CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6441|Reply: 9

Mengandung Ke Tu? Amalkan Petua Ini Untuk Mudahkan Bersalin

[Copy link]
Post time 26-4-2016 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Setiap wanita yang baru pertama kali akan melahirkan bayi pertama pasti terbayang-bayang akan kesakitan yang bakal dilalui saat tiba masanya melahirkan bayi yang sedang dikandung.


Sakit disaat bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan, hanya ibu-ibu yang pernah melalui detik-detik ini sahaja yang tahu bagaimana rasa sakitnya. Kerana itu, ia dipanggil pertarungan antara hidup dan mati .


Tetapi usahlah merunsing, disini dikongsikan petua-petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil bagi memudahkan proses bersalin kelak.







1. Persediaan mental dan rohani
Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses sebelum, semasa, dan selepas bersalin.






2. Persediaan fizikal
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.






3. Menenangkan diri
Walaupun sakit, ibu harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.






4. Alas perut
Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut.




5. Minyak kelapa dara
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagia perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.






6. Telur ayam kampung
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak.






7. Bendi
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium. Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin, malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis. Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis, dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.






8. Kurma dan air zam zam
Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera. Ia pantas diproses dan diserap. Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium.


Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makan lah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.





Amalkan petua-petua ini dan banyakkan doa, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.  - CARI Infonet.










Sumber - lyanahisham.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...mengandung 4weeks
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:25 PM | Show all posts
salam.. kalau tak buat buku merah di KK still boleh proceed deliver kat government ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 03:10 PM | Show all posts
dedaun79 replied at 28-4-2016 01:25 PM
salam.. kalau tak buat buku merah di KK still boleh proceed deliver kat government ke?

nape xbuat buku pink tu?

setahu akak kan...buku pink tu mesti kena buat...sekali je cek pon xpe, kalau selepas tu nak check up kat swasta...janji ada buku pink tu

apa2 hal senang...nak bersalin kat mana2 pon x ada masalah...

sebab akk masa anak ke 2 buat camtu...kerja susah nak keluar

so mula2 buka buku pink tu, pastu wat checkup kat swasta, bersalin kat hosp gov

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 03:11 PM | Show all posts
hehehe...bab vco tu saya mmg cuba

alhamdulillah...meluncur je bb tapi saya x lah sapu kat perinium tu...just makan je
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 03:51 PM | Show all posts
Syurga isteri adalah REDHO suami....

Apa pening pening kepala??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya kat thread camnih pun ada nick tu komen..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
iraizz: Alhamdulillah...mengandung 4weeks


Alhamdulilah..
Minyak kelapa dara memang sangat membantu ketika hamil. Sangat dianjurkan.saya sendiri mengamalkan dan mendapat manfaat.
Kaki tidak bengkak sepanjang kehamilan(edema)
Kurang rasa letih akibat anemia makin baik
Anak berambut lebat dan hitam
Anak cerdik(beza dengan kakak2)
Supplement paling selamat bila saja boleh diambil utk anak menjadi cerdik. Berbanding minyak ikan yang ada masa yang sesuai diambil.jika minyak ikan diambil berlebihan dos akan datang mudarat .
Baik utk pulihkan tenaga selepas bersalin
Mudahkan proses bersalin
Jika menyusu.. susu badan lebih berkualit
i yang dapat manfaat bayi
Mencegah autism utk anak dalam kandungan

Sekadar berkongsi kebaikn dan warisan nenek moyang kita..
Mengapa minyak kelapa masih wujud sehingga kini zaman berzaman..
Pastinya sentiasa ada permintaan dan khasiatnya yang tidak dapat dipertikai lagi.

Sekadar ingin berkongsi kebaikannya..
Dapatkan minyak kelapa dara yang dihasilkan tradisional..

Lawati instagram saya

@minyakelapadara_organik

atau wasap

019-203 5395

Saya memproses cara diperam 72 jam supaya khasiat terhasil ketika diperam berbanding masa kini banyak menggunakan mesin centrifuge sekejap dalam beberapa minit sudah siap minyak.jadi yang terhasil sekadar minyak.

Tradisional dan homemade adlh terbaik seperti cara dihasilkan oleh nenek moyang kita dahulu.. tanpa perlu dimodenkan ..

Rasanya pasti rasa kelapa segar
Tanpa bau tengik utk ditelan
Anak seawal usia 2 tahun pun suka


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2017 12:11 PM | Show all posts
Esah2 replied at 16-11-2017 09:59 AM
Alhamdulilah..
Minyak kelapa dara memang sangat membantu ketika hamil. Sangat dianjurkan.saya s ...

makan sejak pregnant brapa bulan ye sis?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_nanas replied at 20-11-2017 12:11 PM
makan sejak pregnant brapa bulan ye sis?

6 bulan dah boleh amalkan.. sebagai selusuh . Utk ibu. Utk baby juga. Ni experience saya jujur.. anak lebih cerdik. Vco paling selamat digunakan. Ambil lebih pun x masalah sebab vco adalah sejenis makanan sebab tu x perlukan pengesahan kkm. Vco terbaik adalah coldpressed@fermented(diperam)..juga bantu elak sembelit hujung kehamilan dan lepas bersalin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063835 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list