CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

  [Copy link]
 Author| Post time 20-5-2016 10:58 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-6-2016 09:00 PM

RAISYA menekan brek mengejut gara gara mengelak kucing yang sedang melintas jalan. Tindakan Raisya menimbulkan kemarahan pemandu Maserati yang mengekor rapat sedari tadi. Ketukan kedengaran dicermin tingkap pemandu.

Raisya telan liur. Cuak mahu berdepan dengan lelaki berkaca mata hitam diluar kereta. Pelahan membuka pintu lalu memboloskan diri keluar.

"I tahu you baru bawa kereta.. Ni ha lesen P pun tampal tak betul.. You tahu tak cara you tadi membahayakan?!"

Kedengaran suara pemilik Maserati menengking kasar. Wajah membelakangi Raisya yang sedang berdiri.

"Sorry Encik.. I tak sengaja.."

Raisya gugup. Wajah pucat lesi.

"Fine !! Tapi next time I tak..."

Bicara lelaki tadi terhenti apabila mata mereka bertentangan.

"Rai?!"

Hairy tergamam seketika.

"You rupanya?!"

Pertemuan yang sememangnya tak diduga.

Raisya segera masuk semula ke dalam kereta lalu memecut pergi meninggalkan Hairy termangu sendirian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 21-5-2016 12:20 AM

JELAS terpancar kesyukuran diwajah Hatta saat mengazankan bayi yang baru dilahirkan oleh Nisa. Terharu melihat pengorbanan Nisa bersabung nyawa demi melahirkan zuriat mereka. Hatta berjanji akan menjaga Nisa yang kini sah bergelar isterinya dengan sepenuh kasih sayang.

Aina menitiskan air mata kegembiraan. Inilah cucu yang didamkan. Penyambung generasi Hatta.

"Satu nasihat Papa.. Anak ini lahir sesuci kain putih.. Pedulikan apa yang orang akan kata tentang dia.. Tanggungjawab Hatta adalah untuk mencorakkan dia menjadi anak soleh..  Hatta dan Nisa kena istiqamah.. Semoga taubat nasuha kalian diterima Allah SWT.."

Syed Mokthar memberi nasihat panjang lebar. Berharap agar dosa silam anak dan menantunya menjadi pengajaran berharga buat mereka.

Hatta dan Nisa akur akan kebenaran kata kata Papa.

"Kak Rai mana?"

Nisa menjengah pula mencari bayangan Raisya. Hampa kerana gagal menemui wajah insan yang dicari.

"Entahlah.. Abang dah telefon dia tadi.. On the way kot.."

Hatta juga menanti kemunculan Raisya. Kepingin untuk berkongsi kebahagiaan ini bersama.

Nisa menghela nafas panjang. Sabar menanti kedatangan Raisya. Wanita itu telah banyak berkorban demi kebahagiaan Nisa.

Malah, Raisya yang berjaya melembutkan hati Hatta untuk mengahwini dirinya. Pernikahan mereka tidak mungkin berlaku tanpa bantuan Raisya.

Lantaran terhutang budi, Nisa ingin Raisya menamakan anak yang baru dilahirkannya.

Sempat berdoa agar hubungan silaturahim antara mereka kekal harmoni buat selamanya.

Nisa ikhlas menganggap Raisya seperti saudara kandung. Redha jua bilamana Nisa sedar Hatta hanya mencintai Raisya buat seumur hidup. Tiada cemburu atau iri hati.

Asal Hatta menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan sempurna, Nisa tidak berani meminta lebih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 12:51 AM | Show all posts
RAISYA membatalkan hasrat untuk melawat Nisa di hospital. Pertemuan dengan Hairy sedikit sebanyak mengocak ketenangan dalam hidup Raisya. Lelaki itu kelihatan makin kacak dipandang. Tertanya tanya tentang status Hairy kini.

Namun, Raisya cepat cepat mengusir ingatan tentang Hairy. Hidung tak mancung pipi tersorong sorong. Kalau Hairy masih menghargai persahabatan mereka dulu, pasti sudah lama Raisya dihubungi.

Malangnya Hairy terus menyepi tanpa merisik khabar. Hanya Raisya ternanti nanti seperti pungguk rindukan bulan.

"Kak Rai ada masalah ke? Mengeluh saja dari tadi.."

Rayqal prihatin akan keadaan Raisya.

Barangkali Raisya sedih memikirkan Hatta yang sedang diambang bahagia menimang cahaya mata bersama Nisa. Tebaknya.

Raisya pantas menggelengkan kepala.

"Kak Rai tak ada masalah apa apa pun.. Cuma pening sikit.. Sebab cuaca kot.."

Hanya itu alasan logik dirasakan oleh Raisya.

"Oh kalau macam tu, Qal minta tolong Umi picitkan kepala Kak Rai.."

Rayqal memberikan cadangan untuk melegakan kesakitan Raisya.

"Eh tak payahlah, Qal.. Lepas makan panadol nanti oklah.."

