemah sebegini. Untuk menemani rasa tidak wajar memandangkan keadaan mereka.Tiada sebarang pertalian darah. Bimbang nanti mendatangkan curiga jiran sekeliling. Kekok juga berada di dalam satu rumah bersama Nisa.

"Encik Hatta dah nak balik ke? Saya lapar.. Tak larat nak masak.."

Nisa merengek manja. Inginkan perhatian dari Hatta.

"Awak nak makan apa? Saya belikan.."


Segera Hatta menawarkan pertolongan. Cair melihat wajah Nisa berkerut menahan kesakitan.

"Saya nak...."

Sebelum sempat Nisa menjawab, gadis itu terus rebah tidak sedarkan diri.


Hatta pula panik melihat.


Lantas terus memangku kepala Nisa dan menepuk pipi Nisa supaya bangun.


MELANGKAH mundar mandir menanti kepulangan Hatta. Dada berdetak kencang mengingati mimpi sebentar tadi. Jelas bermain difikiran Raisya bayangan suaminya rebah dalam pelukan wanita lain. Pantas cuba menghubungi Hatta namun masih lagi pesanan suara menjawab.

"Abang pergi mana ni.. Rai risau.."

Raisya berbicara sendirian. Resah melanda.


Namun, bunyi enjin kereta dihalaman rumah membuatkan Raisya mampu menarik nafas lega.

Buru buru keluar untuk mendapatkan Hatta.

"Abang ok tak? Rai tak boleh tidur.. Bimbang abang tak balik balik lagi.. Abang janji nak dinner sama.."

Raisya memeluk erat tubuh suaminya. Rindu walau tak sampai sehari mereka berpisah.

Malangnya, Hatta segera merungkaikan pelukan mereka. Riak wajah rimas.

"Abang letih.. Nak mandi.. Lainkali Rai jangan tunggu abang.. Kesian baby tak cukup tidur.."


Hatta terus membuka butang kemeja yang dipakai. Tuala mandi dicapai. Melempar pandang sejenak ke arah Raisya sebelum berjalan ke bilik air.

"Abang tak sempat hantar Rai pergi kerja kot. Ada appointment pagi. Rai naik teksilah.."

Ada urusan mendesak untuk Hatta selesaikan seawal pukul 8 pagi nanti. Jam didinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Hanya berbaki 5 jam untuk Hatta melelapkan mata.

"Tak apa.. Abang settlekanlah kerja abang. Rai call cab saja nanti.."

Raisya memaniskan wajah.  Senyuman terukir dibibir meski sedikit kehampaan terdetik dalam hati. Diri seolah tersisih dengan layanan suami sendiri.




JAM dipergelangan tangan kanan dibelek. Hampir pukul 9 pagi namun bayang teksi masih lagi tidak kunjung tiba. Aplikasi myteksi juga tidak berjaya menemukan pemandu berdekatan.

Gara gara malas menunggu lagi, Raisya menghantar pesanan ringkas kepada ketuanya mengatakan dirinya mungkin tidak akan masuk ke pejabat hari ini.

"Mommy laparlah baby.. Nanti kita makan tau.. Baby nak makan apa?"

Raisya senyum sambil mengusap perut. Tanda kasih terhadap anak dalam kandungannya.

"Baby tak kisah makan apa pun , Mommy.. Apa kata Mommy temankan Uncle handsome ni breakfast.."

Satu suara menyampuk tiba tiba. Raisya tersentak mendengar.

"You ni memang tak ada kerja lain ke? Mana I ada, situlah you nak muncul.. Bosan !"
Raisya mencebik bibir. Menyampah dengan kehadiran Hairy.

"I dah cakap I akan selalu ada untuk you.. Come kita breakfast together.. Lagipun dah lambat kalau you nak masuk pejabat sekarang.. Elok you temankan I.."

Selamba saja Hairy menarik tangan Raisya supaya menurut kata masuk ke dalam kereta.  
Bagai dipukau, Raisya hanya akur dengan kehendak Hairy.


ENTAH kenapa Zarul panas hati dengan Hatta.

Tambahan pula, bila mengetahui Hatta sanggup membiarkan Raisya menaiki teksi seorang diri sedangkan Hatta rela bersusah payah semata mata mahu mengambil Nisa di rumah.

Walau Zarul tahu Hatta berniat membantu Nisa yang tidak sihat, namun gaya Hatta seolah melebihkan Nisa dari isteri sendiri. Memastikan makan minum Nisa terjaga. Adakala Zarul meluat melihat gaya manja Nisa disisi Hatta. Kalah Raisya. Anehnya Hatta rajin pula melayan kerenah gadis itu.

"Sejak bila kau jadi penjaga kebajikan Nisa ni? Pagi pagi tolong ambil dekat rumah bawa ke pejabat.. Belikan makanan.. Nasib baik tak tolong suapkan makan sekali.."

Sengaja Zarul menyindir sinis. Biar Hatta terasa. Pantang bagi Zarul seorang suami mengabaikan isteri.

"Aku ada appointment dengan client.. Tu yang kena bawa Nisa sekali.. Kau taulah kalau ada Nisa senang sikit nak deal.. Diakan bijak convince orang.."

Hatta memberi alasan. Sememangnya Nisa memiliki potensi besar. Cantik dan bergaya. Pintar pula berbicara. Senang dibawa ke mana mana acara.

"Kira dia dah naik pangkat jadi PA kau la ni?"


Riak wajah Zarul seperti tidak puas hati.

"Not official.. Lagipun, tak salah kalau aku jaga kebajikan staff aku.. Barulah ada bonding.."

Hatta gelak kemudiannya.

"Entahlah Hatta.. Aku simpati dengan Rai..Kau tahu tak terhirisnya hati aku terserempak dia pagi tadi.. Dengan perut memboyotnya berjalan pergi perhentian teksi.. Aku nak tumpangkan dia tak nak..."

Zarul kehilangan bicara. Tersentuh tatkala mengenang Raisya.

"Kau ingat aku layan Rai buruk sangat ke?! Aku tahulah nak jaga isteri aku.. Kau jangan nak pandai pandai masuk campur urusan rumah tangga aku !"

Muka Hatta berubah merah padam. Marah.

"Aku dapat rasakan kau makin tersasar, Hatta.. Mungkin duit dah mengelabui mata kau.. Aku tahu apa yang kau buat dibelakang Rai.. Cuma satu nasihat aku.. Sedarlah sebelum terlambat.."

Usai berkata begitu, Zarul segera beredar dari pejabat yang dikongsi bersama Hatta. Bengang dengan sikap sahabat baiknya.



"I AM HAPPY with you today !"

Spontan ayat itu keluar dari bibir Raisya.

"I beg you pardon?"

Mata Hairy bercahaya gembira. Teruja mendengar ucapan dari bibir Raisya. Kalau ikutkan hati mungkin saja Raisya dipeluk erat.

Raisya terdiam. Sudah terlepas kata. Lantas pura pura memandang ke arah lain. Membisu sejenak.

"I suka tengok you senyum.. Rasa macam you adalah bidadari dari syurga yang diturunkan untuk I.."

Hairy ikhlas berkata begitu. Walau sedang berbadan dua, Raisya tetap cantik dipandang. Tanpa solekan diwajah, masih jua mampu membuatkan hati lelaki sepertinya berdetak kencang.

"You pernah tengok bidadari ke?"

Raisya menyoal sinis. Rimas pula bila melihat pandangan mata Hairy tidak lekang merenung dari tadi.

Hairy hanya geleng kepala sebelum tersenyum kemudiannya.

'Tapi I tahu bidadari itu adalah you.."

Sengaja Hairy ingin menyakat. Mengambil tempat duduk disebelah Raisya, Hairy mula tidak keruan.  

"Rai..  Sebenarnya I ada sesuatu nak bagitahu you..."

Mungkin ini masa sesuai untuk Hairy berbicara tentang hati dan perasaan terhadap Raisya.

"I.. tahu you isteri orang.. I janji I takkan kacau rumah tangga you.. I cuma nak dekat dengan you.. At least jadi kawan you.."

Pinta Hairy mengharap. Asal dapat berdua begini bersama Raisya sudah memadai.

"I tak kisah berkawan dengan you tapi I nak you tahu I takkan khianati ...."

Belum sempat Raisya menghabiskan kata kata, mata menangkap kelibat Nisa dan Hatta mesra bergandingan memasuki Dome. Curiga terbit. Tambah pula apabila melihat gaya manja Nisa.

