CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

CERPEN : KARMA (ended 6 Dec 2016)

  [Copy link]
Post time 21-6-2016 12:55 PM | Show all posts
terbaik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2016 06:45 PM | Show all posts
PANGGILAN telefon yang diterima dari Rayqal membuatkan Raisya hanyut berborak sehingga tidak sedar hampir sejam waktu berlalu. Pelbagai cerita dikongsikan oleh dua beradik itu. 

Dalam masa yang sama, Raisya terlepas pandang bahawa ada orang lain yang sedang asyik merenungnya dari tadi. 

Ternyata Raisya bukan berseorangan didalam villa penginapan yang dihuni. Ada seorang manusia kini menunggu masa untuk memunculkan diri.

"Dah puas bergayut? Lama  Fiq tunggu Ira.." 

Raisya tersentak tatkala mendengar satu suara garau menegur dari luar balkoni.

"You?!" 

Wajah Raisya pucat lesi. Mengundur menjauhi Shafiq. Otak ligat memikir cara melepaskan diri. 

Shafiq pula mara menghampiri Raisya sambil tersenyum senang. Berbaloi usaha mengekori Hairy dan Raisya sebaik ternampak pasangan itu sewaktu makan malam tadi. 

Naluri hati meyakini Raisya adalah Zahira. Tunangnya yang merajuk lalu menghilangkan diri. Mustahil wujud pelanduk dua serupa. 

Hanya ada satu saja cara untuk membuktikan wanita dihadapan ini bukan Zahira. 

Shafiq terpaksa melakukan tindakan ini demi mendapatkan kepastian.. 

"Ira jangan takut ! Fiq takkan apa apakan Ira.. Please sayang.." 

Meski menerima respon negatif dari Raisya, Shafiq enggan berputus asa.

"Aku bukan tunang kau... Elok kau pergi dari sini.. Kalau tak.." 

Raisya teragak agak untuk meneruskan kata kata. Mencari pisau atau apa saja senjata yang boleh digunakan untuk menundukkan Shafiq. 

"Ira please.." 

Shafiq tiada pilihan lain. Memeluk erat tubuh Raisya sebelum menolak ke arah katil. Jari jemari kasar cuba membuka butang baju tidur yang disarung Raisya. Akal dikelabui nafsu yang menggila. 

"Lelaki tak guna !!" 

Entah dari mana datangnya kekuatan dalaman, Raisya cuba meloloskan diri. Usaha Raisya berhasil. 

Pantas berlari menuju ke bilik Hairy. Mengetuk pintu sekuat hati sambil menyeru nama Hairy. 

Hairy terkejut menatap rambut Raisya yang kusut masai sebaik membuka pintu. Tambah memeranjatkan apabila melihat lelaki gila dipantai tadi muncul disini.. 


 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 06:49 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-7-2016 08:15 AM

SHAFIQ membiarkan saja tubuhnya dibelasah sepuas hati oleh Hairy. Darah pekat mengalir diwajah tidak dipedulikan. Mata masih tidak berkalih merenung wajah Raisya yang sedang dalam ketakutan.

"Ini IC Raisya.. Bukti jelas Raisya bukan tunang kau !!"

Hairy mencampak kad pengenalan milik Raisya ke arah Shafiq.

Shafiq termangu seketika sebelum tunduk mengutip kad di lantai. Dahi berkerut. Keliru.

Namun, seketika kemudian Shafiq mengeluarkan sekeping gambar yang memang tersimpan di dalam beg duit.

"Tapi wajah mereka seiras !"

Nada suara Shafiq keras. Gambar Zahira ditunjuk ke arah Hairy.

Nampaknya Shafiq masih sukar mempercayai bahawa Raisya bukanlah tunangannya yang dicari selama ini.

Hairy merenung gambar di pegangan Shafiq.

Sama tapi tak serupa ! Wanita dalam gambar itu sekali imbas memang mirip Raisya.

Namun, Hairy masih boleh membezakan di antara Zahira dan Raisya. Ketara perbezaan diantara kedua mereka.

Pelbagai pertanyaan terbit. Hairy buntu memikirkan motif sebenar Shafiq beriya iya mendakwa Raisya adalah Zahira.

"Sekejap lagi umi dan adik Raisya akan datang ke sini.. Aku rasa itu dah cukup kuat untuk buktikan identiti Raisya.."

Enggan menghabiskan masa terhadap Shafiq, Hairy mengarahkan pengawal hotel yang dihubungi tadi supaya membawa Shafiq ke balai polis berdekatan.

"Kak Rai.."

Rayqal terus saja mendapatkan Raisya. Begitu jua dengan Rosma.

Sempat memandang sekilas ke arah Shafiq yang dikawal ketat.

"Rai takut Umi.."

Raisya segera memeluk Rosma sebaik saja melihat kelibat wanita itu. Tubuh masih menggigil ketakutan.

