CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

  [Copy link]
 Author| Post time 1-5-2016 01:39 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-5-2016 06:40 PM


RAISYA berjalan tanpa hala tuju.

Suara tangisan bayi menarik perhatiannya. Suasana malam agak gelap menyukarkan langkah. Cahaya neon samar samar menerangi..

Semakin lama Raisya makin hilang jejak untuk mencari bunyi tadi. Penat berjalan, Raisya duduk sebentar. Nafas mencungap lelah.

Tak semena suara bayi menangis menangkap cuping telinga. Muncul seorang lelaki tersenyum seraya menghulur bayi yang sedang meronta tangis ke arah Raisya.

"Anak ini rindukan Mommy dia.. Tapi sayang Mommy dia sudah lupakan dia.. Sebab itu dia menangis mencari ibu yang pernah mengandungkan dia.."

Lelaki dihadapan Raisya memberitahu tanpa ditanya.

"Hatta?!"

Barulah Raisya mengecam lelaki yang berdiri sambil mendukung anak kecil didepan mata.

"Ini anak kita, Rai.."

Hatta senyum sambil mengacah si kecil. Sejenak tangisan si manja reda.

"Anak?!"

Raisya buntu.


Tak mungkin !

Umi dan Rayqal tidak pernah bercerita bahawa Raisya memiliki anak. Kepala digelengkan lantas Raisya bertindak menjauhi Hatta. Enggan mengakui kenyataan.

"Rai.. Kenapa ni?!"

Satu suara menegur cemas. Tepukan berulangkali terasa dipipi. Raisya meracau kuat.

Pelahan lahan Raisya membuka mata. Terjaga dari lena. Rupanya Raisya sekadar bermimpi. Namun ianya sangat nyata. Suara bayi menghantui Raisya hingga kini. Hampir 2 malam Raisya mengalami mimpi serupa.

"Umi.. Mana anak Rai ?!"

Spontan terpacul soalan itu dari bibir Raisya.

Rosma serba salah menjawab. Tidak sampai hati memberitahu kebenaran kepada Raisya. Hanya mampu mengeluh panjang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2016 01:45 PM | Show all posts
best..sambung lagi elia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-5-2016 02:50 PM

RAISYA masih ragu ragu.

Walau Umi dan Rayqal menyatakan bahawa perkahwinan Hatta dan Raisya tidak pernah dikurniakan zuriat namun Raisya bagai dejavu membayangkan keadaan diri sedang memikul perut yang sarat. Kaki membengkak hingga adakala sukar berjalan. Terkadang Raisya seperti pernah merasai pergerakan bayi didalam rahim.

Akan tetapi jika benarlah dugaan Raisya, mengapa Hatta tidak pernah menyatakan perihal anak saat mereka bertemu?

Tiada jawapan tercerna..

Entah kenapa naluri Raisya merasakan ada satu rahsia enggan diberitahu kepadanya.

Kedengaran bunyi tapak kaki semakin menghampiri dan pintu wad dibuka.

Lamunan Raisya tersentak.

Ligat memikir siapakah gerangan sang tetamu. Umi baru saja pulang dihantar oleh Rayqal. Mustahil cepat benar mereka kembali.

Terpacul wajah Aina sedang melangkah masuk menuju ke katil tempat Raisya berbaring.

Raisya serba salah. Seribu pertanyaan terbit dengan kedatangan Aina. Kekok juga kerana sehingga kini Raisya cuma mengenali Aina sebagai Mama Hatta merangkap Mama mertuanya.

"Mama datang seorang saja ke?"

Raisya sekadar berbasa basi sambil mencium tangan Aina tanda hormat seorang menantu.

"Gini Rai.. Mama tak boleh lama.. Ada hal penting yang Mama nak bincangkan dengan Rai.. Tentang Rai dan Hatta.."

Soalan Raisya dibiarkan tak berjawab.

Mata Aina melilau memandang sekeliling. Mencari kelibat Rosma maupun Rayqal. Perkara yang ingin dibicarakan bersama Raiysa sememangnya tidak boleh diketahui Rosma dan Rayqal. Aina enggan mengeruhkan lagi hubungan antara mereka.

"Umi dan Qal balik sekejap ambil barang. Apa yang Mama nak bincang dengan Rai?"

Mengerti maksud pandangan meliar Aina, Raisya lantas memberitahu tanpa dipinta. Hati kuat bertanya tanya maksud sebenar kedatangan Aina.

Aina menarik nafas panjang sebelum memula bicara. Merenung tepat ke dalam mata Raisya.

"Rai.. Mama tahu anak Mama dah buat kesilapan besar.. Bukan setakat pada Rai tapi Hatta dah melanggar hukum hakam agama.. Rumahtangga memang ada pasang surut Rai.. Kadang ada silap Rai yang Rai terlepas pandang.. Hatta lelaki .. Lelaki ni pantang ada silap sikit.. Mulalah curang dan cari hiburan luar.. Tapi Mama nak Rai tahu, Hatta cuma cintakan Rai bukan perempuan tu.."

Mukadimah sudah dimulakan oleh Aina. Diam sejenak menanti respon dari menantunya.

"Apa yang Mama cuba sampaikan?"

Raisya buntu untuk memahami kiasan dari Aina. Baginya lebih molek andai Aina berterus terang sahaja. Malas mahu pusing kepala memikir.

"Mama.. Macam ni Rai.. Mama nak Rai izinkan Hatta bertanggungjawab pada Nisa. Walau pun sukar, Mama mahu Rai ikhlaskan diri berkongsi kasih.. Hatta masih sayangkan Rai.."

Terluah jua segala hasrat dalam hati. Aina tahu Hatta sedang dalam dilema. Buntu dalam membuat pilihan. Niat Aina hanya inginkan yang terbaik buat mereka bertiga. Justeru Aina tekad untuk memujuk Raisya.

"Rai tak kisah kalau Hatta nak berkahwin dengan Nisa atau sesiapa sekalipun asalkan Rai diceraikan."

Tegas sekali nada suara Raisya. Masih berpegang kuat pada pendiriannya. Diri tidak ingin terikat dengan perkahwinan ini.

Meski tanpa kewujudan Nisa, Raisya tetap mahu bebas dari Hatta. Mustahil Raisya mampu hidup disamping lelaki yang tidak langsung diingati.

Walau segala bukti menunjukkan Hatta adalah suaminya namun Raisya lebih cenderung memilih untuk hidup sendiri.

"Rai.. Nisa ugut untuk gugurkan anak dalam kandungan dia kalau tak dapat kahwini Hatta.. Janganlah ditambah beban dosa mereka.. Mama mohon Rai fikirkan semua masak masak.. Takkan Rai sanggup biarkan anak yang tak berdosa menjadi mangsa?! Dibunuh ibu sendiri atau hidup tak berayah?! Tolong jangan pentingkan perasaan sendiri, Rai !"