Namun Raisya cepat cepat mematikan sebarang prasangka. Yakin Hatta hanya melayan Nisa sepertimana boss melayan pekerja.


"You.."

Raisya terpaksa merapati Hairy sambil berbisik.

"Husband I dekat situ.. I nak tahu apa dia buat disini.."

"I dah nampak dari parking tadi.. Saja I tak nak bagitahu you.. Sebab tu I ajak you lepak sini.. Tak sangka pula mereka ke mari.."
Hairy bertutur selamba. Segala perilaku Hatta semua ada dalam pengetahuan Hairy.


Sayang Hatta tidak menghargai isteri sejelita dan sebaik Raisya.

"I nak stalk mereka."

Raisya leka memerhati dari jauh. Sesekali cemburu bertandang melihat layanan Hatta terhadap Nisa. Berdegil sambil cuba menafi realiti depan mata. Raisya masih yakin Hatta cuma mencintai dirinya seorang.

Tiada pilihan lain, Hairy terpaksa akur kehendak Raisya.



Hancur luluh hati Raisya apabila melihat Hatta membayar beg berjenama Prada yang dipilih oleh Nisa. .

Sempat juga Raisya mengekor Hatta menemani Nisa ke salon untuk mencuci rambut. Malah Raisya perasan Hatta menurut saja kehendak Nisa.


Masakan pekerja dan boss boleh berhubungan sebegitu?

Raisya sayu. Tiba tiba. Dari zaman bercinta sampai ke berkahwin, Hatta belum pernah membelikan sebarang hadiah semahal itu buat dirinya.

Memandang ke satu arah. Terkenang rantai leher pemberian arwah ayah yang masih tersadai di pajak gadai hingga kini. Hatta seperti sudah lupa akan janji untuk menebus balik. Membeli baru memang Raisya tidak pernah mengharapkan Hatta. Hatta kadang berkira.

"Erm.. Kita pergi tempat lainlah.. Mungkin suami I dengan staff dia tengah tunggu client kot dekat sini.."

Alasan untuk menyedapkan hati sendiri. Raisya senyum ke arah Hairy.

Andai benar Hatta curang, Raisya yakin kebenaran akan terbuka suatu hari nanti. Buat masa sekarang Raisya enggan berburuk sangka.

"Kalau macam tu I bawa you ke satu tempat.. Mesti you suka.."

Peluang berdua bersama Raisya memang takkan dilepaskan oleh Hairy. Yakin Raisya sedang bersedih walau riak wajah bersahaja. Bertekad dalam diri untuk membuat Raisya gembira. Barangkali Raisya lupa tarikh keramat hari ini.



"Happy birthday Rai !!"


Hairy tersenyum sambil tangan menatang sebiji kek. Sebuah kotak panjang dihulur.
Raisya terpana.


Terlupa langsung bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya. Tiada ucapan selamat ulang tahun dari Hatta. Bermaksud Hatta juga sudah tidak mengingati tarikh penting buat Raisya. Sejenak pilu bertandang.


Namun Raisya cuba berfikiran positif. Ada kemungkinan Hatta sibuk dengan kerja sehingga terlupa.

"Macam mana you tau tarikh birthday I?"
Raisya pelik. Hairy seperti tahu semua tentang dirinya. Sedangkan Raisya sendiri masih kabur dengan identiti sebenar Hairy. Sekadar mengenali nama. Zulkhairyl atau lebih senang dipanggil Hairy.

" I kenal you lebih dari you kenal diri you sendiri.. Jangan tanya macam mana I tahu..  By the way, bukalah hadiah tu..  I bet you'll like it!"

Hairy senyum. Jelas terserlah kekacakan wajah yang menjadi kegilaan gadis gadis.

" Rantai ni.."

Raisya terkesima. Kelu seribu bahasa. Inilah rantai yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dulu. Tergadai hanya kerana ingin membantu perniagaan Hatta yang bermasalah.

Spontan air mata kegembiraan mengalir dipipi Raisya. Terharu.

Lantas Raisya bangkit mendakap erat tubuh Hairy.

Hairy tergamam dengan tindakan drastik Raisya. Namun, jari jemari mengelus lembut rambut Raisya. Sekadar menenangkan.

"Inilah satu satunya peninggalan arwah ayah I.. Thanks, you ! I ingat I takkan dapat pegang rantai ni lagi."

Bukan emas permata yang menjadi ukuran. Akan tetapi memori bersama arwah ayah tersemadi disebalik rantai ini. Raisya makin sebak.

"You... I akan cuba bayar balik harga rantai ni.. Thanks again !"

Enggan termakan budi membuatkan Raisya bertekad untuk membayar semula kepada Hairy. Anggaplah ini sebagai hutang.

"It's ok Rai... Ini hadiah harijadi you... I ikhlas dan I janji I takkan minta sebarang balasan dari you.. Trust me !"  Hairy menggenggam erat tangan Raisya. Pandangan mereka bersatu seketika.

Entah kenapa Raisya menjadi sayu...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 01:13 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-4-2016 06:08 PM



"KAKAK kesayangan Qal dah balik Umi ! Macam tau tau saja kita nak pergi jumpa dia celebrate hari jadi..."

Rayqal memang suka menyakat kakaknya.

Nampak gaya kejutan untuk Raisya tidak menjadi. Hajat hati mahu tidur dirumah Raisya bertukar memandangkan Raisya tiba tiba muncul dimuka pintu.

"Kak Rai datang seorang saja ke? Abang Hatta mana?"

Mata melilau mencari bayangan abang iparnya. Tiada.

"Abang Hatta kerja. Kak Rai rindu Umi dengan Qal sebab itu Kak Rai datang sini.."

Raisya menyerahkan plastik berisi buah dan coklat kepada Rayqal.

"Kak Rai datang naik teksi ke? Kenapa tak bagitahu awal, boleh Qal ambil Kak Rai.."

Serba salah Raisya mengangguk. Tipu sunat.

Mustahil Raisya mahu berterus terang bahawa kedatangannya di sini dihantar oleh Hairy. Lelaki asing yang baru dikenali namun berjaya membuatkan Raisya rasa selamat bila berada disisi.

"Tak apalah.. Asalkan Rai selamat sampai.. Umi rindukan Rai ! Tengah hari tadi baru Umi teringat nak lawat Rai tup tup Rai dah muncul.. Panjang umur anak Umi.."

Rosma mendapatkan anak sulung kesayangannya lalu memeluk mesra.

"Erm Umi...Rai nak tumpang tidur sini seminggu boleh tak? Abang Hatta outstation.. Rai bosan duduk rumah seorang diri.."

Itu hanya alasan Raisya. Gara gara merajuk melihat gelagat Hatta dan Nisa tadi, Raisya enggan bersua dengan Hatta buat masa sekarang. Pesanan ringkas dihantar kepada Hatta mengatakan diri rindukan Umi dan adik bongsunya disamping meminta izin Hatta untuk tinggal bersama Umi. Tanpa banyak soal Hatta memberi keizinan buat Raisya.

"Rai.. Rai.. Sampai hati Rai tanya soalan macam tu.. Rumah ini rumah Rai juga.. Umi lagi suka kalau Rai duduk sini selamanya.."

Sememangnya itu impian Rosma. Melihat anak sulungnya sentiasa berada depan mata. Namun apakan daya, Raisya sudah memiliki suami. Hatta lebih berhak ke atas Raisya.

"Terima kasih Umi ! Rai sayang Umi sampai Rai mati.."

Raisya memeluk erat tubuh Rosma. Terharu bila memikir kasih sejati seorang ibu terhadap anaknya.



HAIRY bersemangat hari ini. Sejak Raisya sudi menemani diri, hidupnya kian terurus. Tiada lagi hiburan yang melalaikan. Malah jarang sekali untuk Hairy menjejaki kelab malam maupun bersuka ria bersama wanita sebarangan. Arak sudah lama tidak diteguk.

Berteman meski secara rahsia dengan Raisya banyak mengubah Hairy menjadi lelaki lebih matang dan bertanggungjawab.

Redha akan status Raisya yang tidak mungkin menjadi miliknya, Hairy cuma berharap agar persahabatan antara mereka kekal selamanya.

Jua berdoa agar Hatta tidak sesekali mempersiakan hidup Raisya serta anak mereka.

"You tak order makanan lagi ke?"