"Umi ada, Rai... Jangan takut sayang.."

Rosma mengusap lembut tubuh Raisya untuk memberi sedikit ketenangan.

Shafiq tidak melawan apabila diminta menyerah diri. Mengabaikan saja apabila dituduh sebagai penceroboh. Mata masih melekat ke arah Raisya. Pandangan yang hanya Shafiq dan Allah saja mengerti maksud tersirat.

"Aku takkan teragak agak bunuh kau, kalau kau berani sentuh Raisya lagi !!"

Hairy sempat memberikan amaran keras terhadap Shafiq.

Shafiq masih lagi berdiam. Menurut arahan supaya melangkah keluar.

Rayqal pula tidak sedap hati tatkala mengingati renungan misteri Shafiq terhadap Raisya. Terselit seribu satu pertanyaan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 07:18 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-6-2016 11:00 AM

RAYQAL mendapatkan Hairy yang masih setia menemani Raisya bersama Umi. Mengajak Hairy keluar untuk berbicara berdua. Hati kepingin mahu mengetahui kisah disebalik kemunculan Shafiq.

"Abang percaya ke cerita lelaki tadi? Something fishy with this guy.. Cara dia pandang Kak Rai pun entahlah.. Susah nak cakap.."

Spontan Rayqal meluahkan isi hati.

Cara pandangan Shafiq tidak seperti lumrah seorang tunang. Penuh dengan cinta dan kelembutan. Renungan Shafiq lebih kepada misteri. Hanya Allah dan Shafiq saja mengerti segala yang tersirat dalam hati Shafiq

Hairy menggaru kepala yang tidak gatal. Berfikir.

"Abang pun pelik, Qal.. Mamat tu macam psiko saja. Apapun, syukur Rai selamat.. Abang dah call kawan Abang datang sini minta tolong siasat tentang Shafiq..Qal jaga Umi dengan Rai.. Abang keluar kejap.. Ada apa apa Qal update ok.."

Serentak itu, Hairy bangun meminta diri untuk pergi seketika. Mata menjeling sekilas ke arah Raisya.

Simpati dengan nasib malang yang menimpa wanita itu.









ZAHIRA menyuap rakus nasi ayam yang dicampak ke arahnya. Air oren diteguk berkali kali. Tekak terasa lapar dan dahaga sedari siang tadi. Tingkah lelaki bertopeng tidak diendahkan. Pada Zahira yang penting perutnya kenyang. Hampir gastrik menahan kelaparan dalam tempoh masa agak lama.

"Kau pernah tak membenci manusia yang kau tak pernah kenali pun?"

Satu soalan bodoh menerpa cuping telinga Zahira.

"Aku tak suka cari musuh.. Prinsip aku mudah.. Berkawan biar beribu.. Musuh jangan sesekali.."

Peluang baik buat Zahira.

Penculiknya kini mahu berbual santai. Mungkin boleh dimanfaatkan untuk mencungkil rahsia.

"Jadi kenapa kau curang kepada tunang kau? Bukankah itu mengundang permusuhan?"

Serius sekali nada soalan yang ditanyakan.

Zahira terdiam seketika. Mencari jawapan sesuai. Terbayang wajah lelaki yang dicintai depan mata. Sungguh Zahira cintakan tunangnya.

Malah, hubungan mereka sudah melebihi tahap seorang suami isteri meskipun masih bertunangan.

Sayang, Shafiq tidak sekaya 'sugar daddy'nya seorang usahawan berpangkat. Maka Zahira rela melayani nafsu serakah lelaki yang layak digelar Ayah demi kesenangan hidup.

Pandai makan pandai simpan.

Zahira yakin sehingga kini Shafiq tidak mengetahui kecurangan yang dilakukannya.

"Aku .. terpaksa.."

Air mata menitis dipipi gebu Zahira.

"Ahh.. Perempuan jalang seperti kau memang layak dilayan seperti binatang !!"

Tanpa menghiraukan keadaan Zahira yang masih menjamah makanan, lelaki bertopeng mengheret Zahira terus ke atas tilam lusuh yang terbentang disudut hujung.

Suara tangisan dan jeritan sayu memecah kesunyian malam..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 07:26 PM | Show all posts
PUAS mengerjakan mangsanya, lelaki bertopeng tadi terus keluar meninggalkan Zahira keseorangan. Barangkali ada urusan lain. 

Berbekalkan saki baki tenaga yang ada, Zahira menguatkan semangat untuk bangkit. Air mata diseka dengan jari. 

Mujur, si penculik keparat tadi terlupa untuk merantai kaki dan tangannya semula. Zahira bebas bergerak kini. Mata meninjau keadaan sekeliling. Mencari kekuatan untuk melarikan diri. 