Air jernih mengalir dipipi tua Aina.

Hatta berkeras enggan mengahwini Nisa lantaran takut kehilangan Raisya. Manakala Nisa pula mengugut akan membunuh anak dalam kandungannya jika Hatta enggan bertanggungjawab. Hanya Raisya diharap dapat membantu meleraikan segala kekusutan ini.

Malangnya, Raisya dilihat seperti tidak mahu mengalah. Diam membatu dari tadi.

"Tolong Mama, Rai ! Walau apapun status anak dalam kandungan Nisa, bayi itu tetap darah daging Hatta. Cucu Mama ! Cukuplah Mama menunggu dua tahun untuk melihat Rai mengandungkan anak Hatta. Tapi takdir tentukan anak Rai dan Hatta meninggal sewaktu Rai ditimpa kemalangan.. Mama redha.. Mama tahu Rai kecewa dengan Hatta.."

Bukan niat Aina untuk menyalahkan Raisya akan tetapi tindakan Raisya sendiri adalah punca kematian bayi dalam kandungannya. Mengikut hati yang lara.

"Apa Mama cakap ni?!"

Raisya buntu. Dada berdebar kencang. Setiap kata kata Aina umpama peluru menusuk ke jantung Raisya. Tambah pula bila dikaitkan dengan anak dan kemalangan yang menimpa Raisya.

Tanpa mengendahkan keadaan Raisya yang runsing, Aina meneruskan bicara..

"Berapa lama lagi Rai nak Mama tunggu?! Mama dah semakin tua Rai ! Ini saja peluang Mama untuk menimang cucu.. Anggaplah kehadiran anak Nisa sebagai pengganti anak Rai yang dah meninggal itu.."

Aina separuh merayu. Mengharap kerjasama dari Raisya.

Raisya tergamam seketika. Keliru untuk mengambil tindakan lanjut. Lantas terus berlalu meninggalkan Aina sendirian.

Hati pedih mengenangkan permintaan Aina sebentar tadi.

Secara tak langsung kebenaran yang dicari telah pun ditemui.


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:14 AM | Show all posts
elia201 replied at 3-5-2016 03:26 AM
RAISYA masih ragu ragu. 

Walau Umi dan Rayqal menyatakan bahawa perkahwinan Hatta dan Raisya ...

jahat gila mak mertua dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 12:37 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 6-5-2016 10:04 AM

JENUH Rayqal mencari Raisya disetiap pelusuk hospital malangnya Raisya gagal ditemui. Puas bertanyakan kepada jururawat dan kakitangan bertugas namun tiada siapa yang tahu keberadaan Raisya.

Rosma pula hanya mampu menangis. Bimbang memikirkan keselamatan Raisya. Sudahlah dalam keadaan masih hilang ingatan. Takut bala menimpa Raisya buat kali kedua.

Kak Rai ke mana ni? Qal tak sanggup kehilangan Kak Rai..

Hati Rayqal berdetik kerisauan. Gusar memikirkan tentang Raisya.

Tak semena bayangan mereka sewaktu kecil bermain difikiran.

Jelas terbayang diingatan Rayqal keperitan hidup mereka waktu itu. Arwah abah memang panas baran. Tetapi arwah Abah bijak mengendalikan kemarahan. Raisya dan Rayqal sering dimanjakan. Segala permintaan mereka, arwah Abah akan penuhi.

Namun, sejak beristeri muda arwah abah mula berubah. Layanan mesra terhadap Umi makin pudar. Hanya makian dan kata kata menyakitkan hati diperdengarkan. Abah jadi 'panas' bila berada di rumah Umi. Kerapkali Rayqal dan Raisya menjadi mangsa pukulan abah.

Tak kiralah dengan kaki, tangan atau apa saja yang dapat dicapai oleh abah, objek itulah akan mengenai tubuh Raisya maupun Rayqal.

Namun, Rayqal kerapkali diselamatkan oleh Raisya. Raisya melindungi Rayqal sepenuh hati.

Tali pinggang seolah sebati mengenai tubuh kanak kanak berusia 10 tahun seperti Raisya. Lali dihempuk dengan kasut kerana menghalang Abah dari mengasari Rayqal.

Malah, sepak terajang sudah menjadi makanan ruji.

Rayqal masih mentah untuk melawan. Baru menginjak usia 6 tahun.

Justeru Rayqal cuma mampu menangis kuat melihat Raisya dibelasah teruk.

Ummi tidak berdaya berbuat apa apa kerana Umi sendiri lunyai disepak terajang oleh Abah. Hanya terlantar tidak sedarkan diri.

Walau dipengakhiran Raisya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana cedera parah didera Abah.

Tetapi itulah detik kemuncak penderitaan mereka dua beradik. Arwah Abah dipenjarakan atas tuduhan melakukan penderaan terhadap Raisya dan Umi.

Meski pedih, Umi merelakan saja Abah ditahan demi kasih pada Raisya dan Rayqal.

Satu yang Rayqal musykil adalah kerana Umi tidak pernah menuntut cerai dari Abah.

Saat Abah dibebaskan, Umi masih menerima kepulangan Abah dengan tangan terbuka. Raisya jua begitu. Cuma Rayqal saja menganggap arwah Abah seperti orang asing.

Hubungan mereka dingin sehinggalah arwah Abah meninggal dunia. Tiada kesedihan tatkala melihat jenazah Abah terkujur kaku. Kewujudan Abah tidak memberi sebarang makna langsung kepada Rayqal.

Raisya dan Umi berlinangan air mata sejak mendapat berita Abah meninggal dunia.

Madu Umi pula sibuk menuntut harta sedangkan mayat Abah masih belum dikebumikan.

Syukur arwah Abah sempat mewasiatkan segala aset dan meletakkan Raisya bersama Rayqal sebagai penama utama.

Sebahagian lain harta milik Abah dibahagikan secara adil kepada Umi, isteri kedua Abah dan anak perempuan Abah hasil perkongsian hidup dengan madu Umi.  


Namun, semua harta itu tidak membawa sebarang makna buat Rayqal. Raisya juga menyerahkan segala hak kepada Umi.

Mereka juga terputus hubungan dengan madu Umi sekeluarga.

Hal ini kerana, Rayqal bahagia dengan kehidupan sekarang. Memadailah Umi dan Raisya ada didepan mata. Keluarga kecil mereka sudah cukup membuat Rayqal gembira.

Sempat berdoa agar Raisya selamat tidak kira dimana saja kakaknya berada. Rayqal berharap Raisya dilindungi Allah selalu.