Raisya segera menolak.

"Ikut Kak Railah.. Tapi kalau sakit Kak Rai makin melarat, bagitahu Qal.. Boleh Qal bawa Kak Rai ke klinik."

Sempat Rayqal berpesan kepada Raisya sebelum berlalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 04:07 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 21-5-2016 10:24 AM

TEPAT pukul 10 pagi seperti yang diarahkan oleh Zakir, Raisya menemani Nila untuk memilih hiasan dan jenis lantai untuk pejabat urusan baru mereka di Bangi. Pengubahsuaian akan dilakukan secepat mungkin. Hanya Nila arif dengan citarasa Zakir.

"Welcome Puan Nila.. Ada apa apa boleh saya bantu?"

Sudah lama menjadi pelanggan tetap syarikat rekaan dalaman dan penyediaan keperluan pejabat ini, membuatkan kedatangan Nila disambut mesra.

Berdasarkan pengalaman usaha sama antara mereka dulu,  hasil kerja staff disini belum pernah mengecewakan Nila.

"Macam biasalah.. Suami I cadang nak set up satu lagi pejabat urusan .. So I nakkan hiasan dalaman yang nampak simple tapi impressive.. Flooring pula kalau boleh material kayu sebab I tak nak guna karpet.. Common sangat.."

Nila menyuarakan kehendaknya. Meneliti contoh rekaan pejabat yang pernah dijayakan dulu untuk mengambil inspirasi.

Manakala Raisya pula sibuk membelek sample material kayu untuk bahagian lantai. Mencari idea dekorasi menarik.

"Encik Zulkhairyl.. Silakan duduk.. "

Nama itu membuat konsentrasi Raisya terganggu. Mencuri pandang ke sisi. Telahannya benar. Sekali lagi mereka dipertemukan dalam suasana tak diduga.

"Ini Puan Nila.. Salah seorang pelanggan setia kami..  Dan yang  disebelah tu girlfriend baru saya, Raisya.."

Shaiful yang memang rapat dengan Nila hanya bergurau senda. Suka mengusik Raisya.

"You jangan berani kacau Rai.. I dah booked dia jadi madu I ! Betul tak Rai?"

Nila masak benar dengan sikap Shaiful yang pantang melihat wanita dahi licin.

"Erm betullah tu.."

Raisya hanya mengiyakan. Mengelak dari menatap wajah Hairy.

"Untunglah Encik Zakir dapat beristeri dua.. Cun pula tu !"

Shaiful berpaling ke arah Hairy.

"By the way, Puan Nila, Rai.. Inilah anak Tan Sri Arshad.. Encik Zulkhairyl.. Syarikat mereka pun selalu berurusan dengan kami.."

Shaiful menerangkan tanpa dipinta.

"So Encik Zulkhairyl dan Puan Nila tengok tengoklah mana  sample atau design yang berkenan.. Ada apa apa staff saya akan assist.."

Seorang gadis cantik senyum sebagai tanda mengiyakan kata kata Shaiful.

"Erm patutlah muka you macam familiar..Tan Sri Arshad sihat ke?"

Baru pertama kali bersua muka Nila tidak kekok untuk berbual mesra dengan Hairy.

"Sihat tapi biasalah orang tua.. Sakit pening tu normal..."

Hairy senyum melayan Nila berbicara.

Sesekali mencuri pandang ke arah Raisya. Wanita itu dilihat tekun membelek sample ditangan. Tidak sedikitpun berminat untuk menyertai perbualan Hairy dan Nila.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 10:46 AM | Show all posts
"RAI please ! Tunggulah sekejap.. Lajunya you jalan.."

Hairy mengah mengejar langkah Raisya. Mempercepatkan larian sebelum memintas. Usahanya berjaya.

"Wait.. I kenal you ke? Rasa macam tak.."

Entah kenapa Raisya jadi sakit hati bila berhadapan dengan Hairy. Barangkali kerana Hairy terus mengabaikan kewujudan Raisya.

"Tak apalah kalau you dah lupakan I..."

Ada nada kecil hati dalam bicara Hairy.

"So, how's life? Mesti you bahagia dengan Hatta, kan? Ada berita baik ke?"

Hairy sekadar bergurau sekaligus kepingin tahu perkembangan hidup Raisya.

"Erm.. I happy sangat.. Hatta dah berubah.. Kira tak sia sia I bagi dia peluang kedua.. By the way, I kena cepat ni.. Nak masak dinner untuk suami tercinta.. Panjang umur kita jumpa lagi Encik Zulkhairyl.."

Raisya senyum seraya meminta diri untuk berlalu.

Hairy mengangguk, tanda akur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2016 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 20-9-2016 12:54 AM

BERSENDIRIAN sambil mendengar muzik menggunakan 'ear phone' dicuping telinga. Raisya sengaja melayari laman web mencari maklumat di komputer riba.

Dalam masa yang sama menyemak semula status permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Sudah sekian lama mengidam mahu tinggal di negara Kanggaru itu.