Gambar gambar dan keratan surat khabar yang tertampal didinding menarik perhatian Zahira. Melihat pantas sekali imbas. 

Sekeping kad nama tertera alamat menarik minat Zahira. Kad diambil lalu segera disimpan dalam kocek seluar.

Bunyi pintu dibuka kedengaran. 

Zahira bersiaga. Tangan mencapai kayu ditepi dinding sebagai senjata mempertahankan diri. Bersedia menanti dibalik pintu untuk menyerang. 

Debaran didada kian terasa. Zahira menghela nafas panjang..   


Apapun terjadi, kayu ini akan berbicara untuk merebahkan pihak musuh !

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 09:16 AM | Show all posts
nampak gayanya kena start dr awal sbb dh tak ingat jalan ceritanya... huhuhuhuhuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2016 07:39 AM | Show all posts
Mane sambunganye?...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt....sambungannya mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2016 12:39 AM | Show all posts
GELAGAT wanita dan lelaki di meja depan meruntun jiwa Hatta. Mengandaikan mereka adalah pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga. 

Tengkingan kuat sang suami tadi dan riak wajah sayu si isteri membuat Hatta terkenangkan Raisya. Itulah layanan yang pernah Hatta berikan kepada Raisya sewaktu masih bergelar isterinya dulu..

Sejenak fikiran mengenang saat dulu... 

Raisya teringin benar untuk menikmati hidangan masakan ala chinese. Mengidam katanya. Sewaktu itu Raisya baru mengandung dalam 3 bulan.

Disebabkan sudah berkali kali Hatta menolak, kali ini Hatta berjanji untuk membawa Raisya ke Homes Putrajaya. 

Malangnya sesampai saja mereka disana telefon Hatta berdering. Panggilan masuk dari Nisa membuatkan Hatta meminta diri sebentar untuk menjawab. Raisya dibiarkan terkapai kapai sendirian. Hatta leka diulit keseronokan berbual bersama Nisa. 

Wajah Raisya masam mencuka bertanyakan gerangan sang pemanggil membuatkan selera Hatta untuk makan mati. Tanpa disedari nada suara sedikit meninggi. Rimas bila Raisya berani bersuara mempersoalkan tindakannya tatkala menghadap makanan. 

Ada riak sedih diwajah Raisya. Malu barangkali ditengking sebegitu rupa. Hatta nampak ada setitik dua air jernih bertakung di kelopak mata Raisya. 

Malah Raisya juga terus mendiamkan diri. Menjamah makanan ala kadar sedangkan Raisya yang beriya iya ingin ke sana. 

Entah kenapa Hatta keras hati. Membiarkan Raisya melayan rajuk sendirian.

Tiada sedikit pun belas kasihan terbit. Baginya Raisya sekadar mengada ngada. Gara gara memenuhi permintaan Raisya, Hatta terpaksa menangguhkan semua urusan dan tidak dapat menghabiskan masa bersama Nisa. 

Pertikaman lidah di antara suami isteri tadi kian gawat. Hampir saja wanita malang itu menjadi mangsa tamparan suami sendiri

 
Hatta tersentak lalu segera masuk campur menghalang sang suami dari mengasari isterinya. 

"Please Encik.. Saya bukan nak masuk campur.. Tapi tak manis rasanya berkasar macam ni.. Semua masalah boleh diselesaikan dengan berbincang.." 

Hatta cuba menenangkan lelaki di hadapannya. 

"Jangan masuk campur urusan rumah tangga orang lain.. Nahas awak saya kerjakan.." 

Satu amaran keras dikenakan terhadap Hatta. 

"Encik.. Saya pernah berada dalam situasi Encik.. Percayalah Encik akan menyesal seumur hidup jika Encik terus bersikap begini.. Isteri adalah untuk disayangi bukan disakiti baik secara fizikal atau mental !!"

Usai berkata begitu, Hatta terus berlalu membiarkan saja kedua pasangan suami isteri tadi. 

Bayangan Raisya memenuhi ruang ingatan. Tak semena air mata Hatta mengalir. Terkilan mengenang saat perpisahan mereka dulu.

Abang bodoh sebab duakan Rai...Kalaulah abang tahu sakitnya kehilangan Rai.. 

Hatta merintih pilu. 

Berat sungguh beban yang ditanggung akibat perpisahan mereka berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 12:44 AM | Show all posts
"ABANG...?!"

Raisya terkejut menerima kunjungan dari Hatta tanpa kehadiran Nisa dan anak mereka. Kekok memandangkan Raisya hanya bersendirian dirumah. Mak Jah dan Pak Ali keluar sebentar.  

"Erm... Abang kebetulan lalu sini.. So abang ingat saja melawat kejap.. Hairy mana?" 

Hatta meninjau mencari bayangan Hairy.

"Hairy belum balik lagi.. Ada kerja kot dekat pejabat.."