Raisya menyapa lembut. Hubungan diantara mereka kian rapat. Hairy dianggap sahabat yang tidak pernah jemu mendengar luahan hati Raisya.

Hampir sebulan Raisya menetap dirumah Umi, Hatta tidak pernah menjenguk walau sekalipun. Hanya bertanya khabar melalui telefon. Itu pun jarang jarang. Mujur Umi dan Rayqal tidak berprasangka buruk. Arif dengan kesibukan Hatta.

"I tunggu you.. Nak makan sekali..Jalan jam ke? I call Pak Ali tak berjawab..Call you pun sama.."

Hairy lega melihat kemunculan Raisya.

Gara gara tidak berkesempatan, Hairy meminta tolong pemandu peribadinya menjemput Raisya dari tempat kerja untuk dibawa ke mari. Risau memikir Raisya menaiki teksi dengan kandungan yang kian sarat.

"Taklah.. I jumpa boss I tadi... Ada meeting tergempak.. Sebab tu lambat.. Kesian Pak Ali tunggu I lama.."

Raisya menerangkan keadaan sebenar.

Perjumpaan dengan ketuanya sebentar tadi memang membawa berita kurang menyenangkan.

Setiap pekerja diberi masa dua minggu untuk mencari pekerjaan lain memandangkan syarikat tidak mampu untuk beroperasi lagi gara gara kekangan kewangan. Ekonomi Malaysia makin teruk menjadi punca syarikat terpaksa gulung tikar. Paling menyedihkan, tiada pampasan akan diberikan. Ramai pekerja mengamuk dan ada yang bakal membuat laporan ke pejabat buruh.

Satu keluhan berat kedengaran.

Raisya memandang jauh ke arah penyanyi live band yang sedang menyanyikan lagu Marvin Gaye dendangan Charlie Puth dan Meghan Traitnor. Cuba menenangkan hati yang gundah gulana.

"Kenapa ni Rai? You ada masalah, kan?"

Hairy yakin dugaannya tidak tersasar.

"You tahu I akan selalu ada untuk tolong you... Just tell me your problem.. Please Rai.. Stress tak elok untuk you dan bayi you..."

Raisya masih lagi diam membisu. Kelu untuk memula cerita.

Namun memandangkan tiada tempat untuk mengadu, Raisya terpaksa berterus terang. Sekurang kurangnya ringan sedikit beban yang dirasakan.

"La, itu ke masalahnya.."

Hairy menarik nafas lega.

"Rai.. Berapa gaji you sekarang? I boleh bagi you triple kalau you kerja dengan I.. Semua perbelanjaan you I akan tanggung.. You pun dah sarat mengandung, mungkin you boleh rehat buat sementara waktu.. Pasal duit you jangan risau.."

Hairy memberikan jaminan. Sudah lama terfikir untuk mengemukakan tawaran ini terhadap Raisya.

"Kerja dengan you? Position apa?"
Raisya menyoal, bingung.

"I nak you temankan I saja.. Macam sekarang..Jadi kawan I..Gaji you I bank in masuk account you setiap hujung bulan.."

Hairy kenyit mata. Mengusik sebelum tertawa besar.

"Main mainlah you ni.."

Wajah Raisya berubah masam. Serasa diri dipersendakan.



POTRET perkahwinan mereka ditatap. Entah kenapa Hatta merindukan Raisya saat ini.

Barangkali kerana Raisya sudah lama menyepi diri dirumah Umi. Hatta kepingin untuk menemui Raisya. Mahu mendengar celoteh manja dan usikan nakal isterinya. Hatta perasan sejak kebelakangan ini Raisya jarang menghubungi dirinya. Jarak mereka semakin jauh. Andai ini berterusan, Hatta takut mahligai mereka akan berantakan.

Abang rindukan Rai dan baby kita.. Esok abang jemput Rai balik rumah kita

Jari jemari ligat menaip sebelum butang send ditekan. Sejak siang tadi bayangan Raisya bermain difikiran Hatta. Senyum dan gelak tawa. Seolah gila bayang dengan isteri sendiri. Isteri yang kerap diabaikan gara gara sibuk dengan kerja.

Hujan lebat membasahi bumi menemani Hatta yang bersendirian. Tekak terasa haus. Hatta bangkit untuk membancuh kopi. Sekurang kurangnya boleh memanaskan badan dikesejukan malam.

Namun langkah Hatta terhenti apabila mendengar bunyi loceng dimuka pintu. Hati tertanya tanya gerangan tetamu diwaktu lewat sebegini.

Alangkah terkejutnya Hatta tatkala melihat gerangan sang tetamu..

"Nisa ?!"

Gadis itu terus saja menerpa masuk lalu memeluk erat tubuh Hatta. Baju kemeja yang dipakai basah lencun.


ENTAH mengapa Hairy merasa sayu melihat kepergian Raisya usai makan malam tadi.

Sejenak kata kata Raisya bermain difikiran..

"Pak Ali cerita dengan I you makin berubah sekarang.. I tumpang gembira.. You sebenarnya lelaki yang baik.. I doakan you bertemu gadis idaman you suatu hari nanti... Kalau I panjang umur, I akan datang majlis you nanti.. Kita memang baru berjumpa tapi I bertuah dapat berkenalan dengan you.. Walaupun at first I ingat you lelaki gila manalah.. Stalker !"

Serentak itu, Raisya terkekeh ketawa. Geli hati dengan kata kata sendiri barangkali.

Tetapi bagi Hairy, hati berubah resah tatkala mendengar tutur Raisya. Serasa seperti inilah pertemuan kali terakhir mereka. Naluri mengatakan ada petaka bakal menimpa. Raisya berkelakuan agak pelik dimata Hairy.

Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Ingatan terhadap Raisya semakin kuat.

Lantas Hairy bangun dari pembaringan atas katil. Telefon bimbit dicapai. Hajat hati ingin meminta penyiasat peribadinya meninjau keadaan Raisya.

Meski tidak masuk akal, Hairy hanya mahu memastikan Raisya selamat. Barulah hati akan tenang.

SATU jam sebelum tragedi menimpa Raisya....

MESEJ dari Hatta membuatkan Raisya teruja untuk menemui suaminya. Ligat memujuk Rayqal supaya menghantar pulang ke rumah sendiri meski jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Lantaran bimbangkan keselamatan kakak sulungnya, Rayqal hanya menurut saja kehendak Raisya. Memandu berhati hati Toyota Camry miliknya menempuh keheningan pagi. Jalan licin disebabkan hujan masih turun renyai. Apa saja demi Raisya, Rayqal rela lakukan. Asal kakak kesayangannya gembira meskipun Umi agak keberatan melepaskan Raisya pulang diwaktu begini.

Raisya tidak sabar untuk memberi kejutan kepada Hatta. Pasti Hatta terpana melihat kepulangan Raisya dipagi begini. Raisya juga merindukan Hatta. Segala rajuk dan curiga dibuang jauh. Lagipun Raisya yakin Nisa tidak memberi sebarang makna dalam hidup Hatta.
Masakan Hatta menghantar mesej begitu jika Hatta tidak merindukannya. Jelas Hatta masih cintakan Raisya seperti dulu. Raisya senyum sendiri.  



BAU wangian 212 Sexy menusuk deria bau Hatta. Pakaian tidur yang terlekat ditubuh figura depan mata menggamit ingatan terhadap Raisya.

Lantaran akal dikelabui nafsu membuatkan Hatta terus saja meraih tubuh kecil molek itu menuju ke kamar. Tiada tentangan dari si gadis. Malah hanya tersenyum menggoda.

Air kopi panas yang ingin dijamu terbiar di atas meja bulat.

Kesunyian pagi dipecahkan dengan dengusan nafas kasar mereka. Syaitan bersorak keriangan melihat kedua insan sedang asyik dihanyut dosa.

"Abang?!!"

Raisya hampir pengsan melihat adegan depan mata. Hatta dan Nisa sedang berduaan di dalam bilik tidur mereka. Didalam keadaan yang mengaibkan.

"Rai.. Abang boleh jelaskan..."

Hatta hanya sempat mencapai tuala yang tersidai di balik pintu buat menutup tubuh. Cuba mendapatkan Raisya.

"Rai benci abang !!"

Pantas Raisya menolak sentuhan dari Hatta. Jijik ! Lelaki yang selama ini disanjung tinggi berubah sekelip mata. Rindu menggebu hilang begitu saja.

