View: 3440|Reply: 11
|
Amaran Untuk Yang Sering Berjalan Dengan 'Smartphone', Anda Adalah Zombi!
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Pelbagai kaedah diambil oleh oleh pihak berkuasa di seluruh dunia untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya bermain telefon ketika berjalan di kawasan berkenderaan.
Sebagai contoh yang telah dilakukan pihak berkuasa di sebuah bandar kecil di Jerman pula bertindak selangkah lebih dengan memasang sistem lampu isyarat untuk 'zombi' telefon atau lebih tepat, smombies. Dua perkataan daripada 'Zombie' dan 'Smartphone' disatukan menjadi 'smombies'.
Ia bertujuan supaya orang ramai, termasuk pelancong lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Sistem lampu isyarat 'smombies' itu dipasang pada lantai, bertepatan dengan arah mata 'smombies' yang senantiasa memandang skrin telefon mereka.
Sistem itu akan menyalakan lampu merah apabila terdapat tren yang mahu melintas ataupun lampu isyarat ketika itu merah.
Setakat ini, sistem tersebut dipasang di dua kawasan pejalan kaki di Ausgsburg yang mana terdapat kes kemalangan yang membabitkan tren dan juga smombies dimana salah satu kejadian melibatkan kemalangan nyawa.
Tindakan memasang lampu isyarat tambahan itu mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang menyifatkan ia tidakan yang bagus dan ada juga yang mempersoalkan keberkesanan sistem itu.
Pihak berkuasa Malaysia dah boleh cuba-cubalah mengkaji keberkesanan langkah yang dibuat oleh Jerman ini. Manalah tahu, dapat menyelesaikan masalah 'smombies' yang asyik dengan telefon pintar masing-masing. Siapalah antara anda yang merupakan smombies? - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak perasan juga betul2 zombie le dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alah..apa la sgt berjalan smbil hadap semakphone..kt malaysia ni sambil bwk kete..bwk motor selamba jek mata kt phone |
|
|
|
|
|
|
|
haah..ade skali tgh hgway duke..bdak laki ni bw moto sambil bermsg...polis trafik kebetulan lalu ngan moto beliau pi tahan budak tu n bg amaran on the spot....padan muka kang kne langgor salahkn org plak...grrr...tak paham btol... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau naik LRT/tube, mesti semua org camni la.. seram nengoknya.. hiks
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku igt nk amik gambar la..nk compile |
|
|
|
|
|
|
|
OOOOttaaaaaaakkkkk.....ooootakkkkkkk... |
|
|
|
|
|
|
|
Zombie vs handphone.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku benci handphone sejak azali lagi.kalo tak sgt terpaksa ..mmg takkan ada aku henpon. kowser aku jadi hamba henpon .so pathetic |
|
|
|
|
|
|
|
Geram aku sampai jalan pun nak laga dgn org sbb duk ngadap fon...sepak baru tau!
x masuk tang q lampu merah tukaq ijau..lembab nak mampus gara2 duk belek fon! Hon tau plak sentap...lenkali elok masuk gaung jah set2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn la ni.. Suami isteri tgh bersenggama pun sibuk ngadap phone.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|