Qal sayang Kak Rai lebih dari nyawa Qal sendiri.. Baliklah Kak Rai..

Tanpa sedar, kekaca terbit dikelopak mata Rayqal.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 03:41 PM | Show all posts
SUASANA kecoh di wad obstretrik dan ginekologi.  

Seorang ibu meratap kehilangan anaknya yang baru berusia tiga hari. Kegembiraan dikurniakan cahaya mata berubah tragis apabila bayi lelaki mereka diambil orang.

Tak pasti bagaimana, namun Nila hanya pergi ke tandas membiarkan si comel yang sedang tidur bersendirian sebentar. Pada pandangan Nila anaknya berada dalam keadaan selamat. Malas mahu meminta pertolongan dari juru rawat bertugas.

Kini, air mata kesalan menitik. Sedih mengenang nasib bayi yang masih mentah.

"Sabarlah darling.. I akan usahakan supaya anak kita selamat.."

Zakir cuba menenangkan isterinya.

Penat memikir angkara khianat siapa anak mereka hilang. Mungkin saja musuh perniagaannya atau boleh jadi dengki khianat manusia. Otak buntu memikir.

Nila hanya mengangguk. Pasrah.

Lantas menadah tangan berdoa supaya anak mereka berjaya ditemui dalam keadaan selamat.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2016 07:20 AM | Show all posts
elia201 replied at 5-5-2016 03:41 PM
SUASANA kecoh di wad obstretrik dan ginekologi.  

Seorang ibu meratap kehilangan anaknya yang bar ...

Raisya kah yg bertanggungjawab? sudah ingatkah dia pd kisah silamnya? hhmmm... musykil ni TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2016 06:35 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 10:30 PM

RAISYA mencium semahunya bayi yang masih merah dalam dukungan. Wangian si kecil menerbitkan perasaan kasih dalam hati Raisya.

"Comelnya kamu sayang.."

Tangisan si comel tidak diendahkan oleh Raisya. Mengacah ngacah sambil mendodoi sang bayi. Jari telunjuk Raisya menunjuk ke arah pemandangan menarik dari kedudukan mereka ditingkat atas bangunan hospital.

Serta merta suara tangis anak kecil dalam pelukan Raisya mendatar lalu terus senyap. Suka barangkali mengambil angin ditempat sebegini.

Raisya senang dengan reaksi si kecil.

Menimang tinggi bayi sambil berlagu riang. Seronok melayan ragam si comel depan mata. Pipi yang gebu menambahkan lagi kegeraman Raisya terhadap anak itu.

Dunia terasa indah saat ini...

Naluri keibuan terbit dalam diri.

Serentak itu, Raisya terkenang kata kata Mama.

Anggaplah anak Nisa pengganti anak Rai yang sudah meninggal...

"Puan Raisya.. Serahkan anak itu pada saya.."

Seorang lelaki berpakaian kasual mendekati Raisya. Ada tiga lagi lelaki berseragam turut serta.

Raisya terpaku disergah begitu. Memeluk erat bayi dalam genggaman. Pantas menggelengkan kepala tanda enggan memberi kerjasama.

"Kenapa Rai buat macam ni?! Pulangkan anak orang.. Demi Umi, nak.."

Rosma muncul bersama Rayqal. Hatta mengekor sekali.

Hairy tidak terkecuali ada di situ. Berjarak beberapa meter saja  dari kedudukan Raisya. Ligat mengawasi keadaan.

Berlinangan airmata Rosma melihat tingkah Raiysa. Sedih melihat anak kesayangan dituduh penculik.

"Rai tak buat apa apa.. Rai cuma selamatkan anak ni saja.. Ada orang cuba larikan dia.."

Raisya menerangkan keadaan sebenar.

"Tapi CCTV hospital menunjukkan Puan Raisya yang mendukung bayi ini keluar dari wad.. Tiada pihak ketiga terlibat..."

Lelaki berpakaian kasual atau lebih dikenali sebagai Helmi membidas kata kata Raisya. Bersuara sinis dengan anggapan Raisya menipu untuk menyelamatkan diri.

"Umi kena percayakan Rai.."

Riak wajah Raisya berubah sayu.

"Umi percayakan Rai sayang.. Bagi polis anak tu.."

Rosma berharap agar Raisya akur dengan permintaanya.

"Rai akan serahkan bayi ini hanya pada kedua ibu bapa kandung dia.. Rai tahu ada yang berniat jahat pada anak kecil ni.."

Sebelum 'melarikan' si kecil,  Raisya sempat mendengar rancangan jahat penculik tadi. Anak kepada pasangan usahawan ternama itu akan dijadikan modal untuk mengumpan kedua ibu bapanya. Motif disebalik penculikan ini masih samar.

"Puan Raisya, jangan nak membazir masa.. Serahkan bayi itu.."

Helmi bersuara keras sambil cuba merampas anak dalam dukungan Raisya.

Raisya terundur ke belakang sehingga nyaris terjatuh ke tingkat bawah.

Mujur, sebelah dari tangan Raisya sempat berpaut di sebalik tiang. Tangan kanan masih memegang erat bayi.

"Kak Rai !!!"

Rayqal terjerit kuat.

Segera menumbuk Helmi yang bertindak drastik sehingga menyebabkan Raisya tergantung di tingkat 4 ini.

Hairy tunduk ke aras bawah sambil segera menyambar tangan Raisya. Meminta Raisya menyerahkan bayi yang dikendong. Lalu anak itu diserahkan kepada Hatta.

"Rai.. look at me ! Jangan pandang bawah.. Hulurkan sebelah lagi tangan you..."

Hairy kian cemas.

Wajah Raisya kelihatan pucat tak berdarah. Genggaman tangan Raisya semakin lemah. Bila bila masa pegangan mereka akan terlerai..

"Tangan I sakit Doc.."

Nada suara Raisya sayup sayup kedengaran.  

"Come on, Rai ! You can do it ! Everything's gonna be fine ! Please trust me !"

Gigih memberikan kata semangat buat Raisya. Hairy berharap Raisya tidak berputus asa.

"Maafkan I.. I tak boleh.. Just let me go !"

Semangat Raisya untuk hidup semakin pudar. Hanya merenung kaku ke arah Hairy.

"Pastikan bayi ini selamat.."

Itulah kata kata yang sempat terluah dari bibir Raisya.

Selamat tinggal dunia..

Mata Raisya sengaja dipejamkan. Takut dan gayat bercampur aduk.

Dalam masa yang sama, bersedia untuk menghadap maut andai pautan tangan mereka terlepas..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-5-2016 06:42 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 10:33 PM

"TERIMA KASIH, Auntie !"

Zakir terharu dengan budi baik yang telah ditabur oleh Raisya. Nila disisi juga sebak mengenang ketulusan hati Raisya.