Raisya menerangkan serba ringkas kepada kepada Hatta. 

"Kalau macam tu abang duduk luar sinilah.. Saja nak berborak dengan Rai.."

Hatta sekadar ingin meluangkan masa sebentar bersama Raisya. 

Ada satu rasa tersembunyi di hati bila memikirkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Terkilan.

Rawan pula bila mengingatkan Raisya kini sudah selamat bergelar isteri Hairy. 

Meski sudah beberapa bulan majlis perkahwinan Raisya dan Hairy berlalu, namun Hatta masih sukar menelan kenyataan jodoh mereka telah lama berakhir. 

Jauh disudut hati Hatta, diri masih berharap agar mereka disatukan semula.

Sayangnya, harapan Hatta berkubur bilamana Hairy berjaya menawan hati Raisya.

"Suka hati abanglah.."

Raisya hanya akur.

Tidak salah rasanya jika mereka duduk di luar sambil berborak kosong di laman. 

Mustahil Hairy akan cemburukan Hatta..

Detik hati Raisya. 

"Rai sihat?" 

Hatta merisik khabar wanita yang sedang duduk dihadapannya. Wajah Raisya kelihatan bertambah jelita dan ceria. Berbeza sewaktu masih bergelar isterinya. 

Hatta yakin Hairy 'memanjakan' Raisya dengan segala kasih sayang dan kemewahan. Hak yang gagal Hatta berikan terhadap Raisya dulu. Sejenak kekesalan menjelma.

"Sihat.. Nisa dengan anak abang macam mana?"

Sedar akan pandangan pelik Hatta, Raisya segera membangkitkan persoalan tentang Nisa dan anak mereka kepada Hatta. Mengingatkan bekas suaminya tentang status diri.

Riak wajah Hatta berubah tatkala mendengar nama Nisa dan anaknya disebut.

"Mereka sihat.."

Pelahan sekali nada suara Hatta menjawab. 

"Rai.. Rai bahagia dengan Hairy?" 

Hatta merenung jauh ke dalam anak mata Raisya. Entah kenapa kenangan sewaktu mereka berpacaran dulu menjelma tika ini.

"Tentulah Rai bahagia... Kenapa abang tanya macam tu?" 

Raisya mula kurang senang berhadapan dengan Hatta. Penasaran dengan motif lelaki itu menanyakan perihal yang agak peribadi baginya.

"Entahlah Rai.. Abang cuma nak tahu.. Semudah itu kan Rai lupakan abang dan kenangan kita.. 10 tahun kita bercinta.. Takkan tak ada sedikit pun rasa cinta Rai untuk abang? Abang masih cintakan Rai.." 

Terluah jua rasa yang masih terbuku dihati. 

Meski sudah memiliki Nisa sebagai isteri, Hatta sukar menepis bayangan Raisya. Raisya tetap berada ditempat teratas dalam hatinya. 

Andai masa bisa diputar, Hatta bersumpah akan melakukan yang terbaik buat Raisya. Tidak sesekali tunduk pada godaan nafsu. 

"Rai pernah cintakan abang lebih dari segalanya.. Tapi cinta Rai terus mati bila abang khianati Rai.. Rai minta maaf sebab lupakan semua kenangan kita dulu.. Seluruh hati Rai milik suami Rai sekarang.. Rai harap abang jaga Nisa dan anak abang sebaiknya.. Jangan pernah abaikan mereka.." 

Hanya itu saja mampu Raisya katakan. 

Enggan melihat Hatta hanyut dalam kenangan silam. Berharap jua agar Hatta melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah dengan sempurna. 

Biarlah Raisya seorang saja yang pernah merasa kepedihan akibat keruntuhan rumah tangga. 

Diri tidak rela melihat wanita lain pula menderita gara gara sikap Hatta terlalu mengikut kata hati..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 12:49 AM | Show all posts

TAJUK yang tertera dilaman web berita menarik perhatian Hairy. Kes pembunuhan ngeri.

Mayat seorang wanita yang ditemui reput kini dikenalpasti identitinya.. 

Berdasarkan laporan kehilangan ahli keluarga dan ujian DNA yang dilakukan, mangsa dikenali sebagai Fatin Zahira binti Amran...

Hairy membaca sekali imbas kandungan berita yang tertulis. Gambar mangsa diteliti.

Zahira ! 

Sejenak, Hairy teringatkan Shafiq yang kini merengkok dipenjara atas tuduhan menceroboh. Simpati terbit terhadap lelaki itu. 

Ternyata Shafiq tidak berbohong tentang kehilangan tunangnya. 

Meski marah lantaran Shafiq pernah mencuba mencabuli Raisya, namun Hairy masih punya perikemanusiaan. 

Pasti Shafiq hilang pertimbangan bila kehilangan insan tercinta sehingga tersilap anggap Raisya sebagai Zahira. 

