CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11785|Reply: 36

Kisah Ngeri Wanita Tukang Rasa Makanan Hitler

[Copy link]
Post time 29-4-2016 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by red_heart at 29-4-2016 12:26 PM




Tidak tergambar siksanya bagi sesiapa sahaja yang  pernah hidup di zaman Adolf Hitler sedang berkuasa ketika itu. Setiap hari yang dilalui akan dipenuhi dengan rasa ketakutan, terutamanya bagi tukang rasa makanan untuk diktator Jerman ini. Sekiranya makanan yang akan diberikan kepada Hitler mengandungi racun, maka si tukang rasa makanan itu dululah yang akan maut.

Kisah ini dialami sendiri oleh Margot Woelk. Selama lebih dari setengah abad, wanita  ini menyimpan sendiri kisah menakutkan itu dari pengetahuan dunia luar, bahkan suaminya sendiri tidak tahu akan kisahnya itu.

Walaubagaimana pun, beberapa bulan setelah ulang tahun nya yang ke-95, wanita yang juga merupakan seorang janda tanpa anak ini menceritakan kisah sedihnya itu pada seorang wartawan tempatan di Berlin.

Wanita ini juga pernah menjadi mangsa rogol selama 14 hari tanpa henti.  Kekejaman yang dirasakannya sangat tragis kerana dia dirogol oleh sekumpulan tentera Soviet.  Namun, dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya bertahun-tahun lamanya sehinggalah dia sendiri yang membuka rahsia tersebut ketika usianya sudah tua.



Woelk bekerja untuk Hitler semasa usianya masih dalam lingkungan 20 tahun. Dia bertugas bagi memastikan bahawa semua hidangan bebas racun sebelum dihantarkan kepada Hitler. Namun, Woelk tidak bersendirian. Dia bekerja bersama 14 tukang rasa makanan yang lain dan kebanyakkan mereka adalah wanita muda.

“Hitler sangat paranoid yang orang-orang British akan meracuninya. Maka, dia memerintahkan 15 orang gadis untuk merasa makanan tersebut sebelum dia memakannya,” ungkap Woelk kepada Associated Press pada 26.4.2013.

Selama 2 setengah tahun Woelk bertugas sebagai tukang rasa makanan, Hitler langsung tidak pernah makan makanan yang terdiri daripada daging.

“Dia seorang vegetarian,” kata wanita ini. Hanya asparagus, paprika, dan sayuran terbaik yang akan dihantarkan kepada Hitler. “Makanannya lazat dan selalu disajikan dengan nasi atau pasta,” tambah Woelk.

Perang Dunia ke-II memaksa orang-orang Jerman untuk memakan makanan yang sedia ada kerana berlakunya kekurangan bahan jualan. Dalam hal ini, Woelk amat beruntung kerana boleh merasa hidangan yang enak. Bagaimanapun, dia dan kawan-kawannya tak mampu menikmati sajian tersebut kerana terus dibayangi ketakutan akan diracun.



“Setiap hari, kami takut makanan ini akan menjadi santapan terakhir kami,” kata Woelk. Meskipun bertugas sebagai tukang rasa makanan, dia mengaku tak pernah melihat susuk tubuh Hitler secara langsung.

Semasa tentera Soviet menyerang Jerman, Woelk bersembunyi di Berlin, sekitar 700 km dari markas Hitler di Rastenburg. Namun, 14 kawan-kawannya yang lain bertahan di Rastenburg. Selepas serangan tersebut, barulah Woelk mendapat tahu bahawa mereka semua telah ditembak mati oleh pasukan tentera Soviet.

Woelk selamat, namun pasukan Soviet menemuinya di Berlin dan merogolnya selama 14 hari berturut-turut. “Sebab itulah saya tak mampu mempunyai anak. Mereka telah menghancurkan segalanya,” kenangnya.

Suaminya yang bertugas sebagai tentera selamat dari perang, namun sudah meninggal dunia 23 tahun yang lalu.

Woelk berusaha membina kembali kehidupannya dan melupakan kisah pilu yang pernah dia alami. Dia cuba memadamkan memori tersebut kerana malu dan takut diancam kerana pernah bekerja untuk pihak Nazi, meskipun dia berkeras tidak pernah bergabung sebagai ahli atau anggota parti tersebut.

Menjelang akhir hidupnya, barulah Woelk berasa perlu menghapuskan memori tersebut dengan menceritakan kisahnya. “Selama berpuluh-puluh tahun, saya berusaha menghilangkan ingatan tersebut. Namun, kenangan itu selalu menghantui saya setiap malam,” ujarnya.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
"Mereka telah menghancurkan segala-galanya"

I can feel it.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik tetapi terlalu panjang untuk dibaca, ngantuk makcik nakk oii:zz:
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
blackwidowbae replied at 29-4-2016 12:51 PM
Menarik tetapi terlalu panjang untuk dibaca, ngantuk makcik nakk oii:zz:

Amboi makcikk. Kehkeh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kena rogol 14 hari...memori 60taun pun xbleh hilang..kesiannnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:09 PM | Show all posts
mmg tragis kisah nenek nih.
Kesiannyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 02:27 PM | Show all posts
cantik nenek nie masa muda...
Kesian dia...14 hari berturut2 jadi mangsa rogol tentera..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 02:39 PM | Show all posts
xde produksi hollywood nk filemkn kisah grannyni ke?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye.. Nenek ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 03:04 PM | Show all posts
seksanya...tp untung pjg umo beliau
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
walau dah tua, kecantikkan dia ttp terserlah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 03:41 PM | Show all posts

Ahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2016 04:26 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 29-4-2016 12:51 PM
Menarik tetapi terlalu panjang untuk dibaca, ngantuk makcik nakk oii:zz:

heheheeh maafkan red ye makcik
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 04:26 PM | Show all posts
sedih sgt.. penderitaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
red_heart replied at 29-4-2016 04:26 PM
heheheeh maafkan red ye makcik

Takper nakk red oii~~

bukan salah mu nakkk, mata makcik yang bersalah~ uuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai hitler ek. suh kuli rase dulu before him. kalo beracun, maka matilah kuli. die selamat.
hitler katenye x minum alkohol jgk. minum ayaq teh je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 05:38 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 29-4-2016 02:39 PM
xde produksi hollywood nk filemkn kisah grannyni ke?

dorg kan suka buat based on true story... good idea kan cte ni difilemkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:00 PM | Show all posts
Katanya Hitler ni ada penis yang terlalu kerdil (micropenis) dan cacat dimana saluran kencingnya berdekatan testicle dia bukan dihujung zakar. Kebanyakkan wanita gelakkan Hitler.......harap muka nampak sado.........tapi bab atas katil ibarat "menghabihkan boreh yo"

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 10:42 AM | Show all posts
ulangan.....huhuhu



cerita n gambo yang sama



versi 2014

http://mforum.cari.com.my/forum. ... mp;highlight=hitler





tt jangan marah....







Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sedeh kisah nenek ni..berat beban dia tanggung.. umo mcm dia biasanya x bnyk memori yg ingat..tp dia x prnah lupa apa yg prnah dia lalui dulu.. hmmm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.092570 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list