|
|
Edited by doubleA at 10-5-2016 05:39 PM
Jemput Datuk Siti satu penghormatan
Notakaki dAbelA : theyols dah move-on ok, agak2 tokti datang tak? 
Kuala Lumpur: Vokalis kumpulan Slam Zamani Ibrahim mengakui berhasrat menjemput penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menonton Konsert Kurnia Slam yang akan berlangsung pada 14 Mei ini di Star Expo Center, Kenanga Wholesale City (KWC).
Zamani, 44, berkata, jemputan ini dibuat sebagai penghormatan sesama rakan artis dan tidak mempunyai maksud lain di sebaliknya.
"Saya memang berharap agar Siti sudi datang menyaksikan konsert kami kerana difahamkan dia meminati kumpulan Slam sejak kami tampil dengan album pertama pada 1993.
"Bukan beliau sahaja, kami juga akan menjemput barisan artis samada yang sama-sama mencipta nama bersama kami dahulu atau yang baru untuk menyaksikan serta memeriahkan konsert mega ini.
"Mereka perlu hadir sebagai tanda sokongan terhadap Slam. Selepas 18 tahun penganjuran Konsert Unplugged Slam yang berlangsung di Stadium Negara pada 3 Ogos 1996, kami kini tampil dengan konsert yang menampilkan kepakaran anggota Slam sepenuhnya," katanya kepada Harian Metro.
Konsert Kurnia Slam ini menampilkan pemain gitar utama mereka, Shah sebagai pengarah muzik, manakala pemain keyboard, Eddie pula selaku penyusun muzik.
Konsep anjuran Urban Creative Sinergy (UCS) Sdn Bhd ini akan berlangsung selama dua jam dan turut menampilkan Hazama dan Ronnie Hussein sebagai penyanyi undangan.
|
|