" Ceraikan Rai sekarang juga !! Rai tak nak hidup dengan abang lagi !!"

Airmata cuba ditahan dari menitis. Sakit hati Raisya bukan kepalang. Allah saja tahu kepedihan dirasakan Raisya bila cinta dikhianati.

"Abang cintakan Rai seorang.. Please ! Fikirkan anak kita.. Abang minta maaf !"

Hatta tidak berputus asa memujuk.

"Apa ni Encik Hatta?! Encik Hatta janji nak kahwin dengan saya.. Konon sayangkan saya.. Takkan habis manis sepah dibuang?!"

Nisa menyampuk. Bengang apabila melihat Hatta memujuk rayu Raisya. Diri terbiar umpama sampah.

"Awak diam, Nisa !!"

Hatta menengking ke arah Nisa.


Nisa tergamam seketika. Sejenak air mata membasahi pipi. Sedih dengan tingkah Hatta. Ternyata Hatta lebih memilih Raisya.

"Rai.. abang masih sayangkan Rai ! Percayalah ! Abang tahu abang salah ! Abang bersumpah takkan sakitkan hati Rai lagi.."

Hatta cuba meraih Raisya ke dalam pelukan malangnya Raisya menepis, kasar.

"Dah terlambat, Abang !"

Usai berkata begitu, Raisya pantas mengambil kunci kereta milik Hatta. Tekad bulat untuk pergi.

"Rai nak pergi mana ni?! Rai masih isteri abang ! Abang tak izinkan Rai pergi.." Nada suara Hatta berubah keras.

"Abang dayus kalau tak ceraikan Rai !"


Giliran Raisya membentak. Menentang tajam pandangan mata Hatta.

"Abang nak tahu tak kenapa sepanjang  kita berkahwin Rai tak mengandung ngandung? Sebab Rai ambil perancang bila bersama Abang.. Rai tak ingin nak mengandungkan zuriat abang.. Sekarang Rai mengandung..  Benih lelaki lain.. Anak ini bukan anak abang.."

Lancar bibir Raisya menipu. Puas dapat menyakitkan hati Hatta. Biar Hatta pula rasakan sakitnya. Kecurangan dibalas curang.

Walau tidak pernah terlintas dihati Raisya sedikitpun untuk menduakan Hatta. Mana mungkin Raisya tega melukai lelaki yang amat dicintainya. Sayang Hatta tidak menghargai ketulusan cinta Raisya.

"Abang tak percaya ! Rai cuma nak sakitkan hati abang, kan? Tak mungkin Rai duakan Abang !"
Hatta yakin Raisya sekadar mereka cerita.

"Terpulanglah Abang nak percaya ke tidak.. Rai pergi dulu !"

Tanpa mempedulikan Hatta, Raisya terus melangkah keluar.

"Rai !!! Jangan tinggalkan abang !!"

Sukar untuk Hatta menghalang Raisya memandangkan keadaan diri yang memalukan.

Raisya semakin menghilang dari pandangan. Hatta hanya mampu meratapi pemergian Raisya..

Nasi sudah menjadi bubur. Hatta terpaksa menelan kenyataan gara gara silap sendiri. Rumah tangga mereka kini umpama telur dihujung tanduk.

SEKARANG..

RAYQAL merenung jauh ke arah Raisya yang hanya terlantar tidak sedarkan diri. Pilu melihat kakak kesayangannya begitu sedangkan baru beberapa jam lalu Raisya girang bercerita tanpa henti. Kesal bertandang kerana menurutkan kehendak Raisya.

Andai saja Rayqal tahu bala begini bakal menimpa, Rayqal lebih rela menolak permintaan Raisya.

Namun sebagai manusia yang lemah, apalah daya Rayqal. Hanya mampu menadah tangan berdoa agar Raisya bangkit seperti sedia kala...

"Kak Rai.. Qal tahu Kak Rai kuat ! Qal nak Kak Rai bangun senyum macam selalu.. Umi dan Qal takkan putus putus berdoa supaya Kak Rai sedar. Qal sayang Kak Rai !"

Pipi pucat Raisya dicium. Lama. Air mata Rayqal menitis jatuh.

Pantas Rayqal menyeka. Teringatkan penyanyi Faizal Tahir kesukaan Raisya, Rayqal terasa ingin mendendangkan lagu penyanyi itu buat menemani lena Raisya.

Tiada yang lebih terindah
Selain kita, kau dan aku bersama
Biar ku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu
Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmuSayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah
Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
SayangWaktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu
Biar luka diubati waktu
Tuhan selalu denganmu

"Tidurlah Kak Rai.. Rayqal janji akan jaga Kak Rai sampai bila bila.."

Rayqal yakin Raisya mampu mendengar luahan beserta nyanyiannya.  

Lantas jari jemari mengusap lembut rambut Raisya. Satu satunya kakak yang Rayqal miliki kini sedang berada dipersimpangan antara hidup dan mati...




"JANTAN tak guna !!"

Hilang sudah rasa hormat terhadap abang ipar sendiri. Serentak itu, satu tumbukan dilayangkan ke arah Hatta. Nyaris Hatta tersembam jatuh.

Ternyata Rayqal bukan 'budak hingusan' yang boleh dianggap lembik. Api kemarahan mendidih menjadikan Rayqal bangkit demi mempertahankan kakak sendiri.

"Sabar Qal..."

Rosma memeluk Rayqal untuk menenangkan anak muda yang sedang dirasuk amarah. Walau Rosma sendiri menyampah dengan kehadiran Hatta namun rasa hormat terhadap besannya masih menebal memandangkan Aina dan suami turut menemani Hatta.

"Macam mana Umi nak Qal sabar?! Dalam tu, yang terlantar entahkan hidup ke mati kakak kandung Qal ! Anak kandung Umi ! Lelaki tak guna ini dah sakitkan hati Kak Rai ! Umi tahu tak Qal patah balik sebab Kak Rai tertinggal handphone dalam kereta.. Qal sempat jumpa Kak Rai menangis teruk.. Seumur hidup Qal belum pernah Qal nampak Kak Rai sesedih itu.. Rupanya Kak Rai nampak Abang Hatta...."

Bicara Rayqal terhenti. Akal masih waras untuk tidak mendedahkan aib Hatta.

Tambahan pula bila mengingati pertemuan terakhir dengan Raisya sewaktu Rayqal berpatah balik ke rumah kakaknya.

"Sampaikan salam Kak Rai pada Umi.. Qal janji jaga Umi dengan baik.. Kak Rai harap Umi ampunkan dosa Kak Rai.. Kak Rai terpaksa pergi dulu.."

Masih terngiang suara sayu Raisya dicuping telinga.

Lantaran bingung, Rayqal tidak mampu menahan Raisya dari memandu pergi sedangkan Rayqal tahu Raisya tidak biasa memandu.

Terkejut besar pula bila melihat keadaan Hatta dan Nisa yang agak mencurigakan. Barulah Rayqal mengerti punca segala.

Abang iparnya telah menduakan Raisya dan meniduri wanita lain dikamar tidur mereka sendiri.

Siapa sangka Hatta tega melakukan semua ini terhadap isteri yang sedang sarat mengandung zuriatnya.

Semak berdepan tekanan, Rayqal terus saja berlalu pergi meninggalkan wad.

"Apa yang Hatta dah buat pada anak Umi ha?!"

Rosma cuba menagih penjelasan dari Hatta setelah Rayqal tidak jadi menghabiskan kata kata sebentar tadi.

Pada mulanya Rosma beranggapan mungkin berlaku pertengkaran diantara Raisya dan Hatta.

Namun, berdasarkan kata kata Rayqal, Rosma yakin ini bukan sekadar pergaduhan suami isteri biasa. Pasti sesuatu yang lebih besar. Jika tidak, masakan Raisya tekad untuk keluar memandu sendiri.

"Maafkan Hatta, Umi !! Hatta tak sengaja menduakan Rai.. Hatta tersilap ! Percayalah Hatta masih sayangkan Rai.."

Sungguh Hatta tidak sedar saat diri terbuai dengan pujukan Nisa. Wanita itu bijak menggoda sehingga Hatta terjebak.

Bahkan bukan sekali dua mereka terlanjur. Sudah acapkali berlaku diluar pengetahuan Raisya.