Meski pernah bercuti bersama Rayqal dan Umi ke sana namun Raisya masih belum puas. Ingin merasa hidup diperantauan dan jauh dari keluarga. Barangkali dengan menetap disana akan lebih mengajar Raisya erti berdikari.

Nampaknya permohonan Raisya masih lagi sedang diproses. Andai terpaksa, Raisya mungkin menggunakan simpanan sendiri untuk mencapai hasrat belajar ke sana.

Tekak terasa haus pula. Raisya menanggalkan 'ear phone' di telinga lalu terus berjalan ke arah dapur.

Suasana malam sepi menerbitkan ingatan Raisya terhadap Hairy.

Apakah agaknya aktiviti lelaki itu diwaktu begini?

Berhibur mungkin ! Atau sedang menikmati hidangan makan malam romantis bersama si dia?

Tiada jawapan untuk itu..

Ah sibuk pula aku nak tahu pasal dia, dia bukan kisah pun pasal aku.. Bentak hati Raisya.

Deringan telefon bimbit menyentak lamunan Raisya. Tertera nama Nila diskrin. Raisya pantas menjawab.

Kedengaran suara Nila mempelawa Raisya untuk melepak bersama.

Sempat Raisya mengerling jam didinding. Baru pukul 8 malam. Otak ligat mempertimbangkan cadangan Nila.

Mungkin saja Nila bosan duduk di rumah.

Lantas tanpa berfikir panjang Raisya memberikan persetujuan. Meminta masa 30 minit untuk sampai ke tempat perjumpaan mereka.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2016 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
"MEREKA tu dah memang macam adik beradik. Tak boleh berpisah.. Melekat 24 jam.."

Zakir mengubah topik perbualan kepada lebih santai apabila melihat Hairy asyik melihat kemesraan Raisya dan Nila.

"Kak Nila kamu tu sampai tahap pujuk Abang lamar Si Rai tu jadi isteri nombor dua. Takut Rai jumpa lelaki yang tak senonoh katanya.." 

Selesai berkata begitu Zakir tertawa. Kelakar. 

Mustahil bagi dirinya untuk menduakan Nila. Cadangkanlah wanita persis bidadari sekalipun belum mampu menggoyahkan cinta Zakir terhadap Nila. Satu satunya wanita yang rela hidup susah bersama sama Zakir. Jasa dan pengorbanan Nila tiada tara. 

Malah Zakir rasa bertuah memiliki isteri sejelita dan sebijak Nila. Sumpah sehidup semati digenggam hingga kini. 

"Pujuk Abang ambil jadi isteri nombor dua?! Kalau tak salah Hairy dia tu isteri Syed Hatta.. Owner SH Building.. Dulu pernah deal dengan hubby dia.." 

Hairy tipu sunat untuk mengorek rahsia. Seperti ada yang tak kena melihat Raisya berada disini sedang menari santai bersama Nila. 

Takkan Hatta membiarkan saja isterinya bebas keluar rumah waktu begini?

Lainlah kalau... 

Satu andaian terbit difikiran Hairy. 

"Mereka dah bercerai.. Tapi Rai dengan ex dia masih berbaik.. Ex dia nampak macam sayangkan Rai lagi.. Pelik pula Abang kenapa mereka berpisah.." 

Bukan mahu menjaga tepi kain orang namun kadang Zakir dapat rasakan Syed Hatta memang mengambil berat akan jandanya.

Malah Raisya juga dilihat tidak pernah memberikan respon meski ramai juga dato' dato miang dan staff lelaki cuba memikat. 

Sama ada mereka masih saling mencintai atau wujud masalah peribadi lain yang tidak memungkinkan Raisya dan Hatta mempertahankan mahligai mereka. 

"Oh.." 

Hanya itu yang terkeluar dari bibir Hairy. 

Andai benar Raisya sudah bercerai dengan Hatta, kenapa Raisya tidak pernah menghubunginya selama ini? 

Sejak malam Raisya bertemu Hatta, Hairy menunggu juga khabar dari Raisya.

Sayangnya, Raisya kekal menyepikan diri. 

Baru siang tadi Raisya mengakui masih bergelar isteri kepada Syed Hatta.

Menipulah jika Raisya katakan tidak mengetahui perasaan yang terpendam jauh dilubuk hati Hairy.

Memang Hairy tak bercakap secara terus terang tentang hati dan perasaan tetapi itu adalah kerana Hairy masih menghormati kedudukan Raisya sebagai isteri orang. 

Ternyata Raisya buta menilai. Terasa sia sia saja waktu yang pernah mereka habiskan berdua.

Semak dengan semua ini, Hairy meminta diri untuk pulang. 



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2016 06:26 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-6-2016 10:53 AM

RAISYA memarkir kereta dilaman luar. Badan letih kerana pulang agak lewat. Bermalam dirumah sewanya sahaja. Bimbang Umi salah sangka melihat Raisya balik di waktu begini jika Raisya memilih tidur dirumah Umi.

