CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 3

Rendang Udang Minang, Jangan Tak Cuba!

[Copy link]
Post time 29-4-2016 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.mstar.com.my/





Bagi masyarakat Melayu berketurunan Minang yang kebanyakannya tinggal di sekitar negeri Sembilan, Rendang Udang Minang menjadi salah satu juadah pilihan utama menjelang Syawal. Rendang ini juga boleh dimakan lemang pulut putih bercampur pulut hitam.




Bahan-bahan diperlukan :
4 sudu besar minyak
600 ml santan pekat ( 2 biji kelapa )
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar air asam jawa
2 helai daun kunyit - dihiris halus
60 gm kerisik
1 kg udang besar - dibersihkan
Garam dan gula pasir secukup rasa






Bahan A ( Dikisar )


1 biji bawang besar
1 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
12 biji cili padi
6 biji cili merah
3 sm halia
3 sm lengkuas
2 sudu besar pes cili
2 sm kunyit
1 batang serai








Cara membuat:
1) Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga terbit bau.
2) Masukkan santan, serai, air asam jawa, daun kunyit, kerisik, garam dan gula pasir.
3) Jerang atas api sederhana sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
4) Bila Kuahnya tinggal separuh, masukkan udang.
5) Masak lagi sehingga kuahnya pekat dan terbit minyak.






Wangi kan? Bau kuah pekatnya memang betul-betul kaw! Yang penting cara menyediakan hidangan ini amat mudah.


Kalau dah siap semua, jadi apa tunggu lagi, jom makan! Jangan lupa lemang pulut putih dan hitam.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2016 08:24 PM | Show all posts
dah rasa dulu masa kt Beranang...sedap jugak
tapi tak leh masuk dengan satay minang...takleh masuk tekak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 10:42 AM | Show all posts
sedap boleh cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 12:17 AM | Show all posts
wah..akan try buat nnt..dlm list dh ni..hehehe


http://toppikmalaysia.com/category/news/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063763 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list