Setiap kali bertemu pelanggan diluar daerah atau berurusan jauh berdua, Nisa kerap menjadi teman tidur Hatta. Baik dihotel hotel maupun kadang dipejabat, Nisa sentiasa bersedia memberi layanan istimewa buat Hatta. Bukan seperti Raisya yang kerap kali mengadu kepenatan.

"Bukan pada Umi yang Hatta harus minta maaf.. Bertaubatlah Hatta ! Hatta doakanlah Raisya mampu bangkit semula untuk memberi kemaafan kepada Hatta..."

Walau kecewa dengan pengakuan Hatta, Rosma enggan memanjang cerita.

Biar Allah saja menilai segala pelakuan Hatta. Sebagai manusia, Rosma redha dengan musibah ini.

Cuma berdoa dengan harapan agar Raisya kekal bernyawa. Cukuplah Rosma kehilangan cucu yang dikandung Raisya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 25-4-2016 10:38 PM
Hi..

Lama rasa tak menulis..

thsnks awokkkkk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 26-4-2016 07:46 PM

BERSENDIRIAN termangu mengenang kesilapan lampau meski sudah hampir 3 bulan Raisya terbujur kaku tidak sedarkan diri.
Selama tempoh itulah Hatta ibarat bangkai bernyawa. Makan dan minum tak diendahkan. Siang malam berumahtangga dihospital dengan harapan Raisya akan sedar semula.

Nasihat Mama dan Papa ibarat mencurah air ke daun keladi. Kehilangan anak mereka menambah lagi duka Hatta. Bahana bermain kayu tiga. Nikmat dunia sementara sedangkan merana buat seumur hidup.

"Abang cintakan Rai.. Abang janji takkan sia siakan Rai lagi.. Bangunlah Rai.."  

Sudah beratus kali Hatta menuturkan kata kata yang serupa.

Air mata mengalir saat terimbau kesalahan dulu.

Pernah sekali Raisya mengidam sup ekor dan Hatta selamba saja melengahkan masa lantaran kemaruk melayan kerenah Nisa sehingga terlupa untuk membelikan buat Raiysa.

Hatta masih ingat Raisya menunggu penuh berharap dari petang sehingga menjengah ke pagi namun hampa bila Hatta pulang dengan tangan kosong. Sadisnya Hatta tidak rasa bersalah tika itu.

Ada jua Raisya mengadu sakit belakang dan minta dipicit namun Hatta malas ambil kisah. Hatta berpura sibuk dengan kerja sedangkan hakikat sebenar Hatta ligat melayan Nisa di we chat dan whatsapp.

Malah Hatta menganggap alahan yang dialami Raisya hanya semata mata lakonan.

Alangkah berdosanya Hatta rasakan saat ini. Menangis air mata darah sekali pun tiada guna. Masa yang sudah berlalu takkan kembali.

"Sudahlah tu Hatta... Doakan Raisya cepat sembuh... Kau meratap macam ini pun tak ada guna.."

Zarul simpati melihat keadaan Hatta. Seburuk manapun kelakuan Hatta, itu tetap sahabat baiknya. Sedih melihat Hatta tidak terurus begitu.

"Entahlah, Zarul.. Selama ini aku anggap tanggungjawab aku pada Rai sebagai beban. Nafkah dia, perhatian dan kasih sayang aku abaikan.. Sedangkan bila aku ada masalah Rai lah orang pertama yang akan tolong aku.. Dia sanggup korbankan duit, masa dan perasaan sendiri sebab aku ! Aku memang suami tak guna..."

Baru sekarang Hatta sedar bertapa besarnya jasa seorang wanita bernama Raisya. Masihkah ada peluang kedua untuk mereka hidup bersama? Sudikah Raisya memberi kemaafan di atas segala dosa Hatta?

Hanya masa mampu menjawab segala pertanyaan.



TERPAKSA menyamar lantaran takut kehadirannya ketahuan. Begitulah keadaan Hairy tiapkali ingin melawat Raisya. Lega kerana Hatta tiada disini. Maka peluang untuk Hairy menemui Raisya terbuka luas.

"Rai.. You tetap cantik dimata I.. I rindukan you ! Ini hadiah untuk you... I harap bila you dah bangun nanti, kita boleh hang out bersama. I janji akan selalu ada untuk you.. I sayangkan you, Rai..."

Hairy berbisik halus di cuping telinga Raisya.

Wajah cengkung Raisya ditenung. Pucat lesi. Sedih melihat insan tersayang terbaring lesu. Jari jemari melidi itu disentuh, lembut. Sebentuk cincin disarungkan dijari manis Raisya.

"Cincin ini tanda ingatan I pada you... I yakin you akan sembuh satu hari nanti.."

Hairy terpegun melihat jari jemari Raisya bertindak balas terhadap sentuhannya.

"Rai...."

Mata Hairy bersinar gembira. Tubuh Raisya digoncang kuat. Ingin memastikan Raisya benar benar sudah sedarkan diri.
Pelahan lahan kelopak mata Raisya bergerak gerak. Bibir pula cuba menyebut sesuatu perkataan namun tidak jelas.




BIBIR Rosma tidak henti henti melafazkan kesyukuran apabila mengetahui Raisya berjaya bangkit dari koma. Begitu juga dengan Rayqal.

Walau Raisya tampak bingung dan kekok tatkala berhadapan dengan mereka namun bagi Rosma memadailah andai Raisya selamat. Doktor membuat andaian otak Raisya masih lagi bercelaru akibat komplikasi hentakan sewaktu kemalangan berlaku. Mungkin Raisya perlukan masa untuk kembali pulih seperti sebelum kemalangan.

Hatta yang baru tiba segera mendekati Raisya. Teruja mendengar perkhabaran baik tentang isterinya.

Sayang, Raisya bereaksi negatif dengan kehadiran Hatta.

"Rai.."

Hatta ingin memeluk erat tubuh Raisya yang sedang duduk di atas katil namun ditampar kasar oleh Raisya.

"Apa ni?! Suka suka hati nak peluk orang !!"

Wajah Raisya berubah merah padam tanda marah.
Terpana Hatta melihat pelakuan Raisya. Cuba memujuk.

"Rai.. Kenapa ni? Abang tahu abang berdosa.."

Tamparan Raisya tidak diendahkan oleh Hatta. Barangkali Raisya masih marah dengan kecurangan Hatta.

"Kak Rai dah tak kenal sesiapa lagi.. Aku dengan Umi pun dia tak ingat..Elok kau pergi.. Kau cuma buat dia stress.."

Sejak peristiwa Hatta menduakan Raisya, rasa hormat Rayqal pada Hatta terus hilang. Panggilan Abang bertukar terus kepada aku kau.

Hatta terpaku seketika sebelum mendekati Raisya semula.

"Rai,  takkan Rai lupa siapa Abang? Suami Rai sendiri !"

Respon Raisya kekal negatif. Menolak mentah mentah kehadiran Hatta. Minda masih keliru untuk mengenali manusia asing depan mata.



DIARI luahan hati Raisya sepanjang mereka hidup bersama membuat Hatta sebak membaca. Bertapa selama ini Hatta banyak melakukan dosa terhadap Raisya.

Satu demi satu catatan dibaca..

Aku jumpa resit minyak wangi dalam poket seluar abang masa membasuh tadi. Minyak wangi jenama wanita. Boleh tahan harganya. Mungkin Abang belikan untuk kawan perempuan dia. Tapi untuk aku isteri sendiri.. Tak apalah mungkin bukan rezeki aku.

Hatta diterpa rasa bersalah.

Sememangnya minyak wangi berjenama Channel itu dibeli kerana Nisa yang menginginkannya. Entah kenapa kalau untuk orang lain Hatta jadi pemurah untuk berbelanja. Namun sekiranya ingin membeli hadiah buat Raisya, Hatta jadi keberatan. Berkira dengan isteri sendiri.

Catitan kedua bertarikh berbeza pula menarik perhatian Hatta.

Sejuknya mandi pagi. Dulu tak menggigil macam ini. Perubahan hormon agaknya. Abang buat tak tahu saja bila aku mengadu nakkan pemanas air. Mungkin esok aku boleh pergi cari sendiri. Abang sibuk agaknya. Baby sabar tau. Mommy akan cuba buat hidup kita selesa.

Hatta tersentak. Memang Raisya ada menyatakan hasrat untuk memiliki pemanas air kerana sudah tidak tahan kedinginan diwaktu pagi usai mandi. Dan permintaan yang tidak semahal mana itupun gagal Hatta penuhi...

