Edited by Ipo at 30-4-2016 08:42 PM
Amar masih memerhati Iris yang tunduk dari tadi. Wajah putih mulus milik gadis itu sudah berubah rona. Sama seperti yang pernah dilihat dulu ketika di Arbedeen dulu.
“So, Miss Bimbo, we meet again. How are you?” Amar mulakan perbualan.Iris dari tadi diam tidak berkutik. Wajah itu ditenung.
“Emm..ehmm..” Iris berdehem, kononnya tekaknya tercekik ikan bilis.Gelas berisi air sirap dicapai laju dan terus saja dia meneguk sampai habis.
“Apa yang awak buat kat sini? Ziarah pesakit ke?” Soal Amar lagi.
Iris masih diam. Sesekali matanya melirik pada wajah lelaki yang semakin berlagak itu.
“Sendiri tanya, sendiri jawab..”Gumam Iris.
“What did you say?” Amar dekatkan telinganya ke arah Iris.
Iris masih diam. Telinga lintah betul mamat ni. Malas dia hendak melayan. Biarlah dia dituduh bisu pekak.
“Ok, seems like, saya tak diundang kat sini. Honestly, I’d like to know you more..want to see your bimbo think.”Ujar Amar dengan sebuah senyuman sinis.
“Oh really? Such as?” Iris mula bersuara. Tidak sesekali dia membiarkan lelaki itu terus menerus merendah-rendahkannya.
“ Well..”
“Oh I know, kalau awak rasa awak celik sejarah, now tell me, siapa tokoh perubatan yang terkenal?” Belum habis Amar berkata, Iris Iris sudah memotong cakap Amar. Bibir bawahnya digigit kuat.Tepat bebola matanya menatap iris mata lelaki itu.
“Well, nice meeting you here..for sure..” Soalan Iris tidak berjawab. Amar bingkas bangun dan masih berdiri memerhati Iris yang memandang tepat padanya.
“Wait! Awak belum jawab soalan saya, Mr Smart.” Iris turut tercegat bangun. Dadanya terasa berombak. Hairan juga melihat lelaki itu tidak mahu menjawab pertanyaannya tadi.
“Muslim or Non Muslim?” Soal Amar kembali.
Iris berkerut dahi. Dia cuba menafsir apa yang dimaksudkan dengan pertanyaan itu. “What do you mean?”
“Bimbo is always a bimbo..” Amar ketawa kecil dan kemudian beredar dari situ dengan senyuman sinis.
Iris menggenggam kuat keduatangannya. Kalau bukan di tempat awam, mahu saja dia kasi penampar ke muka mamat tu!
Dia kembali duduk. Nasi dihabiskan cepat dan dia harus segera beredar dari situ. Untuk dia terus berada di situ, menunggu Sabihah mengambilnya waktu tengahari nanti, haruslah mati kutu dibuatnya!
|