Sukar untuk Hairy bayangkan jika Raisya pula tiba tiba menghilang. Hairy yakin dirinya juga akan terumbang ambing seperti Shafiq. Resah gelisah bila membayangkan hidup tanpa Raisya.. 

"Kenapa you tak jamah kek ni? Tak sedap ke I buat?" 

Raisya muncul terus menghampiri Hairy. Agak hampa melihat kek coklat kukus hasil tangannya tidak luak walau sekepingpun. Hairy kelihatan sibuk membelek ipad di tangan.

"Mana ada sayang... I tengah baca berita online.. I nak makanlah ni.." 

Hairy segera meletakkan ipad di atas meja. Ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Raisya. Menghargai setiap detik mereka berdua. Tangan mencapai kek di atas meja. Mengunyah sebentar sebelum berhenti seketika. 

"Sedap.. Pandai isteri I buat.. Dahlah cantik, bijak ambil hati I, pandai masak pula tu.. Bertuah I !" 

Spontan kata pujian lahir dari bibir Hairy. Bukan sekadar mengambil hati namun itulah kenyataannya. 

Walau Raisya mengakui tidak tahu memasak sebelum perkahwinan mereka, namun air tangan Raisya tidak pernah mengecewakan Hairy. 

Cuma kekangan kerja tidak mengizinkan Raisya untuk menghabiskan masa didapur. Raisya hanya akan menyediakan makanan mereka berdua diwaktu cuti atau bila berkelapangan. Selalunya Mak Jah yang akan menyediakan makan minum buat mereka suami isteri.

Apapun, Hairy sendiri tidak gemar melihat Raisya bersusah payah melakukan segala kerja bila berada di rumah. 

Sementelah dirinya mampu untuk memberi segala kesenangan kepada Raisya. Hairy hanya ingin menghabiskan seluruh hidup mereka berdua dengan aman bahagia tanpa sebarang pertikaian.

"Ala you ni 'over' lah.." 

Wajah Raisya memerah. Segan menerima pujian tinggi melangit dari suaminya. 

"Tuan Hairy.. Ada tetamu ingin berjumpa Tuan di ruang tamu.. Hal mustahak katanya.." 

Mak Jah terpaksa menyampuk perbualan mesra pasangan suami isteri dihadapannya. Tetamu asing itu mendesak untuk menemui Hairy secepat mungkin. Ada hal penting yang ingin dibicarakan. 

"Erm Hairy jumpa dia sekejap lagi.." 

Usai menghabiskan sisa kek ditangan, Hairy segera bangkit dari meja makan menuju ke ruang tamu. Langkah diatur pantas gara gara kepingin tahu tujuan tetamu misteri itu beriya ingin bertemu. 

Raisya pula jadi penasaran untuk tahu. Kaki melangkah laju menuruti Hairy. 

Tak semena debaran terasa dihati Raisya. Jantung berdegup kencang. Tiba tiba.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 12:52 AM | Show all posts


SHAFIQ segera menghampiri Hairy sebaik melihat kemunculan Hairy diruang tamu.


"Aku rasa kau mesti dah baca pasal kes pembunuhan Zahira... Aku tak tahu kenapa tapi firasat aku mengatakan somehow kes ni ada kaitan dengan dia.." 

Jari telunjuk dihala ke arah Raisya. 

Shafiq yakin Raisya adalah kunci kepada misteri ini dan boleh membantu Shafiq membalas dendam terhadap penculik dan pembunuh Zahira.

"Siapa yang bebaskan kau dari penjara? Berani kau datang rumah aku tunjuk muka !!!"

Hairy tidak berpuas hati melihat kemunculan Shafiq disini. Apatah lagi apabila Shafiq berani mengaitkan nama Raisya. 

"Macam mana aku boleh bebas bukan urusan kau.. Sekarang ni aku cuma nak tolong kau selamatkan isteri kau !! Itupun kalau kau tak nak kehilangan dia macam aku kehilangan Zahira !!"

Giliran Shafiq pula membentak perilaku Hairy. Serasa sia sia Shafiq bersusah payah ke sini andai begini penerimaan Hairy. Baik Shafiq membiarkan malapetaka menimpa Raisya jika Hairy mempertikaikan kehadirannya. 

"Wait sayang.. May be kita boleh dengar dulu apa yang dia nak cakap.. Calm down ok.." 

Raisya jadi penasaran untuk mendengar butir bicara selanjutnya dari Shafiq. Hati bagai terpanggil untuk tahu. Jari jemari Raisya mengusap lembut bahu Hairy supaya bertenang.

Hairy terpaksa akur akan kehendak Raisya walau musykil dengan niat sebenar Shafiq.

Lantas mengisyaratkan Shafiq untuk menurut langkah mereka suami isteri ke laman. 
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 01:02 AM | Show all posts

KATA kata Shafiq memang tidak masuk akal ! 