Catatan seterusnya dibaca dengan air mata berlinangan.

Bank telefon aku sebab aku penjamin kereta Abang. Dah 2 bulan bayaran tertunggak. Duit simpanan baby adalah. Takkan aku nak korek. Aku nak tanya Abang dia busy memanjang. Macam tak kisah nama aku blacklist sebab dia. Ya Allah macam mana ini? Walaupun hanya RM3000 tapi aku betul betul tak ada duit. Semua simpanan aku habis bayar hutang Abang dulu. Tapi abang tak bayar balik. Maafkan Mommy sayang. Mommy terpaksa guna duit baby. Nanti Mommy ganti balik tau.

Tulisan tangan Raisya selanjutnya makin membuat Hatta sebak.

Sampai hati Abang ! Terkejut aku bila pegawai TNB datang bawa notis merah. Esok nampaknya aku kena settle bayaran bil. Macam macam dugaan. Kadang aku rasa abang dah tak sayang aku. Tak pernah fikir apa akan jadi pada aku kalau terpaksa bergelap. Tapi sekurang kurangnya fikirlah anak dalam kandungan aku. Aku tahu aku bukan isteri yang baik tapi aku juga inginkan perhatian dan kasih sayang. Kalaulah arwah abah tahu sadisnya hidup aku sekarang.

Catatan bertarikh 2 Januari 2016 pula..

Setiap saat abang asyik memuji staff baru dia. Baru beberapa bulan bekerja tapi cekap melakukan kerja. Hari ini aku dapat bertemu Nisa yang selama ini aku kenal nama sahaja. Not bad. Seksi ! Cuma entah kenapa aku rasa pandangan Nisa terhadap aku sangat pelik. Aku perasan Abang pegang tangan Nisa. Erm barangkali aku tersalah pandang. Entahlah.. Andai malapetaka menimpa rumahtangga aku atau Abang berubah hati aku redha. Mungkin Abang anggap aku beban dalam hidup dia.

Hatta terus tekun membaca catatan seterusnya. Paling menyayukan apabila Raisya menulis.

Baby cepatlah keluar temankan Mommy. Daddy memang dah tak sayang Mommy lagi. Setiap malam tinggalkan Mommy seorang diri. Kalau Baby ada Mommy takkan seorang diri lagi. Sekarang Baby dah 7 bulan duduk dalam perut Mommy. Tapi belum pernah sekalipun Daddy temankan Mommy pergi check up. Kerja dan client lebih penting bagi Daddy. Apapun, Baby tetap keutamaan Mommy. Mommy janji takkan abaikan Baby.

Hatta menutup diari Raisya.

Tak sanggup lagi meneruskan pembacaan. Ternyata selama ini Raisya banyak memendam rasa dengan perilaku Hatta. Sejuta kali kesalan takkan mampu membetulkan kesilapan lampau.  












Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
wow.... menusuk jalan cerita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 07:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-4-2016 07:54 PM

"UMI..."

Mata Raisya berkaca melihat kesungguhan wanita berusia didepan mata melayaninya. Meski ingatan sudah hilang, Raisya yakin Rosma adalah ibu kandungnya. Naluri mengatakan begitu. Serasa ada pertalian batin antara mereka.

"Rai dah ingat Umi ke? Umi ! Ibu yang melahirkan Rai.."

Rosma tidak mampu menahan air mata.

Sejak semalam Raisya hanya terpaku merenung ke arahnya walaupun Rosma beriya iya memperkenalkan diri.
Malangnya, Raisya hanya menggeleng tanda tidak ingat.

"Mungkin Rai tak ingat pasal Umi, tapi Rai yakin Umi adalah ibu kandung Rai.. Maafkan Rai sebab lupakan Umi.. Rai akan cuba dapatkan ingatan Rai demi Umi.."
Raisya teresak menangis. Sedih melihat Rosma menitiskan air mata.

Dua beranak itu berpelukan. Suasana pilu menyelubungi sekeliling.

"Abang akan bantu pulihkan Rai ! Rai jadi macam ini sebab Abang.."

Hatta terus menyampuk. Ingin mendapatkan Raisya namun seperti biasa Raisya pantas mengelak.

"Don't touch me ! I tak kenal siapa you.. Jangan sesekali dekati I.."

Raisya menepis keras. Entah kenapa sakit hati dan benci bertandang bila mana menatap wajah Hatta.

Justeru Raisya tidak yakin bahawa lelaki ini adalah suaminya. Atas dasar apa mereka berkahwin? Jika berlandaskan cinta, Raisya yakin hatinya pasti tersentuh melihat Hatta. Namun sehingga kini Raisya musykil. Benarkah lelaki itu pemilik cintanya?

Tiada jawapan untuk itu.



HAIRY lega melihat Raisya berselera makan ditemani Rosma dan Rayqal. Walau tidak mengenali dirinya, Raisya tetap melayan baik setiap kali mereka bertembung.
Setakat ini tiada siapa tahu Hairy sekadar menyamar sebagai doktor disini. Identiti sebenar masih disorok.

"Dr Zulkhairyl.."

Raisya senyum,  senang.

Satu perasaan aneh menerpa saat bertentang mata dengan Hairy. Itulah wajah yang sering muncul dalam khayalan Raisya sewaktu koma. Malah Hairy jua yang berada disisi saat Raisya tersedar.

"Rai err Puan Raisya rasa sihat tak hari ini?"


Hairy hampir tersasul. Mujur sempat tersedar. Senyum ke arah Rayqal dan Rosma untuk menutup gugup dalam diri.

"Ok saja.. Cuma sampai sekarang I tak ingat satu benda pun.."

Spontan wajah Raisya berubah muram. Keliru dalam mengecam manusia disekeliling.


Hairy diterpa perasaan serba salah. Tersalah cakap.

"Tak apa.. Lambat laun Puan akan dapat balik ingatan tu.. Erm I minta diri dulu.."

Segera Hairy mengambil keputusan berlalu sebaik saja melihat kelibat Hatta masuk ke wad tempat Raisya dirawat.

"Abang ada bawakan biskut coklat favourite Rai. Bunga ni pula khas buat isteri Abang yang cantik ni.."

Hatta ingin mengusap rambut Raisya tetapi seperti biasa, Raisya tetap mengelak.

"You ni tak faham bahasa ek? I rimaslah macam ni ! Boleh tak you jangan kacau hidup I sehari ?!"

Sejambak bunga ros merah dicampak oleh Raisya.

Sebal hati Hatta melihat perilaku isterinya. Segala usaha terasa sia sia. Usahkan senyum, memandang wajah Hatta pun Raisya enggan.

"Tak apalah kalau Rai tak nak tengok muka abang. Abang ada dekat luar.. Nanti Rai nakkan apa apa, Rai panggil abang. I love you.."

Rosma hanya mampu memerhatikan saja langkah hampa Hatta. Terbit simpati dalam hati.

Sebagai ibu, Rosma tidak bersetuju sama sekali melihat layanan buruk Raisya terhadap Hatta.

Namun, memandangkan keadaan Raisya yang masih lemah, bibir bagai terkunci untuk menegur.

Biarlah Allah saja menilai segala kesilapan lampau menantunya. Jauh disudut hati Rosma tahu Hatta kini menyesali segala perbuatan lampau.

Cuma, sayang seribu kali sayang, melihat kelakuan Raisya, Rosma yakin tiada peluang kedua buat Hatta. Sama ada Raisya berjaya meraih ingatan atau tidak, Hatta sudah tiada makna dalam hidup Raisya. Mungkin Hatta terpaksa menerima kenyataan jodoh mereka bakal berakhir.


"YA ALLAH, aku mohon kau lembutkanlah hati isteriku. Berilah hamba mu yang hina ini kesempatan sekali lagi untuk membahagiakan Raisya. Aku bersumpah takkan pernah mengulangi kesalahan dulu. Sungguh aku menyesal di atas dosa zina yang telah aku lakukan. Aku bertaubat padamu Ya Allah tuhan yang maha pengampun segala dosa dosa besar.."

Serentak itu air mata kesalan mengalir dipipi Hatta. Lantaran kebodohan sendiri, anaknya meninggal dalam kandungan sewaktu Raisya ditimpa kemalangan jalan raya. Raisya pula hilang ingatan dan kini membenci dirinya.

Mujur, perniagaan yang diusahakan sekian lama kini berkembang maju.

