View: 2828|Reply: 12
|
Edisi Malaysia Masih Daulat, Pemandu Singapura Yang Viral Ditahan
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Baru-baru ini viral lelaki dipercayai warga Singapura memandu secara berbahaya dan dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol.
Bukan itu sahaja dia juga dengan sombong dan bongkak tak kisah jika dilaporkan ke pihak berkuasa kerana percaya mempunyai hubungan rapat dengan polis Johor.
Seperti yang dikongsi oleh Dino Daniel LJ dalam Facebooknya, pemandu Singapura ini memandu dengan cara yang boleh mengakibatkan pengguna jalanraya lain kehilangan nyawa.
Seperti laporan Harian Metro hari ini, lelaki tersebut telah ditahan polis selepas menyerah diri di IPD JBU pada 5:30 petang semalam.
Dalam satu kenyataan lain, polis Johor menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan lelaki warga Malaysia yang memiliki taraf penduduk tetap Singapura tersebut.
“Polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu-lintas.
“Berdasarkan semakan dibuat melalui Sistem Cops, mendapati pemandu terbabit mempunyai 13 rekod saman dijelaskan. Ia membabitkan 12 kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan", kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Baharudin Mat Taib.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bharu untuk suspek berusia 46 tahun yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz S400. -CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus!!! keep up the good job |
|
|
|
|
|
|
|
masuk negara orang nak menyakai pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia Malaysian.. tapi ada taraf penduduk tetap Singapura...
|
|
|
|
|
|
|
|
opss sorry.. my bad..
geram sangat dengan perangai dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je? |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 5-5-2016 05:09 AM
apasal kena tutup muka?
padahal kat fb tersebar je gambar dia..
ke itu kambing hitam je?
tutup muka pastu baju warna lain. merc tiada di sebelah.
fake? |
|
|
|
|
|
|
|
booohooo mana kawan baik polis johor tu?
tak tolong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah buat salah tu tak perlu le nak argue |
|
|
|
|
|
|
|
dilema kalau drive kt jb cmni la..
kereta2 dri seberang selalu drive mcm celaka..tuka lorong tiba2 ni trend perangai hauk lagi hazab dorg..
sesuai la kena tangkap..pftt |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tutup muka ada la kawan dia dalam polis tu.. kalau nko boleh ke tutup muka kalau kena tangkap? |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena tangkap ni mana ada kawan dia nak mengaku kawan dah..kah kah kah..tapi tgklah kalau lepas reman ni dia lepas, memang ada lah tu kawan dia jadi tangan ghaib.. |
|
|
|
|
|
|
|
laa baru tau tak boleh tutup muka kalau kena tangkap.. noob sungguh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|