"Raisya kebetulan terdengar rancangan Helmi cuba menculik anak kami.. Dia berjaya mengekori Helmi dan seorang wanita yang menyamar sebagai jururawat. Tindakan berani Raisya telah menyelamatkan anak kami.. Kalau tak, tak tahulah nasib Asraff.."

Untuk menutup pelakuan jahatnya, Helmi melaporkan Raisya yang bertanggungjawab di atas penculikan ini.

Sungguh Nila terhutang budi kepada Raiysa.

Seorang wanita yang tidak pernah dikenali. Setakat yang diberitahu, wanita muda itu dimasukkan ke hospital kerana kemalangan jalan raya dan mengalami amnesia.

Rosma hanya menganggukkan kepala.

Hati sedih memikirkan Raisya yang masih lagi tidak sedarkan diri. Kehadiran Nila dan Zakir dilayan endah tak endah.

Di satu sudut, Hairy cuma termenung jauh. Memikirkan saat mendebarkan tadi.

Raisya dilihat semakin akur bergantung nasib kepada takdir. Bersedia menerima jemputan ajal.

Pujukan Hatta juga dipandang sepi oleh Raisya.

Mujur, Rayqal berjaya membuatkan kakak kandungnya tersedar dari terus menyerah kalah.

Kalau tidak, pasti Raisya hanya tinggal nama. Terbujur kaku sebelum bersemadi di liang lahad.

Dan itulah detik paling getir dalam hidup Hairy. Melihat satu satunya wanita yang dicintai sedang bertarung nyawa.

Lantaran resah, Hairy tidak sedar mengakui isi hatinya pada Raisya dihadapan semua.

Hairy sudah tak peduli andai Hatta tahu tentang kewujudannya dalam hidup Raisya atau penyamarannya sebagai seorang doktor di hospital ini terbongkar.

Ah, pergi jahanam dengan semua ni !

Hati Hairy berdesis. Malas memikir tentang spekulasi yang bakal meletus.

Lagipula hubungan Raisya dan Hairy tidak pernah melebihi batas.

Lantaran ikhlas sayangkan Raisya, Hairy tidak akan sesekali 'mencemarkan' status Raisya sebagai isteri orang.

"Siapa kau sebenarnya ? Apa hubungan kau dengan isteri aku?"

Satu soalan terbit tanpa diduga. Umpama petir menyambar, lidah Hairy kelu untuk memberi jawapan. Tunduk membisu seketika.

Hatta pula masih setia berdiri menagih kepastian. Keprihatinan Hairy terhadap Raisya menimbulkan kesangsian dalam diri.

Mungkinkah wujud hubungan antara mereka berdua?

Hanya Raisya atau Hairy dapat menjawab..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2016 09:37 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 7-5-2016 09:46 PM

"SIAPA you ?"

Raisya pelik melihat seorang wanita memakai purdah sedang menatap wajahnya.

Serasa pernah bertentang sepasang mata cantik berwarna kecoklatan yang terpancar disebalik hijab yang menutupi wajah

"Siapa aku, kamu tak perlu tahu.. Yang penting kamu selamat disini...Panggil saja aku, Raina.."

Wanita berpurdah dan berpakaian serba hitam senyum walau menyedari Raisya mungkin tidak menyedari senyumannnya.

"Raina.."

Raisya mengulang nama itu.

"Mari aku temankan kamu bersiar siar sebentar.. Kamu mungkin perlukan teman untuk berbual.."

Segera Raina menghulur tangan. Membantu Raisya bangun dari katil.

"Kamu pasti penasaran kenapa kamu berada disini.. Betul tak?"

Raina yakin tebakannya tepat sekali.

Riak wajah Raisya tampak keliru. Sejenak rasa kasih terbit pada wanita malang itu.

Raisya hanya mengganggukkan kepala tanda membenarkan telahan Raina.

"Sebenarnya aku memerhatikan kamu sejak dari kandungan Umimu. Hati aku selalu menangis melihat penderitaan kamu. Sungguh dunia kejam terhadap kamu tapi kamu tetap tabah menghadapi.."

Titisan jernih bergenang dipelipis mata. Raina lantas berkalih mengesat.

Tak semena Raisya tertawa. Terbahak bahak. Kelakar barangkali mendengar ayat yang keluar dari bibir Raina.

"Wait... Kenapa ayat you ni 'skema' sangat? Macam tengok filem Melayu klasik pula.."

Spontan Raisya meluahkan kepelikan yang melanda diri tatkala mendengar butir bicara Raina.

Nasib baik Raina tak gunakan kata ganti diri Hamba atau Tuan Hamba.. Dah macam cerita P. Ramlee !

Sempat Raisya berlawak dalam hati. Mempertikaikan penggunaan bahasa Raina.

"Kamu ini.."

Raina hanya senyum melihat reaksi Raisya. Tiada sekelumit kecil hati pun terbit. Mengerti jurang antara mereka.  






"RAISYA ini memang jenis tak berhati hati. Careless ! Kalau jalan dia takkan pandang kiri kanan. Lopak ke lubang ke semua dia redah. Sebab tu aku selalu risau kalau dia keluar seorang diri. Tapi Rai ni degil ! Kalau dia nak benda tu, kau jangan larang.. Dia akan dapatkan juga.. Sebab tu dia berjaya dalam hidup dia.. Dalam kerja dia.. Cuma aku saja yang tak pernah pandang kelebihan Rai.. Aku fokus pada kelemahan dia.. Aku selalu rasa Rai tak independent dan takkan boleh hidup tanpa aku.. Sebab tu aku yakin Rai akan maafkan aku bila tahu pasal Nisa.. Tapi ternyata aku silap.."

Hatta tak sedar membuka pekung di dada kepada lelaki yang samar dikenali. Entah kenapa bibir lancar bercerita. Sedangkan Hairy masih lagi enggan bersuara menjawab pertanyaan Hatta sebentar tadi.

Lantaran kesal dengan perilaku diri kerana banyak memperlekehkan isteri sendiri selama ini maka Hatta sekadar meluah rasa hati.

Hatta sering mengambil mudah hati dan perasaan Raisya. Sedangkan Raisya juga manusia biasa. Tetap merasa sedih dan terkilan.

Malah, jarang sekali Hatta memberi sokongan bilamana Raisya bercerita tentang minat dan cita cita.

Bagi Hatta, impian Raisya takkan ke mana mana.Titik.

Kesilapan utama adalah kerana kerap membandingkan Raisya dan Nisa.

Hanya kerana Nisa pandai memandu kereta, Hatta jadi kagum dan beranggapan Nisa adalah.wanita berdikari.