Namun, semua aset dan ringgit tidak bermakna lagi apabila Hatta harus kehilangan anak dan isteri yang dikasihi.

"Sabarlah, nak.. Allah takkan menduga hamba Nya melainkan apa yang mampu dipikul.. Muhasabah diri dan bertaubat.. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian.."

Satu tepukan terasa dibahu. Hatta berpaling. Kelihatan seorang lelaki berusia memakai jubah serba putih bertasbih ditangan sedang tekun memerhatikannya.

" Pak cik faham perasaan kamu.. Dulu pak cik ada seorang isteri yang baik, setia dan cantik rupa paras. Kami hidup bahagia. Kebahagiaan rumah tangga Pak Cik bertambah bila isteri Pak Cik disahkan bunting pelamin selepas sebulan kami bernikah. Perniagaan Pak Cik semakin maju dan Pak Cik berjaya meluaskan empayar syarikat sehingga ke Brunei dan Eropah. Bayangkan bertapa besar nikmat Allah kurniakan kepada Pak Cik. Tapi..."

Lelaki tua itu mengusap titisan jernih dipipi sebelum menyambung...

"Pak Cik lupa diri.. Pak Cik abaikan isteri dan anak dalam kandungannya. Sehinggalah isteri Pak Cik meninggal dunia.. Masa isteri Pak Cik bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat Pak Cik, Pak Cik sedang sibuk bersuka ria dengan perempuan lain.."

Sebak didada gagal ditampung lagi. Lantas air mata mengalir laju.

Hatta bangkit mendekati pak cik tua. Mengusap pelahan dibahu untuk memberi ketenangan.

"Kita senasib , Pak Cik ! Pernah tersasar jauh.. Bezanya isteri saya masih hidup tapi dia sudah lupakan saya. Malah benci melihat saya."

Giliran Hatta pula meluah isi hati. Entah bila dan bagaimana Hatta boleh terpikat dengan Nisa. Kadang Hatta rasa bersalah kerana membohongi Raisya. Namun dek kerana bergelumang dengan keseronokan, Hatta abaikan saja perasaan itu.

"Sekurang kurangnya kamu bertuah kerana masih ada kesempatan untuk meminta maaf pada isteri kamu.. Tapi Pak Cik tak diberi peluang itu.. Jagalah isteri kamu sebaiknya andai kalian masih berjodohan..Jangan pernah ulangi kesilapan yang sama.."

Hatta hanya mengangguk, tanda faham. Sungguh Hatta sudah berjanji,kalau saja Raisya masih sudi menjadi isteri, Hatta akan menjaga rumahtangga mereka sehingga kekal ke pintu syurga.



NISA tiada pilihan lain.

Sejak hubungan sulit mereka ketahuan oleh Raisya, Hatta terus menyepikan diri. Meski berada dipejabat Hatta tidak mengendahkan kewujudan Nisa lagi. Pujukan dan rengekan manja Nisa yang dulu melemahkan Hatta kini dipandang sepi.

Begitu juga dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas. Terbiar tanpa sebarang balasan.

Hanya Raisya boleh membantu Nisa ketika ini..

"You siapa ?"

Raisya menyoal hairan melihat kemunculan wanita asing depan mata. Buah epal yang ingin dikupas diletak di atas meja. Pisau kecil jua.

"Saya Nisa.. Staff Encik Syed Hatta.."

Nisa terpaksa memperkenalkan diri. Sedar Raisya kini sudah kehilangan semua ingatan dulu.

"Ooh.."

Hanya itu saja yang terkeluar dari bibir Raisya. Berdiri menghadap Nisa. Keliru.

"Kak Rai kena tahu satu perkara penting.. Saya mengandung 2 bulan ! Anak Encik Hatta.."

Nisa tersedu sedu menangis.

"Wait.. Kalau you mengandung anak Hatta, kenapa you jumpa I?! Cakap dengan dia sendiri ! Ajak dia kahwin ke.."

Raisya buntu. Serabut mula dirasakan.

"Sebab kaulah dia tak pedulikan aku !! Perempuan bodoh !!"
Tindakan Nisa berubah agresif. Tiba tiba. Menjerut kasar leher Raisya.

"Hey pandang sini ! Kau tahu tak aku dah lama bengang dengan kau ?!"

Tak sempat Raisya mempertahankan diri, Nisa menampar pipi Raisya.

" Asal kau ada, Hatta mesti ketepikan aku.. Dia sanggup suruh aku duduk belakang setiap kali aku ikut dia ambil kau dekat tempat kerja.. Kau tahu tak meluatnya aku tengok dia bermesra dengan kau sambil memandu?! Hatta terus layan aku macam orang asing !!"

Nisa menolak kepala Raisya sehingga nyaris terhantuk ke dinding.

Tindakan Nisa membuatkan Raisya hilang sabar. Mengilas terus tangan Nisa lantas membuatkan pergerakan Nisa terkunci.

"Aku tak kenal siapa kau tapi kalau kau ada masalah dengan Hatta, jangan libatkan aku !!"

Raisya memberi amaran keras. Tubuh menggeletar menahan amarah di dada.

"Jahanam kau !!"

Usaha Nisa meronta melepaskan diri dari cengkaman Raisya berjaya. Pantas tangan mencapai pisau kecil disebalik buah epal.

Raisya tergamam melihat pisau yang bila bila masa boleh menikam bahagian tubuhnya. Siapa dapat menduga tindakan wanita gila seperti Nisa.

"Sampai hati Kak Rai buat saya macam ni..Ambillah pisau ni ! Tikamlah saya kalau itu boleh puaskan hati Kak Rai..."

Nisa mencampak pisau ke arah Raisya sambil melutut menangis.

"Apa semua ini, Rai?! Nisa ?!"


Hatta yang baru muncul terkejut melihat keadaan di sekeliling.

"Encik Hatta.."

Nisa terus memeluk erat Hatta. Teresak esak mengalirkan air mata meski hati ketawa.

Mujur Nisa menyedari kemunculan Hatta terlebih dahulu. Sempat terfikir satu rencana difikiran. Yakin rancangan ini akan berjaya. Tangisan sengaja dikuatkan bagi menagih simpati Hatta.

Hatta tersepit dipersimpangan. Merenung ke arah Raisya yang tampak kusut masai. Serba salah.

Saya mengandung ! Saya minta izin Kak Rai untuk benarkan saya jumpa Encik Hatta.. Ini anak Encik Hatta dan Encik Hatta perlu tahu.. Tapi Kak Rai naik hantu.. Dia serang saya ! Nasib baik anak kita tak apa apa.."

Makin mendayu suara tangisan Nisa. Sedu sedan kedengaran sehingga meruntun hati Hatta.

Spontan Hatta melepaskan pelukan Nisa lalu menghampiri Raisya. Satu tamparan hinggap dipipi Raisya.


Raisya terkesima. Pipi terasa pijar. Hangat dek kesan tapak tangan Hatta pula. Bibir diketap rapat untuk menahan kepedihan dihati.

"Abang makin tak kenal siapa Rai !! Sejak kemalangan itu Rai berubah ! Mana pergi Rai yang lemah lembut selama ini?! Kalau macam inilah, Abang lebih rela Rai mati malam tu !!"

Lantaran marah mendengar aduan Nisa, Hatta hilang pertimbangan.

"I mungkin bodoh sebab kahwini lelaki macam you dulu !! Sekarang I faham kenapa I tak ingat satu benda pun pasal you ! Mesti hidup I sengsara selama jadi isteri pada lelaki tak guna macam you !! Betul tak?!"

Hatta tersindir mendengar kata kata pedas Raisya.

"I tak kisah pun kalau you ada affair atau nak kahwin dengan perempuan gila ni.. None of my business !"

Darah yang mengalir dibibir dikesat oleh Raisya.

Hatta jadi tak keruan melihat kerutan diwajah Raisya. Barangkali menahan sakit akibat ditampar tadi. Sejenak rasa bersalah kerana mengasari isteri sendiri.

"Oh ya.. Jangan lupa ceraikan I secepat mungkin.. I tak berminat untuk jadi isteri you lagi.."

Memang ini saat yang sesuai untuk Raisya meluahkan segala yang terpendam. Hati Raisya sememangnya kosong buat Hatta. Walaupun ingatannya kembali, Raisya yakin diri tidak akan sesekali menyesal kerana memilih berpisah dengan Hatta.