Hairy mendengus tanda tidak percaya. 

"Kau kata Zahira sempat jumpa kau dan tinggalkan gambar serta kad nama ini?! Kalau dia sempat jumpa kau, kenapa dia mati juga akhirnya? Susah aku nak percaya cakap kau.."

Hairy masih enggan mempercayai fakta yang baru didengari. 

Meski Shafiq membawa bersama bukti gambar Raisya yang konon disimpan oleh penculik Zahira beserta kad nama jelas tertera alamat dan nama penuh Hairy, namun gaya penceritaan Shafiq tetap meragukan. 

Zahira sempat melarikan diri dari penculiknya dan bertemu Shafiq sebelum keesokan harinya menghilang semula tanpa khabar sehinggalah polis berjaya mengenalpasti mayat yang ditemui mati itu adalah Zahira.

Bimbang Shafiq mengada adakan cerita semata mata untuk meraih kepercayaannya dan cuba mendekati Raisya. Lelaki psiko seperti Shafiq mungkin gagal menerima hakikat Zahira sudah mati lalu beranggapan Raisya adalah tunangnya. 

Ini mungkin satu perangkap buat Raisya ! 

Hati Hairy berbisik.

Menatap tajam mata Shafiq. Berusaha mencari kejujuran dalam bicara Shafiq. 

Malangnya hanya prasangka buruk yang timbul. 

Manakala Raisya hanya terpaku melihat gambar dirinya di genggaman Shafiq. Imej wanita dalam gambar itu memang dirinya. Bukan sesiapa yang mirip wajahnya. 

Satu persoalan terbit. 

Siapa yang mencuri mengambil gambar dirinya? 

Berdasarkan baju yang dipakai dalam gambar, Raisya yakin gambar itu di ambil sewaktu Raisya menghadiri parti harijadi Asraff.

Bermakna sesiapa saja yang memiliki gambar ini adalah antara tetamu yang menghadiri majlis yang diadakan dikediaman Zakir. 

"Sayang.. I percayakan Shafiq.. Gambar ini ditangkap masa I pergi party Ashraff.. Mungkin Kak Nila atau Abang Zakir boleh bantu kita.." 

Entah kenapa mudah benar Raisya mempercayai Shafiq. 

"Maksud sayang? Apa kaitan Kak Nila dengan Abang Zakir pula?"

Hairy makin keliru dengan tingkah Raisya. 

"I yakin gambar ini ditangkap oleh tetamu yang turut sama hadiri party Ashraff.. Kalau betul tekaan I,  mungkin CCTV rumah mereka ada rakaman siapa yang ambil gambar I ni....."

"Dan kemungkinan besar pengambil gambar you itu adalah penculik dan pembunuh Zahira."

Shafiq terus saja menyampuk penerangan Raisya. Teruja untuk menjejak dalang disebalik kematian tunangnya.

Raisya cuma mengangguk, mengiyakan fakta yang diperkatakan Shafiq.

Hairy terpana. Sukar menghadam kenyataan di depan mata.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 06:40 AM | Show all posts

"AKU tak sabar tunggu kehancuran kau Raisya Nur Anatasia.. Buat masa sekarang aku bagi peluang kau hidup bahagia sebelum aku sendiri yang akan memusnahkan semua.." 

Gambar gambar Raisya yang diambil secara curi di koyakkan sehingga menjadi cebisan kecil.

"Masa tu barulah aku akan beri pembalasan yang setimpal di atas perbuatan kau !!" 

Pisau lipat dicapai lalu ditikam bertubi tubi ke arah gambar Raisya. 

Satu kepuasan terzahir diwajah sebaik berbuat begitu. 

"Stop it Irfan !!" 

Seorang lelaki muncul menghalang Irfan dari terusan menggila. 

"Sabar bro... Apa kata kau redha dan lupakan saja semua ini? Apa yang kau dapat kalau perempuan ni mati sekalipun?!"

Aiman terpaksa masuk campur menenangkan sahabat baiknya. 

"At least aku puas hati !!!" 

Usai berkata begitu, Irfan menumbuk dinding. Geram berbaur amarah apabila Aiman berani mencampuri urusannya. 

"Berapa ramai lagi yang harus mati disebabkan dendam kau ni ha?!"

Rimas dengan perilaku Irfan, Aiman mula naik angin. 

Namun tersentak dari kemarahan apabila Irfan mengacu pisau tepat ke wajah.

"Ingat Aiman.. Jangan sesekali masuk campur urusan aku atau aku takkan teragak agak bunuh kau macam aku bunuh mereka yang lain.." 

Aiman terpaku seketika. Kelu mendengar ancaman Irfan. 

Lantas terus berlalu tanpa mengendahkan Irfan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 07:06 AM | Show all posts
RAISYA jadi penasaran dengan perubahan sikap Hairy. 