Bukan seperti Raisya yang enggan meneruskan mengambil lesen memandu gara gara ditengking pegawai JPJ ketika ujian dijalankan.

Hatta jadi rimas apabila terpaksa menjadi 'pemandu tak berbayar' untuk Raisya. Menganggap Raisya adalah beban sedangkan Hatta kadang sibuk dengan urusan lain.

Tambah pula dengan kecekapan Nisa bekerja dan ramah bila berbicara membuatkan Hatta jadi makin terpesona. Memiliki wajah menarik dan berpakaian seksi, Hatta jadi akur mengikut telunjuk Nisa. Sehingga sanggup mengabaikan Raisya.

"Kau memang lelaki bodoh ! Pentingkan diri ! Rai malang sebab bersuamikan kau !"

Pengakuan Hatta tidak sedikitpun membuatkan Hairy bersimpati.

Apatah lagi bila menyedari Hatta terlalu merendahkan Raisya. Sebaliknya hati jadi geram. Marah.

"Bukankah peranan seorang suami itu meninggikan martabat isterinya? Tapi kau?! Meletakkan darjat seorang isteri sampai ke tapak kaki ! Senang senang saja kau ingat Rai boleh terima kecurangan kau?! Kau fikir dia apa?! Patung?! Binatang?!"

Andai saja dunia ini tiada undang undang, mungkin Hairy takkan teragak agak menamatkan riwayat Hatta kerana melukai Raisya.

"Aku tahu aku salah.. Aku berdosa pada Rai.."


Nada suara Hatta mengendur. Diam seketika.

Sejenak Hatta terfikirkan sesuatu.

"Apa hubungan sebenar kau dengan Rai?

Hatta berbalik kepada persoalan asal.

Naluri kembali ingin tahu siapa Hairy sebenarnya.

Hatta enggan dibelenggu soalan lagi lantas terus mengasak Hairy untuk menjelaskan duduk perkara sebenar. Sekadar mengelakkan prasangka. Hati Hatta gelisah andai tidak ke temu jawapan pasti. Takut Hairy merampas isterinya.

"Malam sebelum Rai kemalangan,  kami bergaduh dan Rai ada cakap anak dalam kandungan dia bukan anak aku.. Aku ........."

"Jangan sesekali kau berfikir Rai tergamak buat macam tu !!"

Hairy segera menyanggah kata kata Hatta.

"Rai bukan perempuan murahan !!"

Mata Hairy menangkap kelibat seorang wanita berusia berpimpin tangan dengan seorang wanita muda sedang berjalan mendekati mereka.

" Aku tak nak mereka sakitkan hati Rai lagi.."

Jari telunjuk Hairy menghala ke suatu arah. Memberi arahan keras.

Hatta terpana seketika. Menoleh ke arah belakang. Barulah mengerti gerangan yang dimaksudkan oleh Hairy tadi.

Satu keluhan berat dilepaskan oleh Hatta menyambut kedatangan Mama dan Nisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 10:37 PM

AINA terdesak demi menjamin kehidupan darah dagingnya yang kini masih dalam kandungan Nisa. Hatta bijak melarikan diri sehingga menyukarkan mereka berbincang anak beranak. Perut Nisa akan membesar. Mana mahu Aina letakkan muka jika ketahuan Hatta membuntingkan anak dara orang. Malu bukan kepalang. Itu belum lagi memikirkan aib yang ditanggung oleh keluarga Nisa pula.

Justeru, Aina terpaksa bertegas kali ini. Kata dua harus diberikan kepada Hatta. Biar Hatta sedar dan tidak lari dari tanggungjawab.

"Sini hospital Mama.. Rai pun masih terlantar.. Takkan kita nak bincang dekat sini.."

Wajah Hatta memerah malu apabila Mama tanpa segan silu membicarakan secara terbuka tentang rancangan menjodohkan Hatta dan Nisa dihadapan Umi mertuanya.

Mujur Rayqal tiada disini. Adik iparnya pasti berang dengan tindakan Mama.

"Sampai bila Hatta nak mengelak?! Perut Nisa tu makin mengembung.. Apa yang liat sangat Hatta nak setuju dengan perkahwinan ini?"

Aina terus mengasak anak lelakinya.

"Rai masih isteri Hatta !! Sekurang kurangnya bagilah Hatta masa berbincang dengan Rai.. Kita tunggu sampai Rai sedar.."

Hatta memberi kata putus. Merenung ke arah Raisya yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Hati sebak.

"Berapa bulan lagi nak tunggu Rai bangun? Macam mana kalau Rai tak bangun selamanya?!"

Aina makin hilang sabar. Tindakan Hatta agak keterlaluan !

"Astagfirullah hal azim, Kak Aina !"

Rosma segera menyampuk.

Kalau tadi Rosma enggan mencampuri urusan Aina anak beranak namun hati bagai dihiris belati pilu mendengar kata kata Aina tentang Raisya. Seumpama besannya mendoakan Raisya pergi meninggalkan dunia ini.

"Mungkin Kak Aina tak ikhlas terima Rai sebagai menantu.. Atau Kak Aina anggap Rai masih orang luar..  Tak apa saya redha ! Tapi kak,  saya tetap Umi yang mengandungkan dia sembilan bulan.. Jerit perit saya melahirkan Rai.. Penat lelah saya membesarkan Rai.. Saya tak rela ada orang lain menyakiti darah daging saya.. Kak Aina takkan faham sebab Kak Aina bukan ibu kandung Rai !"

Rosma mengesat air mata dipipi tuanya. Sedih mengenang nasib Raisya.

"Rai bukan koma.. Rai cuma pengsan sebab trauma ! Saya rasa lebih baik Auntie balik sebelum saya panggil pengawal keselamatan halau Auntie kerana mengganggu pesakit.."

Hairy terpaksa masuk campur.

Perwatakannya sebagai doktor membuatkan tiada siapa curiga dengan kemunculannya.

Aina serba salah. Terkesima apabila melihat Rosma menangis.

"Kak Aina minta maaf ! Kak Aina harap Ros faham.. Ini melibatkan maruah keluarga akak.. Lagipun akak kepingin nak menimang cucu.. Rai bukan subur pun ! Bertahun tunggu nak dapatkan anak tiba tiba meninggal.. Akak terima takdir Allah.. Tapi, takkan Ros nak akak abaikan cucu akak yang berpeluang hidup sekarang?"

Walau sudah menghulurkan kemaafan namun tutur Aina tetap berbisa dipendengaran Rosma.  

"Jadi Auntie lah manusia durjana  yang bagitahu Kak Rai pasal anak dia yang dah mati?!"

Lantaran tidak sedap hati , Rayqal segera ke mari untuk memantau keadaan Raisya. Terkejut mendengar kata kata Aina sebentar tadi.

