Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
55018
View
561
Reply

UMRAH & HAJI VOL. 15, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH

[Copy link]

Author: koliba       Show all posts   Read mode

Post time 9-8-2016 09:21 AM | Show all posts
wml replied at 23-6-2016 08:57 AM
As Salam

Terima kasih atas pekongsian pengalaman dan ilmu. Ada tak sesiapa yang berpegalaman perg ...

Wa'alaikumussalam wbt

Lama dulu (1978) pernah buat umrah secara persendirian. Untuk 2-3 tahun kebelakangan ini belum ada pengalaman, tapi tahu ramai yang telah mengerjakan umrah secara persendirian.

Kunci untuk menjimatkan kos umrah persendirian ini ialah:
1. Dapat tiket penerbangan yang murah (pergi-balik) bawah RM2000 atau paling tinggi RM2500 - so kena rajin search flight
2. Berkongsi kos penginapan dan kos pengangkutan - minimum 4 orang. Kalau pergi sorang-sorang atau 2 orang jer, lebih baik ikut pakej.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:37 PM | Show all posts
dah daftar umrah  hujung tahun nih...first time nak buat umrah, excited ada, takut pun ade..taktau nape..agaknya banyak dosa nih, takut diuji dgn ujian2 di sana, Ya Allah permudahkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:41 PM | Show all posts
Nak Tanya pada yg arif, kalu kita gi umrah dgn travel agent, pakej insurans termasuk sekali dgn pakej umrah ni, so kita tak perlu lagi beli insurans luar kan? dlm kes saya nih, saya daftar umrah dgn Andalusia. Jika sakit dan masuk hospital kat sana, meaning pakej insurans by agent nih akan cover ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 03:05 PM | Show all posts
pokokbunga replied at 9-8-2016 12:41 PM
Nak Tanya pada yg arif, kalu kita gi umrah dgn travel agent, pakej insurans termasuk sekali dgn pake ...

kena check dengan Andalusia insurans tu cover apa jugak.
jika tidak, ambik insurans asing.
tapi seeloknya nak mengerjakan ibadah ni jangan ingat perkara negatif....seolah kita berdoa pulak.
amalkan solat taubat....solat dhuha...semoga semuanya dipermudahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 02:53 PM | Show all posts
insyaallah akan berangkat menunaikan haji pada 14/8/16 ni, doakan kami ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 04:18 PM | Show all posts
jfq replied at 10-8-2016 02:53 PM
insyaallah akan berangkat menunaikan haji pada 14/8/16 ni, doakan kami ye

tahniah dan semoga dipermudahkan beribadat.
jagalah adab sebagai tetamu Allah....kita datang kerana jemputan dari Allah swt.



Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 04:21 PM | Show all posts
Berdasarkan peraturan baharu itu, kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua mereka akan dikenakan bayaran 2,000 riyal (RM2,150).

dah tersebar berita di atas.......rasa risau pulak bila bayaran visa untuk kemasukan kali kedua dan seterusnya sebanyak itu jika untuk setiap orang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 01:18 AM | Show all posts
bad news , makin ramai yg tak dapat pergi....saya bimbang takut-takut dajjal dah dekat nak keluar jer...Makkah & Madinah tidak dapat dimasuki oleh dajjal

Kadar Visa Haji, Umrah Naik Mulai 2 Oktober
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 10 Ogos 2016 11:18 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]JEDDAH: Berkuatkuasa 2 Oktober ini, kerajaan Arab Saudi akan menaikkan kadar visa bagi umat Islam yang menjalani haji dan umrah di negara itu.
[size=0.98em]Kelulusan berhubung perkara itu dibuat pada mesyuarat Kabinet negara berkenaan pada Isnin.
[size=0.98em]Media tempatan pada Rabu melaporkan, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Putera Mahkota, Muhammad Naif.
[size=0.98em]Struktur bayaran baharu itu termasuk visa sekali masuk yang menelan kos SAR2,000 (RM2,150) dikenakan ke atas kesemua pelancong kecuali jemaah kali pertama.



[size=0.98em]Selain itu, bayaran visa pelbagai kemasukan bagi tempoh enam bulan pula berjumlah SAR3,000 (RM3,326), manakala untuk tempoh setahun adalah SAR5,000 (RM5,377) dan SAR8,000 (RM8,603) untuk tempoh dua tahun.
[size=0.98em]Bagaimanapun, perubahan itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas perjanjian dua hala yang telah ditandatangani oleh Riyadh bersama negara lain.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 08:21 AM | Show all posts
ambok replied at 11-8-2016 01:18 AM
bad news , makin ramai yg tak dapat pergi....saya bimbang takut-takut dajjal dah dekat nak keluar je ...

saya pun risau dengan kadar visa tu seolah-olah menyekat kita untuk berulang ke Tanah Suci untuk beribadat.
kenapa perlu semahal itu jika pun perlu untuk menaikkan hasil negara?
adakah akan kurang pendapatan Arab Saudi jika tidak mengenakan bayaran untuk jemaah berulang?
jika itu dibuat kenapa perlu Masjid Nabawi dan Masijil Haram dibesarkan?
jika untuk menampung jemaah haji.....musim haji ada kuota.
selepas musim haji, masjidil haram masih banyak ruang untuk solat cuma askar2 mereka je yang mengawal kemasukan ke dalam masjid terlalu awal hinggakan bulan Mac baru ni Ustaz Daud Che Ngah mempersoalkan tindakan mereka yang menutup laluan seawal 1jam sebelum masuk waktu.

apapun, mari kita sama2 berdoa agar kadar tersebut dikurangkan serendah mungkin.
itu saja senjata kita.....wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 02:01 PM | Show all posts
dee556 replied at 11-8-2016 08:21 AM
saya pun risau dengan kadar visa tu seolah-olah menyekat kita untuk berulang ke Tanah Suci untuk b ...

sampai SR2000 seorang hanya untuk VISA sahaja tu melampau


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 02:02 PM | Show all posts
saya dapat info sesiapa yg nak pergi haji tahun ini, boleh la pergi walaupun giliran belum sampai, tetapi pakej-pakej yg mahal ler, yg RM40k ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 09:56 PM | Show all posts
Kos umrah naik lagi untuk kali kedua. Sesiapa yg nak revisit untuk umrah, visa yang dulunya Rm200 naik ke Rm2100.. Mendadak naik! kalau pegi kali pertama, visa hanya RM200

http://www.bharian.com.my/node/181712
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 08:28 AM | Show all posts
farhana008 replied at 11-8-2016 09:56 PM
Kos umrah naik lagi untuk kali kedua. Sesiapa yg nak revisit untuk umrah, visa yang dulunya Rm200 na ...

kita tunggu kenyataan rasmi seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Datuk Daud Che Ngah.
sementara itu kita sama-sama berdoa agar jika ada peningkatan kos pun tidaklah terlalu mendadak hingga membebankan kita.
kita datang atas jemputan Allah....bukan kerana kita banyak duit.
lebih ramai lagi orang berduit tapi belum tergerak hati ke sana.
wallahualam

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 01:21 PM | Show all posts
ambok replied at 11-8-2016 02:02 PM
saya dapat info sesiapa yg nak pergi haji tahun ini, boleh la pergi walaupun giliran belum sampai, t ...

pakej ala neelofa pegi tu eh ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 03:42 PM | Show all posts
hidet replied at 12-8-2016 01:21 PM
pakej ala neelofa pegi tu eh ?

ya, mungkin neelofa ambik pakej tu ,

ada syarikat2 tertentu dapat kuota tambahan menggunakan kuota menteri dll , saya pun baru dapat tahu sehari dua ini, tengah fikir 50-50 nk pergi ke x memandangkan dah last minit, takde sebarang persiapan , kalau umrah xde masalah , ini haji...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 05:02 PM | Show all posts
assalamualaikum,

kebetulan minggu depan saya akan ke kuwait melawat isteri yang bekerja di sana,
since saya akan ke sana selama sebulan dan bersaing dengan musim haji.. kuwait lak sebelah je dgn arab saudi.. ada sesiapa hv experience on doing haj dari negara luar..

harap membantu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 05:56 PM | Show all posts
ambok replied at 11-8-2016 02:02 PM
saya dapat info sesiapa yg nak pergi haji tahun ini, boleh la pergi walaupun giliran belum sampai, t ...

pakej yg 15 hari mcm neelofa ambil tu berharga rm120k ke atas, sila check di website THTravel, Gemilang, Andalusia, Rayhar dan sebagainya

setahu saya, pakej yg rm40k selalunya dah lama dah habis sold out ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 06:46 PM | Show all posts
airisa replied at 12-8-2016 05:56 PM
pakej yg 15 hari mcm neelofa ambil tu berharga rm120k ke atas, sila check di website THTravel, Gem ...

saya dapat info daripada kenalan lama saya, pengurus syarikat Zahafiz cawangan Terengganu  , sehingga semalam , masih ada pakej haji 2016 RM40k ke atas ...boleh hubungi Hj Wan Mustafa untuk info lanjut ..hati terasa sgt nak pergi haji kali pertama, tetapi terdapat beberapa kekangan masa, kerja ...kerana last minit baru tahu
http://www.zahafiz.com.my


http://www.zahafiz.com.my/index.php/maklumat-am/agen-syarikat
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 10-8-2016 02:53 PM
insyaallah akan berangkat menunaikan haji pada 14/8/16 ni, doakan kami ye

Alhamdulillah....

Selamat pergi selamat kembali. Semoga mendapat haji yg mabrur.

Sampaikan salam saya ya...

Mudah2an saya juga dapat menjejakkan kaki ke sana, Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:15 AM | Show all posts
parent dah ada di madinah penerbangan KT21..insyaallah selasa ni berangkkat ke mekah. di madinah hotel al haram. mekah belum tahu. doakan kesihatan dan haji mabrur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.170788s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list