"Betul Rai memang dah tak ingat langsung janji janji kita dulu? Kenangan kita?"

Giliran Hatta pula sebak. Mata mula berkaca. Nada suara luruh.

Tiada jawapan balas dari Raisya. Hanya memandang kosong ke arah Hatta.

"Abang sayangkan Rai ! Abang janji akan buat Rai jatuh cinta semula pada Abang.. Dan kita akan bahagia macam dulu.. Abang janji !"

Entah kenapa Hatta yakin untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Terlupakan langsung kewujudan Nisa disamping mereka.

"Habis macam mana dengan saya dan anak dalam kandungan ini?!"

Nisa menagih kepastian dari Hatta.

Mustahil Nisa mahu melahirkan anak tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Bagaimana nasib diri dan anaknya kelak? Otak buntu untuk memikir.

"Saya akan tunaikan janji saya untuk bertanggungjawab. Jangan risau !"

Hatta tidak mampu mengelak dari Nisa lagi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan inilah padahnya.

"Memandangkan you dah buntingkan perempuan ni, sila bertanggungjawab dan ceraikan I secepat mungkin !"

Raisya bersuara sinis. Pandangan beralih ke arah Nisa.

"Kalau you nak sangat jadi isteri Hatta, make sure dia ceraikan I atau I takkan benarkan Hatta berkahwin dengan you.."

Keras sekali nada Raisya tatkala berkata begitu.

Hatta terpana mendengar. Diluah mati emak ditelan mati ayah.

Antara cinta dan beban kesilapan lampau, Hatta terpaksa membuat pilihan.


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 02:55 PM | Show all posts
sorry tt, aku mk tegur skit.Aku nak kau tuko tajuk. Bagi aku,tak silap aku kau bukan kafir,kita ni ada kifarah.Not karma..Ya...jgn sentap sudah cm budak waaty tu,puih. Dahlah gay,muka buruk. Lagi hauk dri aku lagi. Harap kau  mati dlm gempa,sumpah aku x maaf dia hina aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 27-4-2016 02:55 PM
sorry tt, aku mk tegur skit.Aku nak kau tuko tajuk. Bagi aku,tak silap aku kau bukan kafir,kita ni a ...

Thanks atas teguran you.. jgn risau i xkan sentap.. x machola ... hehe.. Actually ada sebab i letak tajuk karma.. plot seterus nya akan ada penjelasan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:24 PM | Show all posts
elia201 replied at 27-4-2016 06:52 PM
Thanks atas teguran you.. jgn risau i xkan sentap.. x machola ... hehe.. Actually ada sebab i leta ...

mungkin maksud Es tu..
kifarah lebih sesuai digunakan...

kifarah utk orang islam
karma is more to buddha or hindu

apa pun, citer menarik..macam @NaylaArisha komen...menusuk jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-4-2016 09:24 PM
mungkin maksud Es tu..
kifarah lebih sesuai digunakan...


nay rasa TT ni lelaki kan? sbb selalu cerita yg mampu membuat hati perempuan betul2 tersentuh bila karya tu hasil dari buah fikiran lelaki...



betul tak Ipo? tp cerita Ipo tetap menarik perhatian.... tak ada cerita baru ke Ipo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 10:19 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 27-4-2016 09:04 PM
nay rasa TT ni lelaki kan? sbb selalu cerita yg mampu membuat hati perempuan betul2 tersentuh bila ...

tt memang lelaki la Nay, nickname je pompuan...kan dia dah ngaku dulu..betul tak tt?
jawapan kedua tu....err...err...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 27-4-2016 10:19 PM
tt memang lelaki la Nay, nickname je pompuan...kan dia dah ngaku dulu..betul tak tt?
jawapan k ...

lahh yer ke

nay baru thu sbb x baca sgt komen2

selalu nay buka author post jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 03:25 PM | Show all posts
Update pls TT.

Sebak jap baca citer ni. BEST!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2016 08:11 PM | Show all posts
HATTA sayu. 

Airmata lelakinya mengalir saat menatap dua nesan terpacak dikuburan. Disinilah tempat bersemadi anak lelakinya yang tidak sempat langsung menjenguk dunia. Pergi dalam keadaan suci dari sebarang dosa ketika kemalangan menimpa Raisya. 

Semua gara gara kebodohan Hatta sendiri. 

Pendarahan teruk yang dialami Raisya mengakibatkan bayi mereka gagal diselamatkan. Gugur sebagai penghuni disyurga.

Tanah kubur disentuh membayangkan diri sedang memeluk erat tubuh sang bayi. Sungguh Hatta kesal dengan segala bala yang menimpa. 

"Anak Daddy... Daddy berdosa pada Mommy... Pada kamu... Sekarang Daddy dah terima pembalasan di atas semua dosa dosa Daddy.." 

Hatta meratap semahu hati. Sebak bertambah tatkala memikir bila bila masa saja Raisya akan berlalu dari hidupnya. Perkahwinan mereka bakal jadi sejarah jika Raisya tega menuntut cerai.

"Ya Allah... Aku tak tahu jika aku mampu menanggung semua ini.. Barangkali ini hukuman setimpal untuk penzina dan suami tak berguna seperti aku... Aku redha dengan pembalasan-Mu kalau itu dapat membersihkan dosa dosaku.." 

Lantaran lelah menahan gelora didada, Hatta berbaring dipinggir kuburan sambil otak runsing memikir masa depan. 

Bayangan Raisya bermain difikiran. Memikir karma dirasakan saat ini kerana sanggup mengkhianati isteri yang dinikahi. 

"Jangan pernah bersangka buruk pada Allah, Hatta..." 

Zarul muncul mengejut. 

Sedari tadi sibuk mengekori dan memerhati perilaku temannya. Kadang Zarul rasa kasihan melihat keadaan Hatta. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga. 

Rahsia kecurangan terbongkar, anak sulung mereka meninggal dunia dan kini dibenci oleh isteri sendiri. 

"Ini semua karma sebab aku khianati Rai.. Aku banyak buat dosa Zarul.."

Hatta teresak esak menangis tanpa segan silu. 

Seribu kesalan terbit difikiran. Satu demi satu perbuatan sumbang bermain diingatan. 

"Astagfirullah hal azim, Hatta !"

Zarul tersentak mendengar kata kata yang keluar dari bibir Hatta. 

"Karma tak pernah wujud dalam agama kita.. Jangan sesekali anggap dugaan yang menimpa kau hari ini sebagai pembalasan dosa.. Allah itu Maha Penyayang.. Sebab Allah sayangkan kaulah Allah bagi dugaan ini. Supaya kau kembali ke pangkal jalan.. Bertaubat ! Bukan nak menghukum kau semata mata ! Cuba kau bayangkan kalau sampai hari ini skandal kau dan Nisa tak terbongkar, mesti kau masih ligat hidup bergelumang dosa.. Kau akan terus hanyut !"

Hatta terdiam sejenak. Menafsir kebenaran disebalik kata kata Zarul. 

"Syukurlah dengan peluang yang kau ada hari ini.."

Zarul puas dapat meluahkan segala yang terbuku sekian lama. Bukan Zarul tidak pernah menegur dulu. Hatta saja yang degil. 

Sememangnya sejak kali pertama melihat Nisa, hati kurang senang. Ternyata gerak hati Zarul benar. Tak sangka Hatta bisa terjebak sehingga sanggup melukakan Raisya. 

"Aku dah tak tahu nak buat apa, Zarul.. Nisa mengandung.. Rai pula minta aku ceraikan dia.. Aku cintakan Rai.. Aku tak nak kahwin dengan Nisa... Aku boleh mati kalau terpaksa berpisah dengan Rai.."

Hatta mengadu persis anak kecil. 

Zarul hanya mampu menadah telinga mendengar. Silap Hatta kerana berani bermain api. Apalah daya Zarul untuk membantu. 

Semak makin dirasakan oleh Hatta. Meraup wajah. Kepala pusing.

Kenapa mesti perbuatan sumbang mereka membenihkan zuriat? 

Kalaulah masa boleh diundur. Hatta bersumpah takkan pernah sesekali menyentuh wanita yang bukan isterinya.

Kini, Hatta mengerti mengapa zina itu haram disisi Islam. Bukan setakat merosakkan institusi kekeluargaan bahkan mampu menjadikan hidup kucar kacir. 

Sejenak keinsafan menyelubungi kalbu Hatta.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.196729 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list