Rayqal juga yakin dugaannya benar. Pasti Aina adalah dalang sebenar. Masakan Raisya beriya inginkan kepastian jika tiada siapa memberitahu.

Aina kehilangan kata kata. Diam membisu.

"Mama ni dah kenapa?! Mama tahu kan Rai tak boleh terima sebarang berita sedih?! Kan kita dah berjanji takkan beritahu Rai !"

Hatta jadi marah mengenang tingkah Mama.

"Mama cuma beritahu kebenaran saja.. Rai ada hak untuk tahu !"

Aina cuba membela diri. Mempertahankan tindakan yang telah diambil.

"Tak payah nak bercerita tentang hak Kak Rai.. Auntie memang pentingkan diri ! Qal masih ada sikit rasa hormat pada Auntie.. Elok Auntie balik sebelum Qal hilang sabar..."

Rayqal terpaksa menghalau. Kedatangan Aina hanya mengeruhkan keadaan.

"Dan kau.."

Pandangan Rayqal beralih kepada Hatta.

"Bawa Mama kau pergi dari sini. Dengan perempuan simpanan kau ni sekali blah .. Aku tak nak sesiapa kacau Kak Rai berehat.."

Jari telunjuk Rayqal menghala ke arah Nisa yang berdiri kaku sedari tadi disebelah Aina.

Enggan menimbulkan ketegangan, Hatta akur kehendak Rayqal.

Faham benar dengan sikap panas baran Rayqal. Silap silap perang dunia ketiga bakal meletus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 04:39 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 8-5-2016 10:14 PM

"ANAK kurang ajar !!"

Aina tidak habis habis berleter dari tadi. Membentak tindakan berani Rayqal menghalau mereka sewaktu di wad hospital.

Adik dan kakak sama saja !

Sejak perjalanan pulang dari hospital sampailah ke rumah mereka, bibir Aina seakan belum puas memprotes.

"Mama memang melampau kali ni ! Kalau apa apa terjadi pada Rai, Hatta takkan jejak kaki lagi ke rumah Mama.. "

Giliran Hatta pula menyelar tindakan Aina. Marah dan kesal.

Gara gara kemaruk ingin bercucu, Mama sanggup mengenepikan kedudukan Raisya sebagai isteri Hatta dan menantu.

"Berani Hatta ugut Mama?! Ingat Hatta, Mama ni ibu kandung Hatta. Syurga Hatta bawah tapak kaki Mama.. Jangan nak melebihkan isteri dari Mama !!"

Aina menggunakan kuasa veto sebagai seorang ibu untuk melemahkan Hatta.

"Malas bertekak dengan Mama.. Hatta nak keluar kejap.."

Pantas Hatta bangkit menuju ke arah pintu.

"Tu nak ke mana pula? Ni tolong Mama hantar Nisa balik.."

Aina memberi arahan kepada anak lelakinya.

"Pandai pandailah Nisa balik sendiri.. Hatta ada hal penting.."

Hatta endah tak endah. Pantas berlalu pergi meninggalkan Mama dan Nisa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2016 05:30 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 8-5-2016 10:49 PM

NISA menangis semahunya melihat layanan dingin Hatta siang tadi.

Serasa menyesal kerana merelakan tubuhnya dijamah oleh lelaki yang bukan bergelar suami. Nisa sendiri membuka ruang Hatta melampiaskan nafsu serakah. Nisa yakin Hatta benar benar sayangkan dirinya.

Memandangkan Hatta sanggup berhabisan menabur duit buatnya, Nisa bertambah pasti akan berjaya menyingkirkan Raisya dari hidup Hatta.

Malah Hatta dilihat lebih mengutamakan kehendak Nisa daripada melayani Raisya yang sedang sarat mengandung.

Namun siapa sangka rupa rupanya Hatta memang benar benar mencintai Raisya. Sehingga Hatta sanggup meninggalkan Nisa hanya semata mata kerana Raisya !

Sungguh Nisa jadi takut untuk menghadapi kenyataan kini.

Sudah enak dilimpahi kemewahan yang ditabur Hatta selama mereka berhubungan, Nisa enggan kembali melalui kesukaran hidup. Bersederhana dalam berbelanja dan mengikat perut dengan gaji yang setakat cukup makan.

Lantaran dibesarkan dalam belenggu kemiskinan, Nisa rela lakukan apa saja untuk kesenangan diri.

Apapun, Nisa yakin Hatta takkan mampu menolak dirinya lagi disebabkan anak yang dikandungnya.

Air mata mula mengering dipipi.

Nisa senyum sendiri mengenangkan hubungan erat yang kini terjalin dengan Mama Hatta.

Aina adalah senjata utama Nisa untuk menundukkan Hatta.

Seorang anak lelaki pasti akan patuh pada kehendak ibunya.

Senyuman kian mekar dibibir delima Nisa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt sambungan nye mana tt ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 07:39 AM | Show all posts
realiti kehidupan yg pahit utk ditelan... dunia hari ini sudah tak dpt bezakan yg halal atau haram... good job TT... sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:20 AM | Show all posts
sambung lg TT
dah terbuai membaca tetiba stop plk so cepat2 buh new entry
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2016 10:03 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-5-2016 08:50 AM

RAISYA terasa lelah berjalan tanpa hala tuju. Raina disisi masih setia menemani.

Lantas Raisya mengajak Raina berehat seketika di bangku panjang. Cahaya bulan menerangi pekat malam. Kesunyian menyelubungi pelusuk alam.

" Siapa kau, Raina? Kenapa aku terasa berjalan dengan kau seperti tak berpenghujung?"

Sejak tadi Raisya tertanya tanya niat sebenar Raina. Pada awalnya Raina mengajak Raisya bersiar siar sambil berbual bual. Akan tetapi Raina hanya mendiamkan diri disepanjang perjalanan. Mati kutu Raisya dibuatnya.

"Aku cuma mahu kau tahu erti kehidupan.. Seperti sekarang.. Kau berjalan tapi takdir yang akan menentukan hala tuju kau.. Kadang kau bertemu dengan orang baik.. Adakala kau akan bertemu dengan orang yang mungkin talam dua muka.."

Raina mula bermadah.

"Maksudnya?"

Raisya kurang mengerti.

"Maksud aku, kau perlu bijak membuat pilihan dalam hidup.. Jangan tertipu dengan luaran seseorang itu.. Sebaiknya kau selidiki betul betul.."

Raina menerangkan dengan lebih mendalam makna disebalik ungkapannya tadi.

"Oh begitu.."

Barulah Raisya faham kini.