Kalau dulu setiap detik Hairy akan menghubunginya dan mengucapkan kata kata cinta. Kini jarang Hairy menelefon Raisya sewaktu ditempat kerja. Dirumah pula Hairy kerap bermain dengan telefon bimbitnya. Urusan perniagaan dan pelanggan katanya. Kadang ipad tidak berpisah dari sisi. Raisya depan mata kadang tidak dipedulikan.

Adakala Raisya terasa disisihkan namun memikirkan Hairy bekerja keras untuk kepentingan hidup mereka, perasaan kecil hati diabaikan.

Kini, sudah lebih dua minggu Hairy berada di Pahang untuk memantau projek disana. Andai sibuk dengan bebanan tugas sekalipun takkanlah jari Hairy berat untuk menitip khabar melalui SMS atau whatsapp. Semua pesanan ringkas yang dihantar oleh Raisya sepi tanpa balasan.

Raisya mengerti kesibukan Hairy namun masakan tiada masa langsung untuk Hairy bertanyakan khabar Raisya. 

Entah kenapa Raisya jadi rindu untuk mendengar ucapan romantis dari suami sendiri. Bimbang memikir jika Hairy juga berubah hati sehingga tega bermain kayu tiga sepertimana Hatta dulu.. 

Mungkin lumrah lelaki memang begini. Sebelum dapat, dirinya dikejar dan dilayan persis permaisuri. Bila sah menjadi hak milik Raisya dilayan endah tak endah..

Begitu kesimpulan yang didapati oleh Raisya. 

Enggan memeningkan kepala dan berprasangka buruk terhadap suami sendiri, Raisya terus saja mengemas meja kerjanya dan berjalan laju menuju ke pintu keluar. 

Pesanan ringkas dihantar kepada Zakir untuk memberitahu tentang kepergiannya. Badan Raisya rasa lemah sejak semalam. Fikiran pula runsing gara gara Hairy. 

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 07:25 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-8-2016 07:28 AM

"YA Allah, Raisya !!"

Nyaris terjerit kuat melihat tubuh Raisya terhuyung hayang sebelum rebah di parkir. Shafiq berlari pantas mendapatkan wanita yang kini dalam keadaan separa sedar..

"I bawa you ke klinik.."

Meski Shafiq tahu Hairy tidak menyukai jika mendapat tahu dirinya mendekati Raisya namun Shafiq tiada pilihan lain.

Tujuan asal Shafiq ke mari adalah untuk menemui teman lama yang juga bekerja di wisma ini. Tak sangka bertemu Raisya sedemikian rupa.
Kepala Raisya dipangku sambil tangan mengurut lembut bahu wanita itu.

"I ok.."

Raisya pantas menolak. Mencuba sedaya upaya untuk bangun namun pandangan mata berpinar menggagalkan usaha Raisya.

"Rai.. I tahu you takut dengan I.. Jangan risau ! I tahu you bukan Zahira ! Dan I takkan ulangi kesilapan bodoh dulu.. Niat I tolong you ikhlas.. Please jangan degil ..."

Shafiq sedar pernah hampir melakukan perkara terkutuk terhadap Raisya dan mengerti jika Raisya meragui kejujuran hatinya membantu tika ini.

"I bersumpah I takkan apa apakan you.."

Melihatkan reaksi kaku Raisya, Shafiq memberi jaminan.

Spontan tangan meraih jari jemari runcing Raisya sambil membantu Raisya untuk berdiri.

Antara percaya atau tidak, Raisya hanya membiarkan saja dirinya dipapah masuk ke kereta.

Bertawakal jika terselit niat jahat disebalik kebaikan yang ditunjukkan oleh Shafiq.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2016 07:47 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 18-8-2016 08:14 AM

ZAKIR ketap bibir. Geram dengan sikap Hairy. Sudah berpuluh pesanan suara ditinggalkan namun masih tiada panggilan balas dari Hairy.

"Dia sibuk kot.."

Mengetahui segala yang terbuku dilubuk hati suaminya, Nila segera bersuara untuk meredakan kemarahan Zakir.

"Takkanlah sibuk sampai tak boleh jawab telefon.. Melampau !!"

Lantaran di amuk amarah, Zakir hampir saja mencampak gelas yang dipegang ke lantai.

"I nak ke sana jumpa Hairy.. I nak tengok bertapa sibuknya dia sampai abaikan isteri sendiri.."

Kesal dengan sikap Hairy yang sudah dianggap seperti adik kandung membuatkan Zakir rasa bertanggungjawab untuk mencari punca sebenar Hairy mengabaikan Raisya.

"Rai nak ikut Abang Zakir.. Kak Nila teman sekali tau.."

Raisya yang sedari tadi hanya mendengar turut menyampuk. Hati jadi tidak sabar untuk bertemu Hairy.

"Tapi Rai kan tak sihat.. Biar Abang dan Kak Nila saja jumpa Hairy.. Rai rehat di hospital jangan ke mana mana.."

Nila cuba memujuk.

Entah kenapa Nila jadi tidak sedap hati bila memikirkan tentang Hairy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2016 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 1-9-2016 07:53 PM

WOW !

HAIRY terpukau dengan lenggok jalan dan keseksian pakaian yang dikenakan oleh Shasha. Model profesional itu memang 'demanding' namun hasil kerja Shasha tidak mengecewakan. Yakin dengan penglibatan Shasha sebagai duta produk kecantikan keluaran anak syarikatnya mampu meraih pulangan lumayan.

Trend perniagaan masa kini. Hairy pasti produk anti penuaan berunsurkan kolagen syarikatnya dapat bersaing teguh dengan lambakan produk kecantikan jenama lain dipasaran.

"Thanks for the surprise !!"

Shasha teruja menerima sejambak bunga dan hadiah dari Hairy.

"I'm glad you like it ! Actually I tak pernah buat surprise macam ni untuk sesiapapun.. You are the first  ! That's why I nervous.."

Hairy senyum senang melihat reaksi positif Shasha. Peluang untuk mendekati wanita jelita itu takkan dipersiakan.

"Iyalah tak pernah buat dengan orang lain.. Takkan dengan wife you pun tak pernah?"

Shasha sengaja menguji. Baru mendapat tahu status sebenar Hairy. Tidak dinafikan Shasha kecewa apabila mengetahui Hairy sudah memiliki isteri. Pada pandangan Shasha,  Hairy kelihatan seperti lelaki bujang.  

Sayang, lelaki setampan dan sekaya Hairy gagal dipikat. Shasha tidak sanggup bermadu meski hati terpaut pada pertama kali bersua..

" Erm by the way I suka sangat tengok reaksi you masa terima bunga tadi.. I suruh delivery boy tu rakam video you tau.. I dah tengok banyak tapi I still rasa tak puas.."

Hairy menunjukkan video yang dirakam petang tadi kepada Shasha.

Wajah Shasha memerah tatkala melihat rakaman melalui telefon bimbit Hairy. Malu.

"Shasha..  I rasa macam nak jumpa you hari hari.. Boleh, kan?"

Hairy yakin senang untuk memancing wanita jelita dihadapan mata ini.

"Boleh.. boleh sangat !!"

Kedengaran satu suara yang tidak asing lagi di cuping telinga Hairy menyampuk perbualan mereka.

Serentak itu, darah Hairy berderau memikirkan pemilik suara itu.

Raisya !

Dada Hairy berdegup kencang.

"Sampai hati you, kan?!! I mati mati ingat you sibuk bekerja rupanya ini kerja you !!"

Air mata mengalir lebat di pipi Raisya. Serasa diri diperbodohkan selama ini.

"Sayang, please I boleh explain.. I'm just having dinner with her..  Not more than that !"

Malangnya Raisya terus saja berlalu tanpa mempedulikan sekeliling.

Nila dan Zakir gagal menghalang Raisya dari pergi. Keduanya terpaku dengan sandiwara Hairy.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:46 AM | Show all posts
hairy pun sama juga....

    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2016 02:08 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-9-2016 02:09 AM


RAISYA penat untuk menangis lagi. Cukuplah air mata yang ditangiskan dulu lantaran kecewa dengan sikap Hatta.

Kini sejarah berulang lagi.

Raisya bersyukur kerana berjaya menghidu kecurangan Hairy lebih awal. Barangkali ini balasan ke atas dosa lalu Raisya yang jatuh hati pada Hairy meski masih bergelar isteri Hatta dulu.

Justeru Raisya redha. Anggap saja jodoh dengan Hairy sampai disini. Malas menoleh ke belakang, Raisya bertekad untuk memulakan hidup baru sendirian tanpa cinta.

Damai mula terasa kala berada di pinggir jalan.  Sengaja Raisya berhentikan kereta disini.

"Please jangan bunuh diri ! I tahu you kecewa dengan suami you.."

Shafiq cuba mendekati Raisya. Sedari tadi, Raisya dilihat memandu laju tanpa mempedulikan kereta disekeliling. Cuak memikir jika Raisya mengambil keputusan mencabut nyawa sendiri.

"You again ?!"

Raisya menjerit lantaran terkejut dengan kehadiran Shafiq.   Musykil dengan tindakan Shafiq yang kerap muncul dihadapannya hari ini.

Mustahil satu kebetulan..

Entah kenapa prasangka wujud dihati Raisya. Satu perasaan kurang enak timbul.

Lantas bertindak masuk semula ke dalam kereta sebelum memecut laju meninggalkan Shafiq terpinga pinga sendirian..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.298501 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list