Mujur esok hari Sabtu. Bolehlah Raisya berehat sepuasnya. Tepat pukul 3 pagi. Suasana sunyi sepi. Guard yang sepatutnya bertugas menjaga keselamatan tak nampak batang hidung.

Malas ambil peduli, Raisya berpaling mengunci kereta. Mulut menguap lebar. Kantuk yang teramat dirasakan.

"Hey perempuan mata duitan.. Senyap atau pisau ni menembusi tubuh kau.."

Kedengaran satu suara yang tak asing lagi di cuping telinga Raisya..

"You nak apa Harris? Please hentikan kerja gila ni.."

Raisya bersuara terketar ketar. Takut dan terkejut dengan tindakan gila teman sepejabatnya.

"Aku nak kau ! Kau tau tak sakitnya hati aku nampak kau selalu layan Encik Zakir lebih lebih?! Sebab apa?!.Sebab dia boss dan banyak duit, kan?! Sebab tu kau tak pandang aku sebelah mata pun !!"

Harris membuat andaian sendiri. Sakit hati melihat Raisya menari mesra bersama boss mereka dikelab tadi.

Semua staff dijemput untuk bersantai bersama. Bertujuan menghiburkan hati sambil menikmati makan malam beramai ramai.

Namun hati Harris sakit melihat Raisya banyak menghabiskan masa bersama Zakir. Dirinya tidak pernah langsung diberi kesempatan begitu.

"I minta maaf, Harris ! Please lepaskan I !!"

Raisya merayu apabila merasakan cengkaman dibahunya semakin kuat.

"Ikut cakap aku bitch kalau kau nak selamat ! Masuk dalam kereta aku.. Sekarang !!"

Amaran keras diberikan.

Raisya tiada pilihan lain. Terpaksa akur kehendak Harris. Berdoa agar keajaiban berlaku.




"KENAPA kau bawa aku ke sini, syaitan?!"

Raisya menyoal kasar apabila diheret masuk ke dalam rumah terpencil ini oleh Harris. Mata melilau melihat persekitaran sekeliling. Mana tahu ada barangan yang boleh dijadikan senjata mempertahankan diri.

"Aku nak kau 'layan' aku.."

Harris ketawa berdekah dekah. Menolak kasar Raisya ke arah sofa.

"Harris please.. We need to talk..."

Raisya bersusah payah bangun.

Mencampak bantal kecil ke arah Harris. Tangan sempat mencapai bingkai gambar lalu dibaling tepat mengenai kepala Harris. Darah pekat mengalir.

Harris tunduk menahan keperitan luka yang dirasai.

Raisya mengambil peluang ini untuk lari. Langkah kaki menggigil. Terketar ketar membuka pintu.

"Rai !!"

Sebaik saja pintu dibuka, kelihatan Hairy tercengul dalam posisi bersedia melakukan tendangan. Bersiaga sejak tadi mahu merempuh masuk.

Mujur Hairy terdetik untuk mengekori Raisya pulang dari kelab.Tak sangka ada insan berniat jahat terhadap Raisya. Bimbang Raisya dicelakakan.

"I takut Hairy.. I nak pergi dari sini.."

Raisya segera memeluk Hairy mengajak berlalu. Seluruh tubuhnya masih menggeletar ketakutan. Trauma kerana diugut.

"Kejap Rai.. Biar I ajar lelaki tak guna tu.."

Hairy segera menceroboh masuk ke dalam. Mengisyaratkan Raisya supaya menunggu di dalam kereta.

Sebaik melihat kelibat Harris, Hairy diamuk amarah. Membelasah sesuka hati meskipun Harris merayu memohon simpati akibat tidak tahan menerima pukulan bertalu talu. Mata terbeliak melihat pisau di tangan Hairy. Bila bila masa saja pisau itu bakal menembusi tubuhnya.

"Sudahlah Hairy.. Dia tak sempat apa apakan I ! Kita pergi dari sini.."

Raisya segera memaut bahu Hairy supaya melepaskan pegangan terhadap Harris. Bimbang Hairy bertindak gila sehingga membunuh.

"Ingat !! Aku tak nak tengok kau ganggu Rai lagi.. Kalau tak aku takkan teragak bunuh kau !! Ini balasan untuk kau sebab kau berani sentuh Rai.."

Hairy menghiris tangan Harris dengan pisau. Jeritan kesakitan kedengaran.

Setelah puas, Hairy terus menarik Raisya menuju ke kereta.

Wajah Raisya pucat lesi melihat darah pekat bersepahan di atas lantai.

Kepala pusing dan tubuh Raisya terasa melayang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2016 11:02 AM | Show all posts
belum ada sambungan ke tt?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 08:43 AM | Show all posts
bila nak sambung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum & Selamat pagi semua sahabat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:21 AM | Show all posts
"Raina?! Kau kah itu?!"

Mata Raisya bersinar kegembiraan menatap wanita berpurdah depan mata. Serasa sudah lama Raina tidak muncul dalam mimpinya. Adakala Raisya merasa Raina seolah wujud di alam nyata. Tapi sayang pertemuan mereka hanya dalam lena. 

"Iya Rai.. Ini aku.. Aku gembira kerana kau sudah meraih ingatanmu dan mampu hidup berdikari. Ternyata dugaan yang menimpa tidak mampu melemahkan semangat juang kau.."

Raina membelai lembut anak rambut Raisya. Kasih sayang mengalir deras terhadap wanita cantik itu. 

"Tapi entah kenapa aku merasa hidup aku kosong.. Aku dihimpit bebanan dosa lampau.." 

Spontan Raisya mengeluh resah. Ada rahsia yang disimpul rapi selama ini. Bayangan Hatta dan Hairy silih berganti. 

"Sayangku Raisya.. Siapa saja yang bernama manusia tidak pernah melakukan dosa? Asalkan kau bertaubat pada yang Esa maka hidup kau akan tenang.." 

Raina menepuk bahu Raisya memberi semangat. 

Raisya hanya tersenyum senang sambil memeluk tubuh Raina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:24 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-9-2016 01:01 AM

RACAUAN Raisya mengejutkan Hairy yang terlena di atas kerusi bersebelahan katil. Segera bangun mendekati Raisya. Barangkali Raisya masih trauma.
"Rai... Kenapa ni?"

Hairy segera menggoncang lembut tubuh Raisya untuk mengejutkan.

Raisya terjaga dari mimpi lantas segera membuka mata. Terkesima melihat kewujudan Hairy disisi.

"Raina..."

Hanya itu yang keluar dari bibir Raisya.

"Raina? Siapa tu?"
Pertama kali mendengar nama Raina disebut. Hairy keliru.

"Sejak I koma, I selalu mimpikan Raina.. Entahlah Hairy... Kadang I rasa Raina ni macam wujud di alam realiti.."

Meski hanya bertemu di dalam lena, terkadang Raisya meyakini Raina mungkin wujud di dunia ini. Siapa dan dimana Raina berada masih lagi menjadi persoalan.

"Oh... Biasalah tu mimpi kan orang yang kita tak kenal.. You tidurlah.. I ada dekat luar kalau you nakkan apa apa.."

Hairy membetulkan duduk selimut yang dipakai Raisya untuk mengelakkan kedinginan.

"I nak tahu sama ada Raina ni wujud atau tidak.. You kan minat kerja kerja menyiasat ni.. Please ! Tolong I cari tahu siapa Raina.."

Raisya berharap sangat Hairy sudi memenuhi permintaannya. Menggenggam erat jari jemari kasar Hairy. Mata bercahaya, mengharap.

"Boleh.. Tapi ada satu syarat..."

Hairy sekadar ingin mengusik.

"Apa dia? Cakaplah.."

Raisya tidak sabar untuk tahu. Merenung ke dalam anak mata Hairy.

"I nak you tidur dengan...."

Belum sempat Hairy menghabiskan kata kata satu tamparan mengenai pipi. Pijar.

"Apa ni , Rai?!"

Bengang dengan tindakan Raisya, Hairy tertinggi suara tanpa sedar.

"You ingat I perempuan apa?! Sesuka hati nak tidur dengan you !!"

Wajah Raisya berubah merah padam. Menahan marah. Beranggapan Hairy jua ingin mengambil kesempatan seperti Harris.

"I nak suruh you tidur dengan aman. Bukan tidur dengan I ! Listen here... Kalau I nak, petik jari I boleh dapat perempuan lebih cantik daripada you !!"

Usai berkata begitu, Hairy terus menghempas pintu bilik lalu meninggalkan Raisya termangu sendirian. Bengang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:26 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 14-6-2016 11:04 AM

SUASANA dingin menyelubungi mereka. Sarapan pagi yang dimasak oleh Mak Jah dipandang sepi. Baik Hairy maupun Raisya hanya berdiam diri. Ego untuk memulakan perbualan. Tiada siapa mahu mengalah.

Raisya terus saja bangun tanpa menghiraukan Hairy. Berkira kira untuk menggunakan perkhidmatan teksi. Sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah.

"You nak ke mana tu?"

Tembok bisu antara mereka dipecahkan oleh suara pertanyaan Hairy.

"I nak balik .."

Raisya menjawab ringkas sebelum terus menghala ke arah pintu untuk keluar.

"I hantar you.."

Hairy segera menurut langkah Raisya. Selera untuk makan mati.

"Erm tak apalah.. I boleh call cab.."

Pantas saja Raisya menolak. Berkecil hati dengan kata kata Hairy awal pagi tadi.

"Rai.. I tahu you marahkan I.. I'm sorry ok ! I tak berniat nak cakap kasar macam tu dengan you.. Please.."

Enggan memanjangkan lagi perang dingin antara mereka, Hairy menghulurkan kata maaf.

"Silap I.. Sepatutnya I dengar dulu cakap you bukan buat assumption sendiri.. Apapun, I gerak dululah.."

Tangan Hairy yang mendarat dibahu di tepis lembut.

Raisya mula membuka aplikasi my taxi ditelefon bimbit. Menanti respon jika ada pemandu teksi berhampiran sudi untuk mengambil penumpang.

"Ish you ni kan.. Kenapa degil sangat?! I cakap I hantar you balik, I hantarlah.. Bak sini telefon you tu.."

Gara gara geram dengan Raisya, Hairy terus saja merampas telefon pintar di genggaman Raisya.

Raisya terpaku dengan tindakan yang tak diduga. Belum pernah Hairy berbuat sebegini.

"Masuk kereta I sekarang.."

Arahan tegas diberikan oleh Hairy kepada Raisya yang masih lagi tercengang.

Antara akur dan terpaksa, Raisya hanya menurut kehendak Hairy.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 12:30 AM | Show all posts
HARUMAN rambut Raisya membuatkan Hairy jadi bertambah gila bayang. Menatap indahya makhluk Tuhan yang kini sedang bersandar dibahu. Angin bertiup menambahkan lagi kesejukan cuaca. 

Senyuman mekar dibibir Raisya usai menghabiskan masa mencuba pelbagai permainan di Genting Theme Park. Persis budak budak melompat kesukaan diberi hadiah. Hairy sengaja membawa Raisya ke mari. Ingin menghabiskan waktu sengang bersama dan menjernihkan ketegangan antara mereka. 

Dalam masa yang sama, mungkin inilah saat sesuai untuk Hairy berterus terang. Berbicara soal hati dan perasaan setelah sekian lama memendam rasa. 

"Rai.. Kenapa you bercerai dengan Hatta?" 

Terpacul jua soalan yang menghantui Hairy sebaik saja mengetahui status diri Raisya. 

Raisya tersentak apabila nama Hatta diperkatakan. 

"Mana you tahu kami dah berpisah?" 

Pelik pula apabila Hairy tiba tiba bertanyakan perihal perceraian dengan Hatta. Nada suara Raisya tidak senang. Duduknya gelisah.

"Abang Zakir bagitahu I..I terkejut juga bila dapat tahu.. Well lepas malam you jumpa Hatta, you terus tak contact I.. So I thought you lived happily ever after dengan Hatta.." 

Tidak terdetik pun niat dihati Hairy untuk mencampuri urusan peribadi Raisya. Hanya inginkan pencerahan tentang kisah sebenar.

"Happily never afterlah you.." 

Raisya gelak sebelum menyambung kemudiannya. Riak wajah suram.

"Actually I bukan isteri yang baik.. Hatta deserves someone better ! And Nisa is the best for him.."

"In fact, I pun dah lama tawar hati dengan perkahwinan kami.. I stay and paksa diri I untuk terus cintakan Hatta dulu sebab I terikat dengan komitmen sebagai isteri.. Dalam masa yang sama I mengandung... So I pertahankan rumahtangga kami.. Hakikatnya I dah tak cintakan Hatta.. I sendiri tak tahu bila dan bagaimana I boleh jatuh hati pada lelaki lain.. Kadang I rasa berdosa !"

Sungguh Raisya rasa bersalah pada Hatta. 

Kalau Hatta menzahirkan kecurangannya dengan meniduri Nisa akan tetapi Raisya mencurangi Hatta dengan membenarkan lelaki lain bertahta dihati. 

Malah, sehingga kini hidup Raisya tidak tenang apabila mengingati kesalahan lampau sewaktu masih bergelar isteri Hatta dulu. Curang dalam diam.

"Seriously?! I thought you cintakan Hatta selama ini.. So mana lelaki yang you cinta tu sekarang?! Kenapa you still sendiri?!" 

Bertalu talu soalan ditanyakan oleh Hairy. Terkejut dan kecewa apabila mengenangkan dirinya seolah tiada peluang untuk mendampingi Raisya. 

Raisya hanya ketawa kemudiannya. 

"You rasa ada ke lelaki yang nak kan janda macam I? I mean as a wife bukan main main..."

"Ada ! I dah lama tunggu you.. You saja yang sampai sekarang blur atau buat buat tak faham.. I love you Rai !"

Malas berselindung lagi Hairy meluahkan segala yang terbuku yang terbuku dikalbu.

"If you love me, then kenapa you tinggalkan I malam tu? You tau tak, lepas I jumpa Hatta, I terus patah balik parking cari you.. Tapi you tak ada ! So I fahamlah.." 

Sungguh Raisya agak kecewa bila mengenang saat dirinya berlari laju kembali untuk menemui Hairy malangnya Hairy tiada.

"Father I admitted to hospital.. That's why I berkejar ke sana.. Tapi I tunggu you call I ! Bila you tak call I, I thought it's over between us.. You pilih Hatta... Hidup bahagia.." 

Bicara Hairy terhenti seketika. Sakit mengingat kembali kepedihan waktu itu. 

"And I terpaksa terima hakikat, you memang bukan jodoh I.. Kalaulah I tahu you dah bercerai..." 

Nada suara Hairy agak terkilan.

Kenapalah mereka begitu bodoh membazir masa berbulan bulan dengan membuat andaian sendiri. Kalaulah Hairy merisik khabar Raisya pasti mereka sudah lama hidup berbahagia. Sayang Raisya juga memilih untuk menyepikan diri. 

Mujur mereka dipertemukan semula. 

"Rai... Maksudnya you cintakan I jugalah kan? Kalau tak you takkan patah balik jumpa I malam tu, kan? Betul tak?" 

Kepingin sekali Hairy mendengar pengakuan dari bibir Raisya. 

"Malas nak layan youlah... Perasan !" 

Raisya tersipu. Malu mengakui isi hati sendiri. 

"Just say it once.. Do you love me?" 

Kali ini sinar mata Hairy penuh mengharap agar Raisya sudi memberi jawapan pasti. Bosan berteka teki.

"Yes. I do !" 

Raisya bangkit berlari meninggalkan Hairy bersendirian. 

Hairy terpana sebelum melonjak keriangan. 


Ada pesta bunga api sedang bersemarak dalam hati.




Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 07:54 AM | Show all posts
elia201 replied at 14-6-2016 12:30 AM
HARUMAN rambut Raisya membuatkan Hairy jadi bertambah gila bayang. Menatap indahya makhluk Tuhan yan ...

Nice... Welcome back TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2016 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"DASAR perempuan tak guna ! Aku akan pastikan kau merana seumur hidup !!" 

Pisau ditusuk ke arah gambar yang terlekat didinding. Berulang kali sehingga rosak dan berlubang. Hati masih belum puas selagi mangsanya belum menerima balasan setimpal. 

"Aku bersumpah selagi aku masih hidup.. Aku akan menjadi 'malaikat maut' untuk betina bangsat macam kau.." 

Dekahan ketawa bergema memenuhi segenap ruang. Menyeramkan sesiapa saja yang mendengar. 

Di satu sudut, seorang gadis yang dirantai kaki tangan menggeletar ketakutan. 

Bila bila masa saja lelaki gila yang mengurungnya bakal berperilaku persis binatang. Bimbang mengenangkan nasib diri. 

Hampir setiap hari tubuhnya dijamah tanpa rela. Perbuatan jijik itu berulang dan tiada siapa yang mampu menghentikan semua kejahatan ini.

Keliru sama ada pernah wujud permusuhan antara mereka sehingga diri menjadi mangsa kebuasan nafsu seorang lelaki. 

Namun yang pasti, Zahira perlu melakukan sesuatu untuk keluar dari neraka jahanam ini. 

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 12:32 AM | Show all posts
ZAHIRA terjerit melihat lelaki bertopeng yang menculiknya kini berada dihadapan mata. Mengacu pisau ke arah wajah sambil menyeringai bengis. 

"Apa salah aku?! Kenapa kau buat aku macam ni?"

Dalam nada ketakutan Zahira masih mampu mengumpul kekuatan untuk bersuara. Meronta ronta mahu melepaskan diri dari besi yang membelengu kaki tangan. 

Sayangnya, usaha Zahira hanya sia sia. 

"Sebab aku diutuskan menjadi wakil untuk memerangi perempuan murah seperti kau !! Akulah utusan dari langit untuk membanteras maksiat dimuka bumi.." 

Serentak itu, lelaki bertopeng menguatkan lagi dekahan ketawanya.

"Kau gila !!"

Zahira mengetap bibir geram. 

Andai ikatan rantainya terbuka, pasti lelaki ini akan menerima padah diatas perbuatan kejamnya.

"Perempuan macam dialah yang buat aku jadi gila.. Dan kau akan aku lepaskan kalau aku berjaya dapatkan dia.. Buat masa ini, kau milik aku !" 

Sekeping gambar dicampak ke arah Zahira. 

Zahira terkejut melihat foto seorang wanita yang sekali imbas kelihatan mirip wajahnya. 

"Siapa dia?! Apa kaitan dia dengan aku?!" 

Malangnya lelaki bertopeng hanya diam membisu. 

Lantas membiarkan pertanyaan Zahira dibawa angin lalu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 12:40 AM | Show all posts
MASA beredar pantas membuatkan baik Hairy maupun Raisya tidak sedar hampir seminggu saja lagi hari mereka bakal disatukan. Kad jemputan sudah diedarkan hampir sebulan lepas. 

Debaran kian terasa didada. Hairy sangat teruja kerana impiannya terlaksana jua. Mengahwini Raisya adalah angan angan Hairy sedari dulu. Siapa sangka takdir akhirnya menyebelahi mereka. 

"Hai cik abang, sengih saja dari tadi.. Ada apa apa ke?" 

Raisya sekadar mengusik. Mengambil tempat bersebelahan Hairy. Penat seharian berjalan ke sana ke mari dengan gaun pengantin tersarung ditubuh. Panas terik sanggup diredah demi menjayakan sesi fotografi hari ini. 

Permintaan Hairy yang ingin mengabadikan memori mereka dengan mengambil gambar pre wedding ditepi pantai. Berlatar belakangkan panorama alam. Sesuai dipadankan dengan aksi romantis mereka. 

Malah, Hairy dilihat sangat bahagia bilamana segala kehendaknya Raisya turuti. 

Raisya cuma berharap kebahagiaan ini berkekalan buat selamanya.Pernah mengalami kegagalan dalam perkahwinan dulu membuatkan Raisya lebih matang meladeni hidup. 

Restu Umi dan persetujuan Rayqal menambahkan keyakinan Raisya untuk menerima lamaran Hairy.

Kini, hanya doa dipohon agar segala perancangan mereka berjalan lancar. Memohon tiada aral melintang dimajlis bersejarah buat Hairy dan Raisya. 

"I tak tahu nak cakap apa.. I happy sangat Rai ! Finally you are mine !" 

Sungguh Hairy merasa bagai bulan jatuh ke riba. Bersyukur dengan nikmat dari Ilahi. 

"Please Hairy.. I tak nak you terlalu teruja end up you kecewa bila I tak sesempurna yang you sangka.."  

Kerisauan bercambah dihati Raisya melihat reaksi Hairy. Gusar sejarah bersama Hatta berulang. 

"I terima you seadanya, Rai.. I pun bukan manusia sempurna.. Kita cuba melengkapi antara satu sama lain.." 

Hairy yakin dengan kehendak hati. Hanya Raisya cinta yang didamba sejak dulu. 

"Betul you tak kisah kalau I tak masak untuk you setiap hari ?" 

Raisya sengaja menguji. 

"Rai.. I perlukan teman hidup bukan tukang masak.. I tak kisah !" 

Pantas saja Hairy menjawab. Jari jemari Raisya dicapai lalu dielus lembut. 

"Rai.. I tak nak bercakap kosong tapi I takkan jemu berusaha membahagiakan you.. I akan jadi suami dan Daddy terbaik untuk you dan anak anak kita.." 

Laut yang membiru menjadi saksi keutuhan cinta Hairy. 

Raisya tersenyum senang mendengar butir bicara Hairy. Menusuk terus ke jiwa. 

"I janji I pun akan lakukan yang terbaik untuk kita berdua.." 

Senyuman dibibir Hairy kian lebar. Pantas meraih tubuh Raisya dalam pelukannya. Terharu. 

"Encik... Kenapa Encik peluk tunang saya?! Lepaskan dia !!"

Seorang lelaki asing muncul lalu merentap kasar tangan Raisya. Menarik Raisya supaya menjauhi Hairy. 

"Ira sayang.. Mana Ira pergi selama ini?!  Fiq rindukan Ira.." 

Wajah Raisya disentuh penuh kasih. Rindu dendam hilang saat melihat wanita yang dicintai. 


"She's my future wife ! Don't touch her !" 

Hairy berang tatkala melihat lelaki asing tadi berani menyentuh Raisya didepan matanya. Penumbuk dikepal. Bersedia untuk menyerang. 

"Kau tak ada hak nak rampas tunang aku !"

Shafiq nekad melepaskan tumbukan ke arah Hairy. Beranggapan Hairy cuba memisahkan diri dan tunangannya. 

"Shafiq.. Itu bukan tunang kamu, nak... Kamu dah salah orang !" 

Seorang wanita berumur termengah mengah berlari mendapatkan lelaki asing yang bernama Shafiq itu. 

"Fiq kenal Zahira, Ibu .. Takkan Fiq tak cam tunang sendiri !!" 

Shafiq membentak keras.

Mata pula merenung tajam ke arah Raisya sehingga memaksa Raisya menyorok disebalik tubuh Hairy. Takut mahu menentang pandangan mencurigakan Shafiq.

"Mak Cik minta maaf, nak.. Anak mak cik ini masih lagi tak dapat terima hakikat tunangnya dah mati.. Kebetulan wajah isteri anak ini ada iras tunangnya.. Jangan terasa hati dengan tingkah laku pelik Shafiq tadi.." 

Bersungguh wanita berusia itu meminta maaf bagi pihak anaknya. Membuat andaian Hairy adalah suami kepada Raisya melalui pakaian pengantin yang dipakai mereka berdua. Berharap jua Hairy mengerti keadaan sebenar. 

"Tak apa Mak Cik.. Saya faham.. Kami minta diri dulu.." 

Hairy enggan berlamaan disini. Apatah lagi bila memikirkan keselamatan Raisya. Siapa tahu Shafiq gila itu akan bertindak diluar kawalan. Lebih molek andai mereka pulang saja ke hotel. 
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 11:14 AM | Show all posts
wow sapakah jejaka bertopeng itu?? org Harris ker?? huurmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.315424 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list