"Aku tahu kau masih keliru mengingati masa silam mu.. Percaya pada aku. Kadangkala lebih molek andai kau lupakan saja barang yang sudah lepas. Mungkin ada hikmah kenapa Allah menarik balik ingatan lampau kau.. Akal manusia memang kerdil untuk mengetahui perancangan Allah.."

Satu keluhan dilepaskan oleh Raina. Menatap ke wajah Raisya.

"Masa untuk kita berdua sudah hampir ke penghujung.. Aku harus pulang.. Jaga dirimu Raisya.. Sampai ke temu lagi.."

Serentak itu, Raina berpaling untuk meninggalkan Raisya.

"Raina... Takkan kau mahu tinggalkan aku seorang diri disini?! Tolong jangan pergi.."

Raisya mengenggam erat tangan Raina, tanda berat untuk membiarkan Raina berlalu.

"Aku yakin keluarga kau sedang menunggu kepulanganmu.. Pulanglah ke sana..."

Telunjuk Raina menghala ke satu arah.

Raisya terpaku melihat Umi yang sedang menitiskan air mata sambil dipujuk oleh Rayqal.

"Dugaan besar bakal menimpa kau.. Tetapkan hatimu.. Yakinlah pada qada' dan qadar Allah.. Selamat tinggal, Raisya..."

Serentak itu, pegangan tangan Raisya terlepas. Raina kian menjauhi dirinya..

"Raina !!!!"

Raisya menjerit sekuat hati mengharapkan kepulangan Raina...

"Rai.. Kenapa ni?!"

Hatta segera mengejutkan Raisya yang sedang meracau sedangkan mata masih terpejam.

Sejak ditimpa kemalangan Raisya kerapkali bermimpi buruk. Tak pasti punca sebenar Raisya berkeadaan begitu. Boleh dikatakan hampir setiap malam.

Peluh jernih merecik di dahi Raisya. Raisya lantas mengesat. Melilau mencari bayangan Umi dan Rayqal.

"Mana Umi dengan Qal?"

Ada sesuatu yang ingin Raisya tanyakan kepada Rosma dan Rayqal.

"Qal balik rumah..   Umi makan dekat bawah.. Sekejap lagi naiklah tu.."

Hatta memberikan jawapan kepada soalan Raisya tadi.

"Rai nak makan tak ? Abang temankan Rai turun kafe...Lama juga Rai pengsan.. Mana tau perut lapar.."

Pelawaan dihulur oleh Hatta.

Siapa tahu Raisya sudi menerima. Sekurang kurangnya ada peluang untuk mereka menjalin semula kemesraan.

Malangnya Raisya hanya menggelengkan kepala, tanda menolak.

"I letih nak tidur.."

Raisya beralasan. Menarik selimut menyelubungi tubuh lalu baring semula. Kesejukan penghawa dingin serasa menusuk.

"Abang tahu Rai sengaja tak nak keluar dengan Abang.. Sampai bila kita nak macam ni? Kenapa susah sangat Rai nak bagi Abang peluang untuk pulihkan ingatan Rai?"

Hatta bersuara mendatar.

Sebak bila memikir perihal isteri yang hingga kini masih enggan mengakui kewujudannya sebagai suami.

Entah kenapa kata kata Hatta membuatkan Raisya terfikirkan sesuatu.

"You.. Boleh tak I nak pinjam ingatan you?"

Satu permintaan terluah.

Raisya yakin Hatta mampu membantu mengembalikan kenangan masa silamnya.

Mungkin sudah sampai masa untuk Raisya meruntuhkan tembok bisu antara mereka.

"Maksud Rai?"

Hatta inginkan kepastian. Merenung ke wajah cantik milik Raisya.

"Tak apalah you... Abaikan saja.."

Kata kata Raina yang muncul dalam igauan tadi menghantui Raisya.

Barangkali Raina benar. Pasti ada hikmah kenapa Allah menarik balik ingatannya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 08:38 AM | Show all posts
elia201 replied at 11-5-2016 10:03 PM
RAISYA terasa lelah berjalan tanpa hala tuju. Raina disisi masih setia menemani.

Lantas Raisya m ...

kesian Rai... adakah bahagia utk dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2016 04:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 10:45 PM

SUDAH lama Rosma duduk sendirian disini. Memandangkan Hatta ada menjaga Raisya maka Rosma sengaja memencil diri. Sayu mengenang kelakuan Aina.

Sewenangnya mengatakan Raisya sebagai tidak subur hanya kerana lambat dikurniakan zuriat.

Sebagai ibu, Rosma terkilan dengan sikap Aina. Biarlah seteruk manapun Raisya, Raisya tetap darah dagingnya. Anak yang dibelai dari kecil hingga dewasa.

Spontan air mata mengalir lagi. Luka semakin dalam hingga sukar untuk Rosma ubati. Pedih dihiris pilu.

"Auntie, kenapa ni?"

Hairy menyoal prihatin.

Sedari tadi mata leka memerhatikan tingkah Rosma.

"Doktor.."

Rosma segera mengesat air mata. Segan dengan anak muda segak dihadapan ini. Senyuman tawar terukir dibibir.

"Tak payah berdoktor doktor, Auntie.. Panggil saja Hairy.."

Hairy membalas senyuman Rosma. Terdetik simpati terhadap wanita tua itu. Rasa kasih jua terbit saat menatap wajah penuh keibuan Rosma.

"Hairy tahu Auntie risaukan Rai.. Tentang kejadian siang tadi.. Biarlah Auntie.. Mulut orang bukan boleh ditutup.."

Tipulah andai Hairy katakan tidak marah terhadap Aina. Akan tetapi Hairy sedar, dirinya tidak mampu bersuara untuk mempertahankan Raisya. Kecurigaan bakal timbul sekiranya Hairy bertindak keterlaluan.

Cukuplah Hatta seorang yang mula berprasangka dengan kewujudan Hairy.

Malah Hatta juga dilihat serba salah untuk memilih diantara isteri dan ibu. Sesiapa saja ditempat Hatta akan bereaksi begitu.

Mujur Rayqal muncul tepat pada masa dan menyelamatkan keadaan. Ketegasan Rayqal berjaya menundukkan ego Aina. Raisya beruntung memiliki adik seperti Rayqal. Sanggup melakukan apa saja untuk melindungi kakaknya. Itulah kesimpulan Hairy apabila melihat hubungan dua beradik itu.

"Entahlah nak.. Auntie kesiankan Rai..Salah Auntie juga.. Tapi anak Auntie yang menanggung beban kesilapan Auntie.."

Tak semena air mata makin deras mengalir di pipi Rosma.

"Maksud Auntie?"

Hairy kurang faham. Duduknya beralih menghadap ke arah wajah Rosma. Wanita itu masih nampak jelita walau terselit garis kedutan.


Pasti Rosma sejelita Raisya sewaktu muda dulu..

Sempat Hairy membuat perbandingan dalam hati.

"Dulu waktu Rai kecil.. Arwah suami Auntie berkahwin dua.. Sejak itu dia berubah.. Selalu pukul isteri dan anak anak.. Walaupun masih kecil Rai selalu nekad melawan arwah abahnya bila setiap kali melihat Auntie atau Rayqal disakiti.. Satu hari suami Auntie naik gila.. Tak ada angin tak ada ribut mengamuk.. Puas melepaskan kemarahan ke Auntie.. Giliran Rai dan Qal pula.. Macam biasa Rai takkan biarkan adiknya dipukul.. Melawan walau kudrat tak seberapa.."

Penceritaan Rosma terhenti. Sedih makin membelit. Menelan liur sebelum menyambung..

"Suami Auntie hilang akal..  Bayangkan tubuh kecil kanak kanak berusia 10 tahun diangkat dan dicampak ke dinding.. Darah berlinangan.. Masa tu Auntie pengsan.. Nasib baik ada jiran membantu.. Kalau tak mungkin Rai dah mati..."

Rosma tersengguk menahan tangis.

"Tak apalah Auntie..  Perkara dah lepas.. Lupakan saja..Yang penting Rai selamat dan masih bernafas sehingga hari ini.."

Hairy mengusap lembut bahu Rosma menenangkan wanita itu. Dalam masa yang sama turut bersimpati dengan nasib Raisya.

"Disebabkan itu, Rai bukan lagi wanita sempurna.. Doktor sahkan Rai akan mengalami masalah peranakan bila dewasa. Dan terbukti sekarang Rai memang sukar mengandung.. Semua salah Auntie.. Auntie gagal lindungi anak sendiri !!"

Kata kata Aina memang menikam sanubari.

Justeru, Rosma terkenang balik kejadian malang itu lantas merasa berdosa terhadap Raisya. Anak sulungnya hanya mangsa kepincangan rumahtangga Rosma dan suami.

Kalaulah waktu bisa diputar..

Rosma mengeluh diluar sedarnya.

"Auntie risaukan masa depan Rai kalau bercerai dengan Hatta.. Ada ke lelaki sanggup beristerikan Rai lagi kalau tahu Rai bermasalah?"

Pandangan mata Rosma sayu. Risau memikirkan Raisya.

"Auntie.. Walaupun doktor sahkan Rai bermasalah , tapi Rai tetap pernah mengandung.. Allah Maha Berkuasa.. Doakan saja yang terbaik buat Raisya.. Auntie jangan risau ok.."

Hairy tak putus asa memujuk.

Sebesar manapun kecacatan yang dimiliki Raisya tidak sedikitpun mengubah perasaan Hairy pada Raisya.

Andai saja Hatta rela melepaskan Raisya, Hairy sudi menyunting Raisya sebagai suri hidup. Itupun kalau Raisya mahu..

Malangnya Hairy hanya mampu memendam rasa sehingga kini..

"Terima kasih, Nak.. Auntie hanyut dibuai perasaan tadi.. Syukur ada kamu.."

Rosma sudah mampu mengukir senyuman semula.

Sejenak luka dalam hati kian menjauh pergi..









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2016 01:10 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 13-5-2016 12:24 PM

AWAL pagi Hatta sudah terpacak di hospital untuk bertemu Raisya. Ada kejutan yang ingin dilakukan. Membawa bersama sebentuk cincin.

Raisya tersentak menerima kunjungan suaminya ketika masih lagi sedang bersarapan.

Rayqal hanya menjeling tanda tidak senang dengan kehadiran Hatta.

"Nurse bagitahu abang, Rai boleh discharged.. Rai ikut abang balik rumah kita tau.."

Hatta rasa lebih mudah untuk mereka berkomunikasi jika duduk sebumbung. Pasti Raisya bisa mengingati semua kenangan lalu.

"Rumah kita ?!"

Suapan Raisya terhenti. Nyaris tersedak. Mujur tangan sempat mencapai air suam lalu diteguk.

Rayqal bangun menepuk lembut belakang Raisya untuk memberi kelegaan.

"I nak duduk dengan Umi buat sementara waktu.. Lagipun sooner or later kita akan bercerai.. Eloklah macam ni.."

Pantas Raisya menolak.

Memang dirinya sudah merencana untuk tinggal bersama Umi sebelum merancang masa depannya dengan lebih teliti.

"Apa ni Rai? Abang tak pernah cakap nak ceraikan Rai.."

Riak wajah Hatta yang tadinya ceria berubah tegang.

" I tak kenal siapa you.. Takkan I nak duduk serumah dengan stranger?! Lagipun kalau betullah you anggap I isteri you, kenapa you boleh tidur dengan perempuan lain ? Sampai mengandung pula tu.."

Sinis sekali nada suara Raisya.

Entah kenapa rasa jengkel bertandang setiap kali melihat Hatta cuba berbaik.

"Rai nak tahu kenapa Nisa boleh muncul dalam hidup kita ?! Ikut Abang biar Abang jelaskan..."

Pantas Hatta menarik tangan Raisya untuk mengikutinya. Raisya bertindak menepis namun cengkaman Hatta lebih kuat.

Rayqal terpaksa masuk campur. Menolak kuat tubuh Hatta supaya menjauhi Raisya.

"Elok kau berambus !! Jangan kacau kakak aku !!"

Amaran keras diberikan terhadap Hatta. Rayqal mengepal penumbuk. Bila bila masa saja bakal mengenai sasaran.

"Aku tahu dia kakak kau.. Tapi dia masih isteri aku.. Hak aku !  Jangan nak masuk campur !"

Kali ini Hatta enggan mengalah. Biar terpaksa berdepan dengan Rayqal, Hatta sanggup. Ini demi masa depan rumah tangga mereka.

"Kak Rai tak perlu taat pada lelaki tak guna macam kau..  Boleh blah dengan hak suami kau tu !!"

Satu tumbukan hampir mengenai wajah Hatta. Darah Rayqal kian mendidih. Apatah lagi bila Hatta mempergunakan kuasa sebagai suami Raisya.

Mujur Rosma sempat menghalang. Memeluk kuat tubuh Rayqal.

"Hatta betul, Qal.. Rai masih isteri dia.. Biarlah mereka berbincang berdua.. Qal jangan masuk campur.."

Pandangan Rosma beralih ke arah Raisya pula.

"Rai ikutlah Hatta sekejap.. Sekurang kurangnya Rai dengar dulu penjelasan Hatta.."

Umpama menarik rambut dalam tepung, Rosma enggan melihat pertelagahan di antara anak dan menantunya berlarutan.

Yakin setiap masalah pasti berjaya diselesaikan secara